Baby!!! • Choi Beomgyu

By loveydescent

5.6K 727 269

[txt's malay fanfiction] Without their knowledge, Right after they get married, someone tests their loyalty t... More

prologue
1. Baby!!! (☆)
2. Milk
3. The Reason
4. Tips
5. Honey Without Moon
6. Another Ex
7. To Compare
8. Are You Jealous? (☆)
9. An Old Story (⁠☆)
10. Papa Beomgyu
11. Small Talk
12. 😇
13. 🛍️🍼
14. Baby?!!
15. 화났다
17. Confession
18. Crack (☆)
19. Pretending
20. Are You Sure?
21. Pacify (☆⁠)
22. ?
23. Unhappy
24. Such A Crybaby
25. Devil Angel

16. 💢 (☆⁠)

181 28 26
By loveydescent

Beomgyu tersenyum melihat DaHee sedang tidur bersama Baby, dengan posisi DaHee memeluk Baby dari tepi. Dia menghela nafas perlahan dan bangun untuk keluar dari bilik. Bukan apa, dah datang rumah orang tak kan nak kurungkan diri pulak kan? Tak sopan.

Turun saja dari tangga pemandangan yang dia nampak adalah Ivy sedang mengurut bahu grandma di sofa dan grandma terlihat sangat menikmatinya. Mereka juga ketawa bergurau senda.

Kenapa perempuan tu tak balik lagi?

Beomgyu ingatkan nak duduk di meja luar rumah tetapi dia dipanggil oleh grandma.

"Beomgyu?"

"Iya?"

"Marilah duduk sini dengan kami," pelawa grandma.

Dibuat fikir dua kali juga untuk mengiyakan ajakan grandma. Matanya memandang siling atas, tempat terletaknya bilik DaHee.

Beomgyu akhirnya ikut menyertai grandma dan Ivy. Sebaik saja Beomgyu duduk di salah satu sofa, Ivy menunjukkan senyuman tipis.

"Ada apa-apa yang boleh Beomgyu tolong grandma?"

"Tak ada? Mungkin lepas habis urut, boleh la Beomgyu dengan Ivy tolong grandma masak kat dapur."

Beomgyu hanya mengangguk dan menundukkan kepala.

Grandma buka suara ketika Beomgyu mula menundukkan kepala. "Untung DaHee dapat suami yang baik, turun bawah, sopan dengan orang tua. Bukan macam dia, dah la melawan, bukan nak turun mintak maaf ke apa ke."

"Ivy baik, bila la nak dapat lelaki yang baik macam Beomgyu." Grandma menghentikan tangan Ivy yang mengurut bahunya dan membawa Ivy duduk di sebelahnya.

Grandma memegang kedua tangan Ivy. "Masa pertama kali DaHee bawa Beomgyu datang sini, Grandma tahu yang Beomgyu ni package lengkap."

Ivy tersenyum sedikit. "Ivy tahu." dia memandang Beomgyu.

Mata mereka bertemu. Beomgyu cepat² mengalih pandangannya dan menghela nafas.

Grandma memandang Beomgyu dan Ivy bergilir. Kemudian dia mengambil nafas, "Ja~ Jom tolong masak kat dapur." Grandma pun bangun berjalan ke dapur diikuti dengan kedua manusia tadi.

"Ivy suka makan apa?" soal grandma.

"Eum, Ivy makan semua makanan. Tapi kalau side dish, Ivy suka kkakdugi." jawabnya.

"Ada banyak lagi dalam peti sejuk. Maklum lah duduk sorang²."

"Beomgyu pun suka kkakdugi, kan?" soal Grandma tiba-tiba. Grandma dan Ivy memandang Beomgyu.

"Eum? DaHee suka." jawab Beomgyu.

"DaHee tu ketepikan dulu lah. Tapi kamu suka, kan?" -grandma.

Beomgyu menganggukkan kepalanya.

Bola mata Ivy bergerak ke bawah, "Grandma nak masak apa harini?" tanya dia.

Grandma mengambil masa untuk berfikir. "Eum rasa² apa? Grandma suka seafood."

"Jadi kita makan seafood harini?" soal Beomgyu pula.

"No, kita makan dumpling soup."

"o-ouh okay."

"Grandma buat inti dia, nanti korang berdua isi dalam kulit dia."

Beomgyu dan Ivy mengangguk.

"Grandma, Ivy boleh tolong potongkan bawang!" Ivy cepat-cepat berlari menolong Grandma yang mengambil bawang.

"Aigoo! Budak baik!"

Ivy ketawa kecil.

Beomgyu? Berdiri diam je lah kan. Dia nak react situasi canggung ni macam mana, 'kan?

