Mrs. Hayden Iskandar [ON-GOIN...

lylylyyyyyyyyy द्वारा

1.5K 206 14

Tengku Hayden Iskandar Bin Tengku Yusuff. Tak pernah pula terlintas dalam kepalanya soal wanita mahupun soal... अधिक

Chapter 1 - 💌
Chapter 2 - 💌
Chapter 3 - 💌
Chapter 4 - 💌
Chapter 5 - 💌
Chapter 6 - 💌
Chapter 7 - 💌
Chapter 8 - 💌
Chapter 9 - 💌

Chapter 10 - 💌

174 18 2
lylylyyyyyyyyy द्वारा

••

 "Hello, Daniel? Kenapa call mama ni? Ada apa-apa ke? Mama tengah busy ni."Ucap Puan Sri Ilona sebaik sahaja panggilan Daniel diangkatnya.

"Mama. Mama dengan papa busy sangat ke sampai tak boleh nak balik rumah sekarang?"Tanya Daniel. Dia rasa penat dengan perangai mama dan papanya ini.

"Busylah sayang. Daniel pun tahu kerja mama dengan papa macam mana kan?"Kata Puan Sri Ilona. Daniel mengeluh perlahan.

"Mama dengan papa kat mana? Boleh tak balik sekarang?"Soal Daniel lagi. 

"Mama dengan papa dekat Langkawi ni. Kenapa ni? Kenapa suruh mama dengan papa balik sekarang? Ada apa-apa jadi dekat Aurel ke?"Tanya Puan Sri Ilona risau. 

"Semalam ada orang pecah masuk rumah. Aurel seorang diri je dekat rumah waktu tu. Bila Daniel balik rumah,Aurel kata dia kena sentuh. Macam ni lah mama. Daniel pun tak tahu cerita sebenar dan benda ni pun under penyiasatan lagi. Cuma Daniel minta sekarang,mama dan papa balik sini. Aurel perlukan mama dan papa dia."Kata Daniel terus-terang. 

"Astaghfirullahalazim. Ya Allah ya tuhanku. Mama bagi tahu papa dulu. Kitorang balik harini juga. Daniel tolong Aurel dulu okay. Mama dengan papa janji balik hari ini."Ujar Puan Sri Ilona. Kedengaran juga suara dia bercakap dengan suaminya.

"Okay mama. Ma,Daniel tutup dulu. Daniel ada nak buat sesuatu jap. Daniel tunggu mama dengan papa balik."Kata Daniel lalu panggilan dimatikan.

'DING DONG' 

'DING DONG'

Daniel berjalan mendekati pintu rumah. Rasa sebal menyelubungi diri. Siapa yang tak berhenti tekan loceng rumah ni?

Pintu rumah dibuka. Dirinya tergamam. Dia berdiri kaku memandang satu bungkusan putih bertompok merah yang diletakkan di hadapan pintu. Handphonenya dicapai dari dalam poket. Ikon kamera dibuka dan beberapa keping gambar ditangkap lalu gambar-gambar tersebut dihantar kepada seseorang.

Beberapa minit selepas gambar tersebut dihantar,telefonnya berbunyi nyaring minta diangkat. Skrin telefon dilihat.

-Hayden Iskandar-

Ikon telefon digeser. Telefon dilekapkan ke telinga. Mata masih tajam memandang bungkusan putih itu.

"Lagi 5 minit Luca, Easton dengan anak team diorang datang. Jangan sentuh benda tu. Keep your eyes on Aurellia and comfort her. Jangan biarkan dia seorang diri. Lepas aku kerja aku datang."Ujar Hayden serius. 

Dia yang sedang sibuk berada di dalam bilik mesyuarat itu sangat terkesan dan terkejut dengan gambar yang diterimanya. Terus sahaja dia mengarahkan Luca dan Easton keluar dari bilik mesyuarat dan mengumpulkan anak buahnya. 

"I take this as a yes. Aku nak sambung meeting ni. Apa-apa inform aku cepat."Hayden menyambung percakapannya apabila Daniel tidak membalas ucapannya. Talian dimatikan. 

"Tengku, boleh kita sambung mesyuarat kita?"Hayden tersedar dari lamunannya. Telefon kembali disimpan di dalam poket suitnya. Hayden mengangguk perlahan sebelum mesyuarat kembali disambung.

°

"Nerissa!"

Nerissa yang sedang tekun menyiapkan kerjanya segera mengangkat wajahnya memandang pintu bilik pejabatnya. Keningnya diangkat pelik. Luca Asher. 

