Trauma (BoBoiBoy)

By SitiNafisa

72.8K 7.2K 3.3K

Selepas beberapa bulan mengalahkan Retakka dan menjadi penguasa tujuh Elemental semula,BoBoiBoy kembali melak... More

Panggilan
Misi
Elemental
Cry
Plushie
Smile
Overthinking
Synee
Solar Beam
Syarat
Tinggal
Kuasa
Berangkat
Ribut
Quabak
Pyromaniac
Kritikal
Siberian
Coronation
Forest Healer
Reunion
Rimbara
Perjumpaan
Outrage
Gamma
Plan
Cantum
Serang Balas
Hero
Kembali
Ancaman
Revoke
Repulsion
Acceptance
Last Mission
Broadcast
Cari
Rewind

Healing

2.1K 203 118
By SitiNafisa

Solar: Gempa.....dah tak ada,Voltra. Vitreous dah rampas dia dan sekarang,keadaan BoBoiBoy adalah...kritikal.

Suasana didalam itu mula berubah.

Voltra: Tak tak tak.. Kau saja je kan?

Solar: Lak- Kau ingat aku nak main-main ke dengan keadaan sekarang ni?! Lepas korang pergi,keadaan Gempa jadi makin teruk!

Beliung: Tak kan lah....Musuh yang mereka maksudkan tu,musuh yang sama yang dah ambil Gempa?!

Voltra:*genggam bahu Solar* Cerita semuanya,sekarang!

Solar:*sudden rage* Kenapa kau tiba-tiba nak marah aku?! Aku pun baru tahu pasal semua ni kau tahu tak?! 

Voltra:*snarl* Apa yang kau cakap ni hah? Bukan ke kau yang sepatutnya ada dengan dia? Kau tu boleh dikira kuasa terkuat tak kan lah kau tak lawan dengan Gempa untuk kalahkan musuh tu?!

Solar: Sebab aku tak ada dekat sinilah aku baru tahu pasal hal ni!

Solar merentap dirinya daripada genggaman Voltra. Suasana disekitar mereka mula berubah.

Beliung:*the calm one* Solar? 

Beliung perlahan-lahan memegang tangan Solar,selembut yang dia boleh supaya Solar tak emosi lagi.

Solar mengeluh perlahan dan Beliung menariknya kedalam pelukan.

Beliung: Bawa bertenang. Tak ada sesiapa yang marah pun. Kita bincang elok-elok,okay?*pat kepala Solar*

Beliung memberi isyarat pada Elemental yang lain untuk kembali membuat group hug untuk tenangkan Solar.

Voltra;*groan* Maaf sebab aku tinggikan suara.

Solar:*sniff* Maaf...A-Aku masih salahkan diri aku p-pasal hal ni..

Beliung: Ha,kan elok cakap baik-baik macam tu? Sekarang,mari kita ke tempat yang lebih...selesa untuk berbincang,okay?

Mendapat anggukan dari Solar membuatkan yang lain senang hati. Mereka melepaskan pelukan dan mula berjalan masuk kedalam Stesen TAPOPS.

Banyak ni nak kena cerita.

.

.

.

.

.

.

Disatu tempat rahsia, Vitreous ketawa sekuat hati sambil menghasilkan lebih banyak kristal dikawasannya.

Vitreous: Hahahahaha! Aku tak sangka,sekuat ini rupanya kuasa elemental Kristal! Aku tak perlukan senjata langsung!

On cue, Vitreous menghayunkan tangannya dan kristal muncul dari bawah tanah.

Untuk fikirkan kuasa sekuat ni dipegang oleh seorang budak mentah.

Vitreous: *smirk* Kalau satu kuasa ni pun dah sekuat ni,macam mana kalau aku guna kesemua tujuh kuasa Elemental? Hah! Aku akan jadi penguasa Elemental yang digeruni diseluruh galaxy!!

Orang² bawahannya hanya jadi pemerhati melihatkan tuan mereka yang dah semakin menggila.

Kuasa tu dah pengaruhi dia.