"Beomgyu?" tegur Grandma.

"Ya?"

"Tak kan tengok je? Tolong lah Ivy ni, kesian dia."

"O-ouh, okay." Beomgyu bergegas berjalan dan mengambil bawang-bawang yang di tangan Ivy.

Ivy tersenyum kecil dengan perlakuan Beomgyu. "Terima kasih,"

Beomgyu memandang Ivy sekilas dan balasnya hanya dengan senyuman.

"Ehem!" Dehem grandma yang sedang memotong daun bawang. "Bertuah siapa yang dapat Ivy, 'kan? Rajin tolong orang kat dapur."

"Hm betul lah tu," ucap Beomgyu yang berdiri di singki untuk mengupas bawang.

"Beomgyu pun baik orangnya, kalau nak ingat-ingat balik masa Beomgyu dengan Dahee masih bercinta, grandma memang dah agak Beomgyu ni baik sangat. Memang padan lah kan dengan Ivy?"

Ivy menjeling cemas Beomgyu yang terdiam di depan singki. "E-eh apa pulak, grandma. Beomgyu mestilah padan dengan Dahee, kalau tak macam mana dia dengan Dahee boleh kawin kan? Grandma ni buat lawak." Ivy ketawa canggung.

"Beomgyu dah jadi salah satu ahli keluarga ni. Kalau boleh grandma nak Ivy jadi salah satu ahli keluarga grandma tapi semua tempat dah full. Saudara-mara Dahee pun semua dah kawin, Dahee lah yang terakhir. Tapi nanti kalau tiba-tiba ada tempat kosong, Ivy jangan lupa rebut, ya?" kata grandma pada Ivy dengan penuh harapan.

Ivy meresponnya dengan senyum.

Dan datang pula bunyi tapak kaki yang datang dari tangga, dan ianya Dahee yang turun bersama botol susu di tangannya.

"Hai, Dahee!" tegur Ivy, melihat Dahee muncul. "Jom la tolong masak sekali, ramai-ramai mesti lebih cepat siap and best! Kita boleh berbual sama-sama, lama tak jumpa, kan?"

Beomgyu ke belakang sebaik saja mendengar nama Dahee di sebut.

"Takpelah, korang bertiga je lah buat. Kalau tambah saya nanti jadi tak padan pulak korang berdua." Dahee senyum pada Ivy. Lalu dia memandang grandma tetapi grabdma sama sekali tidak memandangnya, malah terus memotong daun bawang.

Dahee terus pergi ke mesin air dan mengisi air panas ke dalam botol susu.

"Tengok, Ivy. Ada ke patut orang tu perli kamu. Perangai memang tak padan dengan rupa. Muka je cantik tapi perangai tak sama cantik." ucap Grandma.

"Dahee," Beomgyu berdiri di sebelah isterinya. Dahee hanya membalas dengan senyum tanpa memandang wajah Beomgyu.

"Tapi betul lah kan, kalau ada dia korang berdua tak akan padan." sambung Grandma lagi.

"Sst! Awwh!" sibuk memasang telinga punya pasal sampai tak sedar air panas memenuhi botol sampai tumpah ke tangan.

"Dahee!" Beomgyu mengambil botol susu di tangan Dahee dan meletaknya di atas meja.

"Tengok tu, dia sengaja. Sakit kan diri sendiri demi nak dapat attention." -grandma.

Beomgyu membawa Dahee ke singki dan meletakkan tangan Dahee yang melecur kerana air panas itu di bawah aliran air. Tapi Dahee menarik semula tangannya dan berjalan meninggalkan dapur dan naik semula ke atas.

Beomgyu menghela nafas berat melihat Dahee. Dia rasa grandma dah melampau. Tak salah kan kalau dia nak rasa yang grandma dah betul-betul cross the line?


To Be Continued...

[ingatkan nak triple update tapi nanti je lah, simpan chapter ni lama ii tak boleh jugak 😗]

Continue Reading

You'll Also Like

4.2M 481K 189
❣︎ Mengisahkan tentang gadis remaja yang jatuh cinta pandang pertama pada crushnya? Terlalu klise? Terlalu berdrama? Terlalu cringe? Lawak lawak bo...
132K 13.1K 60
TW⚠️ Maybe: -Containing dark thought -Self-harm -Self-hate -Bullying -Blood Everything that maybe can trigger someone. Read at your own risk ∆∆∆∆ Al...
485K 1.4K 7
Nafsu serakah berkehendakkan dunia menghancurkan keluarga sehingga menjadi hina sahinanya Tiada penyesalan sesudah bertemu takdir....
4.1K 610 49
❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Ha...