Return To Him : Harraz Zafran

Von hyswhrt

13.5K 422 141

"Please comeback to me Maira. Aku tak boleh tanpa kau" kasih isterinya cuba ditagih. Dia hanya mampu memujuk... Mehr

Bab 1
BAB 2
Bab 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
BAB 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
BAB 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
pemberitahuan
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
I'm back
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 36
Bab 37

Bab 35

314 8 1
Von hyswhrt

"Termenung apa tu Weena?" Jauh betul termenung sampai dia datang pun tak perasan. "Eh Ian, takde apa lah. Biasalah termenung sikit" Terbit senyuman manis di bibir Weena. "Astagfirullah awak" Ian memegang dadanya. "Eh awak okey tak ni?" Jangan kata kena heart attack mamat ni muda lagi.

"Senyuman awak buat jantung saya rasa nak tercabut. Arghhh" Sempat dia mengenyitkan mata sebelah kanannya untuk Weena. Terdiam Weena dibuatnya. Perlahan-lahan pipi mulus milik Weena bertukar warna menjadi kemerahan. Malu lah tu.

"Awak nak apa cari saya ni?" Matanya masih fokus memandang pemandangan yang terbentang luas di hadapannya. Secara tiba-tiba hatinya terdetik nama Maira. "Maira . . ." Ian memandang Weena pelik. "Kenapa dengan Maira?" gadis itu hanya tergeleng kecil. Dia hanya teringat akan rakannya yang satu itu. Bagaimana keadaannya? Okey ke? Haish.

" EHHHHHHHH" mata mereka berdua memandang ke arah punca suara tersebut. Terlihatlah seketul Rayyan memaut pinggang seketul Ayries yang hendak terjatuh itu. Rasanya tersadung tu. Mana taknya dekat situ bersepak dahan pokok, tak hati-hati memang jatuh serupa nangka busuk lah. Weena yang melihat pandangan Rayyan dan Ayries yang tidak putus itu mula membetulkan tona suaranya.

"HOI ORANG YANG DISANA, INGAT SIKIT KAMU TU BELUM HALAL. TENUNG-TENUNG, DAPAT DOSA BARU TAHU" akibat jeritan itu, Rayyan mahupun Ayries tersentak dan mula menjarakkan diri antara satu sama lain. Malu wei. Rayyan cuba membuang suasana ' awkward ' itu. "Itulah awak, lari-lari lagi. Ingat filem Hindustan ke lari-lari tepi pantai." Rasa nak hempuk tapu kena sabar. Dalam hati Ayries mahu sahaja dia menyumbat 1 tan pasir dalam mulut Rayyan ni.

.

.

.

.

.

"Not that easy, bitch. Kau mungkin dapat bodohkan si Aran suatu hari nanti but not with me" Danish tersenyum seribu satu makna sambil melihat rakaman di layar komputer ribanya. Mungkin abangnya Dani akan terpedaya dan mungkin juga ibunya tetapi bukan dia. Dia jauh lebih cepat dari abangnya yang bebal tambahan otak mereng itu.

"Luke masuk" maka muncullah seketul Luka yang tinggi, tegap dan sedikit rupawan. Lebih-lebih kalah pula si Danish ni karang, menangis tepi bucu katil. "Aku nak kau cancel all my meeting today, right?" belum Danish membuka, Luke telah bersuara terlebih dahulu. "Macam mana kau tahu?" Terukir senyum sinis di bibir jejaka itu.

"Aku tahu lah, kau takkan panggil aku kecuali nak batalkan meeting" bukannya baru sehari dua dia mengenali si Danish ini. "Apa-apa je lah. Yang penting meeting batal" Luke memandangnya menyampah.

" Iyalah iyalah, " dia membuka tabletnya dan mengosongkan segala jadual rakannya yang merangkap majikannya. " Baiklah, kau boleh keluar sekarang, " itulah dia, sudah minta tolong menghalau pula.

" Baik bos, " terus Luke melangkah keluar dari bilik Chief Executive Officer itu. Kepala dijatuhkan pada meja. Letihlah, nak Aira huwaa.

" Takpe Aira. Abang akan selalu percayakan Aira "

.

.

.

.

.

" Ian jangan main - mainlah ! Jatuh nanti. " Nak luruh jantung melihat si Ian ni main lompat - lompat atas batu tepi pantai itu.

" Jangan risau Weena sayang, saya tak akan jat- ARGHHH ! " Perkara yang ditakuti sudah terjadi. Cepat - cepat Weena mendekati Ian yang jatuh terlentang di atas pasir itu.

" Ian awak okey tak? " Ian yang baru sahaja bangun dari baringan lenanya itu segera mengaduh sakit.

