Commando's: His Treasure (TER...

By Hudanajwa__

10.7M 226K 44.7K

Book 2 ❗️❗️❗️Before baca story ni, you guys kena baca Mi Esposa dulu sebab cerita diorang berkait, supaya tak... More

Grup Gerak Khas (GGK)
Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
ANXIETY AND DEPRESSION
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
TERBIT

Bab 3

152K 7.2K 1.1K
By Hudanajwa__

"Aduh mamae ada cowok baju loreng bikin dia terpanah" Dahlia bernyanyi sambil mengeringkan rambut.

Mata menjeling kearah Husniya Radwa yang sedang berbaring di sofa sambil menonton tv.

"Liat dia pu senyuman bikin hati tergoda, mau tanya tanya dia punya siapa" kaki melangkah mendekati Husniya Radwa

"Siapa tahu belum ada, Husniya mau masuk tengah"

"Leftenan ko sungguh manis, bikin Husniya tertarik" nyanyian itu mengundang jelingan dari Husniya Radwa.

"Kau dah kenapa? Nak mati awal?" Soal Husniya Radwa kegeraman.

Semenjak kedatangan lelaki itu ke Pangkalan mereka, Hampir setiap hari Dahlia menyanyikan lagu itu kepadanya.

Annoying tahu tak!

"Kau cuti kan besok?" Dahlia menyoal Husniya tanpa menghiraukan ugutan dari gadis itu.

"Haah, asal? Nak keluar ke?"

"Aku ingat nak ajak kau keluar beli barang basah, dapur kita tu dah kosong macam hati kau, lepastu kita singgah makan" sempat dia memerli Husniya Radwa. Gadis itu hanya menayangkan wajah kosong.

"Boleh lah, tapi tengah hari sikit, pagi aku nak balik rumah family dulu, lepas tu terus kita pergi beli barang basah" putus Husniya Radwa.

"Ha yelah, aku ikut kau balik rumah family kau lah kalau macam tu, lepas tu boleh lajak terus, tak payah susah kau nak ulang alik ambil aku dekat rumah pulak" cadang Dahlia, sebenarnya dia takut andai terjadi apa apa pada gadis itu, tidak pernah walau sekalipun dia melihat wajah gembira gadis itu setelah pulang melawat ibu bapanya.

Mereka sering bertengkar, walaupun niatnya hanya ingin melawat dan melepaskan rindu kepada keluarga, perjumpaan itu pasti akan berakhir dengan pertengkaran, malah lebih teruk, Husniya Radwa pernah pulang dari rumah keluarganya dalam keadaan mulut yang pecah akibat ditampar oleh ibunya.

Walaupun Husniya tidak menceritakan kepadanya, namun dia tahu siapa pelakunya, memandang dari kecil dia sering melihat pertelingkahan antara dua beranak itu semasa dia bermalam dirumah Husniya.

Walaupun diperlakulan seperti itu, gadis itu tetap sedar tentang tanggungjawabnya sebagai anak, dia sering pulang ke rumah keluarganya untuk melawat kedua ibu bapanya, malah duit bulanan turut diberikan kepada mereka.

Untuk itu, memang dia salute kepada Husniya Radwa.
_______________________
"Dah jadi tunang orang dah mak lampir tu" kata Aiman sambil melihat gambar di telefonnya.

"Siapa?"

"Cik Dahlia kita ni ha" kata Aiman sebelum menunjukkan gambar pertunangan Dahlia kepada Thariq Ridzuwan menggosok uniform loreng untuk dipakainya esok.

"Dah lama ke?" Soal Thariq Ridzuwan selepas memandang sekilas gambar itu.

"Kau tanya aku? Aku? Yang hensem ni?" Soal Aiman kembali sambil menunjuk kearah dirinya.

"Eh takk, bukann, aku tanya siput babi yang tengah makan daun dekat luar tu" perli Thariq Ridzuwan sebelum menjulingkan matanya keatas.

"Oh jap aku gi tanya dorang" kata Aiman sebelum melangkah kearah pintu.

"Kau nak pergi mana?"

"Tanya siput babi?"

"Sebelum iron panas ni melekat belakang tengkuk kau, lebih baik kau tutup pintu tu" ugut Thariq Ridzuwan, iron ditangannya diangkat tinggi menandakan dia tidak main-main.

"Hehe" perlahan lahan pintu rumah itu ditutup semula.

"Kau tanya aku, macam lah aku tahu, bukan kau ada call dia ke baru-baru ni?" Soal Aiman sebelum dia duduk di sofa.

"Aku call sebab nak minta nombor telefon Husniya, dia tukar nombor kan" Thariq Ridzuwan hanya fokus menggosok uniform kerjanya.

Aiman sudah memandang pelik kearah lelaki itu sebelum senyuman mengusik terlakar dibibirnya.

"Lepastu dapat tak?"

"Dapat" sepatah saja jawapan daripada Thariq Ridzuwan.

"Dah call ke?"

Gelengan dari Thariq Ridzuwan membuatkan kening Emir Aiman berkerut. Dah tu kau minta buat apa nombor dia kalau tak call? Buat hiasan?

"I think it's a little bit rude if i suddenly call her like that, so aku kena approach dia slow slow dulu, bila dia dah selesa dengan aku balik baru aku akan mula call dia" terang Thariq Ridzuwan, dia pasti Husniya Radwa akan berasa tidak selesa jika dia tiba tiba menghubungi gadis itu apatah lagi selepas apa yang terjadi antara mereka.

"Wah, abe Thariq serius nak dapatkan cik Husniya kita balik la" usik Aiman sebelum ketawa terbahak-bahak.

Memerah muka Thariq Ridzuwan.

"Sekurang-kurang nya aku serius, kau? Sampai bila nak main kan anak dara orang umur dah makin meningkat" sinis lelaki itu.

