Takdir You're My Healer [C]

By EiSeoya

31K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 9

538 34 3
By EiSeoya

"Kenapa... awak tanya?" kepala Nawwar menunduk. Malu bersua muka dengan Emara.

"Saya curious. Jadi... sekarang saya tengah bersama Cursed Child kan?"

Itu fakta. Bukan auta.

"Tapi kan, saya tengok awak okey je. Tak sepertimana orang kata buruk tentang awak,"

"What did they say about me?" terus kepala Nawwar diangkat. Dia mahu tahu spekulasi ahli akademi yang lain. Seronok betul kutuk orang dalam diam.

"Hm... dia orang kata yang awak pembunuh. Kalau awak mengamuk, terus libatkan nyawa. Lepas tu... awak menyusahkan. Beban akademi. Tak macam Puan Mawwar yang selalu naikkan prestasi akademi kita. Siapa Puan Mawwar?"

Perlahan kepala diangkat. Mata berwarna amber itu ditenung lama.

"Arwah ibu," Nawwar menahan tangisan yang hampir menitis keluar.

"Ibu awak? Patut la muka awak macam saya pernah nampak. Awak copypaste dia rupanya," sungguh dia kagum akan ciptaan hamba Allah seorang ini.

Pujian itu sering meniti dari mana-mana bibir ahli akademi. Namun, di sebalik pujian itu akan terselit jua hinaan. Dia tetap terima dengan hati terbuka kerana sudah semadi dengan hinaan orang sekeliling.

"Oh... dan saya minta maaf kalau tanggapan buruk mereka buat awak terasa,"

"It's okay... saya dah biasa,"

Lega Emara mendengarnya. Risau juga jika Nawwar terguris hati dengar persepsi orang terhadap dia. Tapi, kadang-kadang mulut kata lain hati kata lain. Boleh jadi Nawwar berbohong kepadanya agar kelihatan baik saja. Tak ambil hati konon.

"Another thing, I don't want to show you the another side of me. You want to know why? Cause I've grown up and for sure my Cursed Child actions can be more brutal than the day you saw me that night,"

"W-what?"

"The cursed keeps growing inside me. Probably I could get stronger after this,"

Gulp! Petanda tidak baik jika Nawwar sudah beri peringatan awal sebegini. Emara pandang segenap wajahnya yang tegang dan tiada sebarang reaksi. Sukar membayangkan bagaimana Nawwar boleh bertindak lebih kejam depan mata. Malah, lebih teruk dari malam itu.

Kelopak mata terasa berat. Berkali-kali menguap sembari tangan meraup wajahnya. Emara meminta izin untuk melelapkan mata terlebih dahulu dek keletihan petang tadi.

Dia kembali meringkuk menghadap rak belakangnya. Jarak antara Nawwar dijauhkan. Kurang selesa sekiranya berhampiran dengan Cursed Child. Mungkin belum biasa lagi.

Susuk tubuh yang terlena itu direnung Nawwar lama. Gadis itu kelihatan innocent. Mengenangkan pesanan Tuan Ibrahim sebelum dia dibunuh, Nawwar mengeluh ringan.

"Tolong jaga Emara. Lindungi dia. Saya turunkan tanggungjawab saya kepada kamu. Sebagai satu-satunya anak bujang Tuan Asnawi,"

"Macam mana la kau boleh bertembung dengan aku buat kali kedua? Kan dah melekat," bingung Nawwar.

"Aku tak pernah nampak pun dia, tapi dia pernah nampak aku. But only in my cursed child form that had made her traumatized,"

"Emara... Emara. Boleh tahan cantik kau ni. Dengan sifat malunya. Siapa agaknya lelaki bertuah dapat kau ni? Lucky him,"

Kembali tubuh belakang bersandar pada belakang kaunter kedai lalu baring secara mengiring. Mata terpejam rapat. Nawwar cuba membawa diri ke alam mimpi kerana perjalanan masih panjang pada esok hari. Terlalu banyak perkara malang terjadi dalam satu hari.





DAHSYAT serangan Azazel ke atas bandar Quricity. Ternyata mereka sekumpulan dari Qursetav Empire telah merancang strategi terlebih awal. Bangunan hancur sahaja yang tinggal. Termasuk Nawwar dan Emara yang dikatakan antara penduduk yang masih hidup.

"40 km dalam masa dua minggu. Hm..." bisikan Nawwar didengari Emara yang asyik menunduk memandang jalan dipenuhi d6ebu konkrit yang bertaburan.

"Ha?"

"Kita akan sampai sana dalam masa dua minggu,"

Nafas rasa disekat. Dua minggu? Jalan kaki semata-mata pergi ke akademi baru? Mahu terputus urat ligamen akibat tempoh perjalanan yang memakan masa yang agak panjang. Tambah pula Emara pakai kasut tumit yang tidak terlalu tinggi. Namun, cukup buat tumitnya lenguh jika berjalan terlalu lama. Boleh juga jadi melecet.

"Jangan risau. Saya tahu jalan pergi ke sana," Nawwar cuba meyakinkan Emara yang sudah cuak lepas dengar perkataan 'dua minggu' keluar dari mulutnya.

Suasana kembali hening. Tiupan angin dari arah barat menampar sejuk wajah mereka. Pandangan Nawwar sering beralih ke Emara melalui ekor mata. Bagaikan ada tarikan magnet yang terpaut pada Emara. Tak pernah dia rasa begini apabila bersama dengan mana-mana perempuan kecuali dia.

"Err... Emara..." Nawwar beranikan diri bersuara meskipun kadang-kadang berasa kekok.

"Ya? Apa dia?"

"Hm... apa yang buat awak trauma dengan Cursed Child?"

