Penawar Kasih Pawana | C

By hanihisbiscus

31.5K 2.4K 429

𝐒𝐲𝐚𝐟 𝐈𝐧𝐚𝐬 | 𝐀𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫𝐟𝐢𝐳𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐢𝐳 𝐔𝐦𝐚𝐢𝐫 | 𝐅𝐢𝐞𝐧𝐚 𝐀𝐫𝐢𝐬𝐲𝐚 Manis bicara... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
EPILOG I
EPILOG II

Bab 24

359 27 0
By hanihisbiscus

FIENA bersandar lemah di sofa ruang tamu. Dia lemparkan pandangan ke sudut dapur iaitu bahagian meja makan di mana Faiz yang leka bermain bersama Harriz. Ada kala mereka bertepuk tampar, ada masa bergelak tawa dan juga saling mengajar antara satu sama lain. Hati Fiena dijentik rasa cemburu dan bersalah. Dia tidak mampu menatap seraut anaknya yang sememangnya seratus-peratus sama dengan pemangsa itu.

Sejujurnya, Fiena menyayangi Faiz cuma dia takut hilang kawalan apabila memori itu mula menghantui. Setiap bait bicara Harriz dan anaknya jelas menampan indra pendengaran membuatkan Fiena jiwanya melonjak untuk sertai sama.

"Bukan nak ajak I pun," omel Fiena dengan bibir mencebik.

Batang pensel karbon bewarna-warni saling bertukar di tangan Faiz yang lincah menari-nari pada buku sketchbook miliknya. Sesekali bebola mata kecil itu mengangkat kepala memandang Harriz dan Fiena nun jauh di sana lantas disambung kembali tumpuan contengannya.

Seusai selesai, tangan Faiz menarik hujung baju lengan Harriz yang utuh merenungnya dalam keadaan berteleku. "Ba...ba... nengok ni," panggil Faiz dan menolak sketchbook ke arah Harriz dengan senyum tipis terbentuk di bibirnya.

Harriz mengambil dan perhatian kini difokuskan pada hasil seni sang cilik. Jari telunjuk Harriz menyentuh perlahan garisan halus lukisan seakan menghayati jiwa Faiz dalam menyiapkan potret air tangannya. Gambaran kanak-kanak kecil di tengah berpimpinan tangan bersama dengan dua insan dewasa di kiri dan kanannya dengan senyum melebar di wajah masing-masing. Mata coklat Harriz membundar kala di setiap contengan berupa figura itu diselitkan sebaris aksara.

Baba. Faiz. Mama.

Bibir rabak dengan senyuman. Hati lelaki yang bergelar bapa tersentuh dengan ketulusan yang cuba disampaikan dalam hasil seni tersebut. Tubir mata Harraz kian berkaca-kaca.

"Faiz lukis apa ni?" soal Harriz seakan menduga. Dia ingin menagih jawapan sendiri dari mulut Faiz. Apa sebenarnya yang terkandung di dalam nurani si kecil ini?

Kepala Faiz terangkat dengan wajah yang bersinar menatap Harriz. Bekali sememangnya menanti pertanyaan sang bapa.

"Ba... ba..." Jari telunjuk Faiz yang tembam terarah pada Harriz.

"A... iz..." Faiz jatuhkan tangan dan angguk kepalanya sekilas. Harriz mengernyih melihat kebijaksaan Faiz membuatkan sang cilik menepuk tangan gembira dengan balasan sendiri.

Sesaat, air muka Faiz kini berubah muram. Kepala menunduk dengan jari dimainkan sama sendiri. "Ma... ma..."

Kali ini, nada itu agak perlahan dan teragak-agak. Bibir Faiz mencemik sedih.

Fiena yang kebosanan sudah menghelakan keluhan berat. Tangan naik mengurut pelipis yang kian berdenyut. Bibir mengeleweh geram apabila dia cuba untuk berdiri tetapi tidak mampu. Urat sendi terasa sengal, segenap tubuh ibarat dicengkam. Armchest dipegang kuat untuk menampung kesakitan yang semakin mencucuk diri.

"Auchhh..." Erangan halus meletus. Fiena gigit bibir menahan rasa.

