Asfarina Airish (new)

By ArinHere

243 6 0

sambungan dari cerita 'Asfarina Airish' akan di update di acc ini. Mintak jasa baik korang baca dulu cerita '... More

MAAF DARI HATI ❤️
BAB 12
BAB 13
Bab 14
Bab 15

BAB 16 Masa Silam (part1)

18 0 0
By ArinHere


90-an

Sepasang suami isteri sedang duduk elok dibangku kayu diluar rumah. Sang suami mengelus lembut rambut si isteri. si isteri pula menyandarkan kepala di bahu suami. Rindu kerana suaminya baru pulang setelah hampir 2 minggu berkerja di luar kota.

Tiba tiba Si isteri bangun berlari kecil menuju ke telaga yang berada disamping rumah.

"Werkk. Werkkk" si isteri memuntahkan segala isi makanan yang ada diperut.
"Azizah, kamu kenapa ni" soal encik Ibrahim cemas.

"Saya loya tekak lah bangg. Kepala saya tiba tiba pening". Kata puan Azizah.
"Kamu nak muntah lagi ke?" Tanya encik Ibrahim. Puan Azizah hanya menggelengkan kepala, tak mampu untuk bersuara. Encik Ibrahim memapah isterinya dek kerana kelihatan puan Azizah lemah.

Naik sahaja keatas rumah, Encik Ibrahim membawa isterinya menuju ke bilik tidur mereka lalu membaring kan isterinya. Dia keluar menuju ke dapur untuk mengambil segelas air kosong dan diberikan kepada isterinya.

"Kamu kenapa Azizah. Ada salah makan ke?".

"Tak tahu lah bang. Dari minggu lepas lagi saya duk muntah ii macam ni." Kata Puan Azizah. "Sudah lah kamu tidur dahulu. Nanti abang panggilkan nek ijah untuk tengok ii kan kamu." Kata Encik Ibrahim sambil mengelus lembut tangan Puan Azizah.

*****************************************

Nek ijah mengurut lembut di bahagian perut. terlihat senyuman kecil di wajah nya. "Lepas ni kamu dah tak boleh nak buat kerja berat ii dah lah" kata nek ijah.

Encik Ibrahim dan Puan Azizah memandang wajah nek ijah dengan pelik. "Kenapa nek ijah" soal puan Azizah, runsing takut ii ada yang pelik dengan dirinya. "Nek ijah rasa, kembar ni".

"Kembar?" Soal Encik Ibrahim. "Iyaa kembar, nek ijah rasa ada dua bonjol . Isteri kamu ini mengandung lagi." Kata nek ijah dengan perasan gembira.

Encik Ibrahim dan Puan Azizah memandang antara satu sama lain. Terlakar senyuman yang lebar di wajah Encik Ibrahim. "Alhamdulillah"

***

Setelah selesai semuanya Encik Ibrahim hendak menghantar nek ijah pulang kerumahnya. "Abang jangan lupa nanti ambil anak ii dekat rumah mak" pesan puan Azizah. Tidak sabar untuk memberitahu anak ii nya tentang kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

"Baikkk" kata Encik Ibrahim berlalu untuk menghidupkan enjin kereta proton saga milik mereka.

"Kamu ingat zizah, jangan buat kerja berat ii. Ada dua nyawa dalam badan kamu sekarang. Mengandung kan kembar ni agak berbeza dari mengandung kan sorang. Selebihnya nanti misi di klinik desa akan bagitahu kamu. Nek ijah balik dulu ye" pesan nek ijah panjang lebar.

"Baik nek. Terima kasih yee" kata Puan Azizah dan menyalam tangan nek ijah. Puan Azizah menghantar pemergian mereka dimuka pintu sahaja

5 BULAN KEMUDIAN

"Mak" panggil Puan Azizah kepada nek imah (opah). Puan Azizah menuju ke meja makan. terlihat hidangan sarapan pagi tadi. "haaaa kamu dah bangun dah" kata nek imah, sambil tangan nya membawa bakul bawang menuju ke meja makan untuk dikupas. di ambil nya tempat duduk dihadapan Puan Azizah.

