The Untold Stories (Vol 2)

By akuorgbiasa

119K 10.3K 1.5K

Cerita-cerita pendek coretan AOB More

TUS 2.0
Abang sayang kau
Convocation
Ramadhan Kareem
Ramadhan kareem #3
first time
go with the flow...
go with the flow (part 2)
45 min writing challenge
Cinta pertama
As long as you want me...
Throwback: Dee...ar
Versi Ustaz Naqib
lansi
lansi (part 2)
guardian...
woman to woman...
cemburu tanda sayang
throwback: Geng Terlajak Laris
Kenduri
the proposal
Redah
Indah-Kacak
Pesan abang
yang terindah
cerita kita
the day after
model
because i love you...
reason
pulang
cinta sejati
Buah Hati Yang ke-1(b)
kedua
kedua (dua)
our sister, our guardian...
ramadhan kareem
ramadhan kareem (story #2)
ramadhan kareem (story #3)
promo ebook: Kisah Kita, Maggi dan Balkoni
ramadhan kareem (story #4)
ramadhan kareem (story #5)
raya kita
balik raya
raya pertama kita
1st baby moment
Along yang bengis
Along yang bengis (part 2)
Along yang bengis (Part 3)
A.L.O.N.G
Kekuatan
Bidadari Ustaz Cool
bukan hantu
pelanggan tetap

Ramadhan kareem #2

2.9K 251 33
By akuorgbiasa

T-shirt yang dah dilipat kemas dihulurkan pada sang suami yang berdiri di sisi katil sambil mengemaskan isi begnya.

"Kalau tak pergi tak boleh ke, Ami?" Soal Teja dengan muka masam.

Soalannya disambut tawa dek si suami.

"Ketawa pulak! Orang tanya serius ni!"

Makin galak tawanya. "Sukahati dia je, amoi ni. Kalau company tu dah tukar nama, Tariq-alias-Ed-punye-leyy sendilian belehad, bolehlah saya buat sukahati tak nak pergi," balasnya.

Teja mencebik. "Bos Ami ni kan, time-time orang nak puasa ni laaaa dia nak suruh outstation. Kenapa tak suruh pergi awal-awal? Minggu lepas ke, bulan lepas ke!"

Tariq tak membalas, hanya ketawa terkekek-kekek. "Why you say like that la, lenglui. Sayang kalau kena pergi hospital, saya tak cakap pun, kenapa patient sayang tu tak critical semalam ke, last week ke, last year ke. Masa orang nak pergi tengok wayang gak laa dia nak sakitnya pun!"

Teja tersengih dituruti decitan. "Yalah, yalah. Cuma macam dissappointed tak dapat sambut 1st Ramadhan dengan ami. Ini kan 1st time kita."

Tariq mengangguk mengerti. Dia tahu. Dia sendiri ralat apabila diberi arahan untuk ke Kulim oleh majikannya untuk menyelesaikan masalah di sana secara tiba-tiba. Dah berharap dapat raikan ketibaan Ramadhan bermula lusa dengan isteri tersayang.

Nak buat macam mana? Tanggungjawab. Memang projek dia. Terpaksalah dia yang pergi selesaikan.

"Tapi kan, sayang. Yang sayang beria kecewa tu, awak bukannya puasa pun! Kan baru red flag."

Teja berdecit lagi. "Hish, Ami..... That's not the point. Yang utama ialah, meraikan Ramadhan sama-sama. Together. Saya tak puasa pun, saya tetap temankan Ami sahur and berbuka. Sediakan makanan Ami."

"Kalau tak kena seru dengan hospital lah!" Sempat lagi Tariq memerli.

"Ami ni kan! Hish, menyampahlah!"

Lalu Teja angkat punggung daripada katil ingin berlalu.

"Eh, eh, eh! Lenglui! Nak pergi mana tu?" Pantas ditangkap Tariq, menarik sang isteri rapat ke tubuhnya.

"Merajuk!"

"Alololo...." balas Tariq sambil ketawa.

"Ami ni selalu macam ni. Saya sedih ni tau awak nak tinggal saya di hari hari baik, bulan balik. Awak ejek-ejek saya pulak."

Tariq lepaskan keluhan. Lalu tubuh Teja dirangkul erat. Dagu direhatkan di kepala isterinya itu.

"Saya tahu. Trust me, I'm as frustrated as you are. Saya dah try mintak tangguh, tapi client nak kami rectify urgently. What can I do?"

Teja turut mengeluh. "Tulah. Semoga murah rezeki Ami, nanti boleh buat company Tariq alias Ed punya leyy sendilian belehad," balas Teja sambil membalas pelukan.

Tariq ketawa.

"Kalau siap kerja awal, saya terus balik, okey? Hopefully, sempat sahur dekat rumah. Dengan sayang."

Tubuh ditarik untuk memandang si suami.

