Takdir You're My Healer [C]

By EiSeoya

31.5K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 23

423 29 3
By EiSeoya

JARINYA sibuk berdansa atas papan kekunci laptopnya menyiapkan laporan anak-anak pelatih Thunder. Penilaian markah agak tinggi di bahagian penguasaan elemen.

Fail terakhir ditunggu Tuan Zachary ialah Nawwar Inas. Satu-satunya ahli keluarga Tuan Asnawi yang masih hidup dan 'asing' dalam kalangan ahli Thunder. Muka depan fail dibuka, memaparkan hasil keputusan pemeriksaan kesihatan khas daripada Doktor Rais seminggu lalu.

"Anemia, kurang berat badan, rekod demam panas kamu... 38.5°C. Hm... ". Keluhan berat keluar di bibir Tuan Zachary. Selepas Nawwar dibawa pulang ke akademi, tahu-tahu dia mengadu rasa tak sedap badan.

Tatkala dibawa melakukan pemeriksaan khas, suhu badannya diperiksa. Nawwar mengalami demam panas dan terpaksa ditahan beberapa hari dalam wad. Ujian darah turut dilakukan, Nawwar disahkan menghidap anemia.

Mahu pengsan dengar pengesahan dari Doktor Rais. Tuan Zachary kesal, Nawwar harus bergantung sepenuhnya pada ubat untuk bertahan hidup. Dia tak mahu kehilangan amanah anak rakannya.

Tuan Zachary tak boleh terima sekiranya Nawwar jatuh sakit pada usia masih muda. Anak buahnya baru berusia dua puluh dua, dibandingkan dengan dirinya sudah berumur lima puluh tahun. Jauh lagi perjalanan Nawwar akan tempuhi.

Tenenenenen! Yo phone linging! Yo phooone linging! Big boy come pick up yo phone!

Tersentak Tuan Zachary dikejutkan deringan telefon pintarnya memainkan melodi ringtone dipasang anaknya. Ini kerja dia rupanya bila minta 'pinjam' telefon katanya untuk buka hotspot. Bertuah betul.

Tertera nama Nawwar pada skrin, butang panggilan dijawab terus telefonnya rapat ke telinga.

"Nawwar? Ada apa ni?" sapa Tuan Zachary bersandar santai pada kerusinya.

"Tuan... Tolong saya... Azazel... Is back..."

"What!?" Terus terbangun Tuan Zachary tatkala nama Azazel dipetik. Tangan menggenggam penumbuk, ditongkat ke atas mejanya.

"Help me... I think... He did something with... this curse,"

"Uh... Okay, hold on. Give me your room unit right now. Helo? Nawwar? Nawwar Inas? Answer me!"

"Aryan... Library..." getaran suara Nawwar di hujung talian mematikan panggilan serta merta.

Detak jantung berubah laju. Lantas Tuan Zachary mengemas apa yang patut sebelum dia pergi mencari Aryan di perpustakaan. Mungkin itu maksud ayat terakhir dari Nawwar.

"Kenapa kamu tak call saja si Aryan?" bisik Tuan Zachary.

Jacket hitamnya dicapai, pintu pejabat dikunci. Makin laju langkahnya menuju ke perpustakaan tingkat dua di bangunan blok utama akademi Quricity.

Terpaksa exercise kuatkan sistem kardiovaskular kejap.



"SAYANG, comel tak origami burung I buat?" Aryan menyusun lima ekor burung origami ikut saiz dari kecil ke besar.

"Yang ni ayah burung, mak burung, abang burung, kakak burung, adik burung. Satu family bahagia!"

Terkalih pandangan Hadeena dari novel bacaannya. Sekeluarga origami burung tersusun kemas depannya. Tertawa kecil bila Aryan memperkenalkan salasilah keluarga burung-burung origami buatannya.

"I nak buat... origami love pula. This one is special for you, my dear love." Tangannya giat mengambil beberapa keping kertas origami di kanan mejanya.

"Taknak buat origami bintang? I boleh simpan dalam jar. Ala, orang selalu buat tu." Cadang Hadeena menongkat dagunya dengan satu tangan.

"Tapi I takde kertas origami khas untuk buat bintang punya. Ada dekat bilik,"

"Hm, balik nanti la you buat. I nak origami bintang." Pinta Hadeena seraya mencebikkan bibirnya.

"Boleh juga. Tunggu I habis buat satu origami love sebelum buat bintang punya." Lincah tangan Aryan melipat kertas origami sehingga terjadinya bentuk hati. Diselitkan pada bucu novel Hadeena, macam penanda buku.

"Kreatifnya you! Boleh ganti bookmark lah. Buat lagi, bintang awak buat kemudian." Hadeena tertarik dengan origami hati tersebut. Lipatan kemas, pembuatnya pun kemas dan segak. Eh, terlajak pula.

