Takdir You're My Healer [C]

By EiSeoya

31.2K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 18

429 29 0
By EiSeoya

PROFESOR Afzhan memberi mereka cuti rehat selama seminggu sebelum kembali semula masuk latihan pada minggu depan. Atas bantuan Encik Azman tempoh hari, pencarian mencari kehilangan ahli berjaya diselesaikan dengan mudah. Satu penghargaan terbesar diberikan kepada Encik Azman walaupun telah bersara lapan tahun lalu.

Encik Azman merupakan bekas master Shadow yang handal dalam menjejak kehilangan musuh. Kemahiran dia lebih kepada halusinasi dan ilusi dimana seseorang akan terdengar bisikan halus. Ia mengganggu jiwa mangsa sehingga merembeskan aura negatif dari badan.

Lebih banyak aura negatif dirasai, lebih mudah Encik Azman mencari petunjuk keberadaan seseorang. Andai Tuan Zachary tidak menjemput dia ke sini, pasti Tuan Asnawi kecewa dek amanahnya tidak dijaga sebaiknya.

Walaupun tidak lagi berkhidmat di akademi Quricity, Encik Azman sentiasa bersedia apabila dirinya diperlukan.

Kejadian di tempat mistik Empat Bukit Kembar cuma ilusi semata-mata. Lembaga hitam dan roh jahat semuanya tidak nyata. Tempat mistik itu faktualnya tempat suci bagi penduduk bandar Vallette untuk mencari tuah. Sesiapa sahaja inginkan hidupnya penuh keuntungan, maka berdoalah di atas jambatan kayu suci itu.

Kasihan mereka ditipu angkara kerja Encik Azman mengarahkan roh elemennya memburu keberadaan mereka. Termasuk kejadian di air pancut Yhvetz bilamana elemen Thunder dan Flame bergabung menciptakan satu letupan.

Gabungan elemen yang kuat kesannya telah menjawab teka-teki dalam tempat suci Empat Bukit Kembar tersebut. Thunder dan Flame menghasilkan ledakan manakala Aqua dan Frost menghasilkan frostbite.

Kini, Encik Azman kembali ke pangkuan keluarganya di bandar Vallette.



"CEPAT letak kad kau. Letak je apa-apa yang ada," kata Zhan tidak sabar menunggu gilirannya.

"Sabar, aku tau kad kau tinggal tiga. Nah," kad uno tambah empat dilempar oleh Nawwar depan mereka.

"Oh main kotor ya kau? Nah, lu ingat lu sorang ada itu kad? Haiya," Zhan turut meletakkan kad uno tambah empat atas kad Nawwar.

Aryan kemam bibirnya seraya menjeling tajam ke arah Nawwar dan Zhan. Lapan keping kad uno tambahan diambil kasar oleh Aryan. Puk, pak... puk, pak.

Zhan terkekeh-kekeh ketawa melihat reaksi Aryan tidak puas hati. Baru nak menang sekali kena tambah lagi kad. Sakit hati tau tak? Bukan sekali tapi dua game kena benda sama.

Permainan kad uno masih diteruskan. Pusingan agak sengit kerana Zhan hanya tinggal sekeping kad dipegangnya. Setelah sekian lama bertukar giliran dan kad uno bersilih ganti, sudahnya kemenangan sekali lagi berpihak kepada Tuan Zhansheng.

Tiga pusingan berturut Tuan Zhansheng menang.

"Give up aku. Mentang-mentang kau pakai baju warna merah, semua luck kami kau sapu," rungut Aryan menyusun semula kad uno ke dalam kotaknya.

"Chill bro. Heng ong huat ah," Zhan mencantumkan kedua-dua tangannya lalu menggenggam penumbuk.

"Tch... baik aku tidur atas beanbag ni. I'm so done with this game," tutur Nawwar menarik beanbag jauh dari mereka. Dia mahu bersendirian buat seketika.

"Taknak gosip sama kami ke? Luah perasaan? Anything?"

"Not interested," persoalan Zhan pantas dicantas oleh Nawwar.

Nawwar merebah lelah tubuhnya di atas beanbag empuk itu. Lengan kiri terletak pada perut manakala lengan kanan terletak atas dahi bagi menghalang pancaran cahaya lampu menusuk ke matanya.

"Nawwar... teman saya pergi ke kafetaria," pinta Emara lembut. Masa orang nak tidur lah dia pergi kacau. Hish.

