Penawar Kasih Pawana | C

By hanihisbiscus

31.5K 2.4K 429

𝐒𝐲𝐚𝐟 𝐈𝐧𝐚𝐬 | 𝐀𝐧𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫𝐟𝐢𝐳𝐚 𝐇𝐚𝐫𝐫𝐢𝐳 𝐔𝐦𝐚𝐢𝐫 | 𝐅𝐢𝐞𝐧𝐚 𝐀𝐫𝐢𝐬𝐲𝐚 Manis bicara... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
EPILOG I
EPILOG II

Bab 23

336 27 0
By hanihisbiscus

SINAR mentari malu-malu menyelusup masuk dari celahan jendela. Anan merunduk ke bawah meliarkan pandangan pada sekeliling. Embun pagi menitik dari dedaun secara semula jadi membuatkan Anan lukis senyum hibur. Dia meladeni momen ini begitu asyik sehingga tidak sedar kehadiran Syaf menolak permukaan pintu secara senyap.

Tangan Anan mengenggam erat palang besi dengan hujung kaki sedikit terangkat. Kelopak mata dipejam menghirup bayu pagi nian segar lantas kepala terngadag dengan senyum yang terlakar menghiasi bibir. Biasan cahaya mengena roman wajah Anan sekaligus rambut hitam lebatnya mengurai panjang dibiarkan bebas menyentuh lekuk pipi merupakan keindahan potret terindah Syaf pernah lihat. Dia memerhatikan dengan mata tidak mengerjap waima sekali. Setiap perkara berkaitan gadis awannya ingin dipahat kemas ke dalam memori.

Kopiah di atas kepala ditanggalkan sebelum diletak elok pada meja solek. Dirapikan rambut yang agak kusut dan serabai dengan tangan sendiri. Senyum lebar terukir di bibir setelah memastikan penampilan sendiri di hadapan cermin.

Syaf melambatkan langkah menghampiri Anan yang masih leka termenung. Sejurus berada sedekat satu inci dari batang tubuh Anan, Syaf menjalarkan tangan kekarnya pada pinggang ramping Anan. Seluruh urat saraf Anan kejung sebagai respon tindakan suaminya. Dagu direhatkan pada kepala isterinya.

"Awan pawana aku buat apa ni?" soal Syaf. Anan telan liur kesat. Perit. Tekak berasa tandus untuk mengeluarkan suara. Anan sekadar membiarkan persoalan itu bergentayangan disambut semilir.

Syaf angkat kening dengan bibir mencebik. Pandangan mata turut dihalakan sama ke langit seperti gadis awannya. Bunyian burung saling berkicauan seakan simfoni di ruang angkasa menyapa koklea. Hembusan bayu mencumbui segenap kulit wajah memberi ketenangan jiwa yang sirna. Jumantara yang disimbahi cahaya arunika memukau mata tanpa sedar bibir merah basah Anan mengucap tasbih.

"Cantik," getus Anan membibitkan senyum mekar di bibir Syaf. Mata Syaf melirik sekilas genggaman tangan Anan kian longgar diangkat ke atas. Perlahan-lahan buansa kian bertukar warna. Suasana hening melatari mereka menikmati panorama pagi. Fatamorgana bahari di mana tangan kecil itu ingin menggapai impian yang begitu jauh di atas sana. Gemawan lembut seperti kapas putih di kaki langit menjadi perhatian mereka berdua.

Anan berdehem. Cuba mencuri tumpuan Syaf yang ralit menala pandangan ke hadapan. Pelukan Syaf dileraikan lembut. Sontak, Syaf mengangkat kepala dan berundur setapak memberi ruang kepada Anan. Anan berpaling tubuh dan mendongak menghadap suaminya manakala Syaf menarik tepi bibir menjadi sinis melihat keletah isterinya.

