[ C ] | I'm not a sugar mummy!

By Qstnaafrn

90.3K 4.7K 161

Spin off from NIRMALA KASIH HANAN Alpha woman? Itu adalah nama tengah bagi Nor Izzati Hanani. Wanita terlebih... More

💸 PROLOG 💸
💸 1 💸
💸 2 💸
💸 3 💸
💸 4 💸
💸 5 💸
💸 6 💸
💸 7 💸
💸 8 💸
💸 9 💸
💸 10 💸
💸 11 💸
💸 12 💸
💸 13 💸
💸 14 💸
💸 15 💸
💸 16 💸
💸 17 💸
💸 18 💸
💸 19 💸
💸 20 💸
💸 21 💸
💸 22 💸
💸 23 💸
💸 24 💸
💸 25 💸
💸 26 💸
💸 27 💸
💸 28 💸
💸 29 💸
💸 30 💸
💸 31 💸
💸 32 💸
💸 33 💸
💸 34 💸
💸 35 💸
💸 36 💸
💸 37 💸
💸 38 💸
💸 39 💸
💸 40 💸
💸 41 💸
💸 42 💸
💸 43 💸
💸 44 💸
💸 45 💸
💸 46 💸
💸 47 💸
💸 48 💸
💸 49 💸
💸 50 💸
💸 51 💸
💸 52 💸
💸 53 💸
💸 54 💸
💸 55 💸
💸 57 💸
💸 58 💸
💸 59 💸
💸 60 💸
💸 61 💸
💸 62 💸
💸 63 💸
💸 64 💸
💸 65 💸
💸 66 💸
💸 67 💸
💸 68 💸
💸 69 💸
💸 70 💸
💸 71 💸
💸 72 💸
💸 73 💸
💸 74 💸
💸 75 💸
💸 76 💸
💸 Ending 💸
💸 Bonus 1 💸
💸 Bonus 2 💸
💸 Bonus 3 💸
💸 Bonus 4 💸
💸 Bonus 5 💸
The end!

💸 56 💸

892 48 4
By Qstnaafrn


Izzati hanya mengerling sebal melihat Wafiy bermain dengan Bubee di lantai ruang tamu. Barang-barang keperluan kucing sudah dibeli Wafiy semalam termasuklah sangkar kecil, permainan untuk Bubee, rantai, dan pasir pakai buang.

Stok makanan kucing bukan main banyak. Sampai 10 tin wet food dan 10kg dry food.

" 24 jam asyik main dengan kucing je," Gumam Izzati kecil.

" Awak ni tak ada kerja lain ke nak buat selain daripada main dengan Bubee?"

" Saya dah settlekan semua kerja rumah. Lepas isyak baru saya study. Petang-petang macamni elok bermain dengan kucing. Dapat hilangkan rasa penat dan tekanan."

" Eleh. Dapat hilangkan penat dan tekanan konon,"

" Awak ni sejak Bubee ada asyik nak mendengki je,"

" Saya dengki? Dengan kucing? Huh," Izzati tergelak sinis.

" Tak ada masa lah," Izzati berjalan masuk ke dalam bilik. Wafiy hanya melihat pemergian Izzati itu.

" Kenapa dengan mummy tu, Bubee? Asyik nak marah je,"

" Meow," Bubee mengiau.

Beberapa minit kemudian, Wafiy memeriksa Izzati di dalam bilik. Kelihatan wanita itu berselubung dalam selimut.

" Sayang, awak lapar tak? Kalau lapar, saya masakkan. Awak nak makan apa? Cakap je,"

" Tak lapar," Balas Izzati dalam selimut.

" Tak lapar? Awak kata tadi last makan waktu lunch. Takkan sekarang masih tak lapar?"

" Tak ada selera lah,"

" Awak sakit ke?" Soal Wafiy lembut. Dia duduk di birai katil.

" Awak ada nampak saya sakit ke tadi?"

Wafiy mengemam bibirnya. " Erm awak nak makan apa? Minta je. Saya buatkan,"

" Kan saya kata saya tak lapar. Pergilah main dengan Bubee tu," Kata Izzati sedikit keras.