"Suruh Hadeena. Saya mengantuk,"

"Kak Deena dengan Aryan. Tak boleh,"

"Suruh Zhan,"

"Malu,"

"Tak payah pergi kafetaria. Pergi esok je. Senang,"

Mencebik bibir Emara apabila Nawwar enggan menemaninya pergi ke kafetaria. Lantas Emara berdiri, dia mengajak Nawwar buat kali terakhir. Ajakan kali ini terselit ugutan halus.

"Saya pergi sorang jelah. Tapi takut terjumpa Fariz sebab dia selalu-"

"Okay fine. I'll go with you,"

Emara tersenyum sinis. Senang rupanya nak ajak dia sebenarnya. Petik nama Fariz, terus berubah fikiran.

Mereka berdua beredar keluar dari bilik rehat menuju ke kafetaria. Rasa ngantuk terus hilang demi seorang gadis yang banyak songeh. Katanya craving minum chocolate milkshake setelah seminggu tak basahkan tekak dengan air manis.

Usai sahaja pesanan dibuat, secawan chocolate milkshake diterima oleh gadis itu. Tersenyum girang dia memandang Nawwar.

"Terima kasih teman saya. Sorry sebab saya paksa awak tadi. Saya tak tahu awak nak tidur sebenarnya hm,"

"Heh. Okey," balas Nawwar ringkas.

"Marah ke? Esok saya belanja awak chocolate milkshake. Deal?"

"Minum banyak sangat air manis boleh kena diabetes. Nak kaki hilang sebelah ke?"

Orang dah offer belanja pun ditolak. Ada aje alasan Nawwar bagi. Tak sporting langsung.

"Emara?" sapa seseorang dari arah belakang. Serentak mereka berdua menoleh. Langkah terus terhenti.

Seorang lelaki gaya rambut belah tengah beserta ketinggiannya sedikit kurang daripada Nawwar. Mengenakan baju hijau berlengan pendek dan seluar slack warna hitam. Berkulit sawo matang bersama misai keli menjadi penyeri wajahnya.

"Fariz? Dah lama tak jumpa awak," balas Emara mesra.

"Oh I've worried so much about you. Are you okay after the incident? Where have you been for a week?"

Rasa kekok terserempak semula kekasih lama pembawa trauma dalam hidupnya. Terkulat-kulat Emara mahu respon persoalannya satu per satu.

"It's okay, you don't have to answer those questions. Anyway, I've missed you so much! And... wait. Who is this guy?" soalan Fariz dituju kepada Nawwar mendiamkan dirinya.

"Nawwar Inas. Kau rupanya Fariz?" tanya Nawwar menjeling tajam kepadanya.

"Emara ada cerita dekat kau? Maksudnya... awak masih ingat saya ke Emara?" Fariz teruja apakala dia mendapat tahu Emara pernah menceritakan tentang dirinya kepada Nawwar.

Sebelah tangan Nawwar berpindah ke belakang tubuh kekarnya lalu menggepal penumbuk.

"Aww, do you miss me, Emara? If you do, why don't we getback together?"

"This lovely girl won't go back to you," tekan Nawwar menarik lengan baju Emara rapat mendekatinya. Lidah Fariz menolak isi pipi dalam mulut, cuba mengawal rasa geramnya. Ex aku senang je kau nak rampas!

"Eh budak berparut. Kau ingat dia nak kau ke? Kau lupa ke sejarah hitam akademi lapan tahun lepas? Lelaki pendosa macam kau jadi pilihan dia? Jangan harap," Fariz mengatur langkah ke arah Nawwar berwajah dingin. Mata helangnya ditatap tajam.

"Kau pasti ke Emara nak berbalik dekat kau? Aku rapat dengan dia pun sebab dia yang kejar aku. Bukan aku kejar dia,"

Tubuh Fariz kejung. Andai Emara tiada di sini, sudah lama anak Tuan Asnawi dia kerja habis-habisan. Kata-kata Nawwar memang mencabar kesabarannya.

"Kau menipu kan? Kau sengaja twist cerita sebab nak rampas dia dari aku!" bahu Nawwar ditolak kasar. Emara terkaku setempat melihat tindakan Fariz sebegitu.

Sekali baran Fariz menguasai diri, dia pasti mencederakan seseorang cara fizikal.

Nawwar berdecit kecil. Tangan naik menyilang. Kelakarnya seorang pendosa menutup sisi gelapnya selama dua tahun bersama Emara. Acah suci bak malaikat, hakikatnya perangai serupa iblis!