"Nerissa Quennie!"Nerissa hanya diam tetapi matanya merenung tajam anak mata Luca. Dia dah lah angin tak baik sebab Aurellia tak angkat call dia.

"Nerissa. Do you hear me or not? Answer me!" Luca terus-terusan mendesak Nerissa supaya menyahut panggilannya.

"Oh My God Luca. Boleh tak awak cakap je apa yang awak nak? Saya ni banyak kerja bukannya nak melayan awak je."Balas Nerissa. Suka tak suka,kalau dia dah mood tak baik memang kenalah.

"Okay,I'm sorry tapi kau kena ikut aku sekarang."Luca terus menghampiri Nerissa. Nerissa menggerakkan kerusinya menjauhi Luca. Apa dekat-dekat ni?

 "Kenapa saya nak kena ikut awak pula? Saya banyak kerjalah Luca. Kalau saya tak siap kerja ni boss awak tu pula marah saya. Awak jangan kacau saya boleh?"Marah Nerissa. Menyampah pula dia dengan Luca ni.

"Aurellia. This is about Aurellia Clarissa."Nerissa memandang muka Luca kembali. Nama tersebut menarik perhatiannya.  

 "Kau mesti dari tadi cuba call Aurellia tak dapat-dapat kan? Ikut aku dulu,dalam kereta aku cerita. Cepat jom!"Luca terus menarik lengan Nerissa.

"Janganlah pegang! Haramlah. Sekejap saya ambil handbag saya."Nerissa terus mencapai beg tangannya dan bangun dari duduknya. Nerissa berjalan dibelakang Luca dan jalan melepasi Easton yang sedari tadi melihat drama mereka berdua. 

°

"Erm,so boleh bagitahu kenapa dengan Aurel?"Tanya Nerissa sebaik sahaja mereka bertiga masuk ke dalam kereta. Easton sudah pun mula memandu meninggalkan bangunan syarikat tersebut.

"Aku bagitahu tapi kau jangan nak jerit eh."Pesan Luca. Dah terbiasa dengan perangai perempuan seorang ini. Nerissa mengangguk laju padahal dalam hati dah berdebar.

"Okay,cerita dia macam ini"

Nerissa tekun mendengar cerita Luca. Sesekali ditekup mulutnya untuk menahan dirinya daripada menjerit. Pecah juga gegendang telinga lelaki itu kalau dia menjerit.

"Habis tu sekarang ni kita nak pergi rumah Aurel ke?"Tanya Nerissa. Dia cuba menahan sebak di hati. 

"Haah. Daniel bagitahu Hayden tadi yang ada orang hantar bungkusan putih ada tompok merah kat rumah dia harini. Hayden suruh aku dengan Easton pergi sana. Tu yang aku ajak kau ni suruh teman si Aurellia tu."Terang Luca lagi. Nerissa menyandarkan badannya lelah.

"Kau tak payah risau. Hayden kata kawan kau tu okay je. Dia just terkejut kena sentuh je. Benda ni pun tengah cari siapa yang pecah masuk so relax je."Ujar Luca bersahaja. Takkan lah dia pun nak gelabah kan.

Nerissa diam melayan perasan sendiri. Dia merasakan yang dia tidak layak untuk menjadi kawan baik Aurellia. Tetapi dalam masa yang sama dia cuba memujuk hatinya supaya tidak bersedih.

°

"Abang!"Nerissa segera berlari anak mendekati Daniel. Daniel memandang Nerissa dengan riak kosong. Entah mengapa sejak peristiwa yang melanda adiknya semalam dia bagaikan hilang dirinya yang sebenar.

"Pergilah naik atas. Aurel ada dekat bilik dia."Kata Daniel kosong. Pandangannya beralih kepada Luca dan Easton yang sedang meneliti bungkusan putih tersebut.

Nerissa berlari laju menuju ke lif rumah. Butang lif ditekan berkali-kali sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam lif. Luca hanya memandang pemergian Nerissa. Dia kembali memandang Easton.

"Tiger"

Luca menolehkan kepalanya kebelakang. Bibirnya menguntumkan senyuman sinis. 

"Carson,arahkan team kau pergi check kawasan sekeliling. Jay,team kau pula uruskan benda ni. Jangan lupa pakai glove aku tak nak cap jari korang terkesan dekat sini."Arah Luca. Memandangkan Hayden tiada disini,dialah yang menjadi ganti untuk memberikan arahan.

