DEAREST MAILBOXES

By HazulnutLatte

261K 23.1K 2.8K

Aleena Raudhah mendapat e-mel dari entah siapa setiap minggu. Isi Kandungan e-mel itu sentiasa membuatkan dia... More

DEAREST MAILBOXES : INTRODUCTION
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 1
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 2
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 3
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 4
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 5
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 6
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 7
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 8
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 9
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 10
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 11
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 12
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 13
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 14
DEAREST MAILBOXES : CHAP.15
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 16
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 17
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 18
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 19