"Baiklah Fariz Hakimi. Kita tengok Emara pilih siapa antara kita. Kau dapat dia, dia hak kau. Aku dapat dia, dia hak aku. Bahkan, dia boleh jadi hak milik aku yang mutlak,"

Rahang Fariz bergesel kuat. Rasa mahu carik-carikkan muka Nawwar biar hilang rupa terus.

"Eh, mana parut kau? Handsome sangat ke kau sampai nak rembat ex orang?"

Rambut depan Nawwar ditarik kasar oleh Fariz tanpa belas kasihan. Puas Fariz memandang parutnya yang terserlah. Tubuh Nawwar terjelupuk jatuh sebaik menerima tamparan padu dari Fariz.

"Nawwar!!" Emara berlari terus mendapatkan Nawwar. Diam tidak bersuara jejaka itu tatkala tindakan spontan Fariz sudah cukup membuatkan hatinya tersinggung.

It's not nice to make fun of someone's insecurities.

"Oh Emara... how dare you chose him over me? He's literally nothing compare to me,"

Dalam diam, Nawwar bangga kerana yakin dirinya akan dipilih berbanding Fariz.

"You... Cursed Child! You took her from me! Kau akan terima balasan dari aku suatu hari nanti! Kau tunggu..." berang Fariz meramas rambutnya. Dia beredar pergi bersama hati yang terluka. Meluat tengok bekas kekasih bersama pilihan orang baru.

Emara sepatutnya milik Fariz! Bukan lelaki tak sempurna macam dia!

"Jantan hilang akal!" gumam Emara perlahan. Rambut Nawwar dikemas rapi mengikut gaya asal. Nawwar mengetap bibirnya lantas bangkit untuk kembali ke bilik rehat.

"Nawwar!" panggil Emara mengejar Nawwar jauh di hadapan.

"Sudah Emara..."

"Awak terasa dengan perbuatan Fariz ke?"

Langkah Nawwar terhenti apabila sweater putihnya dicapai Emara. Gadis mungil itu ditatap bengis. Nawwar sedaya upaya mengawal emosinya.

"Yes, saya terasa. Terasa sangat!" luah Nawwar panas hati.

Perlahan-lahan, tawa kecil Emara meletus dari bibirnya sambil menyedut saki baki air chocolate milkshake. Kening Nawwar sedikit berkerut. Kelakar ke?

"I smell jealousy over here,"

Nawwar tersedak angin terus batuk palsu. Buat apa cemburu dengan lelaki misai keli? Kurus keding macam lidi?

"Me? Jealous? Tch... you talked nonsense,"

"Ala, kita pun tak sangka akan bertembung dengan dia,"

"Tapi saya tak suka tengok dia. Langsung,"

"Jadi maksudnya awak lagi suka tengok saya? Awak takut Fariz tergoda lagi sebab saya?"

Nawwar kematian kata serta merta. Makin menggelegak panas hatinya bila Fariz terjatuh hati semula padanya.

Kaki curang. Kaki perempuan. Nafsu setan. Dasar tak cermin diri, ada hati kata orang lain pendosa!

"Nawwar," petikan jari Emara menyentak Nawwar dari lamunan.

"Jealous eh ada lelaki lain nak saya? Ha?"

"Tak tahu. Dah jom balik,"

"Jawab dulu soalan saya,"

"Buang plastik air tu. Takkan nak bawa sampah masuk macam awak bawa si Fariz masuk balik dalam hidup awak?"

Auch! Menusuk juga lontaran soalan Nawwar.

"Okey, Nawwar!" Emara membuang sampah tersebut di tong sampah berdekatan. Tersenyum sinis teringatkan semula kata-katanya.

Cemburu? Biasalah. Siapa saja mahu cinta hatinya jatuh di tangan lelaki lain?

What's mine is mine.




ㅤㅤ



ㅤㅤ



ㅤㅤ



ㅤㅤ

Continue Reading

You'll Also Like

38.9K 2.9K 61
Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Ba...
1.4K 145 8
"ℌ𝔢 𝔴𝔦𝔩𝔩 𝔴𝔞𝔦𝔱 𝔣𝔬𝔯 𝔥𝔦𝔰 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔣𝔬𝔯𝔢𝔳𝔢𝔯" ARQINA ZULQISA seorang gadis yang berpendirian teguh dan hati yang lembut cuba melarika...
60.9K 7.5K 14
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
186K 2.7K 26
Konflik di mana pelbagai dugaan juga godaan yang mendatangi Sarjan Mus sebelumnya membuatkan dia lebih bersikap neutral dalam kehidupannya. Pada awal...