"Sayang, you nak I tolong tak?" Harriz mampir mendekati Fiena. Dia menanya sekadar berbasa-basi. Boleh sahaja dia terus menghulurkan bantuan cuma mengenali sikap Fiena cukup membuatkan Harriz memahami.

Persoalan Harriz disambut jelingan tajam Fiena yang berwajah pucat lesi. Dahi dan kening berkerunyut saling bercantum Fiena menyapa deria penglihatan menjelaskan segalanya.

"Nak tolong, terus tolong. Tak nak tolong tu sudah." Fiena menjawab, datar. Sekali lagi dia mahu menampung badan untuk berdiri, Fiena terduduk semula. Mata wanita itu terpejam dengan nafas yang dihela panjang.

Harriz hanya tersenyum segaris. Dia merendahkan sedikit postur badan dan tangan diampu pada belikat Fiena serta pelipat Fiena. Sekonyong-konyong, Fiena celikkan mata dan tangan merangkul tengkuk Harriz.

Pap! Renungan mata mereka berdua saling berlaga. Enigma.

Tidak berkelip mata Fiena menatap Harriz dengan degupan jantung berkadar abnormal. Deruan nafas Harriz hangat dan berat bercempera kala wajahnya memenuhi bingkai pandangan isterinya. Mata coklat Harriz tunak membalas sehingga suara benak menghentam dirinya.

Cukup Harriz Umair, kalau begini kau akan susah nak lepaskan dia. Bukankah kau sendiri memilih untuk menjauhi Fiena demi kebaikan korang berdua? Kau sepatutnya buatkan Fiena tawar hati bersama kau supaya tidak terus disakiti. Apa guna jikalau hanya seorang sahaja yang beria mempertahankan sedangkan Fiena masih tidak menerima dia. Lagipun, kau dah sakiti isteri sendiri maka layakkah engkau bergelar suami kepadanya? Pedih tetapi itulah hakikat yang harus diterima olehnya. "Puas tatap muka I sedekat ni, sayang?"

Oh tidak, lain yang mahu dibicarakan tetapi lain yang dituturkan. Dia telah mengambil detik yang ada untuk mengusik Fiena. Mungkin lebih baik digunakan bagi mencipta memori manis berbanding menghabiskan masa berjauhan sehingga penyesalan yang bakal menghantui.

Mulut Fiena melompong tidak percaya lantas bertindak pantas memutuskan renungan tersebut. Mukanya berbahang apabila Harriz masih tajam menikam dirinya. Tangan sebelah Fiena menampar geram bahu Harriz tatkala sedar berada dalam cempungan suaminya. "Apa ni? Ada I minta tolong you ke?"

Tepi bibir Harriz mengarit senyum senget. Kepala dimiringkan untuk menatap wajah Fiena yang berona merah. Comel. Kali pertama Fiena berasa segan terhadapnya. Kebiasaan Fiena bakal memarahi tetap jujur dikatakan mata kesayangan dia telah menggambarkan segalanya.

"Stop staring at me like that, Harriz Umair!" desis Fiena dengan gigi diketap-ketap. Dia malu sebenarnya kerana tidak terbiasa dan masih terkesan dengan tindakan Harriz. Fiena meronta-ronta meminta untuk diturunkan namun Harriz semakin galak mempamerkan riak menjengkelkan itu. Seketika, muka itu berubah sayu.

"You are blushing," lirih suara Harriz menuturkan. Fiena kaku. Juring matanya basah dan dihadiahkan kucupan lama pada dahi Fiena. Air mata Harriz menitik mengena dahi isterinya mengalirkan rasa nyaman di atma Fiena. Hati wanita dia terusik dengan perlakuan suaminya.

Tangan Fiena mengenggam erat fabrik Harriz. Dia tidak bentah melihat Harriz selemah ini sehingga menitiskan air mata. Sakit, dia turut merasainya. Kuat naluri dia mengatakan bahawa ada sesuatu buruk yang ingin diteruskan oleh sang jaka ini. "Harriz."

"Ba... Ma..." seruan halus Faiz menyentak Harriz dan Fiena. Serentak mereka menoleh. Fiena kemam bibir dengan hujung lidah menolak dinding pipi. Reaksi kekok ditayangkan kala Faiz melihat keadaan dia sebegini bersama Harriz tetapi berbeza pula dengan suaminya. Senyuman yang bergayutan di bibir, serta-merta mati.