Selepas subuh tadi Puan Azizah tidur kembali, katanya sakit pinggang. "makan dulu bihun tu, nanti mak masak asam pedas yang kamu nak makan tu". Puan Azizah mencedok bihun dan meletakkan didalam pinggan yang sudah ada diatas meja itu.

"mana abah dengan abang Him makk" tanya puan Azizah. "abah dengan laki kamu pergi kebun. katanya nak cari buah rambutan dengan manggis," "waa sedap nya buahh. eh makk, izzah ingat nak pergi jumpa tok mek lah mak". tok mek ini ibu kepada nek imah dan nenek kepada Puan Azizah.

tangan nek imah yang sedang mengupas bawang itu terus terhenti. "kenapa kamu nak jumpa tok mek kamu?". tanya nek imah, wajah nya kelihatan serius. "lahh kenapa mak tanya pulak, tokmek tu kan bidan. lagipun waktu izah mengandung kan anak izah yang lainkan izah selalu jumpa dia". kata Puan Azizah sambil menyuap bihun goreng masakan nek imah ke dalam mulut.

"TAK BOLEH" tegas nek imah berkata tanpa nek imah sedar tangan nya menghentak meja kuat. terangkat bahu Puan Azizah terkejut dek hentakan meja yang kuat. "Mak ni kenapa, hentak ii meja. terkejut izah" kata puan Azizah.

"ehem." nek imah beredehem setelah sedar akan keterlajurannya menghentak meja, "mak rasa kau tak payah lah jumpa tokmek sampai kau bersalin nanti." kata nek imah kembali mengupas bawang. sengaja menyembunyikan wajah cemasnya.

"makkk. dari tadi Izah tanya kenapa,kenapa mak tak jawab pun. sebelum ni waktu izah mengandung kan anak yang lain okey je Izah jumpa tok mek, sekarang mak tak bagi pulak." kata Puan Azizah, bihun di dalam pinggan dibiarkan begitu. Terus tiada selera makan.

"Alah kamu ni kan, sekarang kan sudah zaman moden, dekat kampung kita sekarang kan dah ada klinik desa. Pergi klinik jelah," kata nek imah masih lagi mengelat untuk memberitahu perkara yang sebenar.

"ouhhh pasal tu jeke, izah ingatkan apa lah tadi. Yelah mak, klinik pun Izah pergilah tiap ii bulan untuk cek kandungan." Kata Puan Azizah,percaya dengan jawapan ibunya.

nek imah terdiam, tidak tahu bagaimana lagi untuk memberitahu anak nya itu, supaya tidak bertemu dengan tok mek nya. Haruskah dia memberitahu hal yang sebenar. Takk, takk bolehhh. belum tiba masa nya untuk dia memberitahukan hal itu kepada anak nya. Detik hati nek imah, tanpa sedar nek imah menggeleng-geleng kan kepala nya.

"mak kenpaa geleng ii kepala ni?" tanya Puan Azizah pelik melihat ibunya yang dari tadi tidak senang duduk,

"tak ada apa ii lah. Ni mak nak tanya kamu ada mimpi apa ii yang pelik ke sebelum ni?" soal nek imah. "mimpi pelik?" tanya Puan Azizah kembali. Matanya dililau kan kearah lain sambil dahi berkerut, untuk mengingati kembali memori mimpinya.

"Haa izah pernah lah mak mimpi ada orang tua lelaki, pakaian putih datang bagi Izah gelang emas dan perak. Katanya untuk anak perempuan yang akan Izah timang nanti. Izah mimpi dua kali. Mula ii dia datang bagi gelang perak. kali kedua tu dia bagi gelang emas. Cantik je mak gelang tu. Tapi kan mak dia cakap anak perempuan yang akan Izah timang. Izah pun tak tahu lah anak ni lelaki ke perempuan." cerita Puan Azizah panjang lebar sambil mengusap perutnyat yang sudah memboyot itu

Nek Imah mendengar cerita yang diceritakan Puan Azizah dengan tekun, tangan nya masih lagi mengupas bawang bawang itu. "mimpi ii yang seram kamu ada mimpikan ke sepanjang kamu mengandung ni?" tanya nek imah lagi.

