Arah Mana Syurga (E-BOOK)

By kasturimadu

1.3K 14 0

Demi memperjuangkan sebuah kehidupan, Amaara Badriah rela menghambakan dirinya jauh ke lembah hina. Menjadi... More

BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
NOTA KAKI
URGENT

BAB 1

385 4 0
By kasturimadu

LIPSTICK berwarna merah menyala dioleskan lembut ke bibir mungilnya. Usai itu minyak wangi dari jenama Channel disemburkan ke serata tubuh langsingnya.

Setelah berpuas hati dengan penampilannya, beg tangan mewah dari jenama Louis Vuitton lekas dicapai kasar. Dibuka langkah kakinya meninggalkan ruang kamar miliknya.

"Maara, kau nak keluar ke?" pijak saja kaki ke lantai bawah, Jiha pantas mengajukan soalan kepadanya.

Kepala ditolehkan ke arah Jiha yang sedang bersantai di ruang tamu rumah mereka. "Ya, aku nak keluar. Kau? Tak keluar ke malam ni?" terjongket keningnya hairan.

"Taklah. Malam ni aku nak rehat je dekat rumah. Bosan jugak kalau hari-hari keluar," jawab Jiha. Kopi O yang di bancuhnya dihirup perlahan-lahan.

"Bosan? Sejak bila kau tahu istilah bosan ni, Jiha? Setahu aku, kau kalau malam macam ni kemain ligatnya," perli Amaara.

"Memanglah. Tapi malam ni aku takde customer. Tu yang malas nak keluar. Lagi pun bagus jugak, boleh aku rehat dekat rumah ni," jawab Jiha.

Berlapis dahi Amaara sesaat sebelum bibir mulai menuturkan sebuah pertanyaan. "Takde customer? Habis Tan Sri Musa, kau tu ke mana?"

"Tan Sri Musa takde dekat Malaysia 2 minggu ni. Dia pergi umrah dengan bini dia."

"Wow! Orang tua tu pergi buat umrah? Kau biar betul, Jiha? Bertaubat dah ke apa orang tua tu? Ke sebab dah nak mampus ni?" sinis Amaara.

"Kalau kau pun terkejut, aku lagilah terkejut. Bertaubat? Lambat lagilah. Kalau kau nak tahu dia dekat sana pun setiap hari duk WhatsApp aku. Katanya rindu dengan belaian aku. Kalau boleh tiap-tiap malam nak aku ulik dia," cerita Jiha.

Berlapis dahi Amaara. Riak tidak percaya jelas terpamer diwajahnya. "Tadi kau kata dia pergi umrah dengan bini dia. Habis tu kenapa tak suruh je bini dia tu puaskan nafsu dia dekat sana? Benda free dah ada dekat depan mata, kan?"

Tersungging senyuman sinis diwajah Jiha. "Kau nak suruh bini dia puaskan nafsu Tan Sri Musa tu? Hmm lambat lagilah. Puan Sri tu ada banyak penyakit. Kencing manislah, darah tinggilah. Belum apa-apa dah semput. Tan Sri Musa tu selalu sangat complain dengan aku pasal bini tua dia tu," ujar Jiha.

"Huh! Lelaki semuanya sama je. Tahu complain je. Habis dia fikir dia tu muda lagi ke? Aku tengok pun tak selera. Kau jelah, Jiha yang boleh berselera dengan orang tua ganyut tu. Kalau aku, aku dah lama angkat kaki," perli Amaara.

"Orang tua tu banyak duit. Aku pandang duit dia je. Kalau ikutkan aku pun tak ingin lelaki macam Tan Sri Musa tu. Dahlah boroi, botak pulak tu. Tapi disebabkan dia banyak duit so aku tutup mata jelah segala kekurangan dia tu."

"Hmm yalah tu. Eh dahlah, aku kalau berborak dengan kau ni sampai sudah pun tak habis. Okeylah aku gerak dulu," pamit Amaara.

Angguk faham. "Kau pulak teman siapa malam ni?" sempat Jiha menyoal. Dibuntuti langkah Amaara menuju ke arah pintu utama.

"Borhan," jawab Amaara pendek. Kasut tumit tinggi disarungkan ke kakinya.

"Untung kau dapat layan si Borhan tu. Dahlah kaya, handsome pulak tu. Aku dengar kata latar belakang dia pun dari golongan orang yang baik-baik. Yalah darah kerabatlah katakan," melambung Jiha memuji.

