[C] FLEUR SOPHIA || OUR PURE...

Af nurailirmela

844K 60.8K 15.8K

[SIRI FLEUR SOPHIA, BUKU DUA ] Selepas segala dugaan dan cabaran yang Fleur Sophia alami selepas pindah ke Ma... Mere

‼️ WARNING ‼️
SPECIAL PROLOG
《 1 》
《 2 》
《 3 》
《 4 》
《 5 》
《 6 》
《 7 》
《 8 》
《 9 》
《 10 》
《 11 》
《 12 》
《 13 》
《 14 》
《 15 》
《 16 》
《 17 》
《 18 》
《 19 》
《 20 》
《 21 》
《 22 》
《 23 》
《 24 》
《 25 》
《 26 》
《 27 》
《 28 》
《 29 》
《 30 》
《 31 》
《 32 》
《 33 》
《 34 》
《 35 》
《 36 》
《 37 》
《 38 》
《 39 》
《 40 》
《 41 》
《 42 》
《 43 》
《 44 》
《 45 》
《 46 》
《 47 》
《 48 》
《 49 》
《 50 》
《 51 》
《 53 》
《 54 》
《 55 》
《 56 》
《 57 》
《 58 》
《 59 》
《 60 》
《 61 》
《 62 》
《 63 》
《 64 》
《 65 》
EPILOG
MAKSUD NAMA²
SPECIAL CHAPTERS
NOVEL

《 52 》

10.8K 890 224
Af nurailirmela

Ayra Hazirah letak mata sebelah kanannya di scope kali lapan yang terpasang di sniper milik gadis itu. Ayra sekarang berada di satu bangunan terbiar, gadis itu sibuk perhatikan gelagat musuhnya dari bangunan tersebut menggunakan teropong serta scope di sniper yang berada dengan Ayra.

"Aku ulang sekali lagi Deas, jangan kau tembak bekas besar yang bewarna hitam tu kalau kau tak nak satu daerah ni di cemari dengan nuklear" Agent Bermy ulang ayat tersebut buat kali ketiga.

"Kesah apa aku, kita dah pakai suit lengkap yang akan lindungi kita daripada nuklear bodoh tu" Jawab Ayra. Sengaja Ayra jawab begitu, gadis itu rimas sebenarnya bila Bermy asik ulang perkara yang sama saja.

"Lo hilang akal Deas?" Hayr bercakap menggunakan walkie talkie mereka.

"Korang semua dekat bawah, aku sorang je dekat atas jadi urusan menembak semua aku yang tentukan sendiri" Kata Ayra lagi tanpa tunjukkan rasa takutnya.

"Tapi pin kau ada dekat aku, sekali aku buka pin kau ni tak pasal - pasal agensi dapat trace kau dekat mana" Ugut Bermy.

"Belum sempat kau hidupkan pin aku tu, kau dah gelabah tengok letupan nuklear" Ayra tertawa kecil.

"Gila budak ni" Suara Agent Phim turut kedengaran di walkie talkie tersebut.

"Kau jangan main - main Ayra, memang la jumlah nuklear yang diaorang bawa tu sikit tapi yang sikit tu nanti la yang akan bunuh kau, kau tau tak?" Suara Bermy kedengaran serius.

"Sekali lagi kau ulang ayat yang sama, jangan tembak bekas hitam jangan tembak bekas hitam, aku malas dah nak jawab, aku tembak je terus" Akhirnya Ayra beritahu juga Bermy akan kerimasan yang dia rasakan.

Ketenangan Ayra di bangunan itu terganggu apabila Ayra tiba - tiba terima serangan daripada belakang oleh seseorang. Lelaki tersebut kunci badan Ayra ke lantai membuatkan Ayra tidak boleh bergerak.

"Deas, lelaki yang pakai jaket kulit harimau bintang tu dekat mana? Aku tak nampak dia la" Tanya Phim melalui walkie talkie apabila jejak lelaki yang dikawalnya tidak dapat dikesan.

Ayra cuba untuk lepaskan diri. Wanita itu tumbuk dada lelaki tersebut menggunakan siku sekuat yang boleh. Kaki Ayra yang dikunci turut digerakkan sekuat mungkin agar Ayra dapat lepaskan diri.

Ayra ludahkan air liurnya pada tangan lelaki yang berada di lehernya seraya gigit tangan itu sekuat mungkin. Apabila Ayra rasa yang cekikan di leher Ayra sedikit longgar, Ayra terus bergegas bangun dan tumbuk wajah lelaki tersebut.

Tiada satu pun suara yang keluar dari mulut lelaki itu, Ayra tumbuk lagi wajah lelaki itu secara berterusan menggunakan tangan kanan sementara tangan kiri Ayra berusaha untuk jauhkan tangan lelaki tersebut dari terus capai tubuhnya.

Ayra akhirnya dapat lepaskan diri sepenuhnya selepas tumbuk wajah lelaki itu tanpa henti. Ayra terus berdiri dan tendang bahagian kemaluan lelaki tersebut agar lelaki itu tidak boleh bangun lagi.

Dengan pantas Ayra kemas segala snipernya dan barang - barang penting yang dia ada supaya dia tidak tinggalkan jejak atau perkara yang boleh kantoikan identiti mereka ber-empat.

"Deas" Daripada tadi walkie talkie Ayra tidak henti berbunyi.

"Lari" Balas Ayra sepatah dengan suara yang kelam kabut.

Wanita itu galas beg yang meletakkan snipernya dan bersedia mahu keluar dari bangunan tersebut tapi belum apa - apa, Ayra terus jatuh tersungkur apabila lelaki itu panjangkan kakinya, mahu halang Ayra daripada larikan diri.