" Kenapa ni? Cakap lah dengan saya," Wafiy menyelak selimut daripada kepala Izzati.

" Janganlah!"

" Kenapa muka merah tu? Sayang, awak menangis ke? Kenapa awak-..." Wafiy terdiam seketika.

Izzati menjeling tajam sebelum berselubung kembali.

" Are you mad because of Bubee?"

" I don't wanna talk about this."

" Please, sayang. Takkan awak nak marah dengan saya sampai bila-bila? Cuba cakap dengan saya. Saya dengar," Wafiu memujuk dengan mengelus belakang Izzati.

" Pergi je lah main dengan Bubee. I'm just fine," Izzati masih berdegil.

Wafiy mengeluh nafas. Dia sudah buntu untuk memujuk Izzati.

" Saya sayangkan awak tau. Risau saya tengok awak macamni,"

" Tak kisah," Balas Izzati selamba. Wafiy berkerut menahan geram. Boleh pula dia kata tak kisah?

" Tak apa lah. Kalau ada apa-apa awak bagitahu saya. Saya sambung main dengan Bubee balik,"

" Ha pergi lah. Main dengan Bubee puas-puas. Tak payah kisah pasal saya lagi. Sayang konon," Bentak Izzati sakit hati. Dia keluar daripada selimut sebelum memeluk tubuh tanda protes.

Barulah Wafiy mengukirkan senyuman geli hati. Dia duduk kembali di birai katil.

" Someone is jealous with Bubee," Usik dia.

" Ew. Tak ada masa!"

" Saya tak kata awak pun,"

" EEEE!!" Izzati mengetap gigi menahan malu. Tak guna. Dia kenakan aku balik.

" Hahahaha. Ok ok. Saya tak mengusik lagi. Haish, kenapa ni? Dengan kucing pun nak cemburu. Cuba bagitahu saya,"

Izzati dari wajah marah perlahan berubah murung.

" Sejak Bubee ada awak tak pernah kisah pasal saya lagi. Setiap kali saya ajak buat sesuatu awak mesti utamakan Bubee dulu. Saya pun nakkan perhatian. Apa guna saya kat dalam rumah ni? Saya ke dia bini awak?"

Wafiy sekali lagi mengukirkan senyuman. Dia mencapai tangan Izzati lalu mengusap lembut.

" Apa ni? Nak bodek lah tu! Tak termakan," Izzati memandang ke tempat lain.

Wafiy bangun dan pergi ke arah meja solek. Telefonnya diambil lalu kembali bergerak ke arah Izzati semula.

" Malam ni jom keluar pergi dating," Skrin ditunjukkan.

Izzati melihat sebelum dia terbeliak mata. Dia mengambil telefon Wafiy sebelum membaca satu per satu.

" Serius lah kita nak pergi i-City?"

" Takkan saya nak main-main pula,"

" Tapi awak kata awak nak study malam?"

" Erm..." Wafiy menarik Izzati lalu memeluk sisinya.

" ... Sayang saya merajuk, kenalah pujuk." Bisik Wafiy. Izzati mengigit bibir dalam senyuman.

" Kalau macamtu saya nak bersiap lah!" Izzati mahu berlalu tapi ditahan Wafiy seketika.

" Saya tak pernah abaikan awak, sayang. Awak tetap nombor satu dalam hati saya,"

Izzati tergamam mendengar sebelum dia perlahan bergerak pergi. Dia menarik tuala seraya berlari masuk tandas. Wafiy menggeleng dalam kelegaan.

Tiba-tiba Izzati muncul kembali. Wafiy memerhati Izzati yang mendekatinya.

Muah!

" Hehehe thank you, Wafiy. Sayang awak!" Izzati bergerak semula ke tandas.

Wafiy memegang tempat dicium. Wajahnya menjadi merah. Senyuman tak dapat ditahan terus terukir lebar. Nampaknya usaha dia selama ni membuahkan hasil lah ya?









" Selamat pagi, puan Izzati,"

" Selamat pagi," Sahut Izzati dengam gembira. Dia masuk ke dalam lif dengan bernyanyi kecil.