"I nak cakap dengan you lepas ni," tukas Harriz dengan nada beku.

HARRIZ membongkokkan postur tubuh lantas diletakkan Fiena berhati-hati pada tilam empuk mereka. Spontan, Fiena meleraikan rangkulan dan disandarkan belakang tubuh di kepala katil. Kaki panjangnya yang kelenguhan dibiarkan dalam posisi melunjur. Kepala diangguk sekali dengan ucapan terima kasih.

Senyum terbit di bibir Harriz dan tangan menarik laci bersebelahan katil mengambil minyak panas. Dia menghenyakkan punggung di birai katil lantas penutup minyak dibuka sebelum dituangkan beberapa titis pada telapak tangan kiri. Baju Fiena disingkap sedikit, ingin mengurut bahagian pinggang isterinya. Fiena pula seakan mahu memberontak apabila tangan kasar itu menyentuh dirinya.

"Jangan..." Fiena segera memegang lengan Harriz untuk menghentikan tindakan suaminya. Dia geleng kepala, takut. Dinding bibir digigit kuat menahan esakan meletus.

"Stay still, I won't hurt you. Nak tolong urut aje," tegas Harriz memberi arahan. Pegangan Fiena kian renggang membenarkan niat Harriz untuk membantunya. Sesekali, erangan Fiena merengsa dengan cecair bening berkumpul di tubir mata.

Seusai selesai, Harriz mendaratkan ciuman pada dahi Fiena. Mata Fiena yang kuyu akibat terbuai kini melontot apabila bait kata Harriz menghentam koklea sekaligus meretakkan atma wanitanya.

"I akan lepaskan you sebaik you lahirkan anak kita dalam kandungan ni," tutur Harriz. Tergemap. Fiena mengeras apabila tapak tangan Harriz didaratkan pada perutnya yang masih kempis sembari diusap perlahan.

"Harriz..." rapuh intonasi Fiena lontarkan. Tersentak daripada lamunan, bibir mungilnya bergetar hebat. Air mata Fiena gugur dengan riak tidak percaya. Bukan, dia sayangkan Harriz. Dia cuba untuk menerima dan mencintakan suaminya tapi mengapa ini balasan yang dia harus dapat setelah mengorbankan hati sendiri?

Harriz mengeluh perlahan. Dia menatap kosong pada seraut Fiena yang berburam. Jari-jemarinya gatal mahu menyeka cecair yang mencemari wajah itu tetapi ditahan sebaik mungkin. Cukuplah dia menyeksa zahir dan batin Fiena dengan layanannya.

"Sayang, kadang-kadang dalam hidup ni disebabkan cinta juga kita kena belajar untuk melepaskan. Mencintai tak semestinya memiliki. You faham kan?"

Fiena geleng jemala. Air mata semakin deras luruh membasahi epidermis pipi. Hatinya luluh, semangat diri luntur. Sebentar, amarah meluap-luap pula mengambil alih kerana Harriz menyatakan tersebut tanpa perasaan. Sontak, kekuatan kini hadir menyerap masuk membuatkan Fiena menghayunkan tangan mengena wajah Harriz.

Pang!

"Stop being selfish, dude. I hate you, Harriz Umair!" Seluruh tubuh Fiena didakap gemelugut. Mahu menafi kenyataan yang dilemparkan oleh penjaka bergelar suaminya. Pelupuk mata yang berkolam kini mencerlung tajam pada Harriz yang mengangkat semula kepala dengan memaparkan ekpresi nihil.

Harriz mengusap pipi yang pijar akibat ulahan Fiena. Pedih tetapi semestinya tidak seperit apa yang telah dilalui oleh isterinya.

"Fiena Arisya, tolong faham. I tak nak seksa you dalam hubungan ni," keluh Harriz. Dia mahu noktahkan segala kemelut yang menjadi punca kesakitan mereka. Berpisah bukan beerti pasrah untuk memperbaiki hubungan ini cuma memberi ruang dan waktu.

"You kalau muak sangat tengok I, bagitahu ajelah. I tahulah yang I ni tak suci macam perempuan kat luar sana. Tak perlu ulas dengan alasan bodoh you tu, Harriz." Fiena menempik dan menolak Harriz agar menjauhinya namun hasilnya sia-sia. Harriz masih pegun di situ tidak bergerak waima seinci.