" Awak, tangan saya sakit, " nada suaranya dibuat - buat menjadi sayu agar mendapat perhatian daripada buah hatinya. Mengada.

" Awak ni kan, saya dah kata hati - hati tadi taknak dengar. Kan dah jatuh. Mana tempat yang sakit tu ? " Marah memang marah tapi itulah sayang masih ada ya.

" Dekat sini, " Ian menunjukkan siku kanannya yang sedikit memerah. Sikit sahaja sebenarnya tetapi gediknya yang terlebih.

" Haish awak ni. Dah jom balik " Ian mengangguk dah membuka langkah ke arah rumah Mak Long Weena.

Dari jauh sudah terlihat Ayries bersama Rayyan sedang bergelak ketawa. Apa yang digelakkannya pun tak tahu lah. Nampak macam lawak sangat.

" Eh Ian asal terincut - incut kamu berjalan tu ? " Ah sudah bakal mak mertua tegur pula. Mana nak letak muka ni.

" Jatuh tadi ibu. Along cakap dah jangan lompat - lompat tapi itulah kepala batu, last last jatuh terlentang, " tak sempat Ian nak menjawab sudah dipintas terlebih dahulu oleh Weena.

" Allahhu, teruk ke kamu jatuh Ian ? " Di tenung susuk tubuh itu atas bawah. Mana tahu jatuh terlompat keluar, we never know.

" Tak teruk pun makcik, masih kuat. Tengok ni, " dia melompat - lompat seperti orang yang kehilangan otaknya.

" Arghh ! " Hanya satu kata yang sesuai untuk Ian pada saat ini, padan muka.

" Haaa te, selok ngat lompat gaye anok berok. Kan dapat sebiji, " Rayyan mengeluarkan slang pahangnya khas untuk Ian. Iya hanya Ian sahaja.

" Diam Rayyan diam. Aku tak faham tapi aku tahu kau mengutuk aku, " Ian memandang tajam ke arah Rayyan.

" Oh, takutnya koi " panas hati mendengar tawa sinis milik Rayyan. Rasa nak humban dalam laut. Ian menepuk - nepuk punggungnya yang dipenuhi pasir itu.

" Sudahlah kamu berdua ni. Meh masuk mandi. Kamu berdua bawa baju kan? Pergi bersiap, " maka dengan itu mereka berempat pun masuk ke dalam rumah. Nanti Ibu mengamuk tak tahu.

" Rayyan, agak - agaknya macam mana keadaan Aira sekarang ? " terhenti tangan Rayyan yang sedang menggeledah bagasi.

" Huh, I hope everything is fine, " Aran bukannya boleh dipercayai. Tengoklah bagaimana dia membantai Maira dulu, teruk yang teramat. Mujur Maira tidak terus lepak underground.

" Aran is crazy, right ? " Rayyan hanya mengangguk.

" Nur Maira is insane Harraz Zafran delusion "

.

.

.

.

.

" Abang okey tak ? " Hampir sejam perjalanan mereka, tiba - tiba Aran memberikan lampu isyarat ke kiri. Terus turun dari motor dan muntah di tepi jalan raya.

" Jangan risau, abang okey, " okey dari celah mana pun Aira tak tahu. Termuntah muntah macam orang kena santau.

" Abang boleh sambung ride ke tak ? " Aran dah tersandar dekat penghadang jalan macam Izrail sudah mendekati sahaja gayanya. Aira membuka topi keledar miliknya dan menghampiri Aran yang tercungap-cungap kerana memuntahkan isi perutnya.

" Abang okey, " seperti hendak mati sahaja bunyinya. " Alright je. Jom lah sambung, nanti lambat sampai, " mereka pun meneruskan perjalanan seperti semula. Sepanjang perjalanan lebih 10 kali Aran berhenti dan memuntahkan isi perut.

Well, daddy get pregnant sickness. " Kita stop dekat Bachok je lah abang. Nazak sangat dah Aira tengok, " boleh dikatakan muka Aran saat ini seperti mayat hidup ya. Sudahlah bawa motor besar gedabak mahu tergolek tengah jalan nanti.

Memandangkan hanya Bachok destinasi terdekat maka mereka memutuskan untuk berhenti disitu saja. Mereka berhenti di sebuah kedai makan untuk berehat sambil mencari tempat penginapan mereka untuk malam ini.

" Haaa dik, nok make gapo? " Seorang wanita dalam jangka umur 50an berdiri di tepi meja mereka. " Err makcik bagi kami milo ais dua, nasi putih dua, tomyam campur 2 orang makan dengan telur dadar seorang makan, " laju saja Aran melakukan pesanan.