"Lagi satu sebelum korang pergi,aku nak korang buat kerja clean. Tiger pun dah cakap tadi pakai glove. Korang pun bukannya baru 1 bulan dalam team ni. Korang antara team kepercayaan Shark. Trust me,korang tahu apa yang Shark akan buat kalau dia tahu yang korang buat kerja tak clean."Tambah Easton pula. 

Team A yang diketuai oleh Carson dan Team B yang diketuai oleh Jay itu lantas menganggukkan kepalanya serentak. Gerun rasanya apabila mendengar nama Shark dipetik. Bukannya mereka tidak tahu apa akibatnya kalau melanggar arahan Shark.

"Okay now go. Kumpulkan bukti as soon as possible."Ujar Easton lagi. Serentak dengan arahan yang dikeluarkan Easton itu,dua kumpulan itu berpecah menjalankan tugas masing-masing.

°

'Tok Tok'

"Aurel,ni aku Nerissa. Aku masuk ya?"Ujar Nerissa seraya memusingkan tombol pintu bilik Aurellia yang tidak berkunci itu.

Nerissa tersenyum hambar memandang keadaan Aurellia. Duduk lemah di atas katil memandang kosong kaca televisyen dengan entah apa siaran yang ditayangkan.

"Aurel.."Panggil Nerissa lagi. Dia melabuhkan punggungnya dibirai katil Aurellia. Matanya memandang sayu kearah kawan baiknya.

"Aurel. Aku datang ni. Luca baru je bagitahu pasal kau. Aku minta maaf sangat-sangat sebab tak ada waktu kau susah dan waktu kau sedih. Aku kawan yang teruk. Patutnya aku ada dengan kau."Nerissa memegang tangan Aurellia lembut. Kepalanya didongakkan cuba menahan air mata dari keluar.

"Nerissa..."Nerissa kembali memandang Aurellia yang sudah pun mengalihkan pandangannya kepada Nerissa.

"Ini salah aku bukan salah kau. Aku yang bodoh sebab tak lawan. Kau kawan yang baik. Aku beruntung sebab dapat kawan macam kau. Ini salah aku."Kata Aurellia. Dia menyambut tangan Nerissa lalu diusapnya lembut cuba menenangkan si kawan walaupun hati sendiri hancur.

"Aurellia Clarissa! Okay senang cerita ini bukan salah kau dan bukan salah aku."Ujar Nerissa pula. Dia terkejut apabila Aurellia mula menyalahkan diri sendiri pula.

"Tak ini salah aku. Kalaulah aku tak lemah malam tu. Kalaulah aku lawan. Aku yang bodoh Nerissa. Aku bodoh. Apa dosa aku? Allah benci aku ke?"Air mata Aurellia mula mengalir membasahi pipinya.

"Ya Allah Aurel. Ini takdir Allah dan kau kena terima. Allah tak akan uji kau kalau dia tahu yang kau tak mampu. Ini semua ada hikmah. Allah sayang kau. Sayang sangat. Sebab tu Dia uji kau. Kalau Allah benci kau,dah lama dia biar kau seorang diri tanpa pertolongan-Nya."Ucap Nerissa. Dia menggosok perlahan belakang badan Aurellia cuba menenangkan gadis itu.

"Aku jijik dengan diri aku. Aku dah tak suci Nerissa. Aku jijik. JIJIK!"Jerit Aurellia kuat. Tangannya mula memukul kepalanya sendiri. Kakinya juga dihentak kuat di atas katil. Nerissa cuba menarik tangan Aurellia dari terus-terusan memukul kepala sendiri.

"Aurellia. Tenang. Sabar. Ingat Allah. Selawat banyak-banyak. Kau okay. Kau selamat. Tak ada apa - apa terjadi pun malam tu."Pujuk Nerissa. Dia bangun dari duduknya dan memeluk tubuh Aurellia. Diusap lembut rambut panjang Aurellia untuk menenangkan gadis itu. 

Aurellia yang masih menangis itu mula tenang dipelukan Nerissa. Rontaannya berkurang. Perlahan-lahan tubuhnya menjadi longlai. Nerissa melonggarkan pelukannya tetapi tangannya tangkas menangkap tubuh Aurellia yang hampir jatuh rebah di atas katil.

"Aurel? Aurel? Bangun!"Nerissa menepuk pipi Aurellia tetapi tiada respon yang diberikan oleh Aurellia. Matanya masih tertutup rapat dan tubuhnya ringan bak kapas.

"Aurel? Aurellia Clarissa?! Bangun!"Nerissa sekali lagi cuba mengejutkan Aurellia. Dia menggoncang tubuh kecil gadis itu.