Dasar pendek, risau pula urat leher gadis awannya terik hanya mahu memandang dirinya yang tinggi. Syaf membongkok sedikit susuk menyamakan paras wajahnya dengan Anan. Kedua-dua tangan disilangkan ke belakang dengan sepasang iris hitam pekat Syaf merenung tepat pada mata bundar Anan. Dia mencari sesuatu dalam pacaindera mata sang isteri penuh rahsia. Anan paksa lorek senyum janggal apabila renungan Syaf yang terlalu dalam seakan mahu menembusi fitur dirinya. Lama sehingga membuatkan gadis awan itu sesak nafas. Pipi Anan berona kemerahan akibat malu segera dimatikan renungan itu dengan memejamkan mata.

Syaf pincingkan mata pada kesayangannya lantas dikuncup sekilas pucuk hidung Anan. Dia menahan senyumnya daripada melebar memandang reaksi Anan yang mencuit hati. Anan membuka mata dengan riak terpinga-pinga. Apa yang telah terjadi sebenarnya?

"Kau pendeklah, awan. Aku terpaksa tundukkan pandangan nak tatap muka isteri sendiri aku yang rendah ni," ujar Syaf bersahaja lalu dijarakkan wajah semula. Dia menyengetkan kepala dengan senyum nakal tergarit di hujung bibir. Suka lihat muka Anan yang cuak dengannya. Anan tercengang.

What the heck? Syaf kata dia pendek, benarkah? Anan menyorotkan mata menilai dirinya sebelum dipanahkan jelingan membunuh kepada Syaf. Bibir tipisnya mencemik dan mula bergerutu, "Dia yang tinggi macam galah mengalahkan tiang lampu kata Anan yang pendek."

Senyuman yang ingin terbentuk lebar pantas ditahan oleh Syaf. Bibir dikemam rapat tatkala butir bicara Anan yang mengutuknya diucapkan tanpa segan-silu. Kepala ditegakkan semula dengan mata galak memancarkan sinar kenakalan.

"Awan aku ada cakap something ke?" usik Syaf lagi. Anan mengertap bibir kuat menahan geram. Wajahnya yang panas kerana malu kini berubah kepada marah. Melahar pula kulit putih Anan apabila Syaf sedari tadi memberi air muka penuh miring kepadanya.

"Anan masih tak percayakan abang tau. Abang cuma tahu sebahagian kisah Anan bukan sepenuhnya," ujar Anan sekaligus riak Syaf berubah keruh.

"Then, tell me." Syaf mencabar.

Anan menggeleng. Dadanya berombak kasar. Hati dia sebu, fikiran bercelaru. Tidak bentah berada di fasa mengenali diri masing-masing, Anan mengeluarkan topik lain untuk dibincangkan. Senyum lebar dipasang Anan menutupi kegusaran. Syaf tidak perlu ketahui dan itu lebih baik. "Abaikan, Anan mengarut tadi. Apapun, abang suka langit tak?"

Sebab Anan takut, kalau abang tahu nanti akan tinggalkan Anan. Lagipun abang beli Anan kan, jadi Anan tak patut hanyut. Biarpun sekarang kebahagiaan yang diterima ini mungkin seketika tapi cukup disimpan sebagai bekalan kenangan untuk Anan. Jadi, Anan mohon pinjam sedikit waktu dan kasih abang, luangkan bersama dengan Anan. Desis hatinya.

"Anan Nurfiza..." suara Syaf mengendur. Nafas ditarik dan dihembus lelah. Mata ditutup seketika. Rahang bergerak umpama mahu mengeluarkan suara tetapi ditentang dengan suara akal.

Utamakan yang sepatutnya, jangan terlalu mengikut emosi. Mengasak Anan hanya mencetuskan persalah fahaman. Selangkah demi selangkah dalam membina mahligai yang sejahtera, itu lebih baik. Air muka Syaf berkocak hebat. Dia tak marah cuma lebih kepada kesal. Syaf sedar silapnya juga kerana memulakan langkah yang akhirnya menjerat diri.