Nampaknya, Aran tersangatlah lapar. Mata mereka tertumpu ke arah pantai yang hanya diterangi cahaya bulan. Angin yang sejuk menambahkan lagi kelaparan Harraz Zafran.

" Aira, abang rasa abang nak pergi toilet sekejap. Tolong tengokkan phone  abang kejap tau, " terus Aran menghilangkan diri ke tandas. Mungkin hajat yang hendak dibuang terlalu besar.

' buzzz buzzz '

Lantas dilihat siapakah yang menelefon dirinya. " Lah abang Danish rupanya, " panggilan telefon diangkat. " Haa adik. Dekat mana tu? Kenapa rumah takde orang ? " Apa mimpi pula si abang seketul ini datang ke rumanya.

" Err abang, adik takde dekat rumah lah. Kitaorang dekat Bachok sekarang ni, " tiada angin mahupun ribut. Dah kenapa pula Danish ini datang ke rumah Maira.

" Abang nak melawat pregnant mommy kita ni, tahu - tahu dah melepas ke Bachok. Tak sedar gamaknya diri tu mengandung, " baru ingat nak bermanja dengan pregnant mommy. Eh rupanya pregnant mommy dah melepas ke Bachok.

" Alah abang tak masuk 2 bulan pun lagi, relaxlah, "  tanpa Maira sedar Aran sudah berada di belakangnya. Tercengang mendengar perbualan dua beradik itu.

' hah ? Pregnant mommy, '  Aran sudah berkerut dahi memproses perbualan yang didengarinya. " Okeylah bang, Maira letak dulu. Nak makan ni, "  Maira meletakkan panggilan dan menoleh ke belakang.

Maira tersentak melihat Aran yang sudah merenung dirinya semacam. ' Alamak, dia dengar ke? ' Aran mengangkat sebelah alis matanya.

" Explain ?  " Hanya mampu tersengih. " Apa kata abang duduk dulu, " Aran pun duduk di hadapan Maira sambil merenung ke dalam anak mata Maira.

Maira mengeluarkan pregnancy test dan meletakkannya di atas meja. Aran mengambil dan merenung alat tersebut. Bergaris dua . . .

" You're father to be now, "  diam. Lama Aran merenung alat tersebut. Hati Maira sudah berdebar menunggu reaksi dari Aran. Aran bangkit dari bangunnya dan melabuhkan punggung di sebelah Maira.

Badan Maira dipeluk seeratnya. Ya, memang masih terlalu awal. Mereka baru sahaja menginjak 18 tahun tapi ini satu hadiah yang bermakna dalam hidupnya.

" Thank you, Aira " sedar tak sedar bahu Maira telah basah. Aran menangis ke?

Maira meleraikan pelukan dan melihat wajah Aran. Uish, hidung dan mata semuanya merah. Comel juga suaminya bila menangis.

" Janganlah menangis, " nak tergelak juga melihat wajah suaminya. Meleleh hingus dari hidung. Ish ish ish

" Kita makan dulu, lepas ni baru sambung okey ? " Aran mengangguk dan mengambil nasi dan lauk yang sudah terhidang. Sedap pula tengok tomyam campur ni.

" Jangan kata abang muntah - muntah ni sebab Aira pregnant, "  Maira mengangkat bahu. Mana dia tahu, dia bukan doktor.

" Mungkin ? " Mereka pun meneruskan makan dengan hati yang gembira. Dapat anak kan, siapa je tak gembira.























Sorry sebab delay update lama sangat. Saya terlampau busy dan insyaallah saya cuba update sebanyak yang boleh. Thanks for support

 

Weiterlesen

Das wird dir gefallen

47.9K 4.7K 25
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...
1M 3.1K 2
QASH DARREN seorang lelaki biasa yang mempunyai aura tersendiri, sederhana dan tidak suka dikenali. Dingin pada pandangan orang lain tetapi cair di t...
903K 36.8K 101
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
1.4M 64.5K 62
β„•π•’π•šπ•π•’π•™ π•π•’π•Ÿπ•Ÿπ•’π•™ 𝕃𝕖𝕗π•₯π•–π•Ÿπ•’π•Ÿ π•‚π• π•žπ•’π•Ÿπ••π•–π•£ π•Œπ•₯π•™π•žπ•’π•Ÿ π”½π•šπ•£π••π•’π•¦π•€ π‘²π’‚π’“π’šπ’‚ π’Šπ’π’Š π’‰π’‚π’π’šπ’‚π’π’‚π’‰ π’“π’†π’Œπ’‚π’‚π’ 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔�...