FALEEQ QAYDER

By nr_frhnn

9.5K 340 22

Once you mine,forever mine More

Prolog
⛓️FQ1
⛓️FQ2
⛓️FQ3
⛓️FQ4
⛓️FQ5
⛓️FQ6
⛓️FQ7
⛓️FQ8
⛓️FQ9
⛓️FQ10
⛓️FQ11
⛓️FQ12
⛓️FQ13
⛓️FQ14
⛓️FQ15
⛓️FQ16
⛓️FQ17
⛓️FQ18
⛓️FQ19
⛓️FQ20
⛓️FQ21
⛓️FQ22
⛓️FQ23
⛓️FQ24
⛓️FQ25
⛓️FQ26
⛓️FQ27
⛓️FQ28
⛓️FQ 30
⛓️FQ 31
⛓️FQ 32
⛓️FQ 33
⛓️FQ 34
⛓️FQ 35
⛓️FQ 36
⛓️FQ 37

⛓️FQ 29

119 7 0
By nr_frhnn

Faleeq memecut laju keretanya. Nombor Adli didail lagi.

"Harap maaf.."

Pap!

"Damn!"Faleeq menambah kelajuan pada keretanya.

Berderam kuat kereta itu. Laju membelah jalan raya.

Bibirnya diketap kuat.

Dengan spontan dia membelok ke kanan sebelum berhenti di bahu jalan.

"Argh!!!"kepalanya dihentak sedikit kuat ke stereng.

Lama dia berteleku begitu sebelum dia mula meraba-raba kembali telefon yang dibalingnya tadi.

Nombor seseorang didail.

"Adam,get ready. Arman also. Panggil semua budak aku. Trace telefon syarikat Adli"

"Baik Tuan Qayder"

Faleeq mematikan talian.

"Izz"

"Tunggu papa"

Kereta hitam berkilat itu mula kembali membelah jalan.











Ayra berkumur setelah memberus gigi. Pening di kepalanya masih tidak hilang. Banyak menangis teringatkan anak bujangnya yang seorang itu.

Juga pening dengan suami yang tak reti nak angkat telefon bila orang call.

Ayra mengusap lengannya. Sejuk.

"Izz,Izz pergi mana sayang? Jangan buat mama risau"air mata seakan kering. Penuh hiba Ayra merintih.

Dia memejam mata.

"Kau yang tak reti jaga anak sendiri. Sampai hilang anak kau Ayra!"

Malas mahu melayan kata hatinya,dia merebahkan badan ke atas katil.

Tok tok!

"Masuklah,pintu tak kunci"jawabnya dengan mata terpejam. Mesti Mawar.

"Yaa,kau taknak makan ke?"

Kan betul. Siapa lagi nak risaukan dia kalau bukan nenek dengan si Mawar ni.

"Takde selera la Wa"

"Nenek cari kau. Aku kata kau tidur"jawab Mawar sebelum melabuhkan punggung di sebelah Ayra.

"Ni,aku ada bawa bubur ayam. Makanlah sikit"

"Taknak.."

Mawar sudah meletak bubur itu di meja sebelah katil.

"Kau jangan nak mengada-mengada macam anak aku. Asal sakit taknak makan. Tak makan lagi lah sakit. Apa susah sangat nak makan?"bebel Mawar.

"Diamlah,kepala aku pening ni Wa"

Mawar masih menggumam tidak puas hati. Keluhan berat dia lepaskan.

"Aku bukan apa Yaa. Aku risaukan kau tahu tak?"

"Takde apa yang nak dirisaukan lah. Aku pening kepala sikit je"

Ayra menolak sedikit badan Mawar.

"Terima kasih Wa. Tapi aku okay. Kau keluarlah. Anak kecil kau nangis nanti"

Serentak itu dengar tangisan anak kecil. Mawar memandang Ayra yang mengangguk itu.

"Kau angguk-angguk apa. Kalau ada apa-apa panggil aku"paha Ayra ditepuk sebelum dia bangun keluar dari bilik.

Ayra cuma sengih sebelum dengan terburu-buru dia bangun menuju ke bilik air.

Ayra terbongkok di singki. Cairan yang keluar dari mulutnya itu terus-menerus keluar sehingga lembik badannya.

Ayra terduduk di lantai bilik air itu. Kakinya terasa lembik untuk melangkah.

Dia memejam mata. Begini kah rasa sewaktu dia mengandungkan Izz?

Ayra menarik nafas dalam. Dia nak keluar dari bilik air ni. Bilik air ni busuk. Banyak setan pula tu.

Takkanlah dia nak duduk dengan setan-setan dekat sini. Mahu lari Faleeq tengok dia.

Apa kena mengena dengan setan pula ni Ayra? Kau tu yang serupa ketua segala setan. Dengan rambut serabainya.

Ayra bangkit perlahan-lahan setelah berpaut pada singki.

"Ugh"Ayra meletak punggung di birai katil.

Laci meja di sebelah katilnya ditarik. Tergamam dia dibuatnya.

Semerta dia teringat sesuatu.

Ayra membuka perlahan pintu bilik itu. Mahu mengejutkan Faleeq yang sedari tadi duduk di birai katil itu.

Perlahan-lahan dia naik ke atas katil. Mahu mengejutkan Faleeq.

"Oh mak kau terkejut!"belum apa-apa lagi Faleeq sudah menjerit.

Ayra terkebil-kebil di belakang.

"Eh,belum lagi eh?"Faleeq senyum senget.

Ayra mencebik bibir.

"Taknaklah kawan abang!"