Langkah Emara dimatikan sebelum tubuh berpusing menghadap Nawwar. Kedua-dua tangan disorokkan belakang punggung. Kepala diangkat agar wajah kacak itu terpampang dengan jelas. Nawwar bersilang dada dengan kepala sedikit menunduk.

"Saya... err tak apa ke kalau jujur?"

"I don't care,"

Bibir dikemam. Rasa berat mulut untuk menjawab persoalan Nawwar.

"Saya trauma dengan cara awak serang pihak akademi yang lain pakai pedang. Darah terpancut keluar. Orang yang tak terlibat pun kena sekali. Ada yang saya dengar sesetengah mangsa terima sampai tiga puluh jahitan sebab luka yang awak beri pada mereka terlalu dalam,"

Badan Nawwar mengejung keras. Bagai ada renjatan bergetar masuk ke dalam tubuh. Brutal sungguh serangannya pada masa itu. Padahal, Nawwar masih berumur empat belas tahun. Ya, masih muda. Tidak sedar apa yang terjadi sepanjang memori hitam berdarah berlaku. Seperti... dirasuk oleh sesuatu yang menghuni tubuhnya.

"Hei," petikan jari Emara menyentak Nawwar dari lamunan.

"Awak okey?"

Perlahan Nawwar angguk.

"Err... tak apa lah. Saya tak nak sambung lagi, kita teruskan-"

"Teruskan cerita. Kita bercerita sambil berjalan. Jom,"

Emara mengiyakan ajakan Nawwar walaupun enggan sambung bicaranya. Bimbang lelaki ini hanyut semula dengan memori pahitnya.

"Um... disebabkan kejadian itu, saya takut terserempak dengan awak. Itu yang balik saja dari latihan terus saya balik. Tak ikut Kak Deena dan Aryan lepak. Sebab itu awak tak pernah nampak saya, tapi saya selalu nampak awak,"

Mata batin kena tutup hijab ke? Lapan tahun tempoh yang agak lama. Agak mustahil dia tak terserempak dengan kelibat Emara. Lagi-lagi dia rapat dengan Hadeena dan Hadeena juga merupakan tunang kepada Aryan. Sudah bersahabat sekian lama.

Ingatkan Emara hanya mengenalinya sebagai Cursed Child. Ternyata, dia juga mengenalinya sebagai Nawwar Inas yang sedang berada bersamanya.

"Ingat tak masa kita bertembung dekat luar bilik loker? Jantung saya hampir gugur tau. Takut awak pergi serang saya yang tak bersalah. Saya betul-betul tak sengaja terlanggar sebab nak cepat,"

"Ouh, ingat langgar sebab nak cium dada saya," dengan sengaja Nawwar cuba mengusiknya tanpa perasaan.

"Nawwar! Apa awak merepek ni? Saya dah kata saya tak sengaja. Ish!" pipi Emara bertukar merah bak tomato.

"Siapa suruh pendek," dengan penuh sarkastik Nawwar menjawab.

Emara pandang Nawwar atas bawah sebelum bibir mencebik dan bersilang dada. Ewah, mentang-mentang tinggi kau 180cm nak dibandingkan dengan aku 160cm, selamba kau nak hina aku pendek. Cis!

"Kalau awak nak dekat sama tinggi dengan saya, entah-entah berlaga pipi kita nanti. Silap-silap bibir bertemu..." sengaja ayat hujung dimatikan Nawwar. Ingin melihat reaksi Emara yang sudah menahan malu.

"Eee! Muka garang tapi miang! Dah, jauh daripada saya!" makin merah wajah gadis itu dibuatnya. Dia menjarakkan ruang antara Nawwar.

"Oh, nak jauh dari saya? Tch... Ikut awak lah. Kena culik orang luar baru tahu," lama sudah Nawwar tidak mengusik orang. Dia mempercepatkan langkahnya, sengaja meninggalkan Emara yang ketinggalan di belakang.

Laju Emara mengejar Nawwar takut hilang dari pandangan. Gadis itu mengecil di belakang tubuhnya. Kedua-dua tangan naik memeluk tubuh. Nawwar menjeling dari ekor mata, menggeleng perlahan melihat telatahnya.

"Tadi bukan main lagi kata nak jauh dari orang,"

"Sa-saya gurau je. Jangan lah tinggalkan saya,"

"Aren't you traumatized because I'm the Cursed Child? You're supposed to be scared when I'm around,"

Emara menghela nafas yang panjang. "Because I know that it wasn't you when you were possessed as a Cursed Child,"

Nawwar ketap bibir. Dia membuang pandangan ke tempat lain. Emara ialah orang pertama yang baru dikenali menganggap dirinya bukan pembunuh bersiri seperti orang lain.















Continue Reading

You'll Also Like

47.5K 3.8K 27
[𝐎𝐍 𝐆𝐎𝐈𝐍𝐆] "𝐈'𝐦 𝐩𝐨𝐥𝐢𝐜𝐞, 𝐧𝐨𝐭 𝐲𝐨𝐮𝐫 𝐛𝐨𝐝𝐲𝐠𝐮𝐚𝐫𝐝, 𝐓𝐨𝐮𝐫𝐧𝐞𝐬𝐨𝐥, 𝐈'𝐦 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐜𝐚𝐫𝐫𝐲𝐢𝐧𝐠 𝐨𝐮𝐭 𝐚 𝐭𝐫𝐮𝐬𝐭"...
33.7K 1.8K 39
Hanya sakit yang dapat dirasai tatkala mencintai seseorang yang sama rupanya, namun jiwa telah berbeza. "Aku Jauhar... bukan Ayden" - Jauhar Khairr "...
281K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
60.6K 7.5K 14
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...