The Untold Stories (Vol 2)

بواسطة akuorgbiasa

115K 10.2K 1.5K

Cerita-cerita pendek coretan AOB المزيد

TUS 2.0
Abang sayang kau
Convocation
Ramadhan kareem #2
Ramadhan kareem #3
first time
go with the flow...
go with the flow (part 2)
45 min writing challenge
Cinta pertama
As long as you want me...
Throwback: Dee...ar
Versi Ustaz Naqib
lansi
lansi (part 2)
guardian...
woman to woman...
cemburu tanda sayang
throwback: Geng Terlajak Laris
Kenduri
the proposal
Redah
Indah-Kacak
Pesan abang
yang terindah
cerita kita
the day after
model
because i love you...
reason
pulang
cinta sejati
Buah Hati Yang ke-1(b)
kedua
kedua (dua)
our sister, our guardian...
ramadhan kareem
ramadhan kareem (story #2)
ramadhan kareem (story #3)
promo ebook: Kisah Kita, Maggi dan Balkoni
ramadhan kareem (story #4)
ramadhan kareem (story #5)
raya kita
balik raya
raya pertama kita
1st baby moment
Along yang bengis
Along yang bengis (part 2)
Along yang bengis (Part 3)
A.L.O.N.G
Kekuatan
Bidadari Ustaz Cool
bukan hantu
pelanggan tetap

Ramadhan Kareem

3.1K 233 37
بواسطة akuorgbiasa

"Sayang, tanya sikit boleh?"

Syasya yang sedang membelek kentang menoleh sejenak. "Tanyalah!"

"Kita ni...nak puasa ke, nak raya?"

Terus pecah tawa Syasya mendengar soalan itu.

"Complaining ke Encik Bos? Risau tengok troli penuh?"

Hafiz berdecit. "Excuse me, my love. 5 troli penuh pun I takkan complain. Masalahnya, I confuse ni, you beria sangat shopping macam nak raya dah."

Syasya habiskan sisa tawa.

"By, ini kan first puasa kita as husband and wife. Even better, kali ni I dapat puasa dengan mak. After so long. Thanks to you yang sangat considerate sudi izinkan and ikut balik kampung walaupun sekejap."

Hafiz senyum. "Kalau I tak ikut pun, you akan pujuk I izinkan you balik, kan?"

"Mestilah. You faham kan. I dah lama sangat tak puasa dengan mak. So..."

"I tahu, sayang. That's why la kita berada di Malaysia yang panas ni, untuk menyambut puasa tahun ni. Oh, lepas ni I nak singgah electrical appliances shop sekejap. I rasa nak letak aircond sebijik dekat dapur. Panas."

Syasya ketawa lagi. "By, melampau sangat dekat dapur pun letak aircond. Tak payah! Macamlah dia yang kena masak!"

"You yang masak. Tapi kat mana ada you, kat situ ada I... So, aircond tu perlu.."

"Tak payah! Nanti mak bising. Pakai kipas tangan je."

"Miss, maybe you lupa. I literally, tak cukup tangan! Satu tangan nak pegang you, mana ada tangan nak pegang kipas?"

"Heshh, diam ah Hafiz Shauqi! Kita di Malaysia, ya! Jangan lupa, orang Malaysia faham cakap Melayu! Tak payah nak miang sangat," bebel Syasya.

Hafiz ketawa.

"Tapi serius ni. Panaslah, sayang. Macam mana nak puasa ni.."

Syasya sengih sambil geleng kepala. Hafiz Shauqi ni dah lama di London. Walaupun bulan Ramadhan jatuh pada musim panas di sana, cuacanya tidaklah sepanas di Malaysia. Jadi, sungguhpun tempoh berpuasa lebih lama, kering dan dahaga tu kurang terasa.

"Eh, you kan tough, katanya. Takkan kalah dek cuaca panas kot... Tak apa, nanti I masak sedap-sedap, you makan banyak-banyak masa sahur. Tu yang shopping penuh troli ni."

Hafiz sengih. "Boleh request?"

"Boleh! By nak apa? I masakkan."

"Batrisya masak stim? Hot and spicy..."

Syasya terkebil-kebil memandang Hafiz yang tersengih nakal.

"Cubit nak?"

"Nak," balas Hafiz selamba sambil mengenyit mata.

Syasya lantas tertawa dan geleng kepala.

"Gila. Malas nak layan." Lalu Syasya kembali memasukkan kentang ke dalam plastik.

"Mana boleh. Dosa. Kan tanggungjawab isteri layan suami."

Kali ini, Syasya benar-benar menghadiahkan cubitan di lengan Hafiz.

