Takdir You're My Healer [C]

Von EiSeoya

31.3K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... Mehr

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 6

706 39 5
Von EiSeoya

"Cepat! Cari profesor dan arahkan semua ahli pergi portal ruangan bawah tanah. Dia orang dah mula rancang strategi," tegas Nawwar memberi arahan kepada rakannya sebelum mereka berpecah menguruskan hal masing-masing.

"Kau pasti ke kau okey tinggal seorang dekat sini? Macam mana kalau kau tak lepas pergi dekat akademi baru?" soal Aryan.

"Bukan aku seorang. Ayah aku ada sekali dekat sini. Trust me, I'll be fine. I will come back there very soon,"

Serasa enggan pergi ke akademi baru tanpa Nawwar ikut bersama. Rasa ragu-ragu itu ada. Namun, Nawwar tetap meyakinkan mereka bahawa dia akan baik saja di sini. Walaupun hati mereka tidak rela.

"Please, go. I'm okay," pujukan terakhir membuatkan mereka pergi.

"Betul ni?" Aryan tak sanggup meninggalkannya seorang diri.

Balas Nawwar dengan anggukkan.

Mereka semua bergegas mengumpulkan semua ahli untuk segera beredar ke portal bawah tanah. Bayangan kian hilang dari pandangan. Membuatkan hati ini rasa bersalah.

"I'm sorry guys. I have to,"

Sekarang Nawwar cuba menjejak ayahnya. Batang hidung pun tak nampak. Puas dia teleport dari satu tempat ke satu tempat untuk mencari kehadirannya. Lama-lama dia rasa lelah.

"Mana ayah pergi ni? Dia orang nak letupkan tempat ni masalahnya," rungut dia sambil bersandar lemah pada dinding. Layan keletihan.

"Bencinya aku jadi ahli Thunder ni. Cepat penat. Tapi tak ada kesan sangat pula dekat orang lain. Kenapa macam aku seorang je yang tanggung sakit lebih?"

Eh. Baru teringat satu tempat yang dia belum jejak. Makmal uji kaji tingkat bawah tanah. Satu-satunya tempat yang dia merasakan kemungkinan besar Tuan Asnawi di situ. Dia bangkit dan berlari pantas untuk menuju ke sana.

Nawwar peka dengan keadaan sekeliling. Bunyi retakan di siling mengalih pandangannya ke atas. Satu bongkah konkrit pecah dan mula jatuh atasnya. Nasib baik dia pecut dengan menggunakan elemennya untuk menyelamatkan diri.

"That was a close call,"

Dia menuruni anak tangga untuk menuju ke makmal tersebut. Dalam perjalanan ke sana, Nawwar terlihat seseorang di hadapannya. Ingatkan dia seorang saja di sini. Ada juga orang lain yang masih berada di akademi ini.

Agak familiar dengan susuk tubuh gadis yang dia bertembung tempoh hari. Gadis Flame. Ingat pun sebab blazer miliknya yang mempunyai garisan merah sebagai lambang kategori elemen yang dipegang olehnya. Baru perasan hujung tudungnya ada kunai yang diikat. Pasti itu senjatanya. Tapi jarang sekali orang ikat pakai tudung, bukan tali khas yang diberi.

Kepala Nawwar berdenyut. Sekali lagi dia memandang siling. Retakan bongkah konkrit itu akan jatuh atas gadis Flame itu bila-bila masa saja. Dengan menggunakan kudrat terakhirnya, dia pecut laju dan merentap gadis itu masuk dakapan. Malang tidak berbau, ada serpihan konkrit kecil jatuh atas kepalanya menyebabkan Nawwar hilang keseimbangan.

Dia jatuh terhempas ke dinding di penghujung koridor tersebut. Hentakan kuat itu mengakibatkan Nawwar tidak sedarkan diri. Begitu juga dengan gadis Flame yang masih dipeluknya erat. Kedua-dua mereka hanyut dalam 'mimpi'.

"HELO? Bangun lah,"

Terasa bahu digerakkan, mata Nawwar berkedip berkali-kali sebelum mata terbuka luas. Gadis Flame itu merenung tepat ke arahnya.

"Eh! Alhamdulillah awak sedar!"

Nawwar bangkit dari pembaringan. Sakit juga hentakan tadi. Dia bersandar pada dinding. Merealisasikan semula kejadian yang berlaku sebentar tadi sebelum dia memandang kepada gadis yang 'dikenalinya' itu.

"Awak... d-dah lama bangun?" soal Nawwar lembut.

"Hm? Saya? Baru aje bangun. Itu pun saya rasa badan saya panas. Rupa-rupanya awak yang peluk saya macam tak nak lepas," gadis itu memeluk tubuhnya sendiri.

"Ha!?" terjerit kecil Nawwar melihatnya.

"Sa-saya? Pe-peluk awak???" dah kenapa pula kau jadi gagap? Kau yang tarik dia.

Gadis itu angguk perlahan.

