the boyz family

By armyzen_yana

265 51 29

satu rumah dipenuhi dengan sebelas adik beradik ? tak pecah ke rumah ? random dan beberapa konflik. ¡! broth... More

kenal kenal dulu brader
001 ( lapar )
002 ( teka teki )
003 ( si kembar sekolah )
004 ( apanih )
005 ( eric stress )
007 ( sunu 2)
008 ( fight )
bd sunwoo

006 ( sunu hilang )

24 4 0
By armyzen_yana


😓 1709 words

•••

sejak beberapa hari ni , bukan sangyeon sahaja yang merasa ada kelainan pada sunwoo. semua orang dirumah juga merasa hal yang sama. apalagi eric selaku kembarnya sunwoo.

seperti pagi ini , sunwoo hilang. tempat tidurnya sudah rapi , beg dan kasut sekolahnya juga tiada.

" pagi tadi waktu seonu bangun , eric bangun juga.. eric ingat seonu pergi tandas je sebab dia masuk bilik air. jadi eric tidur la semula." cerita eric.

" mungkin sekarang dia dah ada kat sekolah ? " soal chanhee. sungguh positif thinking.

" sekarang dah jam 8:00am. mestilah sekarang dia ada kat sekolah." balas kevin.

" ric , kamu ingat jam berapa kamu dan seonu bangun ?" soal sangyeon.

eric mula berfikir. seingatnya dia sempat melihat jam yang berada dimeja belajarnya.

" dalam.. OH ! JAM 4:35 PAGI ! " jawab eric heboh.

" dia tak pernah bangun seawal tu kecuali sahur bulan ramadhan.. " ujar changmin perlahan.

juyeon yang dari tadi mendiamkan diri akhirnya membuka suara. " seonu ada masalah ke eric ? "

eric menggeleng. " taktahu. dia mana pernah kongsi masalah dia dengan orang. tahu tahu dia yang selesaikan sendiri."

" sudahlah , kita bincang dengan sunwoo malam ni. eric , pergi bersiap. kamu kena pergi sekolah. hyunjae , younghoon , jangan lupa tengahari nanti kamu ada kelas. yang lain pun ada perancangan sendiri kan ? dah , bubar semuanya." arah jacob.

••

sampai disekolah , eric langsung menuju ke kelas. tujuan utama dia untuk mencari sunwoo , kembarnya yang hilang dari pagi.

sesampai di kelas , eric langsung tidak nampak kelibat sunwoo. kemudian dia mendekati jaemin si ketua kelas yang sibuk membaca buku.

" jaem , nampak sunwoo ? "

jaemin menoleh kearah tempat duduk sunwoo. beg ada , orangnya tiada ?

" tak tahu. aku baru sampai." jawab jaemin.

eric menghela nafas. kemana hilangnya kembarnya ni ?

jaemin memandang eric heran. " kau kembar dia.. tak datang sama sama ke ? "

eric memutarkan bebola matanya malas. " dia hilang. aku bangun pagi dia memang dah tak ada. kau rasa ? "

" pelik sekali makhluk tidak jelas seperti sunwoo."

" lebih pelik kau yang terlalu random." ujar eric. kemudian berlenggang pergi dari meja jaemin dan duduk dimejanya yang bersebelahan meja sunwoo.

eric meletakkan begnya dikerusi. kemudian menilik jam yang tergantung kemas di dinding kelas. jarum jam menunjukkan hampir 8:25 pagi. lagi 5 minit sebelum loceng berbunyi.

jadi.. dimana sunwoo ?

-skip

loceng telah berbunyi menandakan telah tiba waktu rehat. seluruh pelajar terburu buru keluar dari kelas masing masing dan menuju ke kantin. kecuali eric. sudah 5 minit eric berdiam diri dikelas. sunwoo tidak masuk kelas dan tertinggal 2 mata pelajaran. raut wajahnya tampak risau. memikirkan nasib kembarnya yang menghilangkan diri.

