Takdir You're My Healer [C]

By EiSeoya

31.4K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 27 (prekuel?)

388 29 2
By EiSeoya

BANDAR Afwah. Bandar paling suci yang terletak di pertengahan pulau terpencil. Jauh dari wilayah Tzuvillida.

Kebanyakan bangunan telah musnah dijilat api. Jasad tidak bernyawa terbaring sana sini. Lumuran darah mengalir disekelilingnya. Ngeri. Bagaimana semua ini boleh terjadi?

"Puan Mawwar! Finally you're here..." Tuan Zachary menggilap peluh merenik-renik di dahinya. Hujung bibirnya kelihatan sedikit pecah. Kesan luka calar penuh di pipi dan tangannya.

"Kamu bawa Nawwar dan Ammara sekali??" Hilang rasa penat terlihat dua badan mungil di belakang Puan Mawwar.

"Pada mulanya saya cuma mahu Nawwar saja ikut tapi... Faham-faham lah anak perempuan saya seorang ni," balas Puan Mawwar disertai tawa kecilnya.

"It's dangerous to bring your daughter along..." kata Tuan Zachary.

"Ala abang saya pergi, saya pun nak ikut!" Ammara jenis suka menjawab. Otaknya geligat memikirkan jawapan untuk bidas balik.

"Puan..." gelisah Tuan Zachary melihat raut wajah isteri Tuan Asnawi.

"It's okay... As long as Nawwar here, right?" Rambut ikal mayang Nawwar dielus lembut. Terpancar senyuman lebar pada bibir Nawwar. Memang tugas sebagai seorang abang jaga adiknya.

"Ibu dan tuan pergi lah lawan orang tu! Hm... Zander ada?" Nawwar mengangkat kepalanya mencari anak tunggal Tuan Zachary.

"Ada je. Dia dah bunuh tiga pengikut tak dikenali sampai mati." Tuan Zachary meraup rambutnya kebelakang.

"Pengikut?" soal Nawwar. Musykil.

"Saya tak ada masa nak cerita dekat sini. Puan Mawwar, cepat!" ajak Tuan Zachary seraya menghayun pedangnya tinggi. Cas petir terhasil membentuk plasma putih.

"Nawwar jaga adik tau? Peka dengan keadaan sekeliling," pesan Puan Mawwar. Kucupan mendarat pada dahi mulusnya. Wajah anak bujang itu ditatap lama kemudian berpindah ke anak perempuannya.

Just like their mother.

Puan Mawwar membawa keluar pedang disalut ais. Skarf ungu dililit di kedua-dua lengannya. Ala-ala melayu perempuan tradisional zaman dulu.

Tuan Zachary melakukan serangan plasma putih bertubi-tubi manakala Puan Mawwar menghasilkan stalagmit ais. Zander mencelah dengan menembak antagonis itu menggunakan submachine gun khas. Peluru yang ditembak keluar bukanlah peluru biasa.

Ia mengeluarkan percikan api sebaik sahaja terkena pada mangsa. Boleh melecur jika kena tepat pada kulit tanpa sebarang perlindungan.

Antagonis santai mengawal serangan tiga lawan satu. Serangan mereka terlalu lemah baginya.

Thread manipulation. Itulah kemahiran antagonis tersebut. Berupaya mengikat mangsa dari jarak jauh dan mengalirkan arus petir melaluinya. Mangsa utama antagonis itu ialah Tuan Zachary.

"Ergh!!" Tuan Zachary sedaya upaya bergelut melepaskan diri dari ikatannya.

Antagonis itu menariknya hampir. Puan Mawwar dan Zander hentikan serangan. Mereka dalam mod jaga-jaga. Sekiranya serangan diteruskan, kemungkinan nyawa Tuan Zachary melayang begitu saja.

Rahang Tuan Zachary dicengkam kuat. Kepala antagonis itu miring ke kanan lalu berbisik, "The Cursed Child is finally here."

"Azazel... Gila ke nak buat depan adik dia!?" Tuan Zachary menekan suaranya. Namun, Azazel tidak peduli. Perjanjian harus ditepati.

Azazel mengalirkan elektrocas ke badannya. Tuan Zachary mengerang kesakitan. Zander bergegas mendapatkan ayahnya separa terbaring atas lantai.

"Ayah! Ayah okey?" Zander membantu ayahnya duduk. Menggepal penumbuk. Rasa nak lunyai kepala jantan tu cukup-cukup.

