Takdir You're My Healer [C]

By EiSeoya

31K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 14

469 29 5
By EiSeoya

BANDAR Vallette adalah destinasi yang bakal dituju. Kira-kira 35km lagi baru tiba di ‘sempadan’ jambatan menuju ke Pulau Akademi Quricity. Mungkin akan memakan masa yang lama memandangkan bandar Vallette adalah antara bandar terluas dalam wilayah Tzuvillida.

Bandar Vallette terkenal dengan bandar yang sering dikaitkan kisah mistik oleh penduduk asal Valletion. Contohnya, Empat Bukit Kembar antara kisah mistik bualan ramai hampir semua penduduk di tujuh bandar dalam wilayah ini tahu. Sekiranya ada orang berjaya mencari pintu rahsia untuk menyelinap masuk, mereka bakal berdepan dengan suatu keajaiban yang berlaku sama ada baik mahupun buruk.

"Jauh lagi ke nak sampai sana? Kaki aku dah lenguh," adu Hadeena menghentakkan kasut tumitnya ke permukaan jalan. Mereka bakal keluar dari kawasan bandar Yhvetz tidak lama lagi.

"Nanti I urutkan kaki you lepas kita sampai akademi," mata Aryan dikenyit sebelah untuk Hadeena.

Princess treatment paling dicemburui ramai wanita. Kau ada? Jodoh pun tak sampai. Tak payah berangan lebih.

Lengan Emara disiku Hadeena. Wajahnya didekatkan ke telinga Emara lalu berbisik, "Jangan malu. Nawwar tak makan orang. Dia introvert sikit,"

Masalahnya mereka dua sama introvert. Nak pesan nasi pataya pun sempat gaduh sekejap.

Satu keluhan keluar dari bibir Emara. Nak mengorat dia, kekadang serasa pekerja zoo nak bagi singa makan dalam sangkar. Bagi daging terketar-ketar tangan, risau kena ngap sekali. Nak ambil hati dia takut syok sendiri. Cinta bertepuk sebelah tangan.

Sama macam orang yang tengah baca ni ha. Beria seorang padahal kena notice pun tidak. Kesian.

Hadeena berlari ke depan mendapatkan Aryan yang rancak bersembang dengan Nawwar. Kak Deena memang cari nahas dengan orang! Tahu lah dah pegang status tunang. Kan dah kena tinggal seorang dekat belakang.

Lirikan Emara berpindah ke Nawwar. Dia memang tak sedar ada kewujudan gadis ini ke apa? Terang lagi bersuluh Hadeena dengan Aryan dah jalan berdua. Siap berpegang tangan terhayun-hayun.

Panggil lah suruh jalan sama-sama! Geramnya lahai!

"Emara? Awak janganlah jalan belakang saya,*

Eh? Dia boleh baca isi hati Emara? Tau-tau aje orang acah merajuk.

Dengan penuh keriangan, terkedek-kedek Emara berjalan di sisinya. Sekurangnya dia perasan walaupun lambat. Ha, asal senyap? Takkan krik krik memanjang.

"Nawwar… um… awak pernah suka orang ke?" soal Emara walaupun dia tahu Nawwar tiada pengalaman dalam dunia percintaan.

"Huh? Pernah,"

Aik? Bukan Hadeena kata dia tak pernah ke semalam? Pandai Hadeena menipu orang.

"Saya suka diri sendiri sebab tak ada orang suka saya,"

Insya Allah satu hari nanti memang Nawwar akan kerjakan dia cukup-cukup.

"Kenapa tanya?" awal lagi dah Nawwar bagi soalan perangkap. Habislah, nak jawab apa? Tak jadi strategi nak bodek anak Tuan Asnawi kelak.

"Err… saja. Saya ingat awak gay," ujar Emara sengaja buat lawak hambar.

Pandangan mata helang yang amat mendalam cukup buat Emara sesak dada. Nak marah, marah lah. Siapa suruh dia tipu orang dulu tadi!

"Apa sebab awak kata saya gay? Hey, I’m straight," Nawwar memutarkan bola matanya ke atas.

"Awak memang sengaja cari pasal? Nasib baik kita tak ada apa-apa hubungan cinta sekarang ini. Kalau tak, tahulah akibat dia,"

Ouch! Tak ada apa-apa hubungan. Nawwar sendiri menyatakan ayat itu secara terang-terangan. Ada harapan lagi ke nak tawan hati dia?

"Akibat apa?" Emara menjungkit keningnya sebelah.

