Mrs. Aryan Herriez

By softieebabe

137K 7K 408

āŗ*ļ½„ā˜¾ His Series š–„” ą£Ŗ į„«į­” ARYAN HERRIEZ | CARA ESTELLA Cara Estella merupakan pelajar Criminal Justice di Uni... More

š“œš“»š“¼. š“š“»š”‚š“Ŗš“· š“—š“®š“»š“»š“²š“®š”ƒ
Part 1 : Bang!
Part 2 : First meet
Part 3 : Seduce
Part 4 : Cara is missing
Part 5 : Signor Aryan
Part 6 : Strange Feeling
Part 7 : Rindu
Part 8 : Kehilangan
Part 9 : Rayyan
Part 10 : Rossa
Part 11 : Proposal
Part 12 : Imamku
Part 13 : Nasi Kandar
Part 14 : Honeymoon
Part 15 : Venice
Part 16 : The Empire
Part 17 : The City
Part 18 : The City of Love
Part 19 : Vendetta
Part 20 : Greece
Part 21 : Bang Bang!
Part 22 : Star
Part 23 : Something
Part 24 : The tragedy
Part 25 : Touch her and die
Part 26 : Odiare
Part 27 : My Roses
Part 28 : The plan
Part 29 : Attack
Part 30 : Youre Mine
Part 31 : Begin
Part 32 : The truth
Part 33 : The truth 2
Part 34 : Dead
Part 35 : The truth 3
Part 37 : She left
Part 38 : White roses
Part 39 : New York
Part 40 : Dream
Part 41 : The love
Part 42 : Her
Part 43 : Him
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Part 58
Part 59
Part 60
Part 61
Part 62
Part 63
Part 64
Part 65 : Aryan X Cara
Part 66
Part 67
Part 68
Epilog
Author's note
New story

Part 36 : Before You Go

1.3K 77 4
By softieebabe

"Goodbyes are only for those who love with their eyes. Because for those who love with heart and soul there is no such thing as separation."
- Rumi -

BELLA yang baru sahaja mendapat berita tentang keadaan Cara terus sahaja bergegas ke rumah Aryan. Kelas pagi pada hari ini dia ponteng.

"Cara? Kau kenapa ni sampai berbalut macam ni? Siapa buat kau?" terus sahaja Bella menegur Cara setelah dia diizinkan masuk ke dalam bilik.

Tanpa menjawab soalan Bella, Cara terus memeluk Bella dan menangis di dalam dakapan sahabatnya itu.

"Ya Allah kau kenapa ni? Nangis pulak dia." Bella mengusap perlahan belakang Cara.

"Aku nak ikut kau balik..Aku tak kuat.." bersama dengan tangisan Cara meneruskan percakapan.

"Ye Cara petang ni aku ambil kau ya?" tanpa membantah Bella terus bersetuju. Dia faham bahawa Cara perlukan masa untuk menceritakan semuanya.

Tangisan Cara semakin teresak-esak setelah itu.

"Aku tahu kau kuat Cara. Kau dah banyak hadapi macam-macam dalam hidup kau. Kadang-kadang kehidupan kita ni perlu diuji sebab kalau bahagia je macam tak lengkap." Bella turut mengalirkan air mata. Tidak sanggup melihat Cara sedih begini.

"Aku tahu semua tu Bella tapi aku percaya kat Aryan sangat-sangat. Tapi rupanya dia pun sama je macam ibu.." matanya yang sudah bengkak itu digosok perlahan. Dia sudah banyak menangis.

"Takpe nanti kau cerita dekat aku eh? Sekarang ni kau packing dulu baju kau lepastu petang ni aku datang balik ya?" air mata Cara dikesat oleh Bella.

Cara sekadar mengangguk sebelum Bella keluar dari bilik untuk balik ke University. Cara terus bangun dari pembaringan dan mencabut semua wire yang dipakaikan oleh doktor. Beg diambil untuk menyimpan baju-bajunya.

Cara melipat baju-baju untuk dibawa pulang ke asrama University. Air mata sedari tadi mengalir. Betulkah tindakan yang bakal dia lakukan?

Pintu bilik dikuak dan ditolak perlahan. Aryan yang menyedari Cara sedang melipat baju terus menuju ke arahnya.

"Kau nak pergi mana ni? Kenapa cabut wire-wire tu?" terus sahaja beg roda tersebut ditarik oleh Aryan.