"Zander... Tolong Puan Mawwar. Jangan bagi Azazel sentuh sikit pun dekat isteri Tuan Asnawi. Anak dia dua-dua sini."

"Ha?? Termasuk Ammara?" soal Zander lagi untuk kepastian. Tuan Zachary tidak bohong. Memang benar adik Nawwar turut serta.

Zander bangkit meninggalkan Tuan Zachary yang masih terduduk di lantai. Pantau dari jauh. Bukan boleh percaya Azazel bab perjanjian. Mulut sembang kata nak aktifkan sumpahan dalam badan Nawwar, padahal ada rancangan lain.

Di pihak Puan Mawwar, wanita itu merengus kasar. Pedang diacu kepada Azazel, sebagai pelindung diri. Pawana sejuk menampar wajahnya yang penuh kotoran. Skarf kainnya kelihatan berterbangan.

"Kau rupanya dalang semua ini! Kau bunuh nyawa tak bersalah dekat pulau Afwah!" lantang Puan Mawwar bersuara. Sedikit tidak berganjak ke belakang malah mara beberapa langkah ke hadapan. Jiwa pahlawan menguasai dirinya.

"I'm the master of revenge. What do you expect, huh?" Tawa besar Azazel. Bandar suci? Mengarut.

"Hm... Anak laki kau dekat sini rupanya. Mudah kerja aku," sinis Azazel berbicara. Menepuk tangan perlahan. Berkalih memandang Nawwar memeluk Ammara dari jauh.

"Kau jangan buat dekat sini! Adik dia ada..."

"Kau fikir aku kisah adik dia ada ke tak ada? Aku nak perjanjian suami kau ditepati!" Tak sempat Puan Mawwar buka langkah satu libasan thread manipulation terkena pada dadanya.

"Ibu!!" jerit Nawwar ketakutan. Puan Mawwar melutut ke tanah sambil memegang dadanya.

"Ammara, duduk sini. Abang nak serang penjahat tu." Lengan Nawwar ditarik kuat oleh Ammara, tidak mahu dia masuk campur.

"Abang... Adik takut..." adu Ammara. Masih berkeras tak mahu Nawwar ambil risiko.

He can sense the fear in her eyes.

"Percayalah, abang okey je. Ha tengok, abang kuat tau. Hiyargh! Huh!" Terus Nawwar posing ala-ala ahli angkat berat dekat gym. Otot bisep tak berapa nak ada. Gelak sakan Ammara mengejek dia.

"Duduk sini je. Tak pun pergi dekat ibu, jaga dia. Please," rayu Nawwar seraya menyelit juntaian rambut yang hampir menutup wajahnya.

Ammara sekadar mengeluh. Nawwar membawa keluar pedang miliknya. Dalam sesaat, dia teleportasi dan terus menyerang Azazel tanpa rasa takut. Api membara pada bilah pedangnya.

"Nawwar!! Come back here!!" Seruan Puan Mawwar tidak diendahkan Nawwar. Dadanya terasa sesak. Bagai dihempap batu padanya. Bahunya ditunjal seseorang lalu kepalanya berpaling ke sebelah kiri.

"Ibu... Abang sendiri nak lawan dia..." cebik Ammara. Pipi anak perempuanya diusap lembut. Benar kata Tuan Zachary, Ammara tidak seharusnya ikut misi ini.

"Ammara... Ibu nak adik duduk sini. Ibu nak halang Nawwar daripada serang Azazel." Skarf ungu dilipat lalu diberikan pada anak perempuannya.

"If you feel scared, hug my scarf tightly," pesan Puan Mawwar. Dia gigih jua untuk mendapatkan anak lelakinya yang sibuk berbalah dengan Azazel.

Andai Nawwar tahu tujuan utama Azazel di sini.

"Kau boleh tahan lincah," puji Azazel. Kagum. Dia kagum cara Nawwar membalas serangannya walaupun dia ahli Flame.

"Kau nak kata aku lemah ke?"

"Lebih kurang," balas Azazel bersahaja. Tak padan badan kecil. Keberanian luar biasa.

"Kau sakitkan ibu aku! Kau terima akibatnya!!" Pedang Nawwar diangkat tinggi. Kolum bersama benteng api diaktifkan. Tinggal gelombang api saja harus Nawwar lakukan.

"Nak sangat!? Rasakan ini!" Azazel menusuk pedang miliknya atas tanah. Arus petir datang mengalir ke arahnya sehinggalah...

