Love Me Again | Jjk

By its_put

10K 2.2K 1.3K

"You remind me of someone.." "Someone you hate or love?" "Love.." More

prologue
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37

15

251 60 44
By its_put

.
.
.

"Lambatnya nak pukul dua belas! Tak sabar nak tengok bunga api ni!"

Aku mula merungut tak puas hati. Gula-gula kapas pun dah habis aku telan tapi masa dirasakan masih lambat berlalu.

Sementara menunggu, sejak tadi aku dan Jungkook duduk di bawah pokok rendang (bukan yang kau makan dengan ketupat di pagi raya ya Peah), yang terhias cantik dengan hiasan lampu berbentuk kelip-kelip dan pepatung. Sangat indah.

"Bosanlah duduk sini. Jom main game dekat arcade nak?" Ajak aku sementara Jungkook dekat sebelah aku elok baring dengan sebelah tangannya diletakkan di bawah kepalanya sebagai alas.

"Malaslah." Balasnya pendek tapi aku peduli apa?

Terus aku bangun.

"Kalau awak tak nak, awak tidur sini sampai subuh esok. Saya tetap nak pergi!"

Aku jeling dia sebelum langkah aku atur meninggalkannya. Namun baru beberapa langkah aku atur, dirasakan hujung lengan hoodie aku ditarik lembut dan perlahan.

Angkat saja kepala, terlihat Jungkook dengan muka selamba, mengatur langkah perlahan di sebelahku dengan tangannya masih menarik hujung lengan hoodie milikku. Tak pandang aku pun.

Tersenyum aku melihatnya sekarang. Risau betul kalau aku pergi mana-mana sendiri.

Aku hanya membiarkan tangannya yang menggenggam hujung lengan hoodie aku seraya langkah kami masih diatur sama. Rasa seperti jalan berpegangan tangan dengannya.

Akhirnya sampai juga kami di hadapan arcade. Entah bila Jungkook lepaskan tangan aku pun aku tak perasan, excited sangat tengok lampu warna-warni yang datangnya dari bahagian arcade.

Kini sepasang mata aku tertumpu pada anak patung Minion Bob, Minion yang paling ketot bermata dua, tergantung di salah sebuah gerai arcade itu. Comel!

"Nak tu."

Jari telunjuk aku menunding tepat ke arah anak patung itu buatkan Jungkook turut sama mengangkat kepala. Tergelak dia tengok Minion Bob itu.

"Macam kau."

Komennya buatkan aku toleh pandang dia, tayang muka tak puas hati. Comel memang comel Bob tu tapi sekarang ni dia nak cakap aku ketot macam Bob Minion ke?!

Tanpa menghiraukan aku, terus dia jalan menghampiri gerai itu. Entah apa dia bertanyakan pada penjaga gerai itu tapi yang aku nampak penjaga gerai itu menggeleng dan Jungkook hanya mengangguk. Filem bisu apakah ini?

Kini Jungkook kembali mengatur langkah menghampiri aku.

"Orang tu cakap dia tak jual anak patung tu. Kena menang game dulu, baru dapat." Terangnya buatkan aku menunduk, tayang muka sedih.

"Kenapa pula ni?"

"Saya nak anak patung tu."

"Boleh cari anak patung lain."

"Saya tetap nak yang tu."

"Nanti aku carikan yang sama."

"Tak mahu. Nak yang itu."

Terdengar dirinya mengeluh perlahan. Padahal dia boleh saja tak melayan kerenah aku.

"Jom."

Sekali lagi hujung lengan hoodie aku ditarik agar mengikuti langkahnya. Aku masih menunduk tapi kaki tetap mengatur langkah dengannya.

"Nak pergi mana?" Tanya aku perlahan, putus harapan gitu.

"Temankan aku mainlah."

Terangkat kepala aku, memandang belakang tubuhnya dengan senyuman lebar.

Dia nak main untuk aku! Semata-mata nak dapatkan Bob The Minion untuk aku!

.
.
.

Jungkook siap sedia hendak memulakan permainan menembak tin di hadapan sana yang disusun dalam bentuk piramid. Tugasannya senang, hanya menembak tepat sehingga menjatuhkan susunan tin kosong itu, satu per satu mengikut turutan.

Dengan penuh gaya Jungkook mula mengangkat senapang mainan tepat di hadapan mukanya, sebelah matanya dipejamkan, melihat sasaran di hadapan. Handsome tenuk—eh teruk!

Sebelum tembak, sempat dia toleh pandang aku.

"Tak kan tengok je?" Tanyanya tak puas hati kepada aku.

