Trauma (BoBoiBoy)

By SitiNafisa

72.1K 7.2K 3.3K

Selepas beberapa bulan mengalahkan Retakka dan menjadi penguasa tujuh Elemental semula,BoBoiBoy kembali melak... More

Panggilan
Misi
Elemental
Cry
Plushie
Smile
Overthinking
Synee
Solar Beam
Syarat
Tinggal
Kuasa
Berangkat
Ribut
Quabak
Pyromaniac
Kritikal
Siberian
Forest Healer
Reunion
Healing
Rimbara
Perjumpaan
Outrage
Gamma
Plan
Cantum
Serang Balas
Hero
Kembali
Ancaman
Revoke
Repulsion
Acceptance
Last Mission
Broadcast
Cari
Rewind

Coronation

1.9K 198 73
By SitiNafisa

Di Planet Synee,Solar hanya berdiri tegak dihadapan cermin sementara pembantu mengemaskan pakaian dia.

Dia nak pakai sendiri tapi pembantu tu halang jadi Solar terpaksa biarkan saja.

Sekarang ni,dia memakai kemeja putih dengan corak kuasa dia,tali pinggang silang dengan seluar putih dan kasut boots dia. Dia berkeras nak juga pakai kasut tu.

Rambut dia dah disikat rapi,ambil masa satu jam untuk itu saja dan dibahunya ada sehelai cape berwarna putih yang mencecah buku lalinya.

Betul² macam putera.

Solar: *sigh**tengok jam* Kenapa satu pun tak jawab panggilan aku? Memang diaorang nak buat surprise ke apa ni?

Pembantu dah keluar meninggalkan Solar sendiri dibiliknya. Tak lama lagi majlis akan berlangsung. King Dim masuk kedalam bilik Solar dan berdiri dibelakangnya,berhadapan dengan cermin.

K.Dim: Hm,kamu memang cerminan yang terbaik untuk rakyat,Solar. *betulkan postur badan Solar supaya tegak*

Perfect prince.

Solar: *kemam bibir* Tuanku...Kawan-kawan saya ada bagi mesej apa² tak? Saya jemput mereka kesini tapi mereka tak bagi balasan semula.

Solar tak perasan King Dim tersentak sedikit apabila Solar ungkit pasal hal itu.

K.Dim: *sapu habuk dari bahu Solar*. Beta yakin,mereka dah bersedia menunggu di majlis nanti. Siap sediakan diri kamu,Solar. Beta akan tunggu di takhta pemahkotaan nanti.

Solar hanya mengangguk dan teruskan memerhatikan pantulan diri dia dicermin. King Dim melangkah keluar dari bilik itu.

Perasaan ragu-ragu mula melanda Solar. Dia tak tahu kenapa,tapi dia rasa tak sedap hati.

Gempa dah lama tak hubungi dia...

Betul ke keputusan dia ni?

Apa yang dia buat sekarang ni betul ke?

Lepas pemahkotaan ni selesai,dia boleh balik...kan?

Solar mula mundar-mandir didalam biliknya,bermain dengan sarung tangan dia sebab gelabah.

Dia tak tahu apa nak buat.

Tak pernah aku rasa kosong macam ni...

Lamunan dia terhenti apabila pintu biliknya diketuk.

...:Tuanku Solar? Majlis pemahkotaan tuanku akan bermula tak lama lagi.

Solar tersentak.

Solar: Y-Ya! Kejap lagi saya keluar!

Solar melihat semula pantulan diri dia pada cermin dan kemudian pada jam kuasa dia.

Solar: *serabaikan rambut kembali pada asal*  Lebih cepat aku habiskan semua ni lebih cepat aku boleh balik.

 Solar menghela nafas berat sebelum membuka pintu biliknya. Ada pengiring yang sedia menunggu dihadapan biliknya.

Pengiring:*tunduk* Tuanku.

Solar:*tak selesa* Err..Ya-ya. Tunjukkan jalan.

Berjalan melalui hallway buat Solar rasa lebih gemuruh. Di tingkap dia boleh nampak alien diluar yang sedang menanti majlis itu.

Tenang,jangan gelabah.

Lagi cepat kau habis,lebih cepat kau boleh balik rumah.

Balik pada Gempa..

Pengiring dia mengiringi dia sampailah dihadapan pintu utama. Dia boleh dengar suara King Dim bercakap didalamnya. Solar mengerling pada jamnya buat kali terakhir sebelum menarik nafas dalam cuba untuk tenangkan diri dia.