Teja ukir senyum. Angguk. "Yang penting Ami take care. Sahur. Jangan tak sahur pulak. Makan something solid. Ada carbo. Minum air jarang banyak-banyak."

Sekali lagi, suaminya itu tertawa. "Yup. Air yang jarang. The sexy water."
Pertama kali dengar dulu, dia gelak bersungguh. Pelik betul gelaran yang diberikan pada air tu. Air jarang. Tapi katanya, memang mereka sekeluarga gelarkan air kosong dengan nama air jarang.

Teja turut ketawa. "Plain water. H2O. Adoi, susah betul kahwin dengan orang tak paham bahasa ni."

"Kan? Tapi nasib baik handsome. Baik hati. Bijaksana."

"Perasan!" Balas Teja sambil menjelir lidah.

"Gonna miss you, sayang. Jaga diri tau. Walau tak puasa, kena makan jugak pagi-pagi. Knowing you, mesti malu nak makan tengah hari walaupun orang faham je kalau Dr Teja tak puasa."

Teja sengih. Memang pun! Padahal kawan-kawan di hospital selamba je tempah makanan waktu rehat tengah hari.

Yang order Frappucino Starbucks pun ada! Sah-sah bukan untuk berbuka puasa.

Tetapi dia sendiri segan. Segan kalau teman-teman lelaki tahu dia tak berpuasa kerana datang haid. Perkara itu memang natural dan normal. Tetapi, kalau boleh disembunyikan, apa salahnya. Lagipun, adalah sangat dituntut dalam agama untuk hormati orang yang berpuasa.

Jadi selalunya, memang dia akan makan sebelum ke hospital. Jadi sepanjang tempoh orang lain berpuasa, dia juga tak makan. Curi-curi minum di tempat tersembunyi untuk hilangkan dahaga.

"Saya cuba balik cepat, okey? Pray may Allah ease everything."

Teja angguk lagi. Senyum.

Semoga Allah permudahkan urusan Ami dan lindungi Ami sentiasa. Aamin...

💕💕💕💕💕

"Habis, kau soranglah ni, kak? Tariq tak sempat balik?"

Teja yang sedang mengunyah buah anggur sambil bersembang dengan ibunya melalui panggilan video itu menggeleng.

"Tak apalah. Nak buat macam mana. Dah kerja dia."

"Ya. Akak faham je. Tak apalah."

"Bila baliknya? Dia ada bagitahu ke?"

Teja tarik nafas. "Pukul 8 malam tadi, masih dekat kilang, mak. Tak siap lagi kerjanya. Katanya banyak lagi. Entahlah esok boleh siap ke tak tu."

"Oh ya ke. Alahai, kesian menantu mak. Entah sahur apa dia dekat sana tu," ujar Mak Biah.

Teja sengih. "Mak, dia tu bukannya pertama kali puasa. Dia masuk Islam lama dah. Tahulah dia."

"Yalah. Selalu kan mak dia ada. Mestilah Emily ada sediakan apa-apa untuk dia sahur. Ini, entah ada makanan ke tak tu."

"Amboi, amboi, Mak Biah. Sayang menantu eh?"

"Eh, budak ni! Ke situ pulak dia. Kang aku tak ambik berat, kata tak suka pulak laki dia. Ni aku ambik berat, diperli pulak. Apa masalah kau ni, Teja Amani? Aneh-aneh, kok!"

Teja ketawa kuat.

"Jebat dengan Siti ada ke tu, mak?"

"Tak ada. Tu lagi satu. Pening kepala aku dibuatnya. Dah malam-malam ni keluar bawak si Orked entah ke mana. Macam tak boleh keluar esok-esok!"

Makin menjadi dekahan Teja.

"Biar je lah, mak."

"Kang kot kembung ke, demam ke apa si Orked tu berembun malam-malam, mak juga yang susah hati. Lepas tu sibuk call kakak, tanya itu ini. Mentang-mentang kakaknya memang doktor bahagian kanak-kanak. Lain kali Jebat telefon kau tanya pasal kesihatan Orked, kau mintak dia bayar, kak! Seratus satu panggilan!" Bebel Mak Biah.

Teja terkekek lagi. "Kalau pandangkan papanya, memang rasa nak charge je, mak. Tapi pandangkan si Orked tembam tu, tak sampai hati. Free je lah!"

Mak Biah tertawa. Orked, cucu pertama keluarganya itu memang menjadi kesayangan seluruh keluarga kecilnya.

"Kak, dahlah ya. Mak nak masuk tidur dah ni. Esok nak bangun awal, masak sahur."

"Okey, mak. Selamat berpuasa, mak. Nanti kakak dan Tariq free, kami balik kampung buka puasa dengan mak, ya? Kirim salam kat budak berdua tu!"

"Iya. Selamat berpuasa jugak, kak. Assalamualaikum..."