Bunyi pintu utama perpustakaan buka tutup mengalihkan pandangan mereka ke belakang. Sekejap... bukankah itu Tuan Zachary? Seperti tercari-cari orang dekat sini, takkan Nawwar ada singgah perpustakaan?

Tuan Zachary mengimbas kiri kanan sebelum terhenti pada dua pasangan tunang santai melihatnya. Dia berlari tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

"Psst, Aryan, bawa saya ke bilik kamu segera. Nawwar tak sedarkan diri. I don't know what Azazel did to him."

Aryan menekup mulutnya. Baru teringat dia tetapkan do not disturb pada telefonnya. Melopong ketika enam missed call tertera pada dada skrin telefonnya.

"Patut Nawwar call saya, bukan kamu. Haih. Bawa saya pergi bilik kamu, sekarang,"

"What about me?" Hadeena menyelit semua origami buatan Aryan di setiap helaian novelnya.

Kebiasaannya, Hadeena sering gantung atau simpan semua origami yang dibuat Aryan. Hadiah dari someone special, takkan nak buang? Mestilah dihargai setiap pemberian orang kita sayang.

"Kamu nak ikut pun boleh. Bawa Emara sekali. Dia rawat Nawwar pagi tadi sebab... Tuan Amirul dera dia..." tutur Tuan Zachary meluahkan rasa kesal terhadap tindakan Tuan Amirul.

Pasangan itu saling berpandangan. Kejam sekali master elemen Flame dekat Nawwar tidak bersalah. Teruk ke kondisi dia agaknya dekat bilik seorang diri?

Kertas origami disimpan dalam bukunya. Kerusi ditolak masuk ke bawah meja. Hilang arah Aryan dibuatnya. Bagaimana Nawwar boleh tidak sedarkan diri seorang diri dalam bilik?

Tuan Zachary mengekori Aryan dari belakang manakala Hadeena singgah ke biliknya sementara. Tiba di bilik no 20, pintu kamar diterjah masuk oleh Aryan. Sekujur tubuh terbaring kaku sebelah katil empunya.

"Nawwar! Bangun, Tuan Zachary ada sini!" Separa tubuh Nawwar dipangku, wajah pucat itu ditampar perlahan berkali-kali. Tiada tindak balas diberi menyebabkan Aryan cuak.

Tuan Zachary terpandang sesuatu. Beberapa pucuk surat bersepah atas lantai. Tersentuh hatinya apabila dia mendapati Nawwar telah mengambil kesempatan baca surat kiriman Tuan Asnawi.

"Kita bawa dia pergi wad kecemasan." Tuan Zachary memegang pergelangan tangan Nawwar dimana terletaknya urat nadi. Denyutan nadinya tenggelam timbul.

"Err, macam mana nak bawa dia?"

Berubah riak wajah Tuan Zachary memandang Aryan. "Kita tarik dekat kaki dia, biar kena seret pergi bangunan hospital sebelah,"

"Tuan nak ajar saya jadi psikopat ke? Eh taknak! Biar Nawwar je jadi psiko, saya jangan." Laju Aryan menggeleng tak mahu buat kerja gila seret senior sendiri. Karang ada yang tuduh dia seorang pembunuh manusia seperti Nawwar.

"Dukung dia la. Jangan kamu pergi buat dia jadi angkut beras dekat bahu." Tuan Zachary memicit pangkal hidungnya.

Aryan hanya tersengih tak bersalah. Mengumpul segala kekuatan untuk mengangkat Nawwar pergi ke wad kecemasan. Tuan Zachary mengemas semua warkat dan sampul lalu disusun kemas atas mejanya.

'I'll try to find the cure for your son, Asnawi.' Bisik hati Tuan Zachary sebelum ikut menyusul bersama Aryan.



"AZAZEL aktifkan curse sampai melemahkan jantung Nawwar." Doktor Rais mencatat sesuatu dalam kertas sebelum diserahkan kepada Tuan Zachary.

"How is his condition now?"

Wajah anak muda yang terlantar atas katil hospital dipandang. Tangannya mengusap rahangnya berkali-kali sebelum berpindah ke lehernya.

"Bila saya cek paras oksigen dia, sangat rendah. Nasib baik kamu semua bawa dia cepat ke sini."

Tuan Zachary sekadar mengangguk perlahan. Rambutnya diraup ke belakang. Rasa nak tumbuk aje si Azazel aniaya anak orang walaupun Nawwar bukan anak kandungnya.

"Hm... Baiklah, saya pergi dulu. Apa-apa terjadi terus cari saya." Doktor Rais terus lenyap dari pandangan.

"Azazel..." Tuan Zachary mencengkam sisi katil, panas hati sungguh bila dia bertemu Nawwar tanpa pengetahuannya.

Tuan Zachary merasai kehadiran Azazel ke sini, cuma dia tidak sangka Nawwar mangsa yang dicari.