Dia lihat Faleeq menolak laci di meja itu.

"Ala sayang,abang saja je nak gurau dengan sayang. Kan dapat pahala"Faleeq mencuit pipi Ayra.

"Buat isteri merajuk tu satu perbuatan yang tak baik tau"jawab Ayra.

"Abang tak buat apa-apa pun sayang merajuk. Takkanlah abang nak kena menari zapin?"

Ayra tergelak. Tubuh Faleeq didakap erat.

"Sayang abang"

Faleeq tidak membalas,sebaliknya dia mengucup dahi Ayra.

Ayra mengambil revolver dari dalam laci itu. Dibelek revolver itu penuh minat.

Spontan dia berdiri di dalam postur menembak. Dia membidik pistol itu sebelum sasaran dinding biliknya menjadi sasaran.

Pap!

Tergeletak pistol itu jatuh ke bawah. Mata Ayra membulat.

Dia..

Dia teringat sesuatu.

Pantas dia duduk di birai katil. Mata dipejam erat dengan tangan memegang erat kepalanya.

"Please,please jangan hilang"rintihnya tidak tahu kepada siapa.

Memori itu..








"Shoot!"

Aku menggigit bibir. Penat. Aku penat dengan semua ini.

Sampai bila aku harus begini?

"Syaf! Tembak!"

Aku baru belasan tahun. Hidupku bukan begini.

Broken family.

Aku,bencikan mama dan ayah.

"Syaf!"

Aku rasa diriku ditarik kasar sebelum aku dicampak ke atas lantai. Berkerut dahiku bila terasa punggungku berlaga dengan lantai keras itu.

"Kau berangan! Aku suruh kau menembak tapi kau berangan!"

Aku cuba menepis tangan itu. Makin lama makin kuat dia mencengkam lenganku.

"Roy! Hantar dia masuk bilik hukuman"

Mataku membulat. Taknak!

Seganas aku,aku masih tidak sanggup untuk masuk ke dalam bilik itu. Bayangkan,berada di dalam bilik gelap berseorangan selama dua minggu.

Seorang kawan ku menjadi trauma seumur hidup sebaik saja dia keluar dari bilik itu.

Aku mula meronta. Lelaki bernama Roy itu sudah menarik lenganku.

Mataku terpanah ke arah seorang gadis cantik. Mukanya hampir seiras denganku.

Ayna. Ayna Syakira. Dia adik aku.

Ada air mata yang membasahi mata cantik itu.

Dia menggeleng. Namun aku tahu,hanya itu yang dia mampu buat tika itu. Menghentikan orang suruhan mereka ini bukannya mudah. Silap waktu nyawa menjadi taruhan.

Ayna,jaga diri.

Langkah kami dihalang oleh seorang budak lelaki yang hampir sama baya denganku.

"Tu.."

"Tepi"dingin suara itu menghalau Roy.

"Saya tak boleh tinggalkan dia Tuan Muda. Dia harus dikenakan hukuman"

"Atas dasar apa kau hendak menghukum dia?"

"Dia bukan siapa-siapa untuk saya buat pertaruhan nyawa dengannya Tuan Muda"

Budak lelaki itu mendengus. Tangannya yang sedari tadi memegang botol air dihulur ke arahku.

Aku bingung. Nak buat apa ni? Siram pokok?

"Minum"

"Taknak"entah-entah dia letak racun dalam tu.

Tapi aku haus. Sudah straight 5 jam aku tak minum air.

"Aku tahu kau haus. Minumlah"

"Lepaskan tangan dia. Dia tak akan lari"

Roy seperti berat hati melepaskan lenganku. Melihat jelingan tajam budak lelaki itu,terpaksa jua dia melepaskan.

Budak lelaki itu menghulur air botol mineral itu kepadaku.

Dengan rakus aku menelan. Sungguh aku haus. Hanya doa yang aku baca dalam hati supaya aku selamat.

Aku menghulur botol kosong itu kepadanya. Malu.

Taknak pandang muka dia. Hmph!

Dia hanya senyum sekilas. Makin lama senyuman itu makin menyinis.

Aku mula pelik apabila kepalaku pening. Budak lelaki itu aku pandang dengan pandangan tajam.

Dia tipu.

Dia bukan seorang lelaki yang baik.

"Faleeq! Kau buat apa tu?"sayup-sayup aku dengar laungan seseorang dari jauh.

Faleeq.

"Bawa dia pergi"

"Baik Tuan Muda"















Muka Ayra sudah basah dengan air mata. Benarkah?

Benarkah itu masa silamnya?

Benarkah Faleeq juga sebahagian dari masa silamnya.

Ayra menangis semahunya. Hatinya walang.

Kepada siapa lagi harus dia percaya? Semua mengkhianati dia.

Entah-entah..

Kehilangan Izz juga berpunca dari Faleeq. Semua yang terjadi mungkin rencana Faleeq.

Ayna.

Ke mana adiknya itu menghilang?








Weee! Kasi la vote satu u alls.

Continue Reading

You'll Also Like

97.2K 4.9K 57
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
1.6M 52.3K 66
Afiq Khairul X Ain Solehah. Mereka berdua diibaratkan seperti kucing dan tikus. Sejak kecil sehingga meningkat dewasa, mereka berdua tidak pernah '...
5.6M 302K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
142K 6.3K 52
Season 1 Chef Di Hati Leftenan (Dizhwar Jazib) Dia...Mera Jeevan Leftenan Dizhwar Jazib & Veera Khawla Disclaimer: All right reserved...