Solar: Kau boleh buat ni. Cepat habis,cepat balik.

Musik kuat mula kedengaran dan pintu mahogani itu terbuka dengan sendirinya. Ramai alien-alien Planet Synee berada dikiri dan kanannya,membentuk satu laluan untuk dia lalu dan King Dim dah sedia berada di penghujung jalan.

Solar menarik nafas dalam sebelum melangkah masuk kedalam bilik tersebut. Elegan dan segak macam pemimpin sebenar. Macam dia dah dilatih sementara tinggal disini.

Perfect. Sempurna.

Sedar tak sedar dia dah berada tepat dihadapan King Dim. Dia tengah berkata sesuatu yang dia malas nak ambil tahu. Dia tak nampak geng Kokotiam ataupun Gempa.

Diaorang tak datang ke..?

Jantung dia semakin berdegup kencang apabila King Dim mengambil mahkota yang terletak elok atas kusyen baldu itu.

K.Dim: Dengan ini,beta isytiharkan,putera mahkota baharu Planet Synee,Putera-

...:Berhenti!

Majlis itu tergelanda apabila da suara lantang yang menghentikan acara itu. Solar terus pusing belakang.

Geng Kokotiam berdiri dimuka pintu dengan muka yang agak serius.

Tapi wajah Solar bertukar ceria.

Solar:*happy* Korang!

Solar terus berlari turun dari platform tinggi itu walaupun dilarang keras oleh King Dim. Alien disekeliling mereka mula bangun,keliru dengan apa yang tengah jadi sekarang.

Solar: Sampai pun korang! Aku ingatkan korang lupa! Kenapa tak jawab panggilan aku?

Soalan Solar panjang lebar membuatkan geng Kokotiam pelik.

Gopal: Apa maksud kau...panggilan? Kau yang jawab panggilan kitaorang adalah!

Ying: Ya meh! Penat kitaorang cuba hubungi kau tapi asyik kena reject saja meh!

Yaya: Kau kena balik sekarang Solar. Ada benda yang besar tengah berlaku sekarang.

Solar: A-Apa maksud korang? Aku ada mesej koranglah! Tengok ni.

Solar membuka hologram jamnya dan menunjukkan mesejnya pada semua geng Kokotiam. Tak ada satu pun yang terbaca.

Fang:*bukak hologram* Tak ada. Tak dapat dalam jam aku. Tapi apa pun,kitaoranghantar mesej kecemasan. Tak kan lah kau tak dapat.

Solar:*geleng kepala* T-Tak.. Tak ada pulak. Bila aku tanya mereka tak ada pulak mereka kata ada mesej dari korang.

Tak lama lepas tu baru Solar perasan.

Gempa tak ada.

Solar: Mana Gempa? Dia sakit ke? Sebab tu ke dia tak ada dekat sini?!? I-Itu ke mesej kecemasan korang?*panik*

Geng Kokotiam memandang sesama sendiri dengan riak wajah yang suram. Fang meletakkan tangannya pada bahu Solar.

Fang:*deep exhale* Gempa dah tak ada Solar. Sebab itu kami bagi mesej kecemasan untuk panggil kau balik tapi kau tak balas.

Satu badan Solar terus jadi beku. 

Solar: A-Apa- Aha..K-Kau saja je kan nak kenakan aku sebab mesej aku tak sampai? Haha! Janganlah gurau macam tu. Mana Gempa?

Dia berharap sangat yang kawan-kawan dia hanya bergurau. Tapi melihat wajah suram mereka hampir buat Solar hilang kawalan.

Fang: Solar...Kau adalah Elemental BoBoiBoy yang terakhir. BoBoiBoy sekarang tengah kritikal dekat wad ICU TAPOPS sebab diserang dengan musuh baru yang dah rampas kuasa Gempa. Kitaorang ke sini sebab nak dapatkan kau semula sebab kita tak tahu kalau Vitreous memang cari kuasa orang ataupun cuma nak kuasa Gempa.

Penjelasan Fang hanya bagaikan angin lalu bagi Solar. Tangannya menggigil. 

Gempa...tak ada?

Perlahan-lahan kepalanya menoleh kearah King Dim yang berdiri dihadapan dengan riak wajah takut.

Solar:*dangerously low voice* Kau tau....pasal hal ni?

K.Dim: Solar-

Tak sampai sesaat Solar dah berada tepat dihadapan Kind Dim,mencekak kolar bajunya. 

Solar: Jawab soalan aku! Kau tahu ke tak pasal hal ni?!