"If only I can heal him." Rendah nada Emara bersuara. Koyak hatinya kerana sumpahan Nawwar tidak boleh dirawat seperti arwah mamanya dulu.

She loved him. She can treat him well but can't treat his illness. His curse.

"Jadi... Tuan, biasanya Nawwar lama ke tak sedar?" celah Hadeena.

"Depends on him if he was not seriously injured." Tuan Zachary bersandar pada kerusi pelawat, sebelah kaki naik bersilang.

"Apa Azazel nak dekat Nawwar sebenarnya?" Aryan menyilang tangan ke dada. Kaca matanya ditolak naik sedikit ke pangkal hidung.

"Do you guys really know why?" soal Tuan Zachary melarikan pandangannya kepada semua penghuni wad situ.

Serentak mereka bertiga angguk.

Satu keluhan berat di bibir. Tuan Zachary bertukar posisi. Kedua-dua siku atas paha dan jari-jemari bercantum, membiarkan dagunya ditongkat atas tangan.

"Pemergian arwah Tuan Asnawi adalah sebahagian daripada perjanjian mereka berdua. Ayah dia termasuk kawasan larangan dekat Qursetav Empire untuk cari kristal Thunder masa penubuhan akademi Quricity awal dulu. Arwah memang tak tahu kristal yang diambil tu kepunyaan Hazelia, isteri Azazel. Jadi Azazel berdendam sampaikan menyumpah Puan Mawwar."

"Jap, maksudnya Puan Mawwar pernah disumpah macam mama saya ke?" sampuk Emara.

"Ye. Lepas Nawwar dilahirkan, terus sumpahan turun dekat dia. Dia tak disumpah masa kejadian dekat Afwah, tapi disumpah sejak lahir lagi. Itulah sebabnya dia selalu jatuh sakit kalau terlalu stres. Kadang-kadang Azazel suka ambil kesempatan bila aura negatif Nawwar dapat dirasai,"

"Why did Azazel always torture him?" Aryan menimbulkan rasa curiganya.

"As a revenge towards his father. Azazel used his son like a punching bag. Do you get me?"

Senyap seisi wad dengan kata-kata Tuan Zachary. Tidak heran jika gelarannya ialah The Master Of Revenge. Seharusnya, Tuan Asnawi patutnya disumpah, mengapa anaknya yang terima akibat dia?

"But why him?" Berpinar mata Emara memandang Tuan Zachary.

Tuan Zachary menghela nafas dalam. Berat mulutnya ingin mengatakan kebenaran.

"Tuan Asnawi pernah kata dia rela dicabut nyawa daripada menahan seksa Azazel. Sumpahan Azazel jangan dibuat main, boleh koma setahun gara-gara dia. Boleh bawa maut kalau kritikal sangat,"

Emara tergamam sesaat. Pipinya dibasahi air mata mengalir deras. Refleks Hadeena menariknya masuk pelukan lalu diusap bahunya lembut. Hati tisu Emara ditampar hebat.

Betapa seksanya Nawwar tanggung sakit berpunca dari kesalahan Tuan Asnawi sendiri. Lelaki yang dia cintai menempuh dugaan berat sepanjang hidup.

Jikalau dia kahwin dengan Nawwar sekalipun, mampu ke dia hidup tanpa suami di sisi? Adakah jodoh mereka kekal sampai mati? Emara cintakan Nawwar sepenuh hatinya, tetapi Nawwar tidak pernah lagi mengungkapkan perasaannya kepada dia.

Ya Allah, engkau ringankanlah kesakitan dia. Janganlah biarkan dia terseksa kerana sumpahan yang mematikan. Aku hamba yang lemah, hanya pada-Mu ku panjatkan doa.

Amiin Ya Rabb Alamin.




ㅤㅤ



ㅤㅤ




ㅤㅤ



ㅤㅤ

Continue Reading

You'll Also Like

284K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
1.4K 145 8
"β„Œπ”’ 𝔴𝔦𝔩𝔩 π”΄π”žπ”¦π”± 𝔣𝔬𝔯 π”₯𝔦𝔰 𝔩𝔬𝔳𝔒 𝔣𝔬𝔯𝔒𝔳𝔒𝔯" ARQINA ZULQISA seorang gadis yang berpendirian teguh dan hati yang lembut cuba melarika...
4.2K 286 10
[ON GOING] 6th story Kisah cinta bertepuk sebelah tangan. Si gadis yang memuja salah seorang pegawai polis yang dia temui sewaktu berjalannya operasi...
Kampungku By

Fantasy

106K 503 8
Aktiviti Kemasyarakatan Dikampung Sangat Harmoni Dengan Kerjasama Penduduk Setempat Dalam Berbagai Perkara Yang Dilakukan Bersama-Sama Diatas Semanga...