"Astarghfirullahalazim! S-saya minta maaf! Tak ada niat nak perkosa awak ke rogol ke apa. Jangan salah faham! Niat saya nak lindungi awak daripada dihempap bongkah konkrit!". Menggelabah tak ingat dunia Nawwar dibuatnya.

Ya Allah, ampunilah dosaku. Niat aku cuma nak lindungi dia daripada dihempap batu konkrit. Bukan niat untuk berzina. Astaghfirullah, Allahuakbar...

Dia tergelak kecil. Apa yang kelakar?

"Kelakar juga awak ni. Ingatkan saya dekat seseorang,"

Orang tengah serius sempat dia kata kelakar? Tch. Nasib baik cantik.

Betul lah andaian Nawwar dulu. Gadis ni milik lelaki lain. Tengok rupa aje dah tahu.

"Err... dah. Ni, kenapa awak dekat sini? Awak sepatutnya dekat akademi baru. Akademi kita dah diceroboh oleh kuasa luar. You can't be here. You're supposed to be at the underground portal,"

"Tapi... saya nak jumpa ayah saya. Dia dengan Tuan Asnawi,"

"Aik? Tuan Asnawi??"

Kepala gadis itu jatuh berkali-kali.

"Tuan Asnawi tu ayah saya..."

"Eh? Oh, awak rupanya anak tuan yang... err... k-kena... cursed?"

Kejung tubuh Nawwar. Gelaran itu tak pernah lekang dari bibir mana-mana pihak.

"Hm... betul lah... kan? Ke saya salah orang?"

"Betul lah tu, saya anak Tuan Asnawi,"

Gadis itu mengiyakan aje pengakuan Nawwar.

"Dan... ayah awak? Siapa?"

"Tuan Ibrahim,"

Jantung berdegup lebih laju daripada kebiasaan. Bila masa Tuan Ibrahim ada anak perempuan? Tak pernah pula dia nampak Tuan Ibrahim keluar mana-mana bawa anak dia.

"Anak Tuan Ibrahim rupanya. Hm... awak?"

"Ha?"

"Err... na-nama?""

"Saya... Emara Iris. Orang selalu panggil Emara. Ada juga yang panggil Iris,"

Damn! Gadis Flame ini rupanya yang bernama Emara Iris. Hadeena pernah jual nama dia dekat Nawwar. Ini lah kawan Hadeena rupanya.

Pandai Hadeena promote kawan.

Tergaru kepala yang tidak gatal. Awkward. Gadis Flame kini bertukar gelaran kepada Emara. Emara mengenalinya sebagai Cursed Child, Nawwar mengenalinya sebagai Emara Iris.

"Buat apa lagi dekat sini? Jom pergi dekat makmal uji kaji. Ayah kita dua dekat sana. Cepat,"

Teringatkan tujuan utama pergi ke sini, Nawwar segera mengubah topik sebelum jadi awkward balik. Maklum lah, jarang sembang dengan perempuan. Kalau sembang pun sekejap aje.

"DON'T you ever dare to kill my son!"

Seruan Tuan Asnawi dari makmal uji kaji kedengaran jelas di telinga mereka. Nawwar cuba intai dari tepi pintu. Nawwar dan Emara pasang telinga, saja nak curi dengar perbualan mereka.

"Please don't make him suffer. He hated me because of you!"

"Then?" selamba makhluk aneh itu menjawab.

"Nawwar won't have the chance to feel his freedom," Tuan Ibrahim pula mencelah.

"Ergh," masa tak kena pula. Kepala terasa sakit, pandangan jadi samar-samar. Nawwar memeluk tubuhnya sendiri. Tersandar lemah pada dinding lalu terduduk. Dia lupa ada sepasang mata yang sedang melihatnya.

"Awak... okey?"

Nawwar angguk perlahan.

"Serius? Awak nampak... pucat,"

"It's okay, Emara. I-I'm... Fine," hakikatnya tidak.

Sungguh Emara risau terhadap Nawwar. Tadi elok aje aktif semacam. Ini dah jatuh terduduk peluk tubuh sampai pucat muka, pasti ada masalah. Emara curiga. Perasaan ingin tahunya membuak-buak. Dia masih positif, mungkin kesan mereka berdua pengsan akibat hentakan kuat tetapi kesannya lagi mendalam kepada Nawwar.

Apa dia boleh buat? Kali kedua dia bertembung dengan anak Tuan Asnawi. Rapat pun tidak. Kenal lagi lah. Dia cuma pernah dengar isu anak Tuan Asnawi menyebabkan kekecohan satu akademi. Itu pun Hadeena sendiri cerita padanya.

Malu juga nak bersua muka dengan lelaki random kiriman Allah. Entah datang dari mana jadi superhero of the day. Bersyukurlah. Kalau bukan sebab jejaka yang berada di hadapannya sekarang ini, mungkin nyawa sudah melayang untuk kembali ke Sang Pencipta.

"Engkau, kalau nak sakitkan anak aku, hadap aku dulu. Bunuh aku pun aku rela,"

"Dan tengok anak kau murung sebab pemergian kau?"