"Abang suka langit tak?" soal Anan sekali lagi dengan nada tertahan-tahan. Mahu mengalih topik perbualan mereka atau lebih tepatnya menghentikan perlakuan Syaf yang mengerunkan dia penuh jayanya. Riak takut yang dipamerkan cuba diubah kepada ekspresi toya. Jangan terkesan Anan dengan Syaf, suaminya memang sengaja ingin menganggu atma wanita yang kian bergelora.

Syaf membawa tangan ke depan lantas berpeluk tubuh. Kening nipis Syaf berkerut seakan ligat berfikir bagi mendapatkan jawapan. Mata dibuka dan dipanahkan kepada Anan sehingga pandangan mereka saling bertaut. Segera Anan melarikan muka dan melepaskan dengusan halus. Dalam masa yang sama, bebola mata Anan melirik juga pada roman Syaf.

Senyuman dikoyakkan setelah Syaf menemui tali yang meleraikan kekusutan itu. Yakin dengan balasan yang akan diberi, dia pejam mata dan merenggut nafas panjang lalu dihela perlahan-lahan. Kesempatan tersebut Anan meluru mampir ke arah Syaf.

"Suka sangat." Syaf jatuhkan kepala berkali-kali mengiakan. Anan pantas menjengketkan kaki dan menangkup wajah Syaf dengan senyum senget menyungging di bibir. Automatik terbuka kelopak mata Syaf dan membuntang besar manakala muka Anan pula sudah berbahang. Gelodak di dada mereka berdetak abnormal. Tidak menunggu lebih lama, bibir Anan menyasar pada puncak hidung Syaf.

Anan turunkan semula kaki dan terus membenamkan muka pada dada Syaf. Malu. Tidak sanggup dia untuk melihat Syaf yang mungkin masih terkedu tindakan beraninya. Namun sekurang-kurangnya mereka seri, satu sama dan itu cukup memuaskan Anan berpuas hati.

"Anan pun suka. Langit tu macam Anan kan lagi-lagi awan tu," gumam Anan perlahan. Kepala mecongak untuk mencuri pandang Syaf. Serta-merta secangkir senyum terbentuk di bibir Syaf dan tangan kekar itu mengusap lembut tempurung kepala Anan.

"Haah, kau awan pawana aku. Nama kau cukup melambangkan diri kau, Anan Nurfiza."

Dahi Anan berkerunyut mencerna balasan Syaf. Benarkah sebaris nama dia mengambarkan dirinya? Namun Anan tetap mengukir senyum suka kerana nama penuhnya disebut. "Aku nak bawa kau jalan-jalan sekali hari ni, awan."

"Pergi mana?" soal Anan bersama air muka polosnya.

Syaf melarik senyum nakal. "It's a secret, my cloud."

INDAH sungguh topeng yang tersarung oleh seseorang mampu mencipta rupa berbeza kepada si pemakai. Bekali ingin sorokkan hakikat sebenar ataupun sekadar penciptaan penuh dusta daripada menembusi hikayat mereka. Kadangkala dikaburi begitu tebal sehingga mampu menipu semua pihak sekaligus.

Sementara itu, di kawasan perumahan terkenal Sri Angsana. Petempatan bagi golongan yang rakyat marhaen yang bekerjaya dan menjadi bualan ramai.

Butang kemeja disematkan elok. Tali leher di atas meja solek terus dicapai dan dipakaikan pada bahagian kolar. Figura diri jelas terbias di hadapan cermin digunakan untuk meneliti penampilannya. Senyum tawar terlukis di wajah Ummar. Mata nyata sembab kekurangan waktu tidur ditatap dengan perasaan berkecamuk.

Kepala digeleng berkali-kali. Ummar cuba untuk tidak leka dalam dunianya. Langkah terakhir, ditarik tali leher ke atas lantas dipastikan ketat dan kemas. Tangan membuka penutup gel rambut berjenama lantas dicalit pada tiga jari kanan. Dia mengoles gel pada rambut tampan miliknya seraya sikat pula digapai bagi merapikan lagi hasil kejadiannya.