Sebaik Ayra jatuh, Ayra terus selak baju yang di pakai dan keluarkan pistol model Ruger MK22 LR dan lepaskan tembakan sebanyak tiga kali pada lelaki tersebut. Dua das tembakan itu kena tepat pada dahi lelaki tersebut manakala lagi satu das tembakan tersasar pada mata lelaki itu.

Ayra tidak tunggu lebih lama, malah gadis itu terus berlari keluar dengan pantas. Habis lah dia dan team dia kalini. Musuh mereka sudah tau akan keberadaan mereka ber-empat di sini.

"Code green, Deas repeat, code green" Ayra bercakap menggunakan nada tegas dalam berbisik.

"Ha sudah" Phim terus berlari menuju ke tempat berkumpul mereka.

Selepas 15 minit berlari, mereka bertemu di tempat yang menjadi tempat berkumpul mereka sebelum berpecah sebentar tadi.

"Apa jadi?" Tanya Bermy.

"Ada lelaki serang aku dari belakang" Cerita Ayra seringkas mungkin.

"Musuh?" Tanya Hayr dalam keadaan yang mengah.

"Ya, aku nampak tattoo kecil dekat lengan dia tadi" Jawab Ayra.

"Bermy, tiga das tembakan keluar daripada Ruger MK22 LR" Ayra beritahu informasi penting itu kepada Bermy.

"Itu tak penting sekarang, kita kena lari sejauh yang mungkin. Kalau kita silap sikit je kalini, kau anggap je la kita akan jumpa di syurga je lepasni" Bermy tutup segala walkie talkie dan alat yang boleh buatkan mereka di kesan.

"Jangan ada sesiapa pun buka pin korang. Walkie talkie tutup, Hejre pun tutup. Kalini perang sebenar akan bermula" Kata Bermy serius.

Mereka berempat ambil jalan yang sama, masuk ke dalam hutan yang tebal dengan harapan yang kedudukan mereka tak akan di jejaki. Kalau ikutkan sekarang, misi mereka sudah gagal kerana musuh tau akan keberadaan mereka ber-empat, apa yang mereka perlu lakukan sekarang adalah balik dengan selamat tanpa pihak musuh tau akan identiti mereka.

♧  ♧  ♧

Harraz Falikh terus terjaga dari tidurnya apabila dengar bunyi seolah barang jatuh dengan agak kuat. Harraz lihat jam sekarang, sudah pukul 3:08 pagi. Harraz kemudian raba tempat isterinya tidur, selepas Harraz rasa tempat Fleur itu kosong, lelaki tersebut terus turun daripada katil untuk cari Fleur.

"Sayang?" Harraz buka lampu bilik mereka dan terus nampak meja kerja Fleur sudah terbalik. Habis bersepah semua barang - barang yang diletakkan di atas meja kerja tersebut termasuklah komputer Fleur.

Harraz bergerak ke arah closet perlahan - lahan apabila dengar bunyi ketukan yang kuat datang daripada ruangan itu, "Sayang.." Panggil Harraz apabila lihat Fleur berada di closet.

Fleur berdiri di hadapan satu almari yang tertutup, gadis itu terantukkan kepalanya berkali - kali pada almari tersebut.

"Sophia" Harraz terus berlari dan letak telapak tangannya di dahi Fleur, elak gadis itu dari terus terantukkan kepalanya pada pintu almari.

Perlahan - lahan Fleur toleh untuk lihat Harraz. Wajah Fleur sudah di tutupi dengan rambut lebatnya membuatkan Harraz tidak nampak wajah sang isteri.

"Sayang.." Harraz cuba untuk alihkan rambut Fleur tapi pantas sahaja Fleur cengkam tangan Harraz dan hempaskan lelaki itu ke almari dengan agresif.

"Arkh!" Wajah Harraz terus berkerut menahan sakit.

"Harraz? Fleur?!" Suara Dayyan sudah kedengaran di luar pintu bilik Fleur.

"Kenapa?" Emir turut berada di hadapan pintu bilik Fleur apabila dia dengar bunyi ketukan yang sangat kuat selama berulang kali.

"Tak tau tapi tadi aku macam dengar suara Harraz menjerit" Dayyan cuba untuk buka pintu Fleur tapi pintu itu di kunci daripada dalam.

Fleur terus berjalan perlahan - lahan menuju ke tingkap besar dalam biliknya. Gadis itu angkat meja kerja yang berat itu seorang diri dan terus campak ke bahagian tingkap tersebut.

Dayyan dan Emir yang dengar bunyi kuat itu terus berasa cemas dan tolak pintu itu dengan kuat agar ianya dapat dibuka. Bunyi tersebut bukan sahaja buat dua beradik lelaki itu cemas malah mampu untuk kejutkan seluruh isi rumah termasuk Encik Iqram dan Puan Mariana yang berada di tingkat satu.

"Sayang.." Harraz cuba berjalan ke arah isterinya, tapi rasa sakit di bahagian bawah dada Harraz membuatkan lelaki itu tidak mampu untuk bangun.

Fleur menapak perlahan - lahan pergi ke tingkap biliknya yang sudah retak. Fleur terantukkan lagi kepalanya di situ dengan sangat kuat sehingga keluarkan darah. Makin lama makin kuat sehingga tingkap itu sendiri hampir pecah.

"Fleur Sophia!" Jerit Harraz sekuat hati, tapi Fleur masih tidak sedar. Wanita itu seolah dipukau sekarang ni, badannya dikawal oleh sesuatu.