"Saya akan pergi petang ni." bibir bawahnya digigit setelah dia mengujarkan itu.

"Tapi kau masih sakit sayang..Tunggu la sembuh dulu.." lengan Cara terus dipegang.

"Lepaslah Aryan. Kenapa awak nak risau sedangkan awak sendiri yang dah buat saya macam ni?" mata Cara tidak memandang pada Aryan langsung. Terasa bahang di dalam dadanya namun dia masih cuba untuk bersabar.

"I'm so sorry dolce cuore. I'm such a bad husband." cukup lembut suaranya.

"No. You're A Devil husband because you're A murderer." Cara membidas. Tangannya digenggam kuat.

Serentak dengan itu, Aryan terus mengatur langkah ke sebuah piano yang selalu menjadi tanda tanya buat Cara. Siapa yang mainkan? Kerusi piano itu ditarik sebelum Aryan melabuhkan punggungnya.

Tiba-tiba dia terdengar irama dari piano tersebut. Pandangannya terus fokus pada perilaku Aryan. Aryan yang mainkan piano itu sebelum dia mula menyanyi.

When you hurt under the surface,
Like troubled water running cold,
Well, time can heal but this won't.

So, before you go,
Was there something I could've said,
To make your heart beat better?
If only I'd have known you a storm to weather.

So, before you go,
Was there something I could've said,
To make it all stop hurting?
It kills me how your mind can make you feel
so worthless,
So, before you go.

Tubir matanya yang sedari tadi bertakung terus mengalihkan pandangan pada Cara. Dia melihat Cara turut mengalirkan air mata.

Sementelah itu, Aryan terus menapak ke katil dan terus menarik tubuh Cara ke dalam dakapannya. Cara turut membalas.

"I'm so sorry. Saya terpaksa pergi. Tapi saya hanya boleh pergi dengan keredhaan awak kalau tak saya berdosa. Izinkan saya ya Aryan?" wajahnya dibenamkan pada dada suaminya itu.

Aroma itu akan dirindui.
Aroma yang membuatkan dia sanggup menggunakan sabun suaminya.
Aroma yang telah menjadi kesukaannya.

"Aku izinkan demi kebahagiaan kau sendiri. Tapi janji dengan aku yang kau akan pulang ya darling?" pelukan semakin dieratkan.

"Terima kasih. I promise.." Cara mencuba untuk meleraikan pelukan namun Aryan menghalang.

"Izinkan aku untuk peluk kau buat kali yang terakhir.."

"Sebelum kau benar-benar akan pergi meninggalkan aku.."

Air mata Aryan mengalir deras. Selama dia hidup, dia tidak pernah menangis disebabkan seorang wanita. Namun sekarang wanita yang dicintai bakal meninggalkan dirinya.

Wanita hebat yang membuatkan kehidupan dia bahagia setelah menahan keperitan yang agak lama namun dia telah menyampaikan keperitan itu pada wanita yang dicintai.

Dia adalah bidadari syurgaku.
Dia adalah bintang yang paling bersinar.
Dia lah yang telah menyinari kehidupan aku.

"Kita akan dipertemukan kembali Aryan. Namun bukan dengan mencari tapi serahkan semuanya pada Allah. Biarlah dia yang mempertemukan kita." tangan Aryan digenggam erat.

"Jodoh semua di tangan Allah. Jikalau awak adalah jodoh saya, kita akan dipertemukan kembali." Cara mengukirkan senyuman nipis.

"Pada saat itu, saya berjanji saya akan kembali pada awak.."

Mata mereka bertembung. Masing-masing sedang melayani perasaan. Mereka tersekat bersama takdir mereka.

Dua manusia yang saling mencintai terpaksa berpisah tatkala takdir hidup mereka terlalu kejam.

Pelukan dileraikan. Aryan terus melangkah keluar bilik. Dia tidak sanggup menatap wajah Cara yang bakal pergi dari hidup dia.

"Aryan..Kau okay? Cara macam mana?" soal Carl setelah melihat Aryan yang baru sahaja keluar dari bilik.

"Dia nak pergi tinggalkan aku Carl. Sama macam daddy aku.." rambut coklatnya diraup kasar.

"Cara pergi sekejap je. Kau jangan risau." bahu Aryan dipegang.

"Tak. Aku rasa lama. Sangat." jawab Aryan. Matanya hanya memandang lantai marmar di bawah.