"Abang! Abang Daniel!"Nerissa terus berlari keluar dari bilik Aurellia memanggil Daniel. Dia yang di dalam keadaan panik itu terus-terusan menjerit memanggil nama Daniel.

"Abang! Aurel pengsan!"Ujar Nerissa dalam keadaan tercungap-cungap sebaik sahaja dia sampai ke tingkat bawah. Daniel yang sedang berbincang dengan Luca dan Easton itu segera memandang Nerissa. Wajahnya bertukar panik.

"Daniel! Call your doctor!"Kata Luca apabila melihat keadaan Daniel yang termangu-mangu sendirian. Daniel segera mendail nombor doktor persendirian keluarganya. 

"Nerissa,kau pergi stay dengan Aurellia dekat atas. Tunggu sampai doktor sampai. Pastikan nafas dia teratur."Pesan Luca lagi. Nerissa segera mengangguk laju dan pergi meninggalkan mereka bertiga.

"Luca,aku pergi bagitahu diorang untuk stopkan team a dengan team b dari kerja diorang tau."Kata Easton. Luca memegang lengan Easton seraya menahan pergerakan Easton. 

"Tak payah. Doktor diorang tu Si Marie. Jadi tak payah suruh diorang berhenti."Ujar Luca bersahaja. Easton terdiam. Dia tahu yang Luca lebih berpegetahuan darinya. Kerja jadi hacker kan mestilah tahu semua benda.

'Ting'

Luca mengeluarkan handphonenya dari poket seluar. Easton memandang wajah Luca. Masih bersahaja. Memang susah nak baca air muka Luca ni. Riak wajanya tidak pernah bertukar. Serius memanjang.

"Easton,nanti uruskan Marie tu. Aku dapat task baru dari Hayden. Aku gerak dulu."Kata Luca lalu kakinya melangkah meninggalkan Easton dan melangkah ke keretanya. Easton hanya memandang Luca dan sambung membuat kerjanya. Sudah faham dengan skop kerja Luca. Nasib kerjanya memantau anak buah Hayden membuat kerja sahaja.

°

"Mana Luca?"Tanya Nerissa memecahkan keheningan suasana yang dari tadi hanya senyap sebaik sahaja Doktor Marie melangkah masuk ke dalam bilik Aurellia. Easton memandang Nerissa lalu menghadiahkan senyuman manis kepada gadis itu yang sedang memandangnya.

"Hayden ada bagi dia kerja. Dia balik pergi buat kerja tu. Lepas dah siap nanti dia datang sini balik. Kenapa tanya? Dah rindu dia ke?"Usik Easton. Nerissa tersengih.

"Mana ada rindu. Cuma rasa bersalah je dengan dia sebab tadi macam nak tak nak je layan dia. Takut Luca terasa."Ujar Nerissa. Dia cuba mengawal riak mukanya padahal dalam hati dah berbunga.

"Alah jangan risau. Luca tu bukan budak kecil nak merajuk benda kecil. Dia tak kisah pun. Trust me."Kata Easton. Nerissa tersenyum mendengar penjelasan Easton. Lega hati dia.

"Awak dah lama ke kenal Luca?"Tanya Nerissa.

"Tak lama dan tak sekejap. Luca dengan saya sama umur. 24 tahun. Kitorang dah kenal lama. Kitorang kenal sama-sama dengan Hayden dulu. Cuma Luca dengan Hayden kenal dulu baru saya kenal Luca sebab tu Luca lagi rapat dengan Hayden."Terang Easton panjang lebar.

"Oh,tapi Hayden sama umur dengan Abang Daniel kan? 28 tahun. Maksudnya korang beza dengan Hayden 4 tahun."Ujar Nerissa. Easton menganggukkan kepalanya.

"Hayden dengan Luca kenal macam mana? Awak tahu tak?"Tanya Nerissa lagi cuba mengorek rahsia.

"Tahu tapi saya tak nak bagitahu. Biarlah nanti awak jumpa Luca sendiri awak tanya."Kata Easton. Mahu kena pancung kepala dia kalau dia beritahu tanpa kebenaran Hayden dan Luca.

"Saya malulah. Awak tak pernah suka dekat orang ke? Awak tahu kan perasaan nak bercakap dengan crush sendiri."Kata Nerissa malu. Easton tergelak kecil.

"Tahu. Saya pun ada suka dekat seseorang."Ujar Easton sambil tersenyum. Terbayangkan si gadis yang telah mencuri hatinya. Nerissa kembali diam. Masing-masing diam melayan perasaan.