"Itu yang kau nak kan? Janji kita dua puluh dua tahun yang lepas. Apabila tiba masanya, aku akan pergi dan dia kena jaga diri untuk teruskan hidup,"

"Kau pasti dia boleh hidup lama? Cursed yang aku tanam tu tak lama lagi akan tersebar ke seluruh tubuhnya,"

"Aku yakin. Zachary ada dengan dia. Boleh jaga dia,"

Perbualan antara ayah dengan seseorang yang tidak diketahui identitinya membuatkan Nawwar tersentap. Mulut terkunci. Lidah kelu berbicara. Banyak lagi benda yang dirahsiakan oleh ayah. Dia kecewa. Ayah masih tidak percaya kepadanya. Sukar untuk dia maafkan ayah dalam beberapa tempoh hari yang lalu.

Is he a second choice? Or last choice?

"Awak... Kenapa ni?" suara Emara seakan memujuk.

"Enough for today. I'm sick for all of these untold secrets!"

Pancaran kilat yang dikeluarkan oleh Nawwar merentasi makmal uji kaji. Seruan tadi mengalihkan perhatian mereka bertiga ke pintu masuk. Ternyata mereka sudah lama diperhatikan. Termasuk perbualan antara Tuan Asnawi dengan makhluk bertopeng. Nampak suspicious.

"Emara! Apa kamu buat sini dengan Nawwar?" soal Tuan Ibrahim dengan nada suara yang risau.

"Anuar?" Emara memandang lelaki di sebelahnya.

"Eh no, no, no. Don't ruin my name that was given by my late mother. Nawwar Inas Bin Asnawi is my real name. Not Anuar,"

"Ouh. Err... Sorry. Tadi, Emara ikut Nawwar pergi sini. Sebab... dia nak jumpa Tuan Asnawi,"

Terasa nama diseru, kepala Tuan Asnawi diteleng.

"Me? Aren't you guys supposed to be at the new academy right now?" riak wajah bengis terpancar pada wajah Tuan Asnawi.

"Nawwar, kenapa kamu sini?"

"Saya tak boleh pergi sana tanpa ayah. Dan juga Tuan Ibrahim,"

Terkedu Tuan Asnawi. Dendam mana pun seorang anak kepadanya, Nawwar tetap mencarinya dalam situasi tegang sebegini. Dia dapat merasakan kasih sayang antara mereka berdua masih ada, cuma tidak seutuh yang dulu.

"Kau nak bawa ayah kau pergi? Ceh, silap-silap dia yang pergi tinggalkan kau dulu buat selamanya," tertawa besar makhluk aneh itu.

"Azazel!"

Azazel. Macam pernah dengar. Adakah makhluk yang berdiri gah dihadapan mereka bernama Azazel?

"Oh, lupa. Anak kau belum kenal aku lagi kan? Maklum lah dah lapan tahun aku menghilang. Baru hari ini nak berjumpa balik. Dan izinkan aku perkenalkan diri, Anuar. I'm Azazel, the Master of Revenge,"

"Nawwar Inas nama aku! Jangan ikut kepala kau ubah nama aku!"

"Eh tahu marah budak ni rupanya. Bukan dulu penakut? Pengecut?"

Nawwar menjeling tajam ke arah Azazel yang tersenyum herot. Emara keliru. Anak matanya sering berpindah fokus ke orang lain. Tidak tahu nak fokus kepada siapa.

"I've grown up," tegas suaranya. Sebolehnya Nawwar tidak mahu dirinya dipandang rendah sebegitu. Sudah pun masuk alam dewasa.

"Good. Aku rasa mental kau pun kuat sama? Ke masih lemah?" sehunus pedang dibawa keluar dari belakang. Azazel halakan mata pedang ke arah Tuan Asnawi. Badan ayah mengeras. Terpaku.

"W-what the hell are you doing? Did my father do something wrong to you?" suara seraknya kedengaran.

Tuan Asnawi menjeling Azazel dari anak mata. Pedang tadi masih dihalakan ke arahnya sebelum berpindah pula ke Tuan Ibrahim.

"Ayah!!" jerit Emara. Sempat dihalang oleh Nawwar yang hampir sahaja berlari ke arah Tuan Ibrahim.

"Nawwar, ayah saya... Takut..."

Nawwar memandang ke arah sepasang anak mata gadis di sebelahnya. Jelas terpancar ketakutan pada iris matanya yang berwarna amber.

Pandangan itu... sama seperti arwah adiknya, Ammara Anasya sewaktu berada di Afwah dulu.

He can sense the fear through the iris of hers.















Weiterlesen

Das wird dir gefallen

283K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
4.4K 351 5
ATIQQ RAFIKI | DILLA NATASYA . . mereka tidak boleh bersama tetapi takdir mereka untuk bersama. β€’PERINGATANβ€’ - kisah ini adalah ulang tayang untuk hi...
38.9K 2.9K 61
Cinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Ba...
87.9K 4.9K 57
'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang be...