Terbit senyuman sinis dibibir merah Amaara. "Untung kau cakap? Aku tak rasa beruntung langsung. Ya, aku tak nafikan dia tu memang berasal dari golongan orang yang baik-baik tapi perangai dia baik ke?"

"Kenapa kau cakap macam tu?" soal Jiha hairan.

"Kalau betul dia tu baik, dia takkan langgan pelacur macam kita ni."

"Hmm betullah kata kau tu. Tapi aku rasa tu semua perkara biasa bagi orang kaya macam Borhan tu. Nak-nak lagi dorang tu semua orang bisnes. Dah penat bekerja mestilah nak cari hiburan. Dan hiburan tu hanya ada pada kita. Hanya kita yang mampu hiburkan dorang tu semua," ujar Jiha.

"Hmm apa-apa jelah... Dahlah aku pergi dulu. Jangan lupa kunci pintu," pesan Amaara.

"Baiklah Cik Amaara Badriah. Hati-hati."

Hanya kepala dianggukkan. Kaki lekas melangkah meninggalkan penthouse mewah yang di diami oleh mereka berdua.


*****


SEBUAH kereta mewah dari jenama Rolls Royce yang elok terparkir dihadapan pintu lobi penthouse di dekati bersama senyuman manis.

Lihat saja daun pintu dibahagian belakang dibukakan khas buatnya, kaki lekas melangkah masuk ke dalam perut kereta tanpa ragu-ragu lagi.

"Hai babe... Lama dah ke you tunggu?" sapaan manja dilontarkan buat lelaki berusia 40-an itu.

Tengku Borhan Bin Tengku Kamal, walaupun usianya sudah menginjak ke angka 40-an, tapi masih segak dan bergaya. Berbadan tegap dan mempunyai rupa paras yang tidak kalah kacaknya sekaligus menjadikan Tengku Borhan lelaki dambaan setiap wanita.

Namun tidak bagi Amaara. Rupa paras bukanlah perkara penting baginya. Apa yang penting adalah wang ringgit yang bakal dilaburkan oleh lelaki itu kepadanya.

Dan dia sanggup buat apa saja, meskipun harus menjadi hamba nafsu lelaki itu sekalipun, asalkan semuanya terbalas dengan wang ringgit dan kemewahan.

"Untuk you seribu tahun pun I sanggup tunggu," balasan Tengku Borhan mengembalikan Amaara ke alam nyata.

Tersungging senyuman sinis dibibir Amaara. Lelaki hidung belang seperti Tengku Borhan ini sememangnya terkenal dengan bermulut manis. Hanya yang indah-indah saja dituturkan. Hakikatnya indah khabar dari rupa.

"Really? You're so sweet Tengku," sempat satu kucupan dihadiahkan dipipi berjambang nipis milik Tengku Borhan.

Tersenyum lebar Tengku Borhan apabila mendapat habuannya. Sebelah tangannya lekas memeluk erat pinggang ramping milik Amaara. Sebelah lagi tangan didaratkan selesa diatas peha putih mulus Amaara yang terdedah dek kerana wanita cantik itu memakai gaun pendek yang maha seksi.

"So kita nak ke mana malam ni?" soalan diajukan oleh Amaara.

"Malam ni, I rasa nak santai je. So, I plan kita pergi karaoke jelah," usul Tengku Borhan.

"I'm okay with that," dilentokkan manja kepalanya di dada bidang Tengku Borhan. Tangan naik membelai bulu dada lelaki itu yang terdedah.

Kepala dianggukkan sebelum satu arahan dilontarkan buat pemandu peribadinya. "Iqbal, bawak ke tempat biasa."

"Baik Tengku."

Lima belas minit berada di dalam kenderaan mewah itu mereka akhirnya tiba jua disalah sebuah hotel terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur. Beriringan Amaara dan Tengku Borhan melangkah masuk ke dalam hotel mewah itu.

Bilik karaoke VVIP yang telah ditempah khas oleh pembantu peribadi Tengku Borhan ditujui.

Labuh saja duduk, Amaara yang sudah sedia maklum akan tugasannya lekas mencapai botol champagne yang sudah terhidang diatas meja. Dibuka dan dituangkan air kencing syaitan itu ke dalam gelas kaca yang sudah siap tersedia diatas meja kaca. Gelas kaca disuakan ke arah Tengku Borhan.