Siap! Terserlah betapa karisma seorang insan yang bernama Hirraz Ummar. Anak kepada Tuan Hulaif yang bakal menerajui legasi bapanya dalam syarikat pembinaan yang terkenal di Malaysia dan seringkali menerima projek hebat-hebat belaka. Untungnya, bekalan bahan mentah sentiasa berkualiti bagi memastikan keberhasilan tahan lama.

"Mar, ayah kamu panggil di bawah!" laung Mak Esah dari muka pintu biliknya merangkap pembantu rumah yang telah lama berkhidamat di kediaman mereka. Ummar menoleh dan bibir merekah dengan senyum lebar memandang Mak Esah.

"Ya mak, Mar nak turun ni." Ummar membalas sopan. Kaki panjang mengorak langkah mendekati Mak Esah dan ditaup kedua-dua pipi wanita itu tanpa segan-silu. Dia tidak kisah bermanja dengan wanita ini kerana sejak dahulu lagi dia dimanjakan oleh Mak Esah berbanding ibu dan ayah sendiri yang lebih memberi perhatian kepada abang kembarnya, Harriz Umair. Hanya kerana dia kurang pandai dalam pembelajaran, maka dia diketepikan. Malangnya, Harriz juga yang meruntuhkan kepercayaan orang tuanya sehingga dia menjadi galang ganti dalam setiap hal.

Mak Esah mengelus raut Ummar dengan riak sayu. Hati tua wanitanya membengkak melihat keadaan anak majikannya yang tidak bermaya itu. Ummar hanya mengernyih dan dia menyentuh tangan berkedut dimamah usia yang ralit membeleknya.

"Mar baik-baik aje lah, mak. Jangan risaukan Mar ya?" Ummar memberitahu dengan senyuman yang tidak lengkang dari ulas bibirnya. Mak Esah jatuhkan jemala sekilas dan menghentikan usapannya apabila kelibat Puan Nora di bawah menjerkah kuat.

"Bik, mana budak tak guna tu tak turun lagi?!" jeritan Puan Nora memecahkan hening kediaman. Ummar mengeluh lemah dan derapan kaki gontai menuruni anak tangga. Dia meninggalkan Mak Esah yang masih melirik kepadanya tanpa lepas dengan pandangan kasih.

Lelah. Wajah pertama terpancul saat menjejaki dapur ialah Najwa Umairah, adik bongsunya yang maha gedik. Bibir gadis itu menyunggingkan senyum sinis memandangnya atas bawah, pandangan mengejek.

"Kau buat apa lama sangat? Ayah dan ibu dah macam singa lapar tunggu manusia sampah," sinis Najwa menuturkan. Mata Najwa terpamer riak jelek kepada Ummar tetapi sang jaka membuat tidak endah dan meneruskan langkah.

Di dapur, Tuan Hulaif bingkas bangkit dari tempat duduk dan menghampiri susuk Ummar yang baru sahaja memasuki ruang makan. Tanpa aba-aba, tangan tua itu melepaskan tangan ke pipi Ummar.

Ambien hening. Pipi Ummar berbekas merah dan pijar akibat tamparan hebat sang bapa. Kepala yang terteleng diangkat semula bagi menatap Tuan Hulaif yang masih menyinga. Darah mengalir di tepi bibir dikesat kasar.

Iris Ummar kosong membalas renungan kebencian Tuan Hulaif manakala Puan Nora dan Najwa enak menikmati hidangan sarapan pagi. Seperti biasa, tiada siapa yang mahu menjemput dia sertai makan bersama.

"Kau bodoh ke apa? Reti buat kerja ke tidak sampai bahagian pengiraan untung rugi jualan pun kau tak mampu nak uruskan!" pekik Tuan Hulaif. Netra itu meluap-luap penuh berapi.