"Auwww. Sakitlah, sayang... Apa ni, macam ketam. Bukan manja-manja ni."

"Ha, tu makan dia. Nakal. Esok nak puasa ni tau, by. Jangan miang sangat... Kang tak memasal kena puasa dua bulan straight. Nak ke?"

Hafiz kerut kening. "Kenapa pulak?"

Syasya turut berkerut kening. "Eh, takkan you tak tahu? Kalau pasangan tu dengan sengaja berehem-ehem, you know what I mean, di siang hari bulan Ramadhan, maknanya sedang berpuasa, hukumannya ialah kena puasa dua bulan berturut-turut."

(#sharingiscaring: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/edisi-ramadhan/4452-irsyad-al-fatwa-khas-ramadhan-siri-ke-161-kaffarah-bagi-orang-yang-melakukan-persetubuhan-ketika-berpuasa-ramadhan-dalam-keadaan-jahil )

"Serious?"

Syasya angguk. "Wajib ke atas suami sahaja. Bukan isteri."

"Heh? Tapi enjoy together, hukuman I kena tanggung sorang?"

Plap!! Sekali lagi lengan menjadi mangsa. Kali ini dipukul.

"Shut up, Hafiz Shauqi!"

Hafiz gelak kecil. "But, serious. I'm curious. Why?"

"I'm not sure either. But, logically, kalau the husband refuse, nothing will happen and kesalahan tu takkan dibuat? And, husband should be the leader, kan? Sebab tu kena bertanggungjawab."

Hafiz diam sejenak. Angguk. Logik...

"2 months in a row. Huish.... Susah tu. Dah lah I ni banyak hutang puasa lagi kena bayar," balas Hafiz.

Semasa jahilnya, memang dia culas bab puasa di bulan Ramadhan. Lebih-lebih lagi ketika di luar negara melanjutkan pelajaran, bila masuk Ramadhan pun dia tak ambil tahu.

"So..."

"So... makcik, jangan mengada nak seduce I, manja-manja terlebih, miang-miang eh! Tak payah comel-comel sangat. Ini amaran tau. From your beloved leader!" Potong Hafiz lalu terus menolak troli.

Syasya tercengang.

Eh, eh, eh? Siapa yang miang dari tadi? I pulak yang salah?

* * * * * * *

"Minum, Hafiz. Tapi kopi kampung je. Entah Hafiz pandai minum ke tak.." pelawa Mak Da.

"Sip je kan? I mean... err... teguk ke kan? Ada cara lain ke minum kopi kampung?"

Soalan polos Hafiz itu buat Mak Da dan Syasya tertawa galak.

"Mana ada! You ni, by. Pembaris pulaknya. Mak cakap macam tu sebab you kan minum latte, espresso. Ni kopi biasa.. Tak samalah dengan kopi you," ujar Syasya.

Hafiz berdecit. "Oooo. Hish, mak ni. Saya mati-mati ingat ada cara lain minum kopi kampung. Tak pernah dengar pulak."

Mak Da masih galak tertawa.

"Tiba-tiba dia jadi lurus bendul, suci bersih pulak malam ni, mak. Kalau tak, bersimpang-siur akal dia tu kenakan Sya."

"Baru lepas terawih kot! Memang jadi suci macam ni lah!" Selamba balas Hafiz sebelum menghirup air kopi panas yang baru dihidangkan ibu mertuanya.

Kali ini Syasya pula ketawa.

"Maknya sihat, Hafiz?"

"Oh, mummy sihat. Alhamdulillah. Dia kirim salam pada mak."

Mak Da mengangguk. Menjawab salam besannya di dalam hati.

"Kenapa tak ikut sekali?"

"Mummy kata dia dah janji nak mengaji dengan kawan-kawan dekat sana. Lagipun, balik sekejap je. Kata dia, buat penat travel je," jujur jawab Hafiz.

"Itulah mak nak tanya. Tak apa ke balik 4-5 hari ni. London tu bukannya dekat. Kosnya lagi. Kalau tengah sibuk, tak usahlah balik."

"Ala, mak ni. Dah lama sangat Sya tak puasa dengan mak. Sahur dan berbuka dengan mak. Ni dah ada peluang, mestilah Sya tak nak lepaskan," balas Syasya.

"Hafiz, Sya paksa Hafiz ya?"

"Eh, tak adalah, mak!" Ujar Hafiz sambil laju menggeleng.