"Doktor."Easton dan Nerissa tersedar dari lamunan mereka apabila terdengar suara Daniel. Mereka berdua turut bangun dan mendekati Doktor Marie yang baru sahaja keluar dari bilik Aurellia.

"Doktor,macam mana dengan keadaan adik saya?"Tanya Daniel laju. Jelas riak risau terpancar di wajahnya.

"Thanks god. Aurellia in a good condition. Dia cuma pengsan sebab kurang rehat dan badan dia kurang air. Sekarang Aurellia sedang berehat dan kalau boleh tunggu dia sehingga sedar."Ujar Doktor Marie. Daniel meraup wajahnya lega. 

"Alhamdulillah. Terima kasih doktor. Terima kasih banyak-banyak."Ucap Daniel.

"My pleasure. By the way,Easton mana Hayden?"Tanya Marie. Pandangannya beralih pula kepada Easton yang berdiri di belakang Nerissa.

"Dia dekat office lagi. Nanti dia datanglah. How are you today?"Ujar Easton sekadar berbasa-basi. Mereka berdua berjalan beriringan sambil berborak sesama sendiri turun ke tingkat bawah meninggalkan Nerissa dan Daniel sendiri.

"Abang. Abang kena kuat. I'm sure yang Aurel tak akan suka tengok keadaan abang macam ini."Kata Nerissa. Bukan dia tidak perasan dengan perubahan diri Daniel.

"Abang buntu. Abang sakit tengok Aurel kena macam tu."Adu Daniel lemah. Dia penat.

"She's fine. Nerissa pasti yang dia pun dah mula terima takdir hidup dia. Abang pun kenalah terima juga. Tak ada sesiapa yang minta benda ni terjadi. Nerissa tahu yang Nerissa bukan sesiapa untuk nasihat abang macam ni. Abang semangatlah demi Aurel."Pesan Nerissa. Dia berjalan masuk ke dalam bilik Aurellia. Daniel hanya diam memikirkan pesanan Nerissa sebentar tadi.

°

'Kau balik tempat kau sekarang. Hack handphone soranng mamat ni. Aku bagi dia punya detail dalam file nanti. Send voice note ni dekat dia nanti'

Pesanan ringkas daripada Hayden beserta sebuah fail dan satu pesanan suara yang diterima oleh Luca itu membuatkan Luca bergegas balik.

Luca segera mendekati komputernya dan mula melakukan kerjanya. Kerja mudah yang diberikan Hayden itu hanya memakan masa 5 minit olehnya untuk menggodam handphone seorang lelaki yang disuruh Hayden. 

Selepas memasukkan beberapa kod yang diperlukannya, pesanan suara dari Hayden itu di 'insert' dan sedia untuk dihantar. Luca menekan butang 'play' untuk mendengar pesanan suara tersebut sebelum dihantar. Dia pasti pesanan suara itu sudah pun disunting untuk mengubah suara Hayden menjadi besar dan berbunyi seperti robot.

-

"Ciao, Saqeef. Questo è Squalo. Piacere di conoscerti."

'SEND!'

Butang send ditekan. Senyuman sinis terukir di bibir.


••


TRANSLATE :

- Hi,Saqeef. Ini Shark. Selamat berkenalan.

Author's words:

Kasian Nerissa & Luca cinta beda agama AAHAHAHAHA. Btw,minggu ni dah balik asramaaaaa. Huaaaaa. Takpelah nanti saya cari peluang update chapter ataupun nanti balik raya nanti baru sambung hmmm. Tengoklah keadaan nanti. Bye!

290322

-AS-

पढ़ना जारी रखें

आपको ये भी पसंदे आएँगी

1.4M 65.7K 62
ℕ𝕒𝕚𝕝𝕒𝕙 𝕁𝕒𝕟𝕟𝕒𝕙 𝕃𝕖𝕗𝕥𝕖𝕟𝕒𝕟 𝕂𝕠𝕞𝕒𝕟𝕕𝕖𝕣 𝕌𝕥𝕙𝕞𝕒𝕟 𝔽𝕚𝕣𝕕𝕒𝕦𝕤 𝑲𝒂𝒓𝒚𝒂 𝒊𝒏𝒊 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒓𝒆𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒔�...
51.2K 5.8K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
58K 3.7K 48
" 𝐈 𝐰𝐢𝐬𝐡 𝐲𝐨𝐮'𝐝 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐚𝐲 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮 " Beria? Ya, itulah Nayla Atheera. Jatuh cinta pada lelaki itu pa...
207K 14.2K 75
Mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas...