Commando's: His Treasure (TER...

By Hudanajwa__

10.7M 226K 44.7K

Book 2 ❗️❗️❗️Before baca story ni, you guys kena baca Mi Esposa dulu sebab cerita diorang berkait, supaya tak... More

Grup Gerak Khas (GGK)
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
ANXIETY AND DEPRESSION
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
TERBIT

Bab 6

147K 7.4K 1K
By Hudanajwa__

"Kau kena attend reunion tahun ni, aku tak kira" Dahlia memandang tajam kearah Husniya Radwa yang sedang ralit menaip laporan.

"Tak kut, aku busy lah" tangan masih laju menaip laporan dan mata masih fokus pada skrin Macbook nya tanpa memandang kearah Dahlia.

"Kau jangan nak membongak dengan aku, aku dah check schedule kau, kau memang free Rabu minggu depan" mata dipincingkan ke arah Husniya Radwa, gadis itu tidak pernah menyertai school reunion mereka yang diadakan setiap tahun.

"Aku tak ada baju" Husniya Radwa menjawab malas, setiap tahun dia menggunakan alasan yang sama.

Dahlia sudah menggenggam rambutnya sendiri.

'Sabarkanlah aku Ya Allah!'

"Duit kau berkepuk, bila masa je kau boleh beli baju, kalini je please Husniya, aku dah penat asyik menjawab soalan diorang yang tanya kenapa kau tak datang" Dahlia menggoyangkan tangan Husniya sambil menayang wajah kesian.

"Haih, aku malaslah, nanti jumpa geng sotong tu, dari majlis reunion jadi majlis tahlil aku kerjakan diorang"

"Alah aku kan ada?, aku tolong bentangkan kain kafan untuk bungkus diorang kalau diorang buat hal, please please, kau join ek reunion tahun ni?" Mata dikerdipkan beberapa kali.

"Ingat elok lah tu, dah macam monyet sakit mata, yelah-yelah" Husniya Radwa kembali menaip laporan, malas mahu melayan Dahlia yang sudah berjoget sakan apabila dia setuju.

"Yes! Yes! Lusa aku cuti kita pergi beli baju okey?"

"Hah, pakai baju kurung je tak boleh ke?" Selamba Husniya Radwa berkata.

Pap

"Aduh" Husniya Radwa mengusap belakangnya yang ditepuk oleh Dahlia.

"Kau jangan nak buat hal pakai baju kurung"

"Ye la Cik Dahlia Batrisyia"

"Tapi kau nak bawa siapa?" Seketika Dahlia teringatkan suatu perkara.

"Bawa siapa apa?"

"Haih, lurus betul kau ni, partner kau nak bawa siapa?"

"Nak pergi reunion ke nak pergi tayang boyfriend nak kena bawa partner bagai?" Ini yang aku lemah ni.

"Hoi cik kak, hampir semua ex schoolmate kita tu dah kahwin kau tahu? Mesti semua bawa husband or pasangan masing-masing"

"Dah tu, biarla diorang, apa kena mengena dengan aku?"

"Kau pergi sorang maknanya, kau tempah bala untuk jadi bahan gosip geng sotong tu, mestila dia bawa boyfriend kesayangan dia tu"

Husniya Radwa hanya diam seketika.

"Suka hati dioranglah nak cakap apa, mulut orang kita tak boleh nak tutup" Dahlia mengangguk perlahan, setuju dengan kata-kata Husniya.

"Tapi kita boleh koyak" sambung Husniya Radwa dengan wajah bersahaja.

Dahlia memandang laju kearah sahabatnya itu, koyak? Koyak mulut diorang?

Kalau orang itu Husniya Radwa, perkara itu tak mustahil akan berlaku, siapa tidak kenal orang yang bernama Husniya Radwa, diam diam ubi berisi, diam diam maut menanti kalau orang cabar kesabaran dia.

"Kau jangan nak buat hal dekat majlis tu eh" pesan Dahlia.

Husniya Radwa hanya menjungkitkan bahunya. Dia takkan buat hal kalau tak ada orang yang cabar kesabaran dia.

"Ha kau, kau dah inform tunang kau ke pasal reunion tu?" Soal Husniya Radwa apabila dia melihat Dahlia seperti sedang fikirkan sesuatu.

"Ha itulah aku tengah fikir ni, tunang aku balik Perak 2 minggu, katanya sepupu dia nak kahwin, pelik dia tak ajak aku sekali kalini"

"Habis kau pergi sorang ke reunion tu?" Husniya Radwa memandang pelik kearah sahabatnya, tadi bukan main cakap pasal partner dengan aku.

"Nanti lah aku fikir" sengaja dia menggunakan semula ayat Husniya Radwa menyebabkan dia menerima jelingan dari gadis itu.

________________________
"Kau nak beli dress or abaya?" Soal Dahlia sambil matanya memerhati sekeliling butik itu.

"Pakai casual je tak boleh ke?" Husniya Radwa bersuara malas.

Dahlia Batrisyia memandang tajam kearah sahabatnya. Buat hal betul minah ni pergi majlis reunion pakai casual.

"Jangan nak mengada, cepat pilih, lepas ni kita pergi makan perut aku dah berdendang sayang ni" Dahlia menarik tangan Husniya Radwa kearah baju-baju yang bersangkut itu.

Husniya Radwa hanya mengeluh sebelum mengikut langkah sahabatnya.

Thariq Ridzuwan dan Emir Aiman berjalan di dalam mall itu sambil memerhati orang-orang yang sedang lalu lalang.

"Apa nama anak Tengku Adrean bro? Kembar en?" Soal Emir Aiman, mereka datang ke mall itu untuk bersiar-siar. Dah lama mereka tak meluangkan masa cuci mata macam ni disebabkan kesibukan bekerja, tambah-tambah Thariq Ridzuwan yang semakin sibuk semenjak bekerja dibawah Tengku Adrean Ruiz.

"Tengku Aadyan Ruiz and Tengku Aadreana Ruiz" jawab Thariq Ridzuwan, tangan diletakkan kedalam kocek seluar, mata gadis-gadis yang memandang kearahnya dihiraukan.

'Dah kenapa? Macam tak pernah tengok lelaki'

"Hebat betul penangan Tengku Adrean, sekali buat je dapat sepasang terus" seloroh Emir Aiman.

"Kau jangan nak berlucah dekat sini, rumah tangga orang , anak orang kau jangan nak sibuk" tegur Thariq Ridzuwan.

Emir Aiman ketawa kuat sehingga menarik perhatian orang awam disitu, Thariq Ridzuwan memang begitu, pantang dia bergurau macam tu mesti ustaz sebelah ni membebel.

"Jom pergi makan, aku dah lapar" Emir Aiman berjalan mendahului Thariq Ridzuwan. Alah sekejap lagi mesti lelaki itu dah berada di depan dia, kaki panjang itu tak pernah berada di belakang.

Cafe BLD itu dimasuki mereka, kelihatan semua meja sudah bertuan.

"Tukar tampatlah, macam takada kosong je dekat sini" kata Thariq apabila melihat cafe itu dipenuhi orang, dah macam ada kenduri je cafe ni.

"Ala tapi aku dah lama nak makan dekat sini, dah la kita jarang-jarang boleh keluar makan angin macam ni" Emir Aiman masih mencari meja kosong. Leher dipanjangkan untuk melihat kerusi kosong sebelum wajah seseorang menyapa kornea matanya.

"Jom!" Emir Aiman menarik Thariq Ridzuwan ke meja itu.

Lelaki itu hanya mengikut langkah sahabatnya.

"Assalammualaikum, sorang ke?"

Dahlia Batrisyia yang sedang minum mengangkat kepalanya.

"Waalaikumsalam, taklah bersepuluh" perli gadis itu apabila melihat gerangan di hadapannya.

"Hehe boleh kitaorang tumpang duduk? Meja lain dah full"

Dahlia mengangkat sebelah keningnya sebelum terpandang satu lagi wajah yang dikenalinya. Thariq Ridzuwan yang berdiri dibelakang Emir Aiman hanya tersenyum.

Dahlia Batrisyia tersenyum penuh makna.

"Sila-sila, kitaorang pun berdua je"

Emir Aiman dengan pantas duduk dikerusi berhadapan Dahlia sebelum Thariq duduk di sebelah nya.

"Berdua? Kau dengan tunang kau ke? Kitaorang kacau ke?" Soal Thariq, rasa bersalah pula.

"Eh tak la.."

"Dahlia, tolong pegang purse aku kejap" satu suara menyapa gegendang telinga mereka. Kelihatan Husniya Radwa sedang membawa pinggan makannya yang agak besar.

Emir Aiman menepuk kuat peha Thariq Ridzuwan.

"Kalau dah jodoh tak kemana" ayat itu meluncur keluar dari mulutnya membuatkan Dahlia Batrisyia ketawa kecil, ingatkan dia sorang berfikir begitu, nampaknya ada geng.

Dahlia bangun mengambil purse gadis itu. Husniya Radwa meletakkan pinggannya yang dipenuhi pelbagai lauk itu dengan berhati hati.

Angkat saja kepala, terkejut dia melihat 2 jejaka di meja mereka.

"Hai, hehe" tegur Aiman sambil melambaikan tangannya.

"Meja dah penuh so diorang tumpang meja ni" terang Dahlia.

Husniya Radwa hanya mengangguk perlahan, hampir terlucut jantung dia melihat Thariq Ridzuwan disitu, sudahlah pertemuan terakhir mereka tidak berakhir dengan baik.

"Banyak nye lauk kau! Sotong, udang, ayam, daging! Kau melantak ke apa ni?" Emir Aiman membulatkan matanya melihat pelbagai jenis lauk didalam pinggan Husniya.

"Minah ni memang, makan tu dah macam hobi dia sekarang" perli Dahlia Batrisyia sebelum menerima jelingan dari Husniya.

Thariq Ridzuwan tersenyum sedikit manakala Emir Aiman sudah bantai gelak.

"Sibukk! Pergi ambil makanan sana" marah Husniya Radwa menyebabkan ketiga-tiga manusia itu segera bangun untuk mengambil makanan. Ibu Singa ni kalau mengamuk meja pun terbalik.

Suasana di meja itu riuh dengan suara Aiman dan Dahlia yang bercerita sesekali kedengaran suara Thariq menyampuk percakapan mereka. Husniya Radwa hanya fokus pada makanan.

"Kau asal diam je Husniya?" Soal Aiman apabila dari tadi gadis itu hanya fokus pada makanan dihadapannya.

"Hah?"

"Dia memang macamni, jumpa je makanan habis lupa orang sekeliling" Dahlia memandang kearah pergelangan tangan Thariq.

"Tangan kau kenapa Ridz?" Balutan luka pergelangan tangan Thariq diperhati lama. Husniya Radwa turut melihat kearah pergelangan tangan lelaki itu.

'Ada cubaan nak bunuh diri ke mamat ni?'

"Oh ini er kena.." tergagap Thariq Ridzuwan ingin menjawab soalan itu, takkanlah dia nak bagitahu itu luka yang dia dapat semasa misi dengan Holy Dragon minggu lepas.

"Kena pisau masa dia join operasi minggu lepas" jawab Aiman apabila melihat Thariq seakan akan teragak untuk menjawab.

"Ish, bahaya betul kerja korang ni kan? Sanggup gadaikan nyawa demi negara padahal kerajaan sekarang ni.."

"Oi cik kak, isu politik jangan cakap dekat tempat macam ni kang tak pasal pasal kau tidur lokap" tegur Emir Aiman.

Dahlia menekup mulutnya mata memerhati keadaan sekeliling sebelum matanya terpandang wajah yang sangat dikenalinya sedang berjalan dengan seorang wanita.

"Memang nak mati lelaki ni"

Dahlia segera bangun mendekati pasangan itu dengan wajah yang memerah.

Mereka bertiga hanya berpandangan satu sama lain sebelum Husniya Radwa mengeluh apabila melihat punca Dahlia bersikap begitu.