"Sya, jangan selalu susahkan Hafiz. Banyak belanja nak balik selalu. Perjalanan pun jauh. Hafiz tu ada tanggungjawab. Jangan susahkan suami, nak. Tak dapat puasa sama-sama dengan mak pun, kan boleh, apa tu, bidio bidio guna wasep tu. Mak okey je."

Syasya mencebik sambil bermain dengan jari-jemari ibunya itu.

"Mak, jangan cakap macam tu. Duit boleh cari. Kerja boleh adjust. Tapi mak tu satu je. Tak ada ganti. Sya dah lama tak jumpa mak. Lama tak manja dengan mak. Saya faham kalau dia bersungguh nak sambut Ramadhan tahun ni dengan mak. Mak jangan risau ok? Yang penting, Sya happy. Mak happy...."

Kata-kata Hafiz itu buat Syasya pempan memandang suaminya lama. Mata berair.

"Ei, by..." lalu dia terus berpindah dan memeluk Hafiz erat. Pipi Hafiz dicium berkali-kali.

Di anjung rumah.

Di hadapan Mak Da.

"Love you. Love you so much..."

"Sya... ehem.... mak ada ni. Kejap lagi Tok Imam Selamat tu lalu, ke parit motor dia nampak kau laki-bini berasmara dana pulak dekat anjung ni!" Marah Mak Da.

Syasya terus ketawa. Pelukan dileraikan, namun masih sempat mencium bibir Hafiz laju sebelum kembali duduk.

"Haih, budak bertuah. Ni lah ni, kalau duduk Ostrolia lama sangat. Ikut sangat budaya barat tu.."

"Tapi, Ostrolia kat Selatan, mak. Bukan barat.." balas Syasya.

"Menjawab, menjawab!"

Akhirnya Hafiz dan Syasya hanya tertawa terhibur melihat keletah sang ibu.

"Dahlah. Mak nak masuk dulu. Esok pagi, sahur nasi lemak boleh ke, Hafiz?" Sempat dia bertanya sambil bangkit dari duduknya di ruang bersantai di anjung rumah yang dibina menantunya itu. Rumah yang jauh lebih selesa dari rumah peninggalan sang suami.

"Boleh, mak. Lama tak rasa nasi lemak Mak Da!"

Mak Da senyum manis. Tatkala pandangan jatuh pada wajah si anak, hilang senyumnya.

"Jangan buat perangai! Kang orang kampung nampak!"

Syasya hanya ketawa.

Saat hilang susuk si ibu, mereka berpandangan.

"Degil eh, makcik!"

Syasya sengih. "Apa?"

"Kan I kata jangan seduce I."

Syasya terus tertawa. "You tergoda ke, Encik Bos?"

"Lain kali kiss tu lama-lama sikit."

Makin galak tawa Syasya. "But, seriously, by. Thank you for being so considerate. I appreciate sangat. And I tahu mak pun appreciate."

Hafiz senyum. "Kan I pernah bagitahu dulu, I will treat my lady like a queen. Selagi I mampu, I cuba fulfill."

Syasya angguk. "I do feel like a queen, sayang. Thanks to you."

"Tapi...."

"Please, queen. Jangan la mintak that something yang buat I kena puasa dua bulan berturut-turut..."

Pecah ketawa Syasya. Terbahak-bahak.

Ya Allah, terima kasih kerana izinkan Sya sambut ramadhan tahun ni dengan dua insan kesayangan Sya ni... semoga ramadhan tahun ini, jauh lebih baik dari sebelumnya..

aamin, ya mujib...

💝 💝 💝 💝 💝

Ramadhan kareem dan selamat berpuasa semua!

Semoga ramadhan kita kali ini lebih baik, inshaaAllah...

L,
A.O.B

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

400K 23.4K 62
[MALAY FICTION] 5th Wattpad Story by _ljskwb. Bagi Shin, Ayen itu adik. Adik sebelah pintu yang dia akan pandang sebagai adik sampai bila-bila. Tap...
5.9M 238K 49
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeru...
10.2K 667 43
𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝑷𝒆𝒓𝒕𝒂𝒎𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑴𝒆𝒎𝒑𝒖𝒏𝒚𝒂𝒊 𝑩𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌 𝑲𝒆𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉𝒂𝒏~ [ʀᴇᴠᴀᴍᴘ][sʟᴏᴡ ᴜᴘᴅᴀᴛᴇ] 𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓜𝓸𝓱𝓭 𝓕𝓪𝓱𝓲𝓶...
2.2M 85.6K 72
Highest; # Wattpad Picks : Senarai Cerita Istimewa (2018) #1 in General Fiction (Nov 2017)(Jan 2019) #2 in Romance (Okt 2017) ❅ SilauunPurii 1st Gene...