"Habis awak nak saya buat apa?"

"Cuba support aku sikit. Bagi kata-kata semangat ke, cakap I love you, Jungkook ke. Barulah semangat aku nak menang untuk kau."

I love you, nenek dia I love you!

"Tak mahu. Dah cepatlah! Kejap lagi dah nak mula pertunjukan bunga api!"

"Jual mahal. Tengoklah nanti siapa yang rindukan siapa."

Tuturnya poyo seraya kembali fokus. Senapang mainan sekali lagi diacukan di hadapan wajahnya, tepat di bawah dagunya. Sebelah matanya dikenyitkan. Siap sedia hendak menembak hati gue— eh tin dekat depan sana!

Sekelip mata, satu demi satu tin itu jatuh ke tanah, cukup teratur dan tepat, mengikut turutan!

Penjaga gerai ni pun ikut sama menganga berjemaah dengan aku.

Jungkook dengan bergayanya menghabiskan permainan. Hujung senapang itu ditiup perlahan sebelum dia menoleh, memandang aku. Tersengih dia melihat reaksi aku, siap kenyit mata lagi tu!

Langkahnya diatur selamba mendekati aku dan penjaga gerai ini. Dah puas menganga, terus penjaga gerai ini menghulurkan anak patung Bob The Minion kepada Jungkook.

Tak tunggu lama, terus Jungkook serahkan makhluk berwarna kuning berseluar denim itu kepada aku.

"Special for my Yerim. I would do anything for you, even if I need to shoot and kill, as long as it's for you.."

Berdebar sendiri aku saat menatap sepasang matanya tika ini.

.
.
.

Dengan Bob The Minion di dalam pelukan aku, aku dan Jungkook sama-sama mengambil tempat duduk di atas hamparan padang rumput bersama pengunjung yang lain.

Berdebar teruja pula duduk di sisinya tika ini. Sama-sama duduk bersila, membiarkan lutut kami saling berlaga, menyentuh satu sama lain.

Sempat Jungkook hulurkan paket kacang gajus kepada aku dan aku hanya menurut, ambil segenggam sebelum kacang aku masukkan ke dalam mulut satu per satu. Sementara menunggu kami berkongsi snek.

"Handsome nya boyfriend dia."

Terdengar bisikan halus seorang perempuan tidak jauh dari aku.

Sah-sahlah dia dengan kawan dia sedang bercerita tentang aku dan Jungkook bila panahan mata mereka tak habis-habis dilemparkan ke kami.

Aku pasti, Jungkook pun turut sama dengar tapi dia buat selamba je.

"Jungkook."

"Hmm."

"Geng tepi kita ni ingatkan awak boyfriend saya." Bisikku.

Jungkook punya reaction? Cuma senyum tahan gelak, tak pandang aku pun!

"Awak tak kisah ke?"

"Tak. Baguslah, kata-kata tu kan satu doa."

Maksud dia?

"Saya rasa ada salah sorang dari mereka nak try awak tapi mereka ingat awak dah ada girlfriend."

"Memang aku dah ada girlfriend pun."

Sentap sekejap aku. Kenapa aku rasa kecewa pulak ni? Suka hati dialah nak ada girlfriend ke apa.

"Cantik sangat ke girlfriend awak tu?" Tanya aku buatkan dia tergelak perlahan seraya menunduk, membalas renungan mata aku.

Makin sakit hati bila dia mengangguk kecil.

"Cantik, cantik sangat."

Huaa!

"Siapa lagi cantik? Saya ke dia?"

"Lebih kurang je, sama-sama cantik kut."

Boleh percaya ke dia ni?

Aku tayang muka tak puas hati.

"Ada gambar? Nak tengok." Laju aku meminta seraya menghulurkan tangan aku kepadanya.

Tak sangka pula dia melayan. Terus dia keluarkan Iphone dia. Ingatnya dia nak tunjuk gambar girlfriend dia dekat aku tapi terkedu sekejap aku bila selamba dia ambil gambar aku lalu Iphone dihulurkan kepada aku.

"My precious, my Yerim."

Selamba badak dia mengayat aku sambil menayangkan gambar aku yang baru dirinya ambil tadi di skrin Iphonenya.

Tersenyum dia, menahan gelak melihat reaksi terkedu aku. Hampir saja aku terjerat dalam perangkap buaya dia sebelum laju saja bahu dia makan penampar aku.

"Adeh! Sakitlah!"

"Main-mainkan hati anak dara orang lagi! Berapa banyak perempuan awak mengayat ni?! Tak kesian dengan bakal isteri awak nanti?!" Marahku, rasa nak saja aku hempuk kepala dia pakai Iphone dia sendiri. Sumpah geram!