"Oh, usah mencampuradukkan hal kerja di pejabat ke rumah dengan hal peribadi. Please be professional, Tuan. Apapun, nanti saya cek balik ya Tuan." Ummar membalas ringkas. Tangan dihulur untuk menyalam dipandang sepi oleh Tuan Hulaif. Dada tua itu berombak ganas memasakkan mata seraut Ummar. Ikutkan amarah, dia mahu membantai Ummar yang semakin lantang menjawab.

"Tak payah. Kau dengan abang kau sama aje menyusahkan kami," senada Tuan Hulaif tuturkan diksi. Ummar jatuhkan tangan, bibir dipaksa menayangkan senyum dan angguk sekali. Dia memahami dan membawa diri keluar dari rumah agam yang tampak gah namun tersimpan pelbagai kisah di dalamnya.

TANAH perkuburan Islam menjadi destinasi. Anan membuang pandangan jauh ke luar, masih diam tidak berkutik. Fikiran Anan menerawang jauh saat bayangan masa lalu mengisi ruang minda. Syaf sedar perubahan Anan umpama dibawa berlayar mengenang memori lama dibiarkan seketika.

Mungkin, Anan sedang mengumpul kekuatan.

Sepuluh minit berlalu, Anan menghembuskan nafas lelah. Mata dikerdipkan beberapa kali akibat pedih menahan empangan air mata dari pecah. Gagal mengawal akhirnya meluruh deras.

"Anan dah lama tak ziarah mama dan ayah," getus Anan dengan suara seraknya mengejutkan Syaf. Gadis itu menoleh kepada Syaf dengan sisa air mata berlinangan di tubir mata. Anan tak mahu menangis tetapi tatkala ini dia dihambat pelbagai emosi yang manis juga perit. Jari-jemari cuba menyeka tetapi Syaf segera melelar pergelangan tangannya.

Syaf tunak menikam anak mata bundar Anan. Dia menggeleng perlahan dan diusap lembut air mata Anan dengan ibu jarinya. Syaf menurunkan tangan sehingga kehangatan masing-masing saling bertaut dalam satu genggaman. Meminjamkan sedikit kekuatan demi gadis awan.

Anan hirup oksigen dan menghembuskan berat. Liur ditelan kelat. Bibir mekar dengan senyuman lebar namun cecair jernih semakin galak menuruni ceruk pipi. "Jom abang. Anan rindu nak jumpa mereka semua."

Angguk. Dileraikan tautan, Syaf mulai membolos keluar dari perut kereta diikuti Anan. Hembusan angin menerpa lembut mencumbui roman wajah. Anan tutup kelopak mata menikmati belaian semilir. Euforia yang mengasyikkan.

Awning tudung yang sedikit terusik tetapi tidak diendahkan sama sekali. Tanpa sedar, Syaf sekadar memerhatikan gelagat Anan. Kaki menapak mampir berdiri berhadapan Anan dengan ekspresi beku.

"Awan, buka mata kau." Nada Syaf mendatar itu menampan indra pendengaran Anan. Patuh dengan bicara Syaf, Anan celikkan mata.

Sekonyong-konyong, tangan kasar Syaf menyentuh bahagian muncung fabrik tudung Anan memperbetulkan bahagian tersebut. Anan kejung dengan keprihatinan Syaf biarpun kala itu suaminya memberi reaksi tiada perasaan. Nurani wanitanya menghangat. Bibit-bibit cinta semakin subur dan mekar setaman mahu mengambil tempat di relung hati.

Nyaman. Anan gemarkan detik ini dan mahu terus berlanjutan sehingga akhir usianya. Silap diakah terus rebah dan jatuh dalam dakapan kasih seorang yang tulus kepada gadis sepertinya. Anan tidak ketahui niat Syaf apatah lagi bait diksi suaminya itu. Namun tindakan Syaf umpama berbicara kepada Anan bahawasanya pemberian kasih benar dan wujud.

"Sayangku awan, mari." Lamunan Anan tersentak. Syaf mencapai tapak tangan Anan dan dipautkan sama sendiri.