Berlaga saja gelas kaca yang berada dipegangan tangan masing-masing, air memabukkan itu mulai diteguk perlahan-lahan.

Dari satu lagu ke satu lagu didendangkan sehingga tidak sedar sudah hampir satu jam mereka menghabiskan waktu didalam bilik karaoke itu. Tengku Borhan yang sudah mulai kebosanan mula bersuara sekaligus mengamit perhatian Amaara yang sedang leka memilih lagu untuk dinyanyikan sebentar saja nanti.

"Baby, I bosanlah. Jom kita buat aktiviti lain," sengihan menggoda dibiaskan di wajahnya. Tangan dah naik merangkul pinggang ramping Amaara.

Terjongket kening Amaara. "Buat aktiviti lain? You nak buat aktiviti apa pulak ni?" sengaja mahu bermain tarik tali.

"Come," malas bersoal jawab lagi tangan Amaara ditarik lembut.

Dirangkul erat tubuh Amaara agar menempel rapat ke tubuh sasanya. Keluar saja daripada bilik VVIP itu, kaki segera dihalakan ke arah perut lif.

Melangkah keluar dari dalam perut lif, kaki dibawa ke sebuah kamar hotel yang telah ditempah khas buat mereka berdua.

Tutup saja daun pintu, kaki dihalakan ke arah katil empuk yang bakal menjadi saksi adegan panas mereka sebentar saja nanti.

"Malam ni I nak you teman I sampai pagi. I akan bayar double," ujar Tengku Borhan romantis.

"As your wish," jawab Amaara manja.

Tangan sasa Tengku Borhan yang membelit pinggang rampingnya diuraikan. Tubuh tegap Tengku Borhan ditolak lembut ke arah katil. Gaun ketat yang membaluti tubuhnya dilucutkan selamba dihadapan lelaki itu. Bibir dibiaskan dengan senyuman menggoda.

Dengan hanya berpakaian dalam, Amaara merangkak naik ke atas katil. Tengku Borhan pula sudah mulai merasa terpancing melihatkan pemandangan indah milik Amaara. Dia yang mulai dikuasai oleh hawa nafsu lekas menarik wanita itu supaya naik dan melabuhkan duduk diatas perut sasanya yang berketak-ketak.

Tersungging senyuman sinis dibibir Amaara. Lelaki seperti Tengku Borhan ini tak ubah seperti seekor kucing, pantang nampak ikan di depan mata pasti akan diterkam tanpa perlu berfikir lama.

"Can I?" soal Amaara. Jari jemari mulai bermain dengan butang baju kemeja milik Tengku Borhan.

"Do it now!" ujar Tengku Borhan keras.

Dapat saja lampu hijau daripada lelaki itu, Amaara lekas memulakan tugasannya.

Dah menjadi rutin wajib bagi Amaara dan Tengku Borhan. Setiap kali mereka bertemu pasti ianya akan berakhir di atas katil.

Ianya perkara biasa bagi Amaara. Sememangnya tugasnya adalah memuaskan nafsu setiap pelanggan yang mahukan khidmatnya.

Maruah?

Dia tidak peduli semua itu, asalkan bayaran yang diterima berbaloi dengan apa yang dia lakukan.

Continue Reading

You'll Also Like

4.5M 284K 105
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
3M 91.4K 27
"Stop trying to act like my fiancΓ©e because I don't give a damn about you!" His words echoed through the room breaking my remaining hopes - Alizeh (...
462K 26.2K 44
The story continues to unfold, with secrets unraveling and new dangers lurking in the shadows. The Chauhan family must stay united and face the chall...
1.2M 66.1K 59
π’πœπžπ§π­ 𝐨𝐟 π‹π¨π―πžγ€’ππ² π₯𝐨𝐯𝐞 𝐭𝐑𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐒𝐞𝐬 γ€ˆπ›π¨π¨π€ 1〉 π‘Άπ’‘π’‘π’π’”π’Šπ’•π’†π’” 𝒂𝒓𝒆 𝒇𝒂𝒕𝒆𝒅 𝒕𝒐 𝒂𝒕𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 ✰|| 𝑺𝒕𝒆𝒍𝒍𝒂 𝑴�...