"Ibu!!" Puan Mawwar menarik Nawwar masuk dakapan. Kesudahannya, arus petir diserap masuk ke dalam tubuh ibunya.

"Mati pun kau." Azazel berpusing menghadap Tuan Zachary pula. Kembali bertentang mata bersama anaknya Zander.

Puan Mawwar baring terkulai. Lemah. Terus Nawwar memangku kepala ibunya. Timbul urat biru gelap pada wajah pucatnya. Nawwar bingung. Terasa seperti ibunya kekurangan oksigen kerana nafasnya yang laju.

"Ibu! Jangan mati ibu... Nawwar tak ada siapa lagi ibu!!" rintih Nawwar.

"Ibu!!" Datang pula Ammara dari belakang. Jatuh melutut melihat tubuhnya kaku direnjat petir Azazel.

"Nawwar... Ammara..." seru Puan Mawwar. Kedua-dua anaknya ditatap lembut.

"J-jaga diri... I-ibu... Ibu sehabis baik... Lindungi anak ibu... Ibu sayang anak ibu..." Puan Mawwar berusaha mencari nafas yang hilang.

"Ammara... Bila ibu pergi... Ibu nak Ammara... Jadi anak solehah... Jangan melawan cakap ayah... Atau abang... Dia orang tahu... Apa yang terbaik... Dan untuk Nawwar..." pipi Nawwar dielus lembut. Tangan ibunya terasa sejuk. Sangat sejuk.

"Ye ibu?" Nawwar kemam bibirnya. Mata perang keemasannya mula berkaca.

"Jadilah fighter yang kuat... Macam ibu... Macam ayah... Jangan berputus asa... Jangan mengeluh kalau susah... Kamu istimewa, Nawwar... Kamu tak... Macam..." Berkedip-kedip mata Puan Mawwar. Terasa berat.

"Ibu jangan pergi lagi ibu!" rintih Nawwar lagi.

"T-tak... Macam Naqib... Dan adik... Ibu sayang Ammara... Ibu sayang kamu, Nawwar... Maafkan ibu... Kalau ibu gagal jadi... Yang terbaik... Ibu sanggup korbankan... Diri... Sebab... Perjalanan kamu masih jauh... N-Nawwar... Ammara..."

"Abang... Adik takut..." Ammara berpaut lengan pada Nawwar.

"Nawwar..." seru Puan Mawwar.

"Ibu harap... Bila Nawwar dewasa nanti... Nawwar jadi... Macam... Ibu... Ibu harap... Nawwar kuat... Tempuh dugaan... Ibu doakan... Nawwar panjang umur... Ibu... Ibu minta satu benda... Dari Nawwar... Boleh?"

"Apa dia, ibu?" Sedaya upaya Nawwar menahan tangisannya. Begitu juga dengan Ammara. Menunggu permintaan terakhir dari Puan Mawwar.

"Tolong ibu... Ucapkan dua... Kalimah... Syahadah..."

"Ibu..." Nawwar menelan liur kesat di kerongkong. Ammara sudah lencun wajahnya dibanjiri air mata.

"Ashhadu Al La Ilaha Illallah..." bisik Nawwar di telinga Puan Mawwar.

"Ashhadu Al La Ilaha Illallah..." Kalimah demi kalimah disebut Puan Mawwar bernada perlahan.

"Wa Ashhadu Anna Muhammadun Rasulullah..."

"Wa Ashhadu Anna Muhammadun Rasulullah..."

"You did it... " kata Ammara sambil menggenggam erat tangan Puan Mawwar.

"Izinkan ibu... Tidur... Boleh?"

"Tidurlah ibu... Berehatlah... Terima kasih sebab jaga Nawwar dan Ammara. Nawwar sayang ibu sangat. No one can replace you." Kata mutiara akhir dari Nawwar.

"Adik pun. Adik sayang ibu,"

Maka, Puan Mawwar Arayya telah menghembuskan nafas terakhirnya dalam pangkuan Nawwar Inas bersaksikan Ammara Anasya.

"Ibu..." Nawwar memeluk tubuh ibunya yang tidak bernyawa.

"Ibu! Kenapa ibu tinggalkan abang!? Baliklah ibu... Baliklah!!" Sukar percaya ibunya sudah tiada depan mata. Dia sudah kehilangan Auliya Iman kerana keguguran. Dia sudah kehilangan Naqib kerana silap langkah.

Dan kini, Puan Mawwar pergi kerana sanggup mengorbankan dirinya demi Nawwar.