Lakaran yang menguntum di belahan bibir Anan jelas kelihatan nanar. Wajah Anan muram menyentuh batu nisan Puan Liza, mamanya. Air mata kian menari-nari di pelupuk mata dibiarkan gugur di waktu segala kenangan bergentayangan di ruang pemikiran. Entah mengapa Anan semakin hauskan kasih bersama wanita bergelar mama. Dia masih tidak sempat bermanja sepuas-puasnya tetapi mama telah meninggalkan dirinya.

"Anak mama dah dewasa sekarang tau. Pengalaman hidup mematangkan Anan walaupun Anan ni cengeng sangat. Apapun, Anan akan tetap merindui mama tau. Jadi jangan risaukan Anan ya, ma?" sayu suara Anan meluahkan. Mata bundar menyirna kala kaki menghala ke pusara ayahnya.

Anan berjongkok dan tangan dilarikan mencabut pepohon daun yang telah layu. Mata Anan mengerling pada sebaris tarikh keramat yang terpampang di situ. Sejujurnya, hari itu hampir meranapkan kehidupan dia, kelahiran di mana gadis bernama Anan Nurfiza. Hari yang membawa seribu satu kejadian malang menimpa dirinya.

"Ayah pun. Anan bersyukur Dia temukan Anan mengenali ayah sehingga bawakan keluarga yang lengkap buat Anan. Sekalipun jauh daripada erti sempurna, Anan terima dan telan semuanya sebab ramai lagi yang nak hidup berkeluarga tapi tak berkesempatan kan." Anan lirih berbicara. Sesekali kepala mendongak memandang langit nilam yang cerah. Terik mentari mengalirkan keringat di tepi dahi tetapi wajah Anan masih basah dicemari air mata.

Rebah. Anan longlai melontarkan segalanya. Ngilu dirasakan mencengkam tangkai hati. Sebak dan pedih bersatu menyendat celah rengkung. Nafas direnggut berat.

Syaf setia menemani menjatuhkan tangan ke bahu kiri Anan digosok lembut. Anan melirik seketika kepada Syaf. Kolam mata Anan berair terlihat jelas di bebola mata hitam Syaf yang redup memandangnya. "Lama sangat dah Anan kat sini, mari jumpa adik awak pula ya?"

Anan bangkit berdiri dan dicapai tangan kekar Syaf mengajak ke pusara arwah Syifa'. Bibir Anan masih utuh membentuk senyum manis menunjukkan dirinya baik-baik sahaja. Syaf menuruti tanpa banyak bicara. Anan yang berceloteh menyatakan isi hati penuh kerinduan dan bacaan Yasin kepada mama dan ayah tirinya kian statik dengan mulut terkunci rapat tatkala menziarahi pusara arwah Syifa'.

Hanya suara serak basah Syaf kedengaran bersama air mata lelaki itu menitis mengalunkan kalimah-kalimah suci. Anan pula memilih untuk berdiri sejauh beberapa meter apabila Syaf mula berbicara sesuatu. Sayup-sayup telinga Anan menangkap setiap butir bicara Syaf.

"Adik, along dah kahwin dengan someone tau. Nama isteri along Anan Nurfiza, seusia lah dengan adik. Anan tu kan..."

Selepas itu, Anan menghayunkan kaki meninggalkan keberadaan suaminya dan menanti sahaja di kereta Toyota yang terletak di luar pekarangan kawasan perkuburan. Tidak sanggup melihat kasih Syaf yang ditumpahkan buat arwah Syifa'. Bukan cemburu cuma dia menganggap Syifa' cukup bertuah memiliki seorang along seperti Syaf.

GENGGAMAN tangan Anan dieratkan saat memasuki pusat kompleks membeli-belah yang berpusu-pusu dengan umat manusia. Syaf sedar akan perubahan Anan berpeluh-peluh dengan reaksi kasarmata gelisah dek serangan anxiety kembali lagi. Bibir mungilnya dikertap kuat apabila segenap tubuh berasa kebas. Urat sendi lemah tak berdaya untuk menggerakkan langkah, hanya berdiri kaku seperti patung cendana semata-mata.