Gadis itu dijeling tajam dari ekor mata. Tak bersuara menjawab persoalan Emara. Terus Emara menunduk memandang permukaan jalan yang dipenuhi batu hiasan. Isi pipinya digigit, menahan rasa malu.

Hati sedingin ais ini akan ku cairkan suatu hari nanti.



HENTIAN terakhir mereka adalah hotel bajet berhampiran sempadan bandar Vallette kira-kira 2km jaraknya. Penat juga walaupun sudah naik bas awam mengikut stesen yang ditetapkan. Biarlah badan menerima rehat yang secukupnya.

Empat sekawan sedang bersantai di ruang rehat tingkat bawah. Aryan dan Hadeena sudah pasti akan duduk bersama, susah nak berpisah walaupun sekejap. Tak lama lagi kahwin, tentulah perancangan awal penting dalam memastikan urusan berjalan dengan lancar kelak.

Jejaka yang mengenakan t-shirt putih itu melayan perasaan sendiri sembari duduk bersandar di atas sofa kecil bersebelahan dinding. Baru saja ingin pejamkan matanya, suara lunak yang menegur menyusup masuk ke dalam telinganya.

"Hai. Awak okey?"

Kepala jejaka itu angguk perlahan.

"Maaf kalau tuduhan saya buat awak terasa. Saya nak buat lawak aje,"

"Tak lawak. Nice try,"

Kan dah kata macam singa sifatnya. Bukan singa gatal kali ini, singa badmood! Sekali salah cakap, ready tadah telinga kena bebel.

"Orang kata jangan kuat marah, nanti cepat tua," sudut bibir Emara dinaikkan sehingga timbul isi pipi.

"Then?"

"Nanti awak jadi bujang tua. Sebab kuat marah orang,"

Wajah tegang Nawwar didekatkan ke wajah Emara yang menunjukkan reaksi cuak. Tangannya perlahan menarik dagu mulus gadis itu. Biar senang ayat ceramah serap masuk ke dalam kepala dia.

"Awak ingat saya kisah? Bujang ke jadi suami orang ke, saya akan mati juga satu hari nanti,"

"Semua orang layak dapat kebahagiaan!" balas Emara berani.

Dagu mulus itu dilepaskan perlahan. Belakang tubuh Nawwar kembali bersandar pada sofa yang empuk.

"Senang awak kata sebab awak dengan Fariz. Dua tahun lagi tu. Ingat saya laku di mata wanita akademi Quricity? Tch…"

"Saya dah kata saya putus dengan Fariz!! Saya tak nak dia lagi,"

"Jadi awak nak tackle saya pula? Begitu?"

Alamak! Baru buka topik dah kena attack. Kut iye pun firasat kuat, jangan bagi kantoi dekat sini. Ada orang tengah berusaha buat first move walaupun tahu kena reject.

"Mana ada! Saya cakap benda betul, semua orang layak dapat kebahagiaan,"

Nawwar berdecit kecil. Bahagia atau tidak, jika pilihan yang dilakukan adalah salah, tetap tidak menjamin hubungan yang kekal lama. Tubuh sasa itu berpusing membelakangi Emara, sebelah tangan menongkat kepalanya.

"Let’s see if you manage to win my heart. But remember, once I fell in love with you, there’s no way turning back,"

Emara langsung katup bibir. Cabaran kedua daripada Nawwar ke? Cabaran pertama bermain osom dengan dia, kemenangan berpihak pada Emara. Tetapi cabaran kedua ini makin susah sebab melibatkan hati dan perasaan dia.

"If you failed, go find anyone else who is better than me. You might deserve another man besides Fariz, but not me,"

"Why?"

Keluhan berat dari bibir Nawwar. "I don’t know. Can you please leave me alone? Now?"

Emara sekadar menurut lalu meninggalkan Nawwar sendiri. Sempat Hadeena menahan dia, namun tidak diendahkan. Bagai membawa hati lukanya pergi bersama. Aryan menjongket bahunya, tidak tahu apa yang berlaku antara mereka.

Derapan tapak kasut tumit tinggi milik Emara beransur hilang. Nawwar menggepal kedua-dua belah tangannya kuat. Dia mendesis perlahan.

'Cepat betul mengalah. Awal lagi. Hm,' bisik hatinya dalam diam.



PANCARAN cahaya matahari menembusi tingkap bilik menyebabkan semua penghuni terjaga dari lena yang indah. Jam dinding menunjukkan pukul sembilan, ini bermakna semua anak akademi yang masih tersadai harus mempersiapkan diri untuk berjalan ke bandar Vallette pula.