" Aik. Nampak macam good mood je cik puan kita tu," Kata Hana; pekerja di lobi itu.

" Eloklah tu. Kalau tak serius je memanjang wajah dia," Balas kawan sekerjanya.

" Assalamualaikum," Ucap seseorang.

" W-Waalaikumussalam,"

Kacaknya! Nampak muda tapi matang.

" Boleh saya berjumpa dengan Izzati?"

" Encik ada buat appointment dengan dia ke?"

" Eh tak. Saya cuma nak bagi bekal makanan dia yang tertinggal," Kata Wafiy sambil mengangkat beg kertas itu.

" Encik ni suami dia ke?"

" Haah," Wafiy tersengih malu.

" M-maafkan saya! Kalau macamtu tuan naik ke atas terus. Dia baru je sampai tadi,"

" Terima kasih," Wafiy menunduk sedikit sebelum berjalan ke arah lif.

" Ya Allah, hensemnya suami cik puan Izzati. Suara dia pergh! Lembut nauzubillah!"

" Dengar cerita suaminya lagi muda daripada dia,"

" Lah patut nampak adik-adik,"

Wafiy sampai ke tingkat atas bangunan. Dia mencari kelibat sesiapa yang dia kenal. Kakinya membawa ke arah pejabat milik Izzati.

Tok! Tok! Tok!

" Assalamualaikum... Sayang?" Wafiy membuka pintu tapi dalamnya kosong. Eh? Ke mana dia pergi?

" Hoi," Bahunya ditepuk dari belakang.

" Argh!" Hampir nak tercampak bekal di tangan tapi cepat-cepat dia kuatkan pegangan.

" Wafiy?! Apa awak buat kat sini?!" Dalam hati dia terasa gembira melihat kemunculan Wafiy.

" Ni. Terlupa nak bagi," Tolonglah jangan kena marah sebab datang ke sini. Sudah lah baru lepas hantar ke kelas. Lepastu tup tup dia ke sini.

Oh my god. Rasa macam nak cair. Getus hati kecil Izzati.

" Astagfiruallah. Kenapa tak call je suruh pickup?" Izzati menyambut huluran Wafiy juga.

" Saja bagi surprise kat awak. Hehe,"

" Hehe," Ajuk Izzati dengan mimik muka. Dia mengerling ke arah pekerja berdekatan. Kelihatan mereka diperhatikan. Ada juga yang berbisik.

" Jom lah masuk alang-alang ada di sini. Lepas lunch saya hantar awak semula," Izzati menarik Wafiy ke dalam pejabat.

" Saya ada kelas pukul 10 nanti. Saya pergi naik grab je,"

Izzati berfikir sejenak. " Kalau macamtu saya hantar awak pukul 10. Saya ada hal dengan tempat belajar awak,"

" Hal apa?"

" Eh sibuk. Ini hal orang tua. Awak tu fikir belajar je," Izzati menjelir lidah sebelum ketawa.

" Eleh," Wafiy memandang atas bawah.

" Ala sweetnya mereka tu. Bila lah aku nak dapat lelaki sweet macamtu?" Nora mencebik sedih. Raisha mengendeng bahunya.

" Kau perasan tak cik puan kita tu bila dengan suami senyum sampai ke telinga?"

" Nampak sangat. Bahagia lah tu. Tak pernah aku nampak sisi dia yang tu,"

" Awak nak air? Saya boleh suruh Nadia buatkan," Tanya Izzati. Tangannya mengemas fail-fail untuk dihantar.

" Sayang pasti tak nak rasa air bancuhan saya harini?"

Izzati terfikir sejenak sebelum mahu membuka mulut.

" Pantri sebelah kiri dan berhadapan tandas kan? Nescafe Mocha satu sudu susu pekat dan gula," Wafiy menarik senyuman sebelum berjalan keluar. Tak sempat Izzati mahu bersuara. Sudah hafal Wafiy bancuhan kopi kegemarannya.

Tiba-tiba Luth masuk ke dalam pejabat milik Izzati. Matanya asyik terpandangkan luar pintu pejabat.

" Kau kenapa terpandang-pandang luar?"