"Awan, kita balik ya?" soal Syaf dan menarik pergelangan tangan Anan agar mengikuti dirinya. Anan berkeras memakukan diri dengan mata bundar memasungkan pada susuk seseorang yang amat dikenali. Sistem pembuluh darah berdetak kencang dan tubuh bergelugut hebat.

"Najwa," gumam Anan. Seorang gadis berpakaian bebas bersama wanita anggun berjalan seiring melintasi hadapan mereka membuatkan Syaf turut pandang sama. Celah rengkung kian sempit membuatkan Anan sukar untuk bernafas. Dia menyorok di belakang tubuh Syaf. Mata melingas kiri kanan keresahan sehingga tubuh Anan melayang dipangku Syaf.

Abaikan orang sekeliling yang saling berbalas pandang, keutamaan Syaf ialah Anan. Namun melihatkan keadaan Anan dengan bibir bergetar ingin menyatakan kegundahan diri pantas Syaf menjeling tajam pada mereka dengan suara mendatar. "Apa tengok-tengok? Ada masalah ke?"

Kaki dibawa mengusung langkah keluar dari situ menuju ke kawasan parkir kenderaan. Syaf melilaukan mata mencari kereta Toyota miliknya lantas tersenyum tipis. Kedengaran esakan kecil Anan di dalam cempungan telah menyembamkan muka pada dadanya. Syaf mempercepatkan lagi langkah lantas kunci kereta di kocek ditekan.

Terkial-kial cuba membuka pintu belakang kereta dan akhirnya berjaya. Mereka memasuki perut kereta dan pantas melabuhkan duduk. Syaf meleraikan Anan daripadanya dan perlahan-lahan Anan diletakkan pada sisinya. Rambut gadis awannya dikuak lembut dan rasa suam menjalar keseluruh tubuh Anan. Wajah Anan segera diapit oleh sepasang tangan kekar Syaf menyeka air mata yang membasahi lekuk pipi isterinya.

"Kau okay, awan?" soal Syaf kendatipun dia telah ketahui jawapannya.

Tiada respon diterima. Syaf mempamerkan riak risau dan mata hitam itu tertumpu sepenuhnya pada bebola mata Anan. Air muka gadis awannya ketakutan menambahkan lagi rawan di hati sang pejaka. Juring mata Anan semakin berkaca mengalir laju. Sontak, Syaf membawa Anan ke dalam dakapan. Mungkin cara ini berkesan. "Syuhhh, awan... Ni aku, sayang."

"Dia datang lagi, awak. Dia datang." Anan mengongoi diselangi tangisan bertali arus tanpa henti. Rapuh buat kesekian kalinya.

Syaf hanya menggosok belakang tubuh Anan tanda membujuk dan menenangkan keresahan gadis awannya. Dia keliru dengan situasi Anan tetapi memilih untuk berdiam biarpun pelbagai persoalan menerjah benak pemikiran.

Perlahan-perlahan mata Anan berubah kuyu kian terpejam. Dengkuran halus kedengaran menerjah halwa telinga Syaf seakan Anan letih berperang dengan dirinya. Syaf melakar senyum tawar dan didaratkan kucupan di tepi kepala Anan.

"Kau tak okay, awan." Syaf menghela nafas berat. 

Continue Reading

You'll Also Like

808K 299 1
Agency Series (2) RICH HUSBAND AGENCY merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi membantu individu menyelesaikan misi mereka untuk memikat seseo...
518K 20.1K 56
UNEDITED VERSION | NEW VERSION WILL BE COMING SOON [ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 1] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐲𝐲𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐤𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫 <> 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐀𝐫𝐞𝐞𝐧𝐚☽︎ H...
579K 19.9K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
176K 11.3K 33
Adam Hirdy | Azalea