Panggilan mati. Teja tarik nafas panjang memandang keliling rumah yang terasa sangat sepi.

"Selamat berpuasa, ami... I miss you..." ucapnya perlahan.

💜💜💜💜💜

Bunyi alarm daripada telefon bimbitnya buat dia terjaga dari lena.

Dia pandang telefon yang menyala-nyala di meja sisi katil. Lantas meraba mencapai telefon.

4:30 pagi.

Mengeluh perlahan. Memang dia dah tetapkan alarm setiap pagi di sepanjang Ramadhan ini untuk dia bangkit menyediakan juadah bersahur.

Almaklumlah, orang dah ada suami. Semangat sikit nak masak sahur fancy-fancy!

Namun saat dia mahu bangkit, terasa ada gerakan di sisi. Laju dia menoleh.

Eh! Ami!!

Suaminya itu sedang tidur lena.

Teja senyum lebar.

Masa bila dia balik? Macam mana aku boleh tak sedar. Adoi... Tidur ke mati, Teja Amani?

Sempat dia usap pipi Tariq lembut sebelum terus bergegas ke tandas.

Enche suami ada dekat rumah! Kena masak best-best!

Lalu dia terus beraksi di dapur menyediakan juadah sahur.

5:10 pagi,

"Ami..., Ami, bangun! Sahur..."

Tiada pergerakan. Tariq masih lena diulit mimpi.

"Ami... Jom, sahur!" Kejutnya sekali lagi.

Masih tak berkutik.

"Ami..." Kali ini Teja rapatkan bibir ke telinga Tariq. Barulah mata suaminya itu terbuka sekejap sebelum terpejam semula.

"Hmm..."

"Sahur..."

"Hmm...."

"Bangunlah. Nanti tak sempat."

"Sleepy. Nak tidur..." rengek si dia lantas memeluk bantal dan kembali tidur selesa.

"Eh, eh, eh! Tidur pulak."

Teja bercekak pinggang. Camana nak buat ni? Mengantuk betul nampaknya tu. Entah pukul berapa sampai tadi agaknya.

Lantas dia mengorak langkah ke dapur semula.

Apa-apa pun! Enche suami kita kena makan sahur!

❤❤❤❤❤❤

"Ami!"

Tersentak Tariq dibuatnya dek suara kuat Teja.

"Sorry, sorry. Terkejut eh! Saya nak make sure awak bangun je." Bersungguh pula isterinya itu memohon maaf.

Tariq gesek mata. "Pukul berapa dah, sayang? I'm super duper sleepy. Tak larat ni."

"Dah 5:15. Ami duduk je. Saya suapkan. Okey?"

"Heh?"

Kala itu jari telunjuk Teja menghala ke arah hidangan yang dah dibawa ke bilik.

Tariq tersengih. "Sahur in bed?"

Teja angguk. "Duduk je. Sandar dekat kepala katil tu."

Malas-malas, Tariq bergerak juga. Badan disandarkan di kepala katil.

"First, let me wipe your face. Entah ada air liur basi ke apa!" Ujar Teja sambil mula mengelap wajah suaminya itu dengan tuala yang dah dibasahkan.

"Mana ada. Air liur saya keluar bila tengok sayang je!"

"Diam ah!" Marah Teja dengan muka merah.

Tariq ketawa.

"Ami nak minum dulu? Makan dulu?" Soal Teja.

"Kiss dulu."

"Tak boleh. Tak masuk pilihan jawapan. Makan ke minum? Cepatlah! Nanti habis waktu."

"Strict nya! Fine, minum! Air sexy, please!"

Teja hulurkan segelas air masak sambil gelak kecil.

Usai Tariq menelan air, isterinya itu dah bersedia dengan sudu berisi macaroni.

"Mac and cheese?"

Teja angguk. "Special untuk orang nak puasa ni."

Tariq senyum. "Thank you, sayang. Tak sia-sia pecut balik walau habis kerja at 12."

Buntang mata Teja. "Pukul 12 baru habis kerja? Dah tu, awak bertolak daripada Kulim pukul berapa?"

Tariq tarik nafas panjang sambil mengurut leher. Kepala didongak memandang siling. "Around 1230 kot. Saya rush balik hotel, check out, lepas tu terus vrooomm.."

Teja geleng kepala. "Sampai pukul berapa? Kenapa tak kejut saya? Saya tak sedar pun Ami sampai. Tau-tau je dah ada sebelah."

"Malas nak kacau. Awak tengah lena sangat. Saya bukak tutup pintu pun tak sedar."

"Pukul berapa tu?"

"330? 345? Around that time," jawab Tariq sambil memandang jam dinding di bilik mereka itu.

Sekali lagi Teja buntangkan mata. "Astaga, budak bertuah ni. Terbang ke kereta awak tadi?"