Harraz gagahkan juga dirinya, pergi ke tempat Fleur Sophia kerana Harraz dapat rasa, gadis itu akan terjun ke bawah sebaik cermin tingkap itu pecah.

Bunyi kaca pecah yang agak nyaring membuatkan semua orang yang berada di luar bilik Fleur terkejut, "Apa yang pecah?" Tanya Encik Iqram risau.

"Sayang!" Harraz terus capai tangan isterinya itu apabila Fleur berjalan melepasi tingkap besar yang sudah pecah kacanya. Tubuh Fleur tergantung sekarang ni dan perkara itu masih belum mampu untuk sedarkan Fleur.

Harraz berusaha untuk tahan dirinya dari terus jatuh sekali dengan Fleur ke bawah. Gila..sudah la bilik Fleur itu berada di tingkat tiga, andai kata Fleur jatuh ke bawah, tulang belakang gadis itu mungkin boleh patah atau lebih teruk, mungkin boleh membawa maut kerana kecederaan di kepala Fleur agak teruk.

"Harraz!" Jerit Dayyan lagi.

"Keluar rumah! Tingkap bilik Fleur!" Jerit Harraz dari dalam bilik membuatkan Amsyar dan Aisy terus berlari keluar.

"Sayang.." Harraz sudah tidak dapat pegang tangan Fleur dengan kuat.

"Ya Allah sayang, sedarlah Sophia!" Jerit Harraz lagi bila dia rasa tangan Fleur makin licin.

"Allahuakhbar" Amsyar terus alihkan pandangannya apabila lihat Fleur tergantung seperti baju sekarang. Andai kata Harraz tidak pegang tangan Fleur dengan kuat, Fleur akan terus jatuh ke bawah.

"Cepat! Tangan aku dah tak dapat tahan lagi!" Jerit Harraz.

"Apa nak buat ni? Ya Allah" Aisy sudah sisir rambutnya kebelakang.

Dayyan dan yang lain masih cuba untuk buka pintu bilik Fleur dengan pelbagai cara. Mereka sudah tidak boleh berfikiran waras sekarang ni, apa yang mereka fikir cuma mahu buka pintu bilik tersebut.

Harraz tiba - tiba teringatkan satu ayat yang di-ajar oleh Hadi beberapa hari lalu, "Al a'nuka bilaknatillah!" Harraz ulang ayat tersebut sebanyak tiga kali dan terus sambung membaca Surah Al-Hijr ayat 34 sehingga 35,

" قَالَ فَٱخْرُجْ مِنْهَا فَإِنَّكَ رَجِيمٌۭ , وَإِنَّ عَلَيْكَ ٱللَّعْنَةَ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلدِّينِ "

Harraz terus berusaha tarik Fleur ke atas seraya bersuara,

"Sesungguhnya golongan syaitan dan iblis adalah golongan yang dilaknat oleh Allah SWT! Dengan izin dan kuasa Allah! Keluarlah engkau dari badan Fleur Sophia sebagaimana engkau keluar dari Syurga Allah! Engkau tidak berhak duduk di dalam tempat yang indah dan suci begitu, engkau juga tidak berhak duduk di dalam badan wanita yang cintakan Allah melebihi segalanya!" Jerit Harraz sekuat mungkin.

Dalam sekelip mata, pintu bilik Fleur dapat dibuka membuatkan Dayyan dan Emir terus berlari masuk ke dalam.

"Astaghfirullah Al Adzim" Dayyan terus tolong Harraz tarik Fleur, masuk semula ke dalam bilik.

Fathi pula sudah berlari untuk ambil tuala apabila lihat darah tidak berhenti mengalir daripada dahi Fleur.

Muka Fleur berlumuran darah, baju Fleur juga sudah dipenuhi darah yang pekat. Mata Fleur sudah tertutup, apa yang Fleur rasakan sekarang cuma pening semata - mata.

Fathi beri tuala pada Harraz membuatkan Harraz balut dahi isterinya. Tuala yang lain Fathi gunakan untuk lap wajah si adik,

"Kita pergi hospital" Kata Harraz seraya dukung Fleur ke bawah.

Hawa sudah tekup wajahnya dan berpaling dari terus lihat Fleur. Terkejut dengan darah yang banyak di wajah wanita itu.

Puan Mariana jatuh terduduk apabila lihat titisan darah yang jatuh ke lantai. Lemah lutut mereka apabila lihat darah keluar seolah air yang mengalir keluar daripada paip air.

Sementara Fleur di bawa kan ke hospital, Amsyar sudah cuba untuk hubungi Hadi tapi panggilan Amsyar tidak di angkat.

Segala berantakan di bilik Fleur itu mereka biarkan sahaja, tunggu sehingga Hadi datang, kot ada perkara yang boleh bantu Hadi ubati Fleur dengan kesan - kesan berantakan tersebut.

Sampai sahaja di bahagian kecemasan hospital, Harraz terus letakkan Fleur di atas katil yang di bawa oleh jururawat. Fleur terus dikejarkan ke ruangan rawatan, Harraz terus setia bersama dengan isterinya, tidak sehingga jururawat hentikan Harraz dari terus masuk ke ruangan rawatan.

Wajah Harraz sudah risau yang teramat, lelaki itu tidak henti lihat Fleur di tolak masuk ke dalam suatu tempat rawatan.

"Nurse..isteri saya mengandung. Tolong buat apa saja..untuk selamatkan isteri saya" Kata Harraz. Itulah maklumat paling penting setakat ni, kandungan Fleur.

Kalau Harraz tidak beritahu pihak hospital akan kandungan Fleur, pasti pihak hospital akan lakukan apa sahaja demi selamatkan Fleur tapi terkadang rawatan itu boleh bahayakan bayi dalam kandungan sekali gus bahayakan Fleur sama.