Iris coklat Harriz tunak merenung Fiena yang meracau memarahinya. Dibiarkan tubuh seperti kanibal bagi Fiena melepaskan segala yang berbuku di relung hati Fiena sejak sekian lama lagi. Dipukul, ditumbuk dan dicakar oleh Fiena serupa hilang kewarasan sehingga wanita itu sendiri lelah menghentikan perbuatannya.

"Nampaknya you memang dah nekad kan, Harriz." Fiena merintih lesu dengan tangisan yang berlagu pilu. Dia merebahkan kepala pada dada bidang Harriz dengan tangan mencarik lemah kolar baju suaminya, Lelah.

Keadaan sepi hanya ditemani nada Fiena terhinjut-hinjut dengan deraian air mata berjejer menghempaskan amukan emosi. Senandung sendu Fiena menghentam gegendang telinga cukup mengguris nurani Harriz. Dia kaku, tidak bereaksi. Sekalipun hatinya tidak tegar melihat Fiena itu.

Oh Tuhan, dia ingin memeluk Fiena menyalurkan rasa nyaman. Hanya mahu membujuk wanita kesayangannya dan dia gagal. Dia memilih senandika diri berbanding akal fikirannya. Teragak-agak Harriz melilitkan tangan pada pinggang Fiena erat sekali menghakis jurang mereka manakala sebelah lagi mengusap santun belakang tubuh Fiena.

Esakan Fiena perlahan-lahan mengendur. Suara halus itu berbicara menyampaikan hasrat menampar indra pendengaran Harriz. "Dengan sisa tempoh yang masih berbaki ni, I ada permintaan nak you tunaikan."

Harriz menggumam memberi kebenaran. Dia masih utuh memberi kehangatan pada Fiena. Liur yang kelat diteguk payah. Fiena mengertap bibir kuat sehingga cecair likat mengalir di hujung bibir. Galau tetapi tidak mahu terus-menerus dirasuk emosi.

Hapuskan rasa benci, gantikan dengan mencintai sepenuh hati. Dia tidak mahu kesali, dia ingin menempuhi hari-hari mendatang dengan memori bahari. Derita melelahkan, bahagia hadirlah waima seketika.

"I cuma nak cakap something dengan you dan harapnya you boleh tunaikan," pinta Fiena dengan nada yang sengaja dilunakkan. Epidermis pipi sudah berubah merah padma kerana malu. Dia mengangkat kepala dan mata Fiena dikunci Harriz dengan renungan redup. Fiena tak mahu Harriz pergi tanpa mendengar tutur kata yang bakal disampaikan olehnya.

Harriz angkat kening, tidak faham. Dia memilih untuk mengalah. Pada hematnya, mungkin ini merupakan salah satu sikap ibu mengandung. Harriz terus menikam sepasang mata Fiena yang jelas memancarkan riak serba-salah.

"Spill it out," arah Harriz. Fiena telan air liur sendiri. Gugup. Tangan sebelah meramas hujung baju sendiri. Resah.

"I nak panggil you ni..." Fiena berjeda. Bibir dikemam dengan mata berkerdip-kerdip memancarkan sinar kilauan. Dahi Harriz berkerunyut seribu setia menanti lanjutan butir bicara Fiena.

"Abang." Sepatah kata meluncur dari celahan bibir merah Fiena. Muka Fiena merah menyala umpama dipanggang ke dalam bara api. Berganda-ganda rasa segan ke pundaknya. Senyum sumbing terlakar di ulas bibir Harriz melihat sisi manja kesayangan.

"Seriously, Isya sayang?" Harriz terus mengubah panggilan. Mahu memastikan Fiena benar-benar memaksudkan hasratnya. Janji Harriz, sementalah gelaran 'abang' diungkapkan maka dia juga ingin menggunakan 'Isya' sebagai tanda menghargainya.

Angguk. Fiena simpan senyum.