"Hey!, aku single okey" tersentap Aiman apabila diperli begitu.

"Memang la single, yang mingle 4,5 orang jugak anak dara orang kau simpan"

"Itu semua kawan, kau mesti tak belajar peribahasa ni, berkawan biar ramai, bercinta hanya satu" Kata Aiman lagi.

"Banyakla kau punya peribahasa, peribahasa solat itu tiang agama kau tahu?" Soal Thariq Ridzuwan, uniform yang siap digosok disangkut.

"Tahu la, kenapa?"

"Dah tu tak reti nak solat isyak lagi?"

"Wehh, aku lupaa! Semua salah instagram mak lampir ni!" Kalut Aiman berlari ke bilik air untuk mengambil wudhuk. Ralit meng stalk instagram Dahlia sehingga lupa untuk menunaikan solat.

Thariq Ridzuwan hanya menggelengkan kepalanya sebelum melangkah masuk kedalam bilik.

_____________________

"Zafir dah masuk meminang kamu"

Husniya mengangkat kepala melihat umi nya, sebelum wajah terkejut Dahlia disebelah nya dipandang.

"Umi terima ke?" Liur ditelan kesat, peratus kemungkinan untuk uminya menerima pinangan itu adalah sangat tinggi, memandangkan wanita itu sering mengatur kehidupannya.

"Umi dan abah belum bagi keputusan lagi tapi umi rasa lebih baik terima je. Zafir tu pun baik budaknya"

'Baik? Ye umi baik mati aje budak tu' namun ayat itu hanya terluah dihati, kalau diberontak mahu terbalik meja kopi dihadapannya.

"Radwa taknak, umi tolak je pinangan tu" tegas Husniya Radwa. Itulah salah satu sifatnya, jika dia tidak sukakan sesuatu, tiada siapa boleh memaksanya.

"Umi tak tanya kamu, umi cuma bagitahu" tegas Puan Rozita

Dahlia yang melihat Husniya mengetap bibir segera memegang bahu sahabatnya, dia tahu bahawa gadis itu cuba menahan mulutnya dari membalas kata kata Puan Rozita.

"Tapi aunty, Husniya dah ada boyfriend, takkanlah dia nak terima pinangan Zafir" celah Dahlia.

Baik Husniya mahupun Puan Rozita, masing masing tercengang mendengar kata-kata gadis itu.

'Kau buat apa ni sahabat, bila masa pula aku ada boyfriend, lelaki pun aku benci ini pulak nak ada boyfriend'

"Betul ke Radwa?" Soal Puan Rozita kepada anak keduanya itu.

Husniya Radwa yang terkedu itu hanya menganggukkan kepalanya, ahh lantaklah janji umi tak terima pinangan si tapir tu, eh Zafir.

"Bawa dia jumpa umi dan abah, suruh dia masuk meminang hujung bulan ni, kalau tak umi terima je pinangan Zafir". Kata Puan Rozita sebelum dia bangun untuk kedapur.

'Hah nice, sekarang mana aku nak cari boyfriend bunian rekaan imaginasi Dahlia tu'

Matanya memandang tajam kearah Dahlia.

"Erk, sorry la babe, aku taknak kau bergaduh dengan umi kau je, manalah aku tahu dia suruh kau bawa balik boyfriend olok-olok tu, siap suruh masuk meminang hujung bulan ni" bisik Dahlia, tangan naik menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Haih, jomlah, kata nak beli barang kan?" Kata Husniya Radwa sebelum dia bangun keluar dari rumah keluarganya.
Malas mahu memikirkan masalah itu. Nanti -nanti jelah dia fikirkan alasan nak kelentong umi.

Ya itulah keluarganya, tiada salam salam perpisahan ya anak-anak, tanpa menunggu dia pulang, uminya akan terlebih dahulu bangun meninggalkannya, kadang rasa macam kehadiran dia tidak diterima pun ada.

Baru sahaja kakinya ingin melangkah keluar kelibat adik perempuannya turun dari tingkat atas. Husziya Raudhah memandang sekilas kearah kakak keduanya sebelum dia tersenyum sinis.

"Kau kena paksa kahwin ke kak? Kesian kau kan, dulu nak sambung belajar umi yang atur kan, jodoh pun umi nak aturkan, mungkin sebab kau aset berharga umi kut"

"Ziya, jangan biadap dia kakak kau" tegur Dahlia yang sememangnya geram dengan sikap adik Husniya itu.

Hubungan tiga beradik antara Husniya dengan adik dan kakak nya memang kurang baik memandangkan mereka sering dengki dengan pencapaian gadis itu, kerana antara mereka bertiga hanya Husniya Radwa yang paling menonjol sama ada dari segi sukan atau akademik semenjak kecil, namun dia juga yang paling disisihkan dalam keluarga.

"What? Betul la Ziya cakap"

"Dah jom balik" ajak Husniya Radwa, malas mahu melayan perangai adiknya.

Husziya Raudhah hanya memandang sepi pemergian kakak keduanya tanpa berniat untuk meminta maaf.

Continue Reading

You'll Also Like

1.1K 79 25
-Haider Fahreen- Seorang jejaka yang popular di sekolahnya dan handal dalam bermain badminton. Juga bagus dalam akademik dan mendapat Top 1 serta men...
513K 22.2K 71
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
1K 153 12
Ain Nuwaira Tihani adalah seorang gadis yang berasal dari keluarga yang sangat kejam terhadapnya, sehingga dia berjumpa dengan seorang lelaki yang in...
8M 546K 72
Pemenang The Diamond Awward [The best storyline2020🏆, The top hero2020🏆,The best romance2020🏆,The top author2020🏆 AIN SURAYA, dia seorang isteri...