"Baik" Balas jururawat itu sebelum dia turut masuk ke ruangan rawatan.

Harraz masih berdiri di tempatnya. Tangan dan baju Harraz masih dipenuhi dengan darah Fleur. Harraz dah tak mampu untuk tahan sebak di dadanya. Lelaki itu terus terduduk di lantai apabila kenangkan nasib si buah hati.

Fathi yang baru masuk ke ruangan kecemasan itu terus berlari ke arah Harraz dan usap belakang Harraz perlahan, "Apa la salah Fleur pada orang tu.." Suara Harraz kedengaran sangat perlahan.

Fathi turut menangis sama apabila lihat esakan Harraz. Sampai sekarang, mereka sendiri tidak tau apa yang Fleur lakukan sehingga orang yang menghantar sihir ini terlalu bencikan gadis itu. Boleh nampak dengan jelas yang sihir itu dihantar untuk sengsara kan hidup Fleur. Kini, kehidupan Fleur kembali gelap, traumanya kembali, bukan setakat badan Fleur sahaja yang lemah sekarang, malah hati dan fikiran gadis itu turut dirosakkan oleh manusia yang tidak berhati perut.

♧  ♧  ♧

Harraz Falikh masuk ke dalam wad Fleur Sophia dengan hati yang berat. Harraz baru sahaja berhenti menangis sebaik selesai tunaikan solat subuh, tapi sebaik lelaki itu nampak Fleur terlantar di katil hospital dengan kepala yang berbalut, hati Harraz kembali tersiksa lihat isterinya begitu.

Butiran jernih Harraz kembali turun ke pipi, Harraz kuatkan kakinya untuk dekatkan diri pada katil Fleur. Dalam sekelip mata sahaja, wajah Fleur berubah dengan begitu ketara.

Sedangkan waktu siang tadi ketika Fleur menjamah bubur nasinya, wajah gadis itu masih terlihat manis seperti selalu tetapi sekarang, wajah Fleur tampak pucat, pipinya cengkung, kesan luka di leher Fleur juga makin memerah.

"Siapa yang sanggup buat isteri abang sampai macam ni, ya Allah.." Harraz pegang wajah isterinya dengan lembut.

Perlahan - lahan Fleur angkat tangannya dan pegang tangan Harraz, "Sayang?" Harraz sedikit terkejut bila lihat Fleur sedarkan diri.

"Anak kita?" Fleur bertanya dalam keadaan berbisik.

"Anak kita baik..alhamdulillah dia kuat macam mama dia. Sayang kena kuat juga ye?" Pesan Harraz.

Fleur buka sedikit matanya dan lihat wajah si suami. Perlahan - lahan Fleur kesat air mata suaminya itu, "Abang pun kena kuat sama..nanti kalau abang tak kuat, siapa nak jaga anak kita?"

"Sayang janganlah cakap macam tu.., kita berdua akan jaga anak kita sama - sama. Jadi sayang kena kuat, sayang kena lawan semua rasa sakit tu. Sikit je lagi sayang..abang janji sikit je lagi" Harraz cuba untuk beri kekuatan pada Fleur walaupun sebenarnya, Harraz sendiri tak kuat lihat isterinya begitu.

"Sayang penat abang.." Adu Fleur.

"Sikit je lagi sayang..bertahan sikit je lagi. Sayang kan nak tengok anak kita merangkak dalam masjid Quba, sayang nak bawa anak kita pergi ke Mekkah kan?" Harraz ingatkan perkara yang satu itu pada Fleur.

Fleur terus tersenyum kecil apabila bayangkan perkara tersebut. Walaupun moment itu belum wujud tapi Fleur dapat bayangkan betapa tenangnya hati Fleur jika lihat anaknya bermain di sekitar masjid Quba. Perlahan - lahan mata Fleur kembali terkatup membuatkan air mata Harraz semakin deras. Entah kenapa Harraz rasa seolah dia tak akan bertemu lagi dengan isterinya itu.

Harraz terus terduduk di atas kerusi yang disediakan. Dia perlu buat sesuatu, tapi dia sendiri tak tau apa yang perlu dia lakukan. Tubuh isterinya itu di tatap penuh sayu sebelum Harraz terfikirkan sesuatu.

"Harraz? Kau okay ke? Fleur okay? Aku dengan yang lain dah on the way ke hospital" Bertubi soalan yang Emir beri sebaik Emir angkat panggilan telefon Harraz.

"Korang on the way ke sini? Sumayyah ikut sekali ke?" Tanya Harraz.

"Ada ni, kenapa?"

"Aku nak minta tolong dia buat sesuatu" Beritahu Harraz ringkas.

Emir hanya mengangguk di balik corong telefon, "Kitaorang akan sampai lagi 5 minit" Kata Emir.

"Okay" Harraz terus akhiri panggilan telefon tersebut.

Harraz pergi semula ke arah isterinya, "Mungkin ramai yang bencikan sayang, tapi abang percaya..ramai juga yang sayangkan isteri abang" Ucap Harraz perlahan sebelum kucup dahi Fleur dengan lembut.

Harraz kembali duduk di kerusi dan tunggu kehadiran Emir serta yang lain. Seperti yang Emir janjikan, 10 minit selepas itu, pintu wad Fleur dibuka daripada luar oleh Aisy.

"Doktor cakap apa Harraz?" Tanya Aisy seraya lihat keadaan adiknya.

"Luka dekat dahi Fleur agak teruk tapi doktor tak sarankan untuk jahit dahulu, doktor sarankan untuk gunakan gam dan tengok macam mana. Tapi doktor cakap kalau Fleur terus lemah macam ni, perkara tu akan bahayakan baby dan Fleur serentak" Beritahu Harraz ringkas.

Terdiam semua orang bila dengar Harraz kata begitu.

"Hadi ada telefon tadi, dia kata Fleur lemah sebab jin tu masih ada dalam diri Fleur. Hadi kata mungkin Fleur dah cuba lawan tapi jin tu jadi penghalang. Sekarang ni..Hadi kata nak tak nak kita kena buang juga jin dalam badan Fleur. Lagi lama kita biarkan, lagi teruk keadaan Fleur jadinya" Sambung Harraz lagi.

"Walaupun Fleur tengah lemah teruk macam ni?" Dayyan lihat wajah Harraz.

Harraz mengangguk, "Kita tak ada cara lain Dayyan. Sebelum orang yang hantar sihir tu makin menggila, lebih baik kita hentikan semua ni secepat mungkin. Sampai bila kita nak tengok Fleur terus sakitkan diri dia?"

Sunyi sekejap ruangan wad Fleur itu, "Sumayyah, kalau aku nak minta tolong kau keluarkan artikel tentang keadaan Fleur sekarang, agak - agaknya bila artikel tu boleh keluar?" Harraz terus beritahu akan perkara yang dia fikirkan.

Yang lain sedikit terperanjat bila dengar Harraz kata begitu, "Hari ni juga, mungkin sebelum Zohor kalau aku mula dapatkan kebenaran pihak atasan sekarang" Jawab Sumayyah secara professional.

"Boleh tak kau keluarkan artikel, beritahu orang tentang keadaan Fleur sekarang"

"Harraz?" Emir sedikit pelik dengan keputusan yang Harraz lakukan.

"Aku percaya, jumlah orang yang sayangkan Fleur lebih ramai berbanding orang yang bencikan dia. Fleur bukan sahaja perlukan kekuatan kita, tapi dia juga perlukan doa orang ramai. Cukup lah orang tau yang Fleur sedang menderita di saat kandungan dia baru nak masuk lima bulan. Makin ramai yang doakan dia, makin mudah urusan Fleur nanti, insyaAllah" Harraz bercakap sambil lihat wajah Fleur.

Ayat Harraz itu buatkan mereka yang berada dalam wad Fleur membisu. Ya betul, terkadang Fleur mempunyai lebih ramai peminat dari abang - abangnya yang lain. Setiap kali abang - abangnya buat live instagram, pasti ada yang minta mahu lihat wajah Fleur.

Sudah kalau suami Fleur buat keputusan begitu, abang - abang Fleur yang lain hanya mampu bersetuju sahaja. Mungkin itu juga yang terbaik buat adik mereka.

Sumayyah dan Emir terus beredar dari hospital menuju ke tempat kerja Sumayyah. Dalam masa yang sama, Harraz sudah minta bantuan pihak hospital untuk benarkan Fleur keluar sekejap dari wad pada malam ini atas urusan peribadi.

Pada mulanya, pihak hospital memang tidak beri kebenaran. Tubuh Fleur tersangat lemah, macam - macam perkara boleh jadi pada kandungan Fleur tapi Harraz tetap berkeras mahu bawa Fleur keluar sekejap sahaja. Tak akan la Harraz mahu biarkan isterinya di rawat di hospital, tidak pasal - pasal orang lain yang menerima padah.

Akhirnya pihak hospital setuju dengan satu syarat, Harraz tandatangan satu surat yang diberi oleh pihak hospital. Pihak hospital tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apa - apa pada Fleur Sophia sepanjang Fleur berada di luar. Tanpa perlu fikir panjang, Harraz terus turunkan tandatangan pada kertas tersebut.

Selepas 20 minit, wad Fleur terus dikunjungi oleh Encik Zakwan.

"Harraz? Papa dapat berita yang Harraz nak bawa Fleur keluar daripada hospital? Kenapa selfish sangat ni?" Encik Zakwan terus memarah anak lelakinya itu.

Harraz bangun dari kerusi dan lihat ke arah ayahnya, "Harraz ada sebab Harraz yang tersendiri papa" Katanya.

"Apa sahaja sebab Harraz, Harraz tetap tak boleh nak keluarkan Fleur dari hospital sesuka hati. Fleur lemah teruk ni Harraz. Jangankan berjalan, buka mata sahaja dia tak mampu" Jujur, Encik Zakwan memang risaukan menantunya itu sejak Puan Alliatun cerita keadaan Fleur ketika menantunya datang untuk buat pemeriksaan bayi.

"Nanti papa akan faham kenapa Harraz buat macam ni. Harraz cuma minta papa doakan Fleur kuat sepanjang hari ni dan pada hari akan datang"

Encik Zakwan sudah lepaskan keluhan berat, "Harraz fikir masak - masak Harraz.." Kata Encik Zakwan.

Harraz terdiam sebentar, "Harraz dah fikir masak - masak, Harraz akan bawa Fleur keluar daripada hospital sekejap" Jawapan itu buat Encik Zakwan tutup kedua belah matanya.

Apa sahaja yang anak lelakinya itu fikirkan sekarang, Encik Zakwan sendiri tidak tau.

Tepat pukul 9 malam, Harraz bawa Fleur keluar, pergi ke masjid berdekatan. Tampak urusan mereka seperti senang tapi banyak dugaan yang mereka hadapi.

Sumayyah sehingga perlu merayu pada pihak atasannya agar luluskan artikel yang mahu dia keluarkan tentang Fleur Sophia. Tiba - tiba sahaja syarikat tempat Sumayyah bekerja tidak mahu keluarkan apa - apa artikel berkenaan Fleur, katanya mereka tidak mahu sibuk urusan gadis yang sudah meniru hasil kerja orang lain.