"Ala, jalan kosong. Tengah malam. Saya pecutlah sikit. Yang penting selamat sampai," jawab Tariq.

"Tak betul tu. Kali ni, Alhamdulillah, selamat. Esok-esok? Ha! Dahlah dalam keadaan awak penat, mengantuk. Drive laju-laju. Sangat bahaya, ami. Saya risau la. Saya tahulah awak tu memang pemandu yang cekap. Boleh masuk F1, tapi..." bebel Teja sambil menyuap. Sedar-sedar sahaja dah penuh mulut Tariq disumbat.

"Sayang, sayang. Jap!"

"Apa?"

"Penuh dah."

Apabila Teja tersedar, terus dia tepuk dahi, kemudian tertawa.

"Sorry, sorry."

Tariq sudahkan kunyahan.

"Marah sangat tu."

"Bukan marah, worry!"

Kali ini Tariq senyum. "Sorry..." ujarnya sambil mengusap kepala isterinya lembut.

"Sorry, sorry. Tapi lepas tu Ami buat lagi. Promise me you won't do that again," marah Teja.

Nafas ditarik panjang. Senyum. "Saya tak nak janji benda yang saya tak boleh tunaikan. Tapi, InshaaAllah, saya akan hati-hati."

Teja hanya mampu mengeluh dan geleng kepala. Dia maklum sangat pe'el lelaki ini. Memandu laju macam pelesit. Tapi tak dia nafikan, suaminya ini memang cekap. Cuma, rasa bimbang dan risau tu sentiasa ada.

Tapi, sejak kena bebel berdas-das di dalam kereta tentang "Ingatlah orang tersayang" dan "Hati-hati di jalan raya", tiap kali Teja berada sama dalam kereta, Tariq memandu dengan 'halaju-selamat'. Kurang sikit pelesitnya tu.

"Hari ni kena masuk office, ke?" soal Teja.

Tariq angkat bahu. "Tak tahu lagi. Tapi macam tak larat. Nak tidur. EL kot."

Teja angguk. "Eloklah. Rest dekat rumah."

"Sayang pergi kerja?"

"Saya memang kena kerjalah! Dah kenapa pulak nak EL tak pasal-pasal."

"Alooo... Siapa nak manjakan saya?"

"Eh, gedik pulak. Nak kena dodoikan ke awak tidur?"

Tariq angguk. "Saya nak tidur di pangkuan isteri saya."

Teja ketawa. "Mengada! Makan cepat. lepas tu minum lagi air sexy tu. Vits pun saya dah sediakan tu." Teja suakan satu lagi suapan buat Tariq.

"Sayang..."

"Hmm? Apa lagi?"

"May you have a blessed Ramadhan..." ucap Tariq lantas menerbitkan senyuman lebar sang isteri.

Entah kenapa, Teja terasa wajahnya panas. Blushing.

"May WE have a blessed Ramadhan, Ami. Aamin..." balas Teja.

"Aamin..." Lalu Tariq tarik sedikit kepala Teja dan menurunkan kucupan di dahi.

"It still feels surreal. Having you back in my life. Not only as a friend, but as my wife, my love, my companion, my long-life partner."

Sepi. Tiada balasan dari Teja.

"Sayang?"

"Hmm?"

"Diam je?"

"Jap. Otak sis jem apa nak reply to sweet talks di pagi-pagi hari sebelum subuh ni."

Meledak tawa Tariq. "Tak payah reply. Kecomelan awak je dah buat hati saya bermunge-munge..." Sekali lagi dahi isterinya itu dikucup.

"Dah, cepat makan ni! Ada lagi.... satu... dua...tiga... tiga suap! Kunyah laju-laju sikit. Kang nak minum lagi..., nak..."

Tariq hanya memandang isterinya yang sedang mengomel itu. Senyum lebar.

My best Ramadhan so far.. Alhamdulillah....



Continue Reading

You'll Also Like

395K 14.1K 46
Apakah perasaan anda apabila terpaksa memasak untuk enam orang jejaka yang mempunyai 1001 macam karenah dan selera. Begitulah kisah yang berlaku...
1.1K 225 22
﷽ SYUHADAH 8th story "Kenapa Ayyan dilahirkan cacat, ibu? Allah tak sayangkan Ayyan ke?" Soalan itulah yang bermain dibibir Ayyan setiap kali Zafirah...
I Like You | ✔ By Hani

General Fiction

685K 30.9K 60
[ The Wattys 2018 Winner - The Breakthroughs ] Previously known as Ilhamkan Bahagia ~ Kau mengetuk pintu hatiku, Tanpa sedar hingga ku izinkan, Kau...
3.8K 280 31
Qasrina Mikayla, seorang gadis biasa yang menyukai seseorang bertahun lamanya. Berapa lama? rasanya sudah 20 tahun lebih gadis itu menyukainya. Move...