"Kenapa tu? Sakit perut ke apa tetiba bangun" Emir Aiman memandang hairan kearah Dahlia yang melangkah keluar dari restoran itu.

"Bukan sakit perut tapi sakit hati" jawab Husniya Radwa.

"Sakit hati kenapa pula?" Kini giliran Thariq Ridzuwan bertanya, hampir tersedak dia apabila Dahlia bangun secara mengejut tadi.

"Tunang dia curang"

"Apa?!!!" Serentak Thariq Ridzuwan dan Emir Aiman memandang ke belakang. Kelihatan Dahlia sedang bercakap dengan satu pasangan, wajah gadis itu memerah menahan marah.

Tiba-tiba Dahlia masuk semula kedalam restoran sebelum dia menarik Emir Aiman bangun untuk mengikutinya. Lelaki itu yang masih blur hanya mengikut langkah Dahlia.

"Kau taknak serang lelaki tu ke?" Soal Thariq Ridzuwan, wajah manis dihadapannya dipandang lembut.

"Buat apa? Aku dah banyak kali bagitahu si Dahlia yang lelaki tu curang dengan dia, dia yang tak percaya, mungkin hari ni Allah nak tunjuk" Husniya Radwa menyambung makan.

Sudah berbuih mulut dia memberitahu Dahlia tentang kecurangan tunangnya itu, namun Dahlia tidak percaya, malah mereka pernah tidak bercakap selama sebulan disebabkan hal itu. Sejak itu Husniya Radwa sudah tidak mengambil tahu soal hubungan mereka.

"Takkan lah Dahlia tak pernah tahu?"

"Tahu, dia maafkan" jawab Husniya Radwa sepatah.

"Then takkan lelaki tu tak nak berubah?" Thariq mengerutkan dahinya hairan, bodoh punya lelaki dapat peluang pun taknak berubah, kang jadi macam aku sekarang ni menyesal tak sudah. Sempat dikutuknya diri sendiri.

"When someone treat you like shit and you reward him for it, you forgive him, you give him affection, love, energy and time, tell me why would he change when you reward him for treating you like shit?"

Thariq Ridzuwan mengangguk setuju sebelum dia memandang wajah Husniya Radwa.

Husniya yang sedang mengunyah makanan perlahan-lahan terhenti, apabila perasan bahawa dia sedang ditenung oleh Thariq Ridzuwan.

"Kenapa?"

"Takada apa, aku cuma nak minta maaf pasal malam tu, i'm sorry"

"Takada apa yang perlu dimaafkan, aku yang emosi malam tu, aku minta maaf kalau kata-kata aku buat kau terasa"

Thariq Ridzuwan tersenyum manis, ini salah satu sifat Husniya Radwa yang dia suka, gadis itu takkan teragak agak untuk meminta maaf jika dia sedar perbuatannya salah.

'She will apologize even to the child if it's her fault, but if it not, she will argue like a boss'

"Semua yang kau cakap tu betul, jadi aku minta maaf untuk apa yang aku pernah buat sampai lukakan hati kau dulu, i'm sorry treasure, please forgive me okey? Kita kosong-kosong" senyuman manis diberikan kepada Husniya Radwa.

Gadis itu terkedu mendengar lagi sekali panggilan Thariq kepadanya.

'Treasure' gelaran yang diberikan kepadanya dahulu.

"Makan, karang sejuk dah tak sedap"

Thariq Ridzuwan tersenyum tawar, tahu bahawa gadis itu sengaja menukar topik.

Continue Reading

You'll Also Like

727 75 15
"Conquer or die?" - Afreen Xavier. Afreen Xavier, lelaki itu tidak kisah tentang siapa-siapa termasuk kau. Nyawa kau akan tetap terancam kalau berani...
1.5M 57K 43
1st Tengku the Series Cover: @Marleneith Berlakunya satu insiden yang melibatkan gadis bermulut murai iaitu Eirene Anfisa membuatkan Tengku Ferhad Ma...
2.8M 252K 87
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
243K 10.6K 24
'When a man truly loves a woman, she becomes his weakness. When a woman truly loves a man, he becomes her strength. This is called Exchange of Power...