Sebaik Sumayyah dengar pihak atasannya hina Fleur begitu, Sumayyah terus hentak meja atasannya dengan kuat menggunakan telapak tangan,

"Aku ni dah lama bersabar dengan kau sebenarnya, kau lupa agaknya yang Fleur Sophia tu adik ipar aku. Sedap mulut kau je nak hina dia depan aku!" Sumayyah campak-kan kad pekerjanya ke arah orang atasan tersebut.

"Bodoh! Mulut lagi puaka dari makcik bawang. Kau tunggu la, dalam sekelip mata syarikat kecil kau ni nanti muflis!" Marah Sumayyah lagi.

Gadis itu memang dah lama simpan dendam dengan pihak atasannya itu. Apa sahaja kerja Sumayyah sebelum ni tak pernah disukai oleh pihak atasannya. Terkadang pihak atasan Sumayyah akan hantar sahaja Sumayyah ke mana - mana tanpa bertanya terlebih dahulu. Kalini Sumayyah tidak boleh bersabar lagi dah, biarlah dia diberhentikan kerja sekali pun, suaminya adalah Emir Amirullah kot bukannya orang biasa.

"Sayang? Macam mana?" Tanya Emir apabila lihat Sumayyah keluar dari bangunan kerjanya.

"Mulut dia tu kalau sayang gosok dengan berus dawai lepastu simbah dengan clorox pun belum tentu bersih!" Bebel Sumayyah seraya berjalan ke tempat parkir kereta.

"Marahnya sayang..sayang marah dekat siapa ni?" Tanya Emir seraya ikut langkah isterinya itu. Laju pula langkah Sumayyah sekarang.

"Siapa lagi kalau bukan orang atasan stupid ergh!" Sumayyah cuba tahan dirinya dari terus memaki. Wanita itu berhenti berjalan secara mengejut membuatkan Emir berlanggar sedikit dengan bahu Sumayyah.

"Memang tak la sayang nak jejakkan kaki dekat sini lagi! Benci benci benci!" Muka gadis itu sudah merah padam dek menahan amarah.

Emir tatap wajah isterinya itu lama sebelum peluk tubuh Sumayyah.

"Semoga pelukan Emir dapat tenangkan hati kesayangan saya ni.." Kata Emir perlahan.

Tersentuh hati Sumayyah di buatnya. Perlahan - lahan perasaan amarah dalam dada Sumayyah menghilang.

"Dah tenang?" Tanya Emir.

"Dah"

Barulah Emir leraikan pelukannya, "Jadi sekarang macam mana ni?"

"Kita tak payah keluarkan artikel rasmi, tapi kita buat sendiri pengumuman tu. Abang beritahu dekat semua adik beradik abang, suruh diaorang beritahu keadaan Fleur sekarang dekat sosial media diaorang. Sumayyah akan minta Hawa dan Qamar buat perkara yang sama. Mungkin Hawa boleh minta tolong Ziyyad sekali sebab pengikut Ziyyad pun boleh tahan ramai. Cukup sorang je tau..nanti berita tu akan tersebar" Cadang Sumayyah.

Emir mengangguk, "Update pada masa yang sama, jangan update pada masa yang berbeza" Ujar Sumayyah lagi.

"Baik sayang" Emir terus bukakan pintu kereta buat isterinya.

Masuk sahaja dalam kereta, apa yang Emir buat adalah telefon abang - abangnya untuk bincangkan perkara tersebut. Akhirnya mereka semua bersetuju untuk update tentang keadaan Fleur tepat pukul 2 petang.

Bukan ahli keluarga Encik Iqram sahaja yang membantu, malah Ziyyad, Zara, turut lakukan perkara yang sama. Hampir sahaja Ziyyad pengsan di hujung padang bola itu apabila dengar cerita sebenar daripada Hawa.

Hadi sudah pandu keretanya, mahu menuju ke masjid yang bakal jadi tempat berubat Fleur Sophia. Rakannya, awal - awal lagi sudah berada di masjid tersebut, hanya tinggal Hadi sahaja yang belum sampai ke sana.

Tapi kereta Hadi tiba - tiba berhenti di tengah - tengah jalan membuatkan perjalanan lelaki itu terus terhalang. Entah apa masalah kereta Hadi, lelaki itu sendiri tak tau. Dalam masa yang sama, internet Hadi juga tidak berfungsi dengan baik, line telekom yang digunakan Hadi turut buat masalah membuatkan Hadi tidak boleh hubungi sesiapa.

Mujur ada seorang hamba Allah berhentikan keretanya dan tanya jika Hadi memerlukan pertolongan. Hadi terus minta tolong mereka hantarkan Hadi ke masjid yang hendak dituju. Biar dahulu la keretanya itu kerana Hadi tau, keretanya tidak rosak, itu hanya perkara yang dilakukan oleh penghantar sihir agar Hadi tidak sampai ke sana.

"Mana orang yang nak berubat tu?" Tanya Khalid, rakan pada Hadi.

"Diaorang kata diaorang sampai pukul 9:30, sekarang ni dah nak pukul 10 malam, tak akan kau tak nampak diaorang?" Hadi sedikit hairan.

Mereka pilih masa yang sesuai untuk ubati gadis tersebut memandangkan mereka mahu gunakan rumah Allah.

"Tak ada. Aku dah berjalan satu masjid, yang ada cuma aku sorang je" Jawab Khalid dengan jujur.