"Semua salah abang!!!" Tangan Nawwar menggepal penumbuk. Dihentam atas tanah.

"Abang... Ajal maut ketentuan Allah. Setiap yang hidup pasti akan mati." Ammara cuba tenangkan Nawwar. Meskipun dia sendiri terkilan akan pemergian ibunya.

"Bodoh punya penjahat!!" Jasad ibunya terletak elok atas tanah. Nawwar menarik keluar pedangnya lalu dilibas ke arah Azazel.

Sak!

Luka calar terukir pada lengannya. Darah mengalir keluar. Deras. Dia ingin melepaskan dendam semuanya kepada pelaku yang membunuh ibunya.

"Habis dah drama kau?" Azazel tersenyum herot. Puas bersembang dengan Tuan Zachary. Pada saat ini, bermulalah perjanjian itu bakal dilaksanakan.

"Azazel!!" Tuan Zachary membawa keluar pedangnya.

"Kau tak guna!" bidas Nawwar seraya menghayun pedangnya. Cahaya putih dihasilkan Azazel telah menyilaukan matanya.

"Abang!" Tubuh Nawwar ditolak ke tepi. Pada masa yang sama, cahaya putih telah dipancarkan ke arah mereka serentak. Tuan Zachary dan Zander mati langkah. Sudah terlambat.

Berdengung kepala terkena sinaran apa entah. UV ke Gamma ke Beta. Lantaklah. Yang pasti, badan terasa seperti dipanggang hidup-hidup. Nawwar menyalangkan matanya. Tiada sebarang kecederaan padanya.

"Ammara..."

Sekujur tubuh terbaring layu atas tanah. Darah mengalir keluar dari mulutnya. Wajah dipenuhi urat biru seperti arwah ibunya tadi. Kepala Ammara dipangku ke pahanya.

"No no no please don't leave me..." Cukuplah ibunya saja yang pergi, jangan tarik Ammara sekali.

"Abang... Adik sakit..."

"Iya abang tau. Tahan sekejap boleh? Abang taknak hilang adik..."

Sempat Ammara tertawa kecil. Terbatuk darah likat. Nawwar tergamam hebat. Nampak sangat adiknya mula tenat.

"Cantiknya... Corak... Dekat dahi abang..." Pujian Ammara membuatkan Nawwar keliru. Corak apa? Tangannya gatal mengusap dahinya. Hanya darah menitik laju di dahinya.

"Corak? Abang rasa abang terluka sebab jatuh." Nawwar menafikannya. Khayal kut sebab nyawa-nyawa ikan.

"No... There's a pattern... On your forehead... Looks pretty..."

Nawwar positif. Mungkin betul dia halusinasi. Dia menggeleng perlahan.

"Abang..."

"Ya?" Pantas Nawwar meresponnya.

"Ucapkan... Dua kalimah syahadah... Untuk adik..."

Bergetar bibir Nawwar cuba melafazkan semula kalimah syahadah untuk adiknya. Terkumat-kamit mulut Ammara membacakan kalimah tersebut.

"Wa Ashhadu Anna Muhammadan Rasulullah..."

Ammara telah pergi buat selama-lamanya.

Dua insan bergelar wanita telah meninggal dunia pada hari yang sama dalam pangkuan Nawwar.




ㅤㅤ



ㅤㅤ




ㅤㅤ



ㅤㅤ

3 bab dalam masa sehari. Btw bab ni sebenarnya panjang lagi tapi author nak jaga jumlah words. Jadi more detail mungkin dlm novel prekuel (belum buat lagi).

Continue Reading

You'll Also Like

962 107 19
Muhammad Luth Adam Fatwaz Seorang lelaki , CEO GALERI SENI D'LAF. Dia mempunyai banyak keistimewaan tetapi dia juga tenggelam dalam kisah silam. Ki...
1.4K 145 8
"ℌ𝔢 𝔴𝔦𝔩𝔩 𝔴𝔞𝔦𝔱 𝔣𝔬𝔯 𝔥𝔦𝔰 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔣𝔬𝔯𝔢𝔳𝔢𝔯" ARQINA ZULQISA seorang gadis yang berpendirian teguh dan hati yang lembut cuba melarika...
61.2K 7.5K 14
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
186K 2.7K 26
Konflik di mana pelbagai dugaan juga godaan yang mendatangi Sarjan Mus sebelumnya membuatkan dia lebih bersikap neutral dalam kehidupannya. Pada awal...