ANAN membuka kelopak mata perlahan-lahan. Kornea mata disapa cahaya lampu kalimantan yang terang-berderang. Kosong. Anan endak mampu mencerna keadaan kini menimbulkan keraguan dalam diri. Dia cuba bangkit tetapi kepala diserang denyutan hebat menyebabkan Anan terbaring lemah. Anan mengerjap mata beberapa kali, meredakan sakit yang menyengat jemala.

Seusai menstabilkan diri, selimut membaluti batang tubuh dilorotkan. Anan menterbalikkan diri dan duduk di birai katil lantas kaki dijuntaikan ke bawah. Berhati-hati Anan menjejak tapak kaki ke lantai jubin. Serta-merta, kesejukan menyerbu seluruh urat saraf. Mata Anan terbuka lebar secara drastik melilau sekeliling. Debaran dada berdegup laju mencari kelibat Syaf.

Dalam keresahan, bunyian derapan kaki menghampiri dan suara garau seseorang yang dikenali menerjah masuk gegendang telinga. Anan fokus dan pasakkan pandangan pada figura lelaki yang kini di hadapan dia memegang sebungkus beg berjenama lalu dihulurkan kepadanya. "Lena kau rehat, awan. Ni aku ada belikan lengkap pakaian kau, tukarlah dulu apa yang patut sementara aku panaskan lauk kat bawah."

Terkebil-kebil mata bundar Anan menatap Syaf. Otak masih dalam proses untuk menghadam situasi. Huluran disambut angin lalu sehingga Syaf memilih untuk melutut bertentangan Anan lalu meletakkan sendiri beg itu di atas riba Anan. Segaris senyum menghiasi potret wajah tampannya. Syaf menggagau mencapai tangan halus Anan seraya dielus kekura tangan itu lembut dengan ibu jari mengalirkan rasa listrik. Bahu Anan terhinjut mahu menarik tangannya tetapi digenggam kemas oleh Syaf.

"Cek nanti. Aku nak kau pandang muka suami kau ni, sayangku awan." Syaf angkat kepala mencari sepasang netra Anan yang masih tunak menembusi raut miliknya dengan air muka jelas terpancar pertanyaan di pemikiran.

"Kau penat sangat tadi, awan. Aku biarkan kau rehat sementara aku belikan segala kelengkapan kau dan barangan dapur. Sekarang kau ada kat rumah kita," tutur Syaf sekaligus diberi renungan kudus dan lembut kepada Anan. Hangat dan melemaskan.

Anan memberi senyum tipis sebagai balasan. Muka dia kini berubah ton warna kemerahan kerana asyik diperhati Syaf tanpa lepas.

"Ka... rin a... ada?" gugup Anan menanya. Suara Anan bergetar akibat kekalutan melanda diri kuasa dua. Serta-merta gelak Syaf terburai dan jari kasar Syaf mengalihkan anak rambut gadis awan ke cangkerang telinga. Dia mendekati wajah ke cuping telinga Anan seraya berbisik.

"Kenapa kau nak Karin kalau aku ada, awan?" gemeresik suara Syaf menampan halwa telinga Anan memulangkan paku buah keras. Dia jauhkan muka dengan kernyihan menampakkan baris giginya pada Anan yang kelihatan gabra.

Bibir dikemam rapat. Anan melarikan bebola mata dengan nafas yang kurang teratur. Sejenak riak nakal Syaf masih terpamer menimbulkan kegeraman dalam diri. Anan segera menolak kuat batang tubuh Syaf sehingga suaminya terundur. Kesempatan tersebut Anan gunakan, dia bingkas bangun membawa beg pakaian dan mencicit lari memasuki bilik mandi.

Nah, mata Syaf menyorot setiap langkah kecil gadis awannya dengan bibir mengulumkan senyum lebar. Dia geleng kepala lalu menapak ke arah almari pakaian. Laci bawah dibuka mencapai sehelai tuala lebar peach dan disangkutkan pada bahu kekarnya. Kaki menuju hadapan pintu bilik mandi.

Hujung lidah menolak dinding pipi. Syaf meneguk liur kasar dan nafas dihembus lelah. Tangan dikepal menampakkan urat yang menimbul. Dia mengetuk daun pintu dan malang tidak berbau apabila Anan terlupa mengunci pintu menyebabkan ia terkuak lebar. Syaf pegun berdiri di situ manakala pergerakan Anan membuka pakaian terjeda kala terpampang roman Syaf dengan sengihan kekok melihatnya.