Nasi lemak lauk ayam berempah menjadi juadah sarapan pagi bagi menokok tambah tenaga untuk perjalanan yang panjang. Makan sehingga kenyang, pinggan pun licin jua. Selepas ini, ada lemak yang harus dibakar bawah panas terik matahari.

Tiba di bandar Vallette, rambang mata melihat suasana bandar yang serba hijau. Banyak pokok renek ditanam tepi jalan. Rasa sejuk sampai ke sum-sum tulang. Untung penduduk Vallette punya kerajaan yang cakna tentang pemanasan global yang sering dipandang remeh oleh sesetengah masyarakat.

Tindakan memperbanyakkan tanaman hijau akan menyejukkan suhu yang kian meningkat akibat pembinaan bangunan yang turut bertambah. Peranan pokok dalam menjalankan proses fotosintesis akan membebaskan lagi oksigen ke udara.

"Kita nak buat apa sini?" soal Hadeena memandang tiga sahabatnya serentak.

"Hm… jauh tak Empat Bukit Kembar daripada tempat kita sekarang? Saja melawat," cadang Emara dengan nada lembut.

"Boleh juga. Kau Nawwar? Okey tak kalau pergi situ?" pertanyaan Aryan dibalas dengan anggukan Nawwar tanda setuju.

Rugi tak pergi ke tempat mistik terkenal bandar Vallette.

"Siapa tahu ada antara kita dapat jumpa pintu rahsia yang menjadi khabar angin semua orang. Boleh jenguk ke dalam apa yang istimewa sangat tempat dia," Hadeena mula berangan indah memikirkan keindahan tempat itu.

"Eh, aku dengar ada orang kata kadang-kadang tempat dia boleh buat kita trauma. Jangan tanya aku kenapa, aku cuma dengar khabar angin," kedua-dua tangan Aryan diangkat paras dada, madah mitos yang belum pasti sebelum kena tuduh menipu.

"Trauma? Seram sangat ke tempat dia?" sombong Nawwar menjawab.

"Hei! Mulut awak jangan celupar sangat! Awak dah ada trauma, jangan nak tambah lagi," kata-kata Emara membuatkan Nawwar terkesan. Boleh tahan mulut laser gadis ini.

"Siapa ajar awak berani menjawab saya?"

"Akulah orangnya," terkekeh sinis Hadeena menjawab Nawwar yang memberi reaksi tak senang kepada dua wanita di hadapannya.

"Sabar lah Nawwar, aku selalu juga kena dengan Hadeena. Tapi itulah, aku yang mendiamkan diri sebab tak berani balas balik," Aryan dijeling tajam oleh Hadeena bak harimau ingin makan daging mangsanya.

"So-sorry, darling. I-"

"I’ll kill you with this kunai in my hand. Don't you ever mess up with me!"

Liur diteguk kesat sebelum Aryan menyorok di belakang Nawwar. Tergeleng-geleng melihat gelagat pasangan tunang yang kerap bergaduh siang malam. Ada aje benda tak kena.

"Dah. Nak gaduh, biar lepas kahwin. Kita kena fokus nak pergi Empat Bukit Kembar. Tersesat karang tak balik dah akademi kelak,"

Suruh fokus bukan apa… aku pun nak juga gaduh dengan partner macam dia orang! Tak adil!




ㅤㅤ



ㅤㅤ



ㅤㅤ



ㅤㅤ

Continue Reading

You'll Also Like

Kampungku By

Fantasy

103K 502 8
Aktiviti Kemasyarakatan Dikampung Sangat Harmoni Dengan Kerjasama Penduduk Setempat Dalam Berbagai Perkara Yang Dilakukan Bersama-Sama Diatas Semanga...
33.7K 1.8K 39
Hanya sakit yang dapat dirasai tatkala mencintai seseorang yang sama rupanya, namun jiwa telah berbeza. "Aku Jauhar... bukan Ayden" - Jauhar Khairr "...
857 93 4
Tiga tahun persahabatan yang terjalin antara mereka melalui alam maya akhirnya membuatkan si gadis menaruh perasaan istimewa terhadap si jejaka dalam...
4.4K 351 5
ATIQQ RAFIKI | DILLA NATASYA . . mereka tidak boleh bersama tetapi takdir mereka untuk bersama. •PERINGATAN• - kisah ini adalah ulang tayang untuk hi...