" SI RACOON NI KEMANA SIA. DAH TAK TAU JALAN KELAS KE APA ?! AGSJDBSJ STRESS." eric meletakkan kepalanya dimeja. menahan amarahnya.

" eric."

eric langsung mengangkat kepalanya apabila satu suara memanggil namanya.

sunwoo berdiri di pintu kelas dengan wajah datar. " kau tak reti pergi kantin ke apa ? nak gastrik kau datang balik ?" soalnya.

" kau darimana ?" soal eric. wajahnya juga tak kalah datar dari sunwoo.

" aku tanya kau dulu. tak reti pergi kantin ke apa ?"

" kau tak reti jalan balik kelas ke apa ?"

" HEY KAU BERDUA. BUAT APA LAMA LAMA NI JOM MAKAN."

mujur. haechan , renjun dan jaemin datang dan menarik keduanya menuju ke kantin.

" hah gaes , pergi beli makanan. aku belanja. cepat cepat , aku tengah kaya ni."

renjun berdecit mendengarkan kata kata haechan. " kaya ? apa je yang kau ada ? anda ada blackcard ?"

haechan menjeling. " aku cakap aku tengah kaya. bukan aku memang kaya. anak sultan diam jelah."

" dih dasar rakyat missqueen."

" korang nak gaduh atau makan ?" suara berat sunwoo menegur.

renjun dan haechan langsung mendiamkan diri. sunwoo seram.

" g-gaes , aku order kan makanan eh ? macam biasa kan ? okay sabar jap." jaemin terburu buru lari beratur di kaunter kantin. mengelak dari saudara kembar yang memaparkan aura dingin.

eric diam sambil memainkan phone nya , sunwoo memalingkan wajahnya dengan raut datar. haechan dan renjun sudah ketar ketir duduk diantara keduanya.

mami echan nak balik:( kata haechan dalam hati.

keadaan hening beberapa minit sehingga jaemin kembali dengan membawa beberapa makanan.

" hah nah. ambik ambik. makan ya gaes."

masing masing mengambil makanan sendiri tanpa mengeluarkan suara. haechan yang memang jenis tidak boleh berdiam diri hanya mampu bertahan untuk tidak bertingkah.

15 minit kemudian loceng kembali berbunyi menandakan bahawa waktu rehat telah tamat dan kesemua pelajar harus kembali ke kelas masing masing.

renjun , haechan dan jaemin langsung berdiri dan berjalan dengan tergesa gesa meninggalkan sunwoo dan eric yang masih duduk dimeja kantin.

" seram la bodoh dengan twin ni. dah gaduh tu gaduh personal jelah tak payahlah takutkan orang lain sekali. so cibai." maki haechan dengan nada perlahan.

jaemin langsung menepuk kepala haechan. " diam chan. tak pasal pasal kita kena sembelih kalau sunwoo dengan eric dengar apa yang kau cakap."

" shhh , cepat masuk kelas." ujar renjun.

sunwoo memandang kelibat tiga rakannya yang sedang berjalan tergesa gesa keluar dari kawasan kantin. dirinya bangkit dan tiba tiba bajunya ditarik oleh eric.

" kau nak pergi mana ? jom masuk kelas."

sunwoo pasrah apabila eric menariknya menuju kelas.

" balik nanti jangan menghilang."

" hm."

••

nyatanya sunwoo kembali hilang selepas tepat loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat. pemuda berambut hitam gelap itu langsung menyambar begnya dan berlari keluar kelas tanpa menghiraukan cikgu yang masih berada didalam kelas. dan semestinya eric tidak dapat mengejarnya.

eric hanya mampu sumpah seranah kembarnya itu.

" dikata jangan menghilang , lagi hilang dia. baik hilang terus je. pindah alam sana !" bebel eric.