Sesaat.

Mata bundar Anan membulat besar, terkejut. Jeritan histeria Anan pecah memenuhi ruang bilik mandi.

SEUSAI membaca doa makan, Anan raup muka kasar. Tangan terus mencuit ayam masak merah kemudian digaul bersama nasi. Mulut dibuka menyuakan makanan lantas dikunyah perlahan. Syaf memerhatikan Anan dengan gaya berteleku seakan menanti sesuatu. Tatapan Syaf yang sayu bercampur tenang kepadanya menimbulkan rasa tidak selesa. Dia faham maksud renungan itu dan Anan sesekali membantah simpati yang diberikan.

Makanan ditelan ke esofagus dengan sinar mata jelas suka. Bibir Anan yang mahu melorek senyum tipis cepat-cepat dimatikan. Lensa mata melirik pada Syaf seakan teruja dengan responnya kini berubah kecewa.

Anan membuat tidak endah dengan reaksi Syaf. Dia mengulang semula babak tersebut dan menyambung suapan lagi. Beberapa kali diulang biarpun hampir penuh mulutnya. Dalam diam, Anan menceceh dengan pandangan Syaf. Makanlah nasi tu, tengok muka Anan sememeh ni bukan boleh penuhkan perut pun. Ingat drama melayu main pickupline ke? Pandang awak pun buatkan saya kenyang setahun.

"Makan tu slow-slow, awan." Syaf memesan lembut. Mata hitam pekat itu masih tunak menikam raut Anan. Sejenak matanya beralih arah ke bahagian lengan baju Anan yang menutupi seluruh anggota umpama boleh menembusi segala yang tersorok di sebalik pakaian isterinya.

Parut. Tubuh kecil Anan dipenuhi parut maka tidak hairanlah gadis awan itu memilih untuk menyarung pakaian berlengan panjang sepanjang masa. Rambut lebat Anan juga mengurai panjang dibiarkan bebas dan jikalau diikat sekalipun dia akan memasukkan ke dalam baju.

Keluhan berat dilepaskan. Anan menghentikan suapan dan kepala diangkat mencari sepasang mata Syaf. Mimik muka dipasang ceria dengan mata dikelipkan menahan ruas mata yang kian membahang. Nada juga dibuat-buat ibarat tiada ribut taufan melanda. "Berhenti tengok Anan dengan muka kesian tu. Terima kasih simpatikan Anan tapi sejujurnya Anan tak perlukan."

Anan bangun dari tempat duduknya menjuju ke singki. Pili air dibuka seraya membasuh pinggan dan cawan kotornya. Span diambil dan direnyuh segala kotoran degil dengan ganas. Ibarat pinggan itu merupakan setiap wajah insan yang pernah menyakitinya namun ternyata yang paling jelas ialah Syaf.

Benci. Anan benci air muka Syaf mengasihani dengan segala parut yang menghiasai dirinya. Mengapa dia mahu bertanggungjawab atas kesakitan yang diterima oleh Anan sedangkan selama ini dia mampu menanggungnya sendiri tanpa bantuan manusia. Anan cuma ada Dia di saat setiap manusia menentang kewujudan dirinya.

Perbuatan Anan terhenti kala suara garau dan dalam Syaf seakan dekat membisik di halwa telinga. Syaf menghadang tubuh kecil Anan dengan kedua-dua tangan dan ditutup pili air.

"Kau tahu, awan? Pinggan tu tak berdosa, kalau nak marah aku just lepaskan aje sebab tuan badannya ada kat sini." Dicapai tangan Anan bagi melepaskan genggaman span dan pinggan tersebut. Syaf menghakis lagi jurang di antara mereka lantas merehatkan kepala di bahu Anan seraya menggumam kecil.

Syaf menjatuhkan tangan dan mula melingkari pinggang ramping Anan. Respon Anan kejung kala batang tubuhnya ditarik melekap hangat ke tubuh kekar Syaf. Degupan jantung Syaf berombak ganas juga mampu didengari membuatkan Anan statik dengan mata dipejamkan rapat menikmati simfoni alunan rentak paluan itu. Senyum nanar bergayut di ulas bibir Anan di luar kewarasannya dan ditekap tangan halusnya ke kekura tangan Syaf.