Semua alien yang ada dekat situ mula bising.

K.Dim: Y-Ya! Beta tak nak kamu terganggu-Majlis ni kena berlangsung dengan sempurna!

Whatever that hold Solar's sanity right now,breaks-

Solar mencampak King Dim ke tengah dewan diantara orang ramai.

Solar: Kau tau aku cuma kesini untuk tolong kau! KAU TAK ADA HAK UNTUK BACA MESEJ YANG DITUJUKAN PADA AKU!

Kedua-dua belah tangan Solar mula bercahaya .

F,Y,Y,G: Solar!

Apabila mata Solar mula bercahaya tanda dia nak menyerang dengan kuasa penuh, geng Kokotiam segera bertindak.

Yaya: Gravity Pemberat!

Fang: Ikatan Bayang!

Orang ramai mula menjauhkan diri dari dewan itu.

Solar:*meronta* Lepaskan aku! Argh!

Fang: Bawa bertenang Solar. Kau akan cederakan semua yang ada dekat sini. Kalau kau mengamuk macam mana pun,tak kan boleh ubah apa yang berlaku. Gempa tak kan kembali kalau kita tak selamatkan dia.

Suara Fang perahan cuba untuk tenangkan Solar. Kang nanti kalau dia naik suara sama tak memasal hancur planet ni dibuatnya.

Rontaan Solar makin lama makin perlahan. Matanya dah tak bersinar macam tadi. Lama-kelamaan,dia hanya terduduk ditengah dewan itu,menangis.

Solar: Gempa...*sobbing*

Yaya menghentikan kuasa dia,sama macam Fang. Geng Kokotiam segera kesisi Solar dan Gopal menarik Solar dalam pelukannya.

Solar: Isk....Ini...I-Ini semua salah aku..A-Aku janji nak lindungi dia t-tapi aku-

Fang:*potong* Jangan salahkan diri kau,Solar. Tak ada sesiapa. Kau pun tak tahu benda macam ni akan jadi.

Solar: A-Apa aku nak buat sekarang..?Aku...hah..

Badan Solar tiba-tiba jadi lemah dalam pegangan Gopal,mengejutkan geng Kokotiam.

Gopal: Eh,Solar! Bangunlah dey!*goncang Solar*

Yaya: Rasanya dia dah shock sangat ni..

Ying: Jomlah kita balik sekarang

Sebaik sahaja geng Kokotiam membuka langkah untuk beredar,King Dim menghalang mereka.

K.Dim: Kamu semua tak boleh beredar! Planet Synee perlukan pemerintah baru!

Mereka terus berada dalam fight mode apabila askar Light dan Dark mengelilingi mereka.

Fang: Solar bukannya anak kau untuk turunkan takhta tu pada dia. Dia diperlukan dekat tempat lain!

K.Dim:*geleng kepala kuat**ketuk tongkat* Tak! Kau yang tak sepatutnya ambil dia. Dia adalah kuasa asal dari planet kami,jadi kami lebih berhak untuk memiliki dia!

Ying:Berhak kau kata?!

Yaya: Ouh,jadi selama ni kau cuma nak Solar berada disini hanya untuk dapat bekalan tenaga sajalah?!

Fang:*sigh*Kenapalah aku kena hadap alien tak bermaruah macam ni..

Bayangan Fang mula menutupi geng Kokotiam.

Fang: Dan aku malas nak layan korang. Pindahan Bayang!

Dengan sekelip mata saja,mereka menghilang dalam bayang dan terus saja sampai di depan kapal angkasa kebenaran.

Yaya: Kapten Papa! Kami dah dapat Sola. Kita kena gerak sekarang!

Geng Kokotiam segera masuk dalam kapal angkasa dan dengan itu,kapal itu terbang jauh daripada  Planet Synee itu.

Misi mereka dah selesai sekarang masanya untuk buru Vitreous dan dapatkan semula elemen Gempa.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

~TBC~

Get enough sleep,they said..
It would be fun,they said..


I don't know what to do with my life now-🙂

Everything hurts-

Anyway,hope you guys like it.

Stay safe.💜

Author Kim_Ezra

Continue Reading

You'll Also Like

61.1K 5.3K 41
612K 37.2K 65
Riyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan...
1.2M 89.5K 51
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
1K 46 9
2 tahun sudah berlalu, Adeeb Naufal bekerja sebagai seorang cikgu mengaji di kampungnya. Adeeb juga bekas penceramah di masjid atau surau kampung hal...