"Beri dia masa. Kita boleh jaga dia dari jauh. Kau tak perlu risau." Carl masih cuba memujuk.

"Aku tahu. Andai semudah itu untuk aku menerima.."

-

BEG roda yang dipenuhi baju disorong oleh Lissa. Dia turut sedih apabila mengetahui Cara bakal meninggalkannya. Setelah itu, beg rodanya dimasukkan ke dalam kereta Bella.

"Lissa gonna miss Cara hm.." ujarnya sedih sebelum turut memeluk tubuh Cara. Dahla selamani Cara yang temankan dia. Lepasni tak ada sesiapa dah.

"Cara pun akan rindukan Lissa. Dan semua dekat sini.." Pandangan dipalingkan pada Carl dan Ray.

"Balik cepat ya Cara. Walaupun aku selalu cari pasal dengan kau tapi aku tak pernah harapkan kau untuk pergi." terus kata-kata itu dilontarkan oleh Ray.

"Saya pun akan rindu signora. Siapa lagi nak masakkan nasi kandar? Lepastu nanti Carl je yang asyik jadi mangsa Ray." Carl turut menyambung.

Cara hanya menghadiahkan senyuman buat mereka. Tidak sanggup untuk berkata lebih.

Sehinggalah pandangan itu terhenti pada Aryan. Dia langsung tidak memandang Cara.

"Terima kasih untuk semua ini Aryan. Walaupun luka yang awak sampaikan ini begitu berat untuk saya terima, tapi awak dah banyak bahagiakan saya."

"Our memories together..I would never forget about it. That moment when you brought me to Italy, I knew that I will love this man so much and I really do even now." sambungnya lagi. Tangisannya dilepaskan jua.

Mengapa begitu payah untuk dia bencikan Aryan? Tuhan. Kau bantulah aku..

Aryan yang menyedari itu terus mengatur langkah untuk mendekati Cara.

"Go Estella. If I started hug you, I will never let you go. Now go." wajah Aryan masih tidak memandang wajah Cara.

"Bella please takecare of her. I love her so much. Jangan biarkan dia menangis kerna air matanya terlalu berharga.."

Bella sekadar mengangguk. Sungguh cinta Aryan pada sahabatnya itu utuh.

Setelah itu, Cara terus keluar untuk menuju ke kereta. Sesekali pandangan dituju pada Aryan. Namun Aryan masih sama.

'Kenapa awak langsung tak pandang saya Aryan? Saya tak sanggup tengok awak macam tu.' gumam hati Cara. Dia merasakan kosong tika ini.

'Ti amo Estella. Ti amo tanto.' bisik hati Aryan apabila mendengar kereta Bella sedang meluncur keluar. Namun pandangannya masih di bawah.

"There is no more Aryan. It's just nothing." setelah mengujarkan itu, Aryan terus beredar menaiki lif untuk pergi ke tempat yang pernah dia bawa Cara.

Carl dan Ray memandang satu sama lain. Mereka hanya menggelengkan kepala tanda tidak faham.

"Aku benci dia Bella tapi aku tak tahan bila dia langsung tak pandang aku walaupun untuk kali terakhir.." ujar Cara bersama dengan tangisan. Bella hanya menggosok belakang Cara dengan sebelah tangannya.

The tragedy is all right there. In the very beginning when he called her 'dolce cuore'. When she instantly forgets. Forgets about how dangerous he is.

Menangis ye author buat part ni. Kenapa begitu perit kisah dia orang hm. Walaupun author sendiri yang buat tapi kenapaaaa??

Eh jangan lupa vote and comment !!
Sayang korang <33

Continue Reading

You'll Also Like

657K 32.1K 68
CINTA MAISARAH Peristiwa satu malam yang terjadi tanpa niat dia dengan seorang lelaki. Hidup dia tidak berubah kelam selepas kejadian itu, malah lebi...
558K 20.3K 58
Darel Iskandar Lee x Nayla Camelia Nayla Camelia, prinsip hidupnya, kalau nak cari teman hidup, memang dia pangkah siap-siap chinese guy! Bukan soal...
1.8M 62.5K 73
Scenario cerita yg x tersusun rapi. Terserah kepada awak sama ada nak baca ataupun tidak. Thank you ā¤ All it take is ONE 'Thing' Tekan la button read...
6M 311K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...