" Aku tak tahu lah apa yang Hanan letak dalam minuman aku pagi tadi atau aku terlalu rindukan Wafiy sampaikan kat dalam pantri pun aku boleh nampak dia tengah bancuh air," Jelas Luth serius. Wajahnya memainkan peranan membuatkan Izzati mahu bantai gelak kuat-kuat.

Nak gelak... tapi kena tahan. Nak gelak, rasa nak gelak tapi kena tahan.

" Aku rasa kau patut jumpa doktor lah, bang. Parah sangat penyakit gay kau tu," Dia menepuk bahu Luth sebelum membawa satu fail untuk diberi kepada Ijat. Luth sudah terkaku di meja Izzati.

" Sayang!! Abang nak pergi hospital!"







" Eh? Nak pergi kelas dah? Ingatkan tak ada kelas. Boleh kita lunch sekali," Kata Ijat melihat Wafiy dan Izzati berjalan keluar.

" Maaf, abang Ijat. Harini memang tak boleh skip kelas." Wafiy menarik senyuman.

" Aku balik pejabat lambat sikit. Ada hal dengan pengurus U budak ni," Izzati melambaikan satu pucuk surat rasmi. Ijat melihat seraya mengangguk.

" Hati-hati. Nanti datang lah rumah. Kita buat family dinner,"

" Sure. I'm looking forward it. Jom, Wafiy,"

Wafiy menyalami tangan Ijat dan Luth. Wajah Luth masam daripada tadi.

" Berani kau tipu aku, anak kutip?"

" Kau yang bodoh pergi percaya," Izzati menjelirkan lidah.

" Kalau aku tahu perangai kau macamni, aku senyap-senyap hantar kau ke sungai Amazon sana,"

" Uuuu macam aku kisah,"

" Nak bergaduh kat tempat lain sebelum aku smack down korang dua ekor ni," Celah Ijat mendatar.

" Kau pun sama je, Jat. Sepatutnya dulu aku jual kau kat tempat pelacur. Biar jubur kena tebuk sikit,"

" Apa kau kata?!"

" Memekak lah korang ni!"

Wafiy, Hanan dan Fatini hanya memandang adik beradik lain mak ayah ni dengan gelengan kepala. Dalam keluarga ni hanya mereka bertiga je perangai normal. Alhamdulillah.










                       Alisha berlari anak mendapatkan Wafiy. Bahu itu ditepuk seraya Wafiy terkalih ke belakang.

" Madam Roziata nak jumpa kau. Katanya pasal markah projek. Ada baiknya kau pergi weh. Dia tu dah lah susah nak bagi markah kat budak."

Wafiy berkata dalam hati. Apa guna markah kalau kena buat benda mungkar? Dia takut kalau perbuatannya itu menerima hukuman andai kata dia semborono mengikut permintaan Madam Roziata.

Tok! Tok!

" Masuk,"

Wafiy masuk ke dalam seraya menutup pintu.

" Puan panggil saya ke?"

" Haah. Kata nak markah projek,"

Adakah Madam Roziata dah berubah hati dan cuba untuk menjernihkan keadaan? Kalau macamtu alhamdulillah lah.

" Maaf kalau kedengaran biadap tapi kalau puan nak bagi kenapa panggil saya?"

" Mari lah kita berbincang dulu termasuk dengan apa yang saya pernah cakap sebelum ni,"

Wafiy nak tak nak duduk juga di bangku berhadapan Madam Roziata.

" First of all, I want to say sorry for what have I said before. I know I'm wrong at the first place. I shouldn't provoke you like that and look down on you and your family,"

Wafiy tersenyum nipis. Susah untuk menerima tapi manusia takkan pernah lari daripada kesilapan dan layak dapat peluang kedua selepas menyedari dan bertaubat.

" Puan tak perlu fikir sangat tentang ni. Saya ok dan saya maafkan puan. Saya pun nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa. Saya harap kita tak ada perselisihan pendapat lagi." Wafiy menggosok lengannya.

" Kalau macamtu saya akan tambah markah projek awak tapi saya nak minta bantuan sikit. Tolong key in kan markah budak kelas awak untuk saya boleh?"