"Ada makk, minggu lepas." kat Puan Azizah. "kamu mimpi apa?" mata nek imah tertumpu sepenunhnya pada anak nya, 'jangan lah mimpi benda tuu" doa nek imah dalam hati.

"waktu tu Izah ada dekat satu tempat, asing sangat bagi Izah, ada budak lelaki yang pegang tangan Izah. Lepas tu kami dengar ada suara budak menangis. kami cari lah suara tu, sampai dekat pintu gua, Izah betul ii dengar suara budak tu dalam gua. Izah ngan budak lelaki tu masuk lah dalam gua tu. mak tahu tak Izah nampak ada budak perempuan baju dia lusuh, koyak ii rambut pun serabai. Budak tu macam baya ii budak lelaki yang duk tepi Izah tu. Dia duduk dalam sangkar macam sangkar burung tu mak , tapi besar sikit. Dia duduk meringkuk dalam tu. Izah cuba lah nak tolong, waktu izah nak pergi tu tiba tiba ada datang ular besar warna hitam dekat kepala dia, izah ingat lagi ada mahkota permata merah. Ular tu memang besar makk. terkejut izah. Ular tu pulak dia cakap 'Budak ini milik aku. akan selamanya milik ku.' takut Izah mak. lepastu yang Izah ingat, budak lelaki yang ada dengan Izah tadi dia lari nak pergi dekat sangkar tu tapi tiba ii kami kena libas dengan ekor ular tu, terkeluar kami dari gua tu." Puan Azizah terdiam seketika.

"lepas tu?" tanya nek imah. "lepas kami terkeluar dari gua tu ada orang tua lelaki, nampak macam orang yang sama yang bagi izah gelang, dia cakap 'suatu hari nanti anak gadis itu akan dibesarkan dengan jiwa yang merana. Akan bergantung pada zahir dan batinnya. Jika zahir dan batinnya kuat, jiwa nya akan pulih. Tapi jika tidak dia akan terus berada dalam jiwa yang gelap' lepas tu Izah terus tersedar." Puan Azizah menamatkan cerita nya. Dia bangun dari meja dan membawa pinggannya menuju ke sinki.


********************************************

HAI AND SALAM MAGHRIB EVERYONE..
LAMA SANGAT TAK UPDATE, ACTUALLY JALAN CERITA TU MMG DH ADA DLM KEPALA OTAK NI, TAPI TAK TAHU MACAM MANA NAK OLAH. TU YANG LAMA SANGAT NAK BOLEH KEUPDATE TU,

Maaf sbb penulisan kali ni macam tak okey sngt. Dan cerita ni saya tulis kat laptop, so lps titik tu dy tak auto huruf besar. Jadi malas lh pulak nak edit yang tu. Heheheh but isokeyy.

Tu je nak cakap oh, SELAMAT HARI RAYA TO ALL MUSLIM PEOPLE❤️✨

Happy reading❤️

Continue Reading

You'll Also Like

48.6K 1K 23
Isang groupo Ng kalalakihan na tagapag mana Ng ari-arian Ng mga magulang nito at groupo Ng kababaihan na anak Ng mayayamang political at may Isang da...
76.7K 6K 16
𝗦𝗵𝗲 𝗜𝘀 𝗧𝗼𝗼 𝗗𝗲𝗹𝗶𝗰𝗮𝘁𝗲 𝗙𝗼𝗿 His 𝗗𝗲𝘀𝗶𝗿𝗲 "Fuck, whenever you're in my arms, I feel like I might crush you. You're so delicate," he...
57.5K 2.7K 96
for everyone to know this story is just fiction and no truth