Hadi terus berlari anak untuk cari Harraz dan keluarganya, tak mungkin la mereka belum sampai lagi. Jarak hospital dengan masjid ini bukannya jauh mana.

"Kau cari dekat sayap sebelah kanan masjid, aku pergi ke sebelah kiri. Baca tiga qul sehingga jumpa" Kata Khalid sebelum mereka berdua berpecah.

Berkali - kali Hadi ulang alik di tempat yang sama tapi dia tetap tidak nampak kelibat Harraz dengan yang lain. Tidak sehingga Hadi ditegur oleh Fathi, "Fathi? Keluarga kamu semua dekat mana?" Soal Hadi sedikit lega.

"Kami ada je dekat bahagian luar masjid di sebelah kiri, melilau saya cari ustaz. Mujur rakan ustaz jumpa kami tadi, kalau tak kami sendiri tak tau nak buat apa" Beritahu Fathi dengan kelam kabut.

"Kenapa? Apa jadi?"

"Fleur mengganas..dia tak mahu masuk ke dalam masjid tapi kami paksa juga. Beberapa minit lepastu dia terus berkasar dengan Harraz, seolah nak bunuh Harraz masa tu juga. Tenaga kami lima beradik tak cukup untuk tahan dia tadi" Fathi bercerita seringkas mungkin.

"Lebih baik kita mulakan dengan cepat" Hadi dan Fathi terus berlari ke tempat yang diduduki oleh Fleur dan yang lain.

Tangan Khalid sudah berada di kepala Fleur, membaca segala ayat untuk lemahkan jin dalam badan gadis itu.

"Semua yang ada dekat sini jangan berhenti baca ayat kursi" Arah Khalid.

Mereka akur dan terus baca ayat kursi dalam hati seraya perhatikan Fleur yang sudah meracau dengan ganas. Makin lama Fleur bergerak dengan lebih agresif, terkadang mata gadis itu putih keseluruhannya, terkadang mata Fleur hitam keseluruhannya.

Tak lama lepastu, Fleur mula lemah semula. Khalid tidak henti membaca sementara Hadi sudah sediakan air bacaan yang dia bawa.

Fleur jatuh terbaring di atas lantai membuatkan Harraz dekati isterinya itu,

"Kita belum selesai..kita juga belum mula. Malam ni akan jadi malam yang panjang, apa pun berlaku, jangan pernah kesiankan Fleur dan jangan berhenti baca ayat kursi dalam hati masing - masing. Kalau kamu nampak perkara yang tak sepatutnya, sila pejamkan mata dan baca surah al nas berkali - kali" Pesan Khalid.

Khalid ambil air bacaan yang disediakan oleh Hadi. Khalid tambah lagi beberapa bacaan pada air tersebut sebelum tuangkan air itu pada telapak tangannya. Khalid sapu air tersebut pada wajah Fleur sambil membaca ayat ruqyah ringkas.

Mata Fleur terus dibuka perlahan - lahan, "sayang?" Panggil Harraz baik.

Wajah Fleur tampak tenang sebentar sebelum Fleur bangun dan cekik suaminya dengan tersangat kuat. Kelam kabut semua abang Fleur mahu lepaskan cengkaman Fleur pada leher Harraz. Sungguh wanita di hadapan mereka sekarang ni bukan lagi Fleur Sophia. Jin itu tersangat licik, bila - bila masa sahaja dia boleh berlakon menjadi Fleur dengan sempurna.

Sebaik cengkaman Fleur terlerai, Khalid terus mulakan bacaan - bacaan surah Al quran sebelum beralih ke ayat ruqyah.

"Jauhkan Harraz daripada Fleur, saya rasa target jin tu malam ni adalah untuk bunuh Harraz dan Fleur serentak" Kata Hadi dengan tegas sebelum bantu rakannya.

Harraz dan yang lain hanya lihat sahaja Fleur meraung kesakitan. Sekejap tubuh Fleur terbaring di lantai, sekejap tubuh Fleur terangkat sedikit dan terkadang Fleur berlari ke dinding dan duduk mencangkung seraya lihat ke arah adik beradiknya dengan tajam.

Fleur pandang wajah Harraz dengan tajam. Kepalanya di lentokkan sedikit dengan senyuman yang mengerikan terukir di bibir Fleur Sophia. Harraz tidak alihkan wajahnya malah Harraz terus lihat wajah Fleur tanpa henti.

Khalid halang Fleur dari terus lihat ke arah Harraz, "Abang.." Harraz tiba - tiba dengar Fleur panggilnya dengan suara yang menggeletar.

"Sayang" Harraz sudah merangkak mahu pergi ke isterinya tapi laju sahaja di halang oleh Aisy dan Emir.

"Itu bukan Fleur" Bisik Amsyar di telinga Harraz.

"Abang Am..adik sakit.."

Terpaku Amsyar bila dengar suara Fleur meminta tolong macam tu. Amsyar tahan dirinya dari terus termakan dengan godaan jin tersebut. Dia tak akan sesekali dekatkan diri pada Fleur sekarang, itu bukan adiknya.

"Harraz.." Panggil Fleur lagi. Kalini nada Fleur bertukar seperti seorang yang sedang menangis pula.

"Saya mahu seorang abang Fleur, seorang sahaja yang mempunyai hati yang kental supaya dia tidak termakan dengan pujukan Fleur" Pinta Khalid.

Mereka lihat wajah masing - masing. Tiada seorang pun sebenarnya yang berani kerana mereka yakin, hati mereka akan luluh bila Fleur terus dan terus meminta tolong begitu.

"Abang tak sanggup.." Kata Dayyan.