Vitreous: Diggy! Cari kesemua tempat tujuh Elemental! Aku akan dapatkan kesemua kuasa Elemental yang ada. Dan lepas tu,aku tak akan ditewaskan!

Diggy,pemandu kapal tersebut hanya mengangguk sebelum masuk kedalam kapal angkasa dan setkan koordinat ke Planet Rimbara.

Vitreous: *smirk* Tak lama lagi,dengan kuasa ni...Aku akan takluki galaxy lebih berkuasa dari Retakka! Dan tak akan ada sesiapa yang boleh halang aku!

Kru didalam kapal itu hanya mampu mendengar dan buat kerja mereka sementara boss mereka ketawa macam alien yang dah hilang kewarasan.

Betullah apa yang orang sampaikan. Lebih kuat kuasa tu,lebih susah untuk kau kawal diri.
.
.
.
.
.
.
.
.
Di Stesen TAPOPS,semua yang ada disini dapat rasakan aura yang berbahaya menjalar diseluruh ceruk stesen ni.

Solar dah bagitahu apa yang dah berlaku pada Elemental dan sekarang,mereka dah on dead set untuk cari dan tamatkan Vitreous.

Voltra: Berani betul. Aku akan bunuh alien tak guna tu.

Beliung: Oi,bukan kau sorang je eh? Kitaorang pun sama.

Magma: *devilishly smile* Ne,ne. Agak² hujan lava cukup ke nak seksa dia?

Blizzard: Seksa. Dia mesti terima hukuman yang selayaknya untuk dia.

Sementara Elemental yang lain tengah ekspresikan kemarahan mereka,(dan bincang macam mana nak bunuh Vitreous), Balak mencuit tangan Solar.

Balak: M-Mana wad BoBoiBoy sekarang? Aku nak cuba sembuhkan dia.

Semua perhatian yang disitu beralih pada Balak.

Magma: Aik? Kalau tak silap aku,kau bukan boleh pulihkan kecederaan kecil saja ke?

Beliung; Betul tu. Sebab kau selalu sembuhkan luka yang kecil. Kecederaan BoBoiBoy sekarang kritikal.

Balak: Aku nak cuba! Aku tak boleh biar je dia terlantar macam tu tanpa jaminan yang dia boleh bangun!*bangun*

Semua Elemental bangun sekali bersama dengan Balak.

Balak: *tengok tangan* Aku...percaya aku boleh buat.*pandang Solar* Tolonglah Solar. Bawa kitaorang jumpa dengan dia.

Solar memandang muka berharap Balak dan yang lain. Dengan keluhan kecil,dia menganggu.

Solar: Baiklah,tapi jangan terkejut dan tak sengaja keluarkan kuasa korang bila dah nampak keadaan dia macam mana.

Semua Elemental mengangguk dan Solar mula membawa mereka ke medbay dimana tempat BoBoiBoy berada.

Tetapi bila mereka memasuki medbay,suasana didalam medbay itu kecoh dan haru biru dengan staff yang panik.

Blizzard: Apa yang dah jadi?!

Magma: Ada serangan ke?!

Solar menarik salah seorang staff yang berlari dihadapan mereka dengan memegang kotak.

Solar: Apa yang dah jadi? Kenapa semua kecoh sangat ni?

Staff: Keadaan BoBoiBoy sekarang semakin kritikal! Jantung dia terhenti dan sekarang doktor disini sedang cuba untuk selamatkan dia!

Berita itu membuatkan Elemental tergamam. Mereka tak perasan yang badan mereka sendiri mula terkelip-kelip.

Memudar.

Tanpa membuang masa lagi mereka berlari ke wad kecemasa,tidak menghiraukan panggilan staff yang lain untuk berhenti.

Solar menendang pintu bilik rawatan kecemasan itu. Doktor sedang cuba untuk memulakan semula degupan jantung BoBoiBoy dengan defibilator.

Doktor: Apa kamu semua buat dekat sini?! Keluar!

Voltra dan Beliung menghalang doktor yang menolak mereka untuk keluar dan Balak cepat² menghampiri katil BoBoiBoy.

Balak: Ketepi! *tolak doktor ketepi*

Tangan Balak mula bercahaya hijau terang dan mula menyembuhkan BoBoiBoy.