"Parut yang menghuni kau awan, cukup mengatakan kau berjaya survive dengan cabaran yang menimpa kehidupan kau. Aku memang tak akan pernah faham apa yang kau lalui, awan. Cuma jangan pernah malu dengan parut yang menghiasi kau kerana berdiri kau di sini maknanya dah melepasi fasa luka tu," tutur Syaf diselangi helaan nafas berat.

Dada Anan berkocak hebat seakan mahu meletup apabila bait diksi Syaf menyerap masuk ke dalam atma. Nafas Syaf menghembus hangat di nadi wanitanya berserta satu kucupan didaratkan lama di situ membuaikan Anan. Syaf mengeratkan lagi rangkulan gagahnya itu.

"Jangan rasa bersalah dengan kesakitan Anan. Ni semua Anan dah biasa, Anan okay." Anan mengomel perlahan. Sakit kala menuturkan keramat empat aksara yang sama biarpun jauh sekali kebenarannya. Irama paluan pembuluh darah berdetak ngilu menyengat ulu hati. Juring mata yang mula menghangat dikerdipkan, Anan pasang dengan senyuman kecil. Syaf yang mendengari bertindak refleks menterbalikkan tubuh Anan agar menghadapnya.

Spontan Anan menahan dada Syaf dari terus mendekat apabila mata hitam itu tajam menyinis dan menikam lensa matanya yang sudah berair. Dahi mereka saling bersandar dan deruan nafas Syaf kasar mencumbui segenap inci roman wajah Anan. Pelukan dilonggarkan dan Syaf melarikan jarinya pada satu garisan panjang parut yang mendiami di sebalik pakaian belakang tubuh Anan. "It's okay not to be okay. Bila rasa nak sedih, lepaskan awan. Jangan toxic dengan diri kau sendiri. If satu hari nanti aku buat kau sakit awan, aku akan bawa kesakitan tu seumur hidup aku."

Zap! Sebaris ayat terakhir Syaf cukup merentap setangkai hati Anan. Tangan Anan menolak keras dada Syaf yang menghadangnya dan berundur beberapa tapak dengan kepala melangut menatap Syaf. Riak muka masih dikekalkan dengan topeng bahagia.

"Usah bersumpah nanti memakan diri. Jangan berjanji kalau tak mampu tepati. Kita tak tahu apa yang menanti di hadapan kita, takdir yang bakal diselusuri oleh setiap manusia," sinis intonasi suara Anan menuturkan bicara.

Syaf melarik senyuman sinis. Keyakinan Anan harus dipuji. Syaf melangkah setapak mampir mendekati, selangkah juga Anan menapak ke belakang menjauhi. Saat belikat bertemu dinding konkrit, Syaf mengunci pergerakan Anan dengan kedua-dua bahu kecil itu sengaja direngkuh agar memasungkan diri untuk berhadapan dengannya. Mata Anan yang jelas gerun mahu melimpahkan tangisan melihatnya menimbulkan sengihan sinis Syaf.

"Ya, masa hadapan kan? Tapi yang jauh itu masa lalu. Lepaskan mereka, awan. Payah tu memang payah dan kita semua ada parut tersendiri yang di mana masing-masing berperang dalam merawat luka mereka. Healing takes times tapi sebenarnya masa tak mengubati segalanya cuma mengajar kita hidup bersama kesakitan tu. Kadangkala lebih baik melepaskan dari terus menyimpan demi ketenangan hati sendiri. Kekuatan kau adalah mampu memaafkan mereka tapi kau gagal memaafkan diri kau. Memang perit tapi itu yang paling penting, Anan Nurfiza. Kau lupa yang tu," sembur Syaf.

Anan terkelu apabila diserang sebegitu. Jujur dia bagai ditikam saat bayangan kenangan lama yang perit menghantuinya setiap malam. Sekalipun mereka yang memberi luka tidak pernah hadir memohon maaf kepada dirinya dan dia harus menggalas segala parut itu serta memaafkan semua pihak demi mendamaikan hati yang rapuh. Cuma dia masih tersisa rasa di mana agar setiap daipada insan tersebut menerima pembalasan yang setimpalnya.