"Cepat! Saya nak buang jin ni jauh - jauh!" Tegas Khalid.

Aisy bangun dan terus dekatkan diri pada Khalid, "Pegang badan dia dengan kuat, Hadi akan luruskan kaki Fleur. Ingat! Jangan sesekali makan dengan pujukan dia" Khalid beri pesanan sekali lagi sebelum bergerak ke hujung kaki Fleur.

Khalid pegang ibu jari kaki Fleur untuk tarik jin tersebut keluar dari badan Fleur tapi ketika Khalid pegang sahaja ibu jari kaki Fleur, Fleur terus meraung kesakitan.

Hadi tekan lutut Fleur dengan kuat agar Fleur tidak angkat kakinya. Aisy pula sudah tahan tubuh adiknya itu agar Fleur tidak bergerak - gerak.

"Sakit..arkk.." Fleur menundukkan wajahnya.

Air mata sudah mula bertakung di mata Fleur, "Sakit!" Fleur terus meraung. Urat di leher Fleur sudah mula kelihatan.

Kalini mereka pasti, yang meraung sakit itu adalah adik mereka. Hancur hati Aisy bila Fleur terus cuba untuk lepaskan diri.

Fleur sudah genggam kain seluar Aisy dengan sangat kuat. Urat di tangan Fleur turut kelihatan dengan jelas. Kesan memerah di leher Fleur makin terasa pedih dan memerah.

"Sayang.." Harraz panggil isterinya dengan suara yang tersangat perlahan. Tak sanggup rasanya Harraz mahu terus lihat Fleur meracau sakit begitu.

"Sakit ustaz..lepaslah tolong.." Fleur merayu tapi Khalid hanya abaikan dan terus membaca.

Botol kosong yang disediakan sudah dicapai oleh Khalid.

Fleur sudah menangis teresak - esak, giginya diketap sekuat mungkin menahan sakit dan perit. Fleur rasa seolah ada sesuatu dalam badannya di tarik keluar secara paksa tetapi benda itu enggan untuk tinggalkan badannya.

"Harraz..sakit.." Fleur panggil nama suaminya itu.

Makin terkesan la hati Harraz dibuatnya bila Fleur kata begitu. Tapi Harraz cuba untuk tidak keruhkan keadaan.

"Abang, sayang sakit..." Wajah Fleur sudah kelihatan letih yang teramat. Tubuh Fleur sudah tidak mampu untuk tanggung semua perkara itu lagi.

Harraz hanya kaku di tempatnya, tidak mampu untuk buat apa - apa. Andai dia boleh berlari untuk dakap Fleur sekarang, sudah lama dia buat begitu. Butiran jernih Harraz tidak henti keluar apabila lihat Fleur terus mengadu sakit begitu.

Selepas 30 minit membaca, Khalid akhirnya sebutkan kalimah,  Lailahaillallah dan Allahuakhbar, berulang kali sebelum lepaskan ibu jari kaki Fleur.

Khalid seolah masukkan sesuatu di dalam botol kaca tersebut dan terus tutup menggunakan kain bewarna kuning.

Fleur terus bersandar di tubuh Aisy sebaik ibu jarinya di lepaskan. Keringat terus keluar daripada dahi Fleur membuatkan balutan bandage di dahi Fleur mula basah. Darah turut keluar semula dari dahi gadis itu.

Fleur tatap wajah Harraz lama, Fleur cuba untuk angkat tangannya, mahu panggil sang suami tapi tenaga Fleur sudah tiada. Akhirnya kedua belah mata Fleur terkatup serapat - rapatnya. Gelap penglihatan Fleur sekarang dan mungkin kegelapan itu akan terus gelap sehingga bila - bila.

"Bawa Fleur ke hospital dan periksa kandungan dia. Kami akan selesaikan perkara lain" Arah Khalid membuatkan Harraz terus berlari dapatkan isterinya.

"Sayang" Harraz tampar sekejap pipi isterinya sebelum dukung Fleur dan bawa gadis itu masuk ke dalam kereta.

Harraz dan Amsyar di bahagian tempat duduk belakang sudah cuba untuk hentikan darah Fleur dari terus mengalir keluar. Makin lemah la badan Fleur kalau darahnya terus keluar dengan banyak begitu.

"Kita dah selesai sayang..sayang kuat, sekejap je lagi kita dah nak sampai" Kata Harraz seraya lap darah yang mengalir di mata Fleur.

Darah yang lalu di bahagian mata Fleur membuatkan Fleur seolah sedang menangis air mata darah sekarang. Fleur seolah mahu beritahu pada orang kesakitan dan siksa yang dia alami sekarang. Walaupun jin itu mungkin sudah dibuang dari badan Fleur, tapi Fleur tetap rasa lemah dan lebih sakit dari sebelum ni.

'Sayang penat abang..sayang letih..beri masa pada Sophia untuk rehatkan diri'

Fortsæt med at læse

You'll Also Like

276K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
5.8K 775 12
ASP HARRIS NUFAIL | RAISA AYANA Bab baru setiap hari Jumaat setiap minggu
956 107 19
Muhammad Luth Adam Fatwaz Seorang lelaki , CEO GALERI SENI D'LAF. Dia mempunyai banyak keistimewaan tetapi dia juga tenggelam dalam kisah silam. Ki...
1.4K 144 8
"ℌ𝔢 𝔴𝔦𝔩𝔩 𝔴𝔞𝔦𝔱 𝔣𝔬𝔯 𝔥𝔦𝔰 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔣𝔬𝔯𝔢𝔳𝔢𝔯" ARQINA ZULQISA seorang gadis yang berpendirian teguh dan hati yang lembut cuba melarika...