" heh , jangan gitu. kang betul betul pindah alam nanti kau jugak yang terseksa." tegur jaemin.

eric mendengus. dengan perasaan geram dia berjalan sambil menghentak kakinya.

pulang sekolah eric dan sunwoo memang jalan kaki , kecuali pagi pasti akan dihantar salah satu abangnya.

kata eric , malas untuk berjalan kaki ke sekolah pada waktu pagi kerana mengantuk.

sesampai dirumah , eric menerjah masuk tanpa memberi salam dan langsung berlenggang masuk kedalam biliknya.

klerk

tempat sunwoo kosong. bermakna sunwoo belum balik. eric menghela nafasnya. sunwoo ni ada masalah apa sampai asyik menghilang ?

" ric ? sunwoo mana ?"

eric menggeleng. tanda tidak tahu.

••

malam menjelang dan kesemua mengumpul diruang tamu. kecuali sunwoo.

" jadi.. kita tunggu dia balik ?" soal haknyeon.

sangyeon dan jacob saling pandang. kemudian mengangguk serentak.

" kita kena tunggu dia balik , dan paksa dia bercerita. kenapa dia selalu menghilangkan diri."

" bang , taknak cuba cari dia ke ? mana tahu dia kat taman ?" soal kevin.

" atau dia kat rumah kawan dia ?" sambung kevin.

" kawan dia cuma haechan , renjun , jaemin. eric dah chat , diorang kata tak tahu." balas eric.

" rasa nak geget sunwoo." celah kyu dan langsung ditampar oleh nyu. " adik kau tengah hilang anjir , jangan nak mengada."

" bang , aku rasa sunwoo balik waktu kita semua tidur." ujar juyeon.

sangyeon menilik jam dinding. jarum menunjukkan tepat pukul 11:30 malam. lebih kurang 5 jam mereka menunggu kepulangan sunwoo.

" korang taknak call-"

" dia matikan phone." potong younghoon sebelum hyunjae sempat menghabiskan ayatnya.

" astaghfirullahaladzim , stress abe." ucap haknyeon.

tiba tiba younghoon teringat sesuatu. " unjae , entah entah sunwoo marah sebab.." younghoon terdiam.

kesemua menumpukan perhatian penuh terhadap younghoon yang tiba tiba berhenti.

" sebab apa ?" soal sangyeon.

hyunjae dan younghoon saling melirik gugup.

" aku tanya , sebab apa ? kau berdua buat apa kalini ?" soal sangyeon lagi.

" a-anu.."

" er.."

" SEBAB APA WOI ?" sergah chanhee geram.

" kitorang ada sakat dia.." jawab hyunjae.

hening..

" korang sakat apa ?" soal jacob.

younghoon menggaru lehernya. " ya cuma.. kunci dia dalam bilik air kat tingkat atas 2 hari lepas pukul 1:36am."

" gila." gumam eric.

sangyeon memicit dahinya yang mendadak pening.

" berapa lama kau kunci dia ?" soal kevin.

" 30 minit."

juyeon langsung melemparkan bantal peluk yang dibawanya kearah younghoon. geram noh.

" jangan kata kau tutup lampu sekali bang ?" soal haknyeon.

" ya.."

" dahlah. memang dalam keluarga ni kau berdua je yang terlebih bodoh bang." ujar kyu.

" bang , eric tak rasa sunwoo marah sebab tu."

sangyeon mengusap wajahnya kasar. " habis tu sebab apa ?"

" kau kembar dia , takkan tak ada feeling ? orang kata ikatan kembar kuat kan." ujar nyu.

eric memutarkan bebola matanya. " yela sebab ikatan la eric kata dia tak marah sebab abang unjae dengan abang hoon kurung dia dalam bilik air. tapi sebab lain."

serentak kesemuanya menghela nafas.

" jadi sebab apa ni astaghfirullahaladzim." ujar kevin stress.

klerk

" assalamualaikum."

pintu utama dibuka dan sunwoo masuk dengan keadaan baju seragam sekolah yang kotor dan basah lencun. melihat itu sangyeon langsung berdiri mendekati sunwoo.