" Tak ada masalah, puan," Balas Wafiy sopan. Dia menarik laptop kepunyaan Madam Roziata lalu memasukkan data-data pelajar.

" Saya pergi tandas sekejap ya? Awak ada kelas ke lepas ni?"

Sekarang dah pukul 3:30 petang. Pukul 3 tadi adalah kelas terakhirnya harini. Dan selesai sahaja menolong Madam Roziata dia akan terus pulang.

Dia menggeleng. " Tak ada, puan."

Madam Roziata mengangguk faham seraya keluar daripada bilik. Senyumannya terukir penuh makna.

Awak ni terlalu naif, Wafiy.




                     " Terima kasih atas kerjasama pihak tuan Borhan. Saya hargai sangat-sangat," Izzati berjabat tangan dengan ketua pengarah universiti itu; Encik Borhan.

" Tak ada masalah. Kalau ada apa-apa jangan segan untuk kemukan pendapat. Kami amat mengalu-alukan,"

" Sure. No problem,"

Izzati berjalan keluar diiringi oleh orang dari bahagian pengurusan tertinggi.

Akid yang datang entah dari mana menghampiri Izzati. Akid kemengahan seperti baru sahaja lepas berlari pecut.

Izzati berkerut sambil memandang Akid dengan perasaan tertanya-tanya dan terselit perasaan tidak sedap hati.







               " This is for you," Air kopi bungkus daripada kafe diberi kepada Wafiy.

" Puan ni susah-susah je," Wafiy mencapai huluran Madam Roziata.

" Reward untuk tolong saya,"

" Tak ada apa lah dengan kerja ni, puan," Wafiy menghirup kopi sehingga separuh. Tekaknya memang kering ketika itu. Elok kalau minum waktu-waktu petang macamni.

" Jadi kalau awak tak kisah saya bertanya, saya nak tahu tentang rumours yang tersebar tentang awak ada sugar mummy tu. Betul ke?"

" Puan, sebenarnya..." Wafiy berkerut. Kepalanya berpinar hebat. Setiap inci kepalanya terasa ditekan-tekan. Dia hampir mahu tumbang tetapi pantas disokong pada meja.

" Wafiy? Awak ok tak ni??" Madam Roziata beriak risau. Dia bangun lalu menghampiri Wafiy.

" Puan-... ergh!!" Wafiy cepat-cepat bangun. Dia terasa terhuyung hayang. Pandangannya menjadi kabur.

" Apa yang sebenarnya puan letak dalam air tu?" Wafiy tak dapa mengimbangkan badan terus terjatuh ke atas sofa. Matanya sudah mengantuk dan berat.

" Phenobarbitone,"

Shit. Ubat khayal perangsang?

" Awak ni terlalu jual mahal lah, Wafiy. Kalau awak macamni, takkan ada mana-mana perempuan yang mahu dekat dengan awak," Suara Izzati mencerobohi fikirkannya. Pandangan dari Madam Roziata tadi bertukar kepada Izzati yang tersenyum sinis.

" Izzati?"

" Wafiy, kenapa awak terlalu naif sangat? Awak tak nak rasa badan saya ke selama kita bersama? Awak tak rasa ke maruah awak sebagai seorang lelaki itu tercalar kalau saya yang mulakan dulu?" Izzati mula membuka butang bajunya.

Wafiy tidak dapat melawan sama ada fikirannya bercelaru atau dihadapannya Izzati.

" Awak sayang saya kan?"

" Saya... sayang awak, Izzati,"

Continue Reading

You'll Also Like

128K 6.2K 43
2 0 2 1 [KARYA 3] DARK ROMANCE Disebabkan peristiwa hitam itu, hidup Inara Adelia dalam kesempitan. Ditambah pula dengan ugutan dari Abang sahabat ba...
3.3M 293K 94
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
4.9M 241K 61
In editing process! Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai...
551K 9.2K 36
HANYA kerana peristiwa yang terjadi, dia berubah dari seorang yang ceria kepada beku dan dingin. Peristiwa yang berlalu bukan atas kehendaknya. ...