Tersengih dia bila aku mengamuk.

"Buat apa nak kesian? Aku cuma pernah mengayat dia sorang je dan sampai bila-bila hanya dia."

Tak fahamlah aku,  berpintal otak!

Aku cuma jeling dia seraya panahan mata aku kembali lurus ke hadapan. Bob aku peluk erat.

"Untungnya Bob kena peluk, macam tak nak lepas."

"Diamlah."

"Kena peluk dengan Yerim pula tu, cemburunya saya."

"Diam saya cakap."

Terdengar tawanya perlahan. Tahu itu taktik dia biar aku toleh, pandang dia, aku masih buat tak layan, pandangan mata kasi lurus ke depan!

Entah kenapa malam ni, murah pula dia dengan senyuman dan tawa. Terlebih gula agaknya lepas makan cotton candy tadi!

Tepat jam dua belas malam, langit malam dimeriahkan dengan cetusan bunga api pelbagai warna. Begitu indah dan mengujakan.

Sesekali mata aku terpejam rapat seraya tertawa bila aku sendiri tersentak dek cetusan bunga api yang begitu kuat bunyinya namun cukup mengujakan hati.

Walaupun gerun jugalah aku dengan bunyinya, tak lepas mata aku dari melihat sendiri keindahan persembahan bunga api yang sedang berlangsung di hadapanku tika ini.

Sesekali badan aku undurkan sedikit, macamlah cetusan bunga api itu disasarkan kepada aku. Beberapa kali juga aku hampir tergolek sebab tersentak.

Bukannya aku tak perasan Jungkook senyap-senyap gelakkan aku, gelak beriman dia!

Geram, lututnya aku pukul dan dia hanya tersengih. Macam pukulan aku tadi langsung tak memberi kesan padanya.

Untuk seketika pandangan mata kami bertaut lama sebelum kami sama-sama tersenyum. Macam biasalah, pastinya dia dulu yang akan meleraikan pautan mata antara kami setiap kali kami bertentangan mata.

"Jungkook."

"Hmm?"

"Terima kasih sebab temankan saya datang ke sini malam ni."

Perlahan-lahan dirinya menunduk, kembali menatap sepasang mataku. Hanyut pula aku di dalam renungan matanya yang redup dan lembut.

"Selalu saya datang sini sendiri, tengok bunga api pun sendiri. Malam ni saya tak sendiri lagi, saya ada awak."

Saat aku tersenyum di hujung kataku, spontan bibirnya turut sama mengukirkan senyuman.

"Kau suka?" Tanyanya perlahan dan laju saja aku mengangguk.

"Mestilah. Saya suka berkawan dengan awak."

"Aku pun sukakan kau."

Terkedu aku namun dirinya terlihat cukup tenang menatapku sekarang. Tiada segaris senyuman di bibirnya tapi renungan matanya, seperti menyimpan suatu perasaan yang tak pernah dirinya ungkapkan padaku.

"Aku suka berkawan dengan kau."

Sambungnya lagi buatkan aku kembali pada realiti. Nasib baik dia betulkan kalau tidak tak fasal-fasal aku syok sendiri, bayangkan dia masuk meminang.

"Saya akan ingat malam ni sampai bila-bila."

"Aku pun."

Tersenyum aku. Agak sebak bila memikirkan esok dirinya akan pergi jauh dari aku dan mungkin kami akan kembali menjadi asing antara satu sama lain, strangers.

"Kita akan berkawan sampai bila-bila kan?"

"Aku tak nak terikat pada janji, biarlah waktu sendiri yang menentukan untuk kita nanti."

Agak tersentap dengan jawapannya tapi itulah realiti.

Akhirnya aku hanya diam, melihat persembahan bunga api yang tiba-tiba saja dirasakan cukup hambar.

Kenapa aku rasa macam ni?

Continue Reading

You'll Also Like

89.3K 7.6K 61
✦✧✧ 🄲🄾🄼🄿🄻🄴🅃🄴🄳 ✧✧✦ Warning⚠⚠⚠ Fujo fudan area!!Tak suka jangan baca!! Sinopsis⤵⤵⤵ Vampire AU!! Satu kebakaran telah terjadi di Sekolah Rendah...
128K 3.8K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
93.5K 4.9K 59
Cerita ini dibuat selepas Boboiboy movie 2. Pastikan korang dah tengok semua musim Boboiboy dan movie... Semua watak dari Monsta kecuali nama2 watak...