" dari mana ? kenapa baru balik ? kenapa baju basah sampai kotor macam ni ?" soalnya.

yang lain juga ikut mengerumuni sunwoo yang berdiri dihadapan pintu.

" ingatkan semua dah tidur.. "

sunwoo menghela nafasnya. " bang , seonu masuk bilik dulu. nak mandi." tanpa menunggu balasan dari abang sulung , sunwoo langsung pergi masuk biliknya.

eric dengan segera mengikuti sunwoo.

" sunwoo , kau kenapa ?" soal eric.

" tak ada apalah." balasnya. kemudian tangannya mencapai tuala yang tergantung dan berjalan masuk kedalam bilik mandi yang ada didalam bilik mereka.

10 minit kemudian sunwoo keluar dari bilik air dengan berpakaian lengkap. tanpa menghiraukan eric yang masih setia memandangnya , sunwoo langsung merebahkan tubuhnya diatas katil.

" sunwoo-"

" aku nak tidur."

" aku tak izinkan kau tidur."

" aku tak kisah."

" kau ni kenapa ?"

" apa yang kenapa ?"

untung stok kesabaran eric masih ada. kalau dia tak ingat sunwoo ni kembarnya , sudah dipastikan kakinya melayang ke wajah sunwoo.

" kau nak aku maki kau dulu baru kau nak bercerita dengan aku ke apa ?"

sunwoo langsung bangun dan duduk berhadapan dengan eric.

" nak maki , maki lah. biar aku patahkan tulang hidung kau dulu." ujar sunwoo.

eric langsung menghela nafas. " abang.."

baek , eric tahu kelemahan sunwoo.

" tak ada apa. sekarang tidur , dah malam." nada suaranya melembut. kemudian sunwoo baring semula dan menyelubungi dirinya didalam selimut.

eric akhirnya turut merebahkan tubuhnya disebelah sunwoo. tak lama kemudian dia menyusul sunwoo kealam mimpi.

sementara abang abang yang diluar mula ber overthinking.

" ni diorang ni taknak keluar bilik ke apa ni ? dahlah pintu terkunci." ujar sangyeon sedikit panik.

nyu memutarkan bebola matanya malas. kemudian dirinya beranjak pergi. tak lama kemudian dia kembali dengan membawa kunci.

" kunci ada buat apa panik ? diorang bukan saling membunuh pun dalam bilik tu." ujar nyu.

kuncinya diambil jacob dan langsung membuka pintunya.

klerk

kesemuanya bernafas lega melihat si kembar yang sudah lena terjun kealam mimpi. tapi kerisauan sangyeon belum berakhir.

" tak apa lah bang. esok esok kita bincang lagi. sekarang kita tidur dulu. kembar pun dah tidur. kita ni bila nak tidur ?" ujar kevin.

jacob mengangguk. " pergi masuk bilik masing masing. tidur jangan main phone dulu sebelum tidur."

" okay." semuanya langsung menuju ke bilik masing masing.

jacob kemudian merangkul bahu abang sulungnya. " jom bang , tidur. abang rehatkan dulu fikiran abang."

sangyeon mengangguk. lalu keduanya menuju ke bilik.



-

pls ini terlalu panjang 🙏🏻 jadi akan ada dua part. so y'all , bye 😓👍🏻

Continue Reading

You'll Also Like

261K 39.8K 102
ပြန်သူမရှိတော့ဘူးဆိုလို့ ယူပြန်လိုက်ပြီ ဟီးဟီး ဖတ်ပေးကြပါဦး
54.5K 1.6K 99
ENGLISH TRANSLATION
574K 951 22
Smexy One shots😘 Got deleted twice 3rd times a charm🤦🏻‍♀️😭
106K 286 25
here are some of my horny thoughts as a trans man with a pussy. snap if you wanna sext ;)