Semua doktor yang ada disitu hanya memerhatikan. Elemental yang lain memandang dengan penuh harapan.

Badan mereka masih berkelip-kelip pudar.

Sama macam cahaya hijau yang Balak gunakan untuk sembuhkan BoBoiBoy.

Voltra: Balak,kau okay tak?*risau*

Balak: *struggle* Aku...okay.

Nope, he's not.

Penyembuhan memerlukan tenaga yang banyak,dan nampak gayanya Balak tak cukup tenaga.

Balak(in mind): Tak boleh....Aku tak boleh putus asa!

Dengan menggunakan semua tenaga yang dia ada,Balak tingkatkan kuasa dia ketahap maksima dan cahaya hijau dari tangannya bersinar dengan lebih terang.

Solar: *lindung mata* Dia paksa diri dia...

Voltra: Berhenti sekarang Balak!

Tapi dia tak dengar. Balak teruskan dengan tugas dia sampailah cahaya hijau ditangannya mula memudar. Badan dia terhuyung hayang dan dengan sekelip mata saja,dia rebah keatas lantai.

Elemental: Balak!

Apabila semua Elemental pergi kepada Balak,doktor yang berada di situ mula mengelilingi BoBoiBoy dan memeriksa keadaan dia.

Bip.....Bip.....Bip.....

Bunyi rentak dari mesin itu membuatkan mereka rasa lega.

Doktor: Dengupan jantung dia dah kembali.*pandang Elemental* Terima kasih pada kamu.

Solar memangku Balak yang sekarang tengah tak sedarkan diri. Mata dia berair tapi terlindung dengan cermin mata dia.

Voltra,as the second leader,nampak kelakuan Solar yang memangku Balak erat,seakan takut kalau dia akan hilang lagi.

Voltra: Terima kasih pada Balak. Dia yang dah selamatkan tuan kami.

Elemental yang lain hanya tersenyum.

Doktor: Kami akan teruskan dengan pemeriksaan. Sementara tu,kamu boleh bawa dia berehat di bilik rawatan yang lain.

Mereka hanya mengangguk dan Solar mendukung Balak secara piggyback dan ada seorang doktor mengiringi mereka ke bilik rawatan untuk Balak berehat.

Sementara itu,didalam bilik rawatan tu pula,doktor² yang tinggal mula menjalankan analisis pada BoBoiBoy.

Doktor:Mengagumkan. Dia dah pulihkan seluruh tubuh badan BoBoiBoy.

P.Doktor: Maksudnya dia dah tak berada dalam bahaya lagi?

Doktor: *angguk* Ya. Semua kecederaan dia,luka dibahagian abdomen dan kecederaan dalaman semua dah hilang. Macam ia tak pernah berlaku. Sampaikan parut pun tak ada?

P.Doktor: *tulis dalam tablet* Jadi,patut ke saya buat panggilan pada pihak atasan TAPOPS dan maklumkan tentang hal ni?

Doktor: Ya. Dan dapatkan pembantu untuk pindahkan BoBoiBoy ke bilik rawatan biasa. Sekarang ni,kita cuma kena tunggu dia bangun.

P.Doktor: Agak ironik bila diri dia sendiri yang selamatkan diri dia.

Doktor: Hehe. Kita patut bersyukur sebab dia berpecah. Kalau tak,kecederaan dia memang tak akan dapat disembuhkan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~TBC~

Hello? Hai my potatoes~

Hoho,akhirnya ada jugak good news dalam ni hehe-

BoBoiBoy dah selamat,tunggu bangun je.

Heh-

Anyway,harap korang suka chapter ni!

Do vote and comment!

Stay safe!💜

Author Kim_Ezra

Continue Reading

You'll Also Like

402K 18.6K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...
1.3M 96.3K 54
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
32K 1.2K 33
Dia meninggalkan aku dalam indahnya first snow melalui sakitnya first kiss. Hanya sebulan. Hanya sebulan kami akan tinggal bersama dan berkelakuan se...
3.2K 300 15
Dani Inayat X Fareehal Dahlia