Dia bukan maksum. Anan mahu mereka juga turut merasai kesakitan yang dilemparkan dahulu kepadanya berbalik semula pada diri yang tegar menyakiti. Kerana itulah Anan masih endak memaafkan dirinya, dia sendiri kejam dan jahat.

"Kenapa terlalu berpegang pada masa lalu sehingga abaikan masa yang ada kini? Biarkan mereka semua dan Allah akan membalas segalanya. Samalah juga apabila merancang masa depan sekalipun tapi masih mensia-siakan waktu yang ada ni semuanya kosong. Hargai setiap detik yang kau lalui awan. Kau tahu kan, semakin meningkat usia dan ujian menimpa, sebenarnya kau kuat dan Allah sayang pada hamba-Nya." Syaf menyambung lagi dan setitik butiran mutiara Anan menitis. Pegangan Syaf mengendur dan wajah Anan dilangut dengan hujung jari agar utuh memandangnya.

"Anan kan tak kisah orang nak sakitkan fizikal Anan sampai hancur satu badan sekalipun. Anan terima sebab luka luaran boleh sembuh, bang." Lirih Anan bersuara dan menitiskan lagi permata jernih yang menakungi empangan mata. Setitik demi setitik sebelum mengalir laju apabila Syaf sekadar mengunci mulut memberi perhatian seratus-peratus buat isterinya dengan tatapan redup.

"Cuma bila dihina, diherdik dan dicaci tentang mama dan taraf diri Anan buatkan orang sedar yang..." Jeda. Semakin lebat air matanya menuruni cerun pipi. Nada Anan juga bergetar untuk meneruskan butir bicara.

Anan mengerjap mata dan menarik nafas dalam. Saat itu, setiap layar memori seperti pita kaset bergelumang di ruangan minda. Naik turun dadanya seakan sesuatu yang mahu dikatakan kali ini bakal merobekkan lagi kepingan hati yang sedia berderai.

"Hati Anan pun tak ada nilai di mata mereka. Biarkan mental Anan dilontarkan dengan kata menyakitkan umpama tunggul kayu. Anan tertanya juga macam mana nak rawat yang dalaman ni pula? Tak adil mereka yang bagi kesakitan ni dan Anan pula bertanggungjawab untuk rawat semuanya!" jerkah Anan di hadapan Syaf bersama air mata berjuraian deras. Tangan sebelah memukul dada sendiri yang kian sendat dengan pelbagai emosi. Ya Rabbi, kurangkan rasa pedih ini. Bercempera segala kesabaran yang menghuni diri, dia hampir rebah dan tubuhnya sempat dipaut oleh Syaf.

"Patut ke Anan percayakan abang?" Anan menyoal lemah dengan nada merayu. Mata sembab penuh pengharapan Anan memandang Syaf tetapi sekali lagi harapan itu sekadar fatamorgana semata-mata. Syaf menggeleng kecil sebagai balasan. Hampa. Anan mengukir senyum perit.

"Jangan percayakan aku, awan." Rambut Anan dikuak sedikit dan terasa hangat menjalar saat bibir suam Syaf mendarat di ubun-ubunnya. Anan menerima biarpun kali ini mungkin istirehatnya ditemani lara. Raut Syaf menguntumkan senyum belan-belan mengendur dan memangku gadis awannya yang lalok.

Syaf membisik lembut di cuping telinga Anan. Dan itu cukup menenangkan kalbu wanita itu. Menitipkan pesanan sehingga Anan sendiri ketiduran dengan air mata yang telah mengering. "Tapi letakkan kepercayaan sepenuhnya kepada Dia supaya satu hari nanti jikalau berlaku sesuatu yang di mana seorang Syaf Inas meruntuhkan tembok tu atau sebaliknya, kau akan sedar semua itu takdir yang telah ditetapkan oleh-Nya."

Pandangan Anan kelam dibawa arus fantasi, meninggalkan seketika realiti perih. Jikalau mimpi ini indah sekali, biarkan dia bebas menari dalam khayalan penuh kayangan ini. Namun saat pedih masih menemani, sedarkan dia untuk kekal berdiri.

Continue Reading

You'll Also Like

176K 11.3K 33
Adam Hirdy | Azalea
674K 25.7K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
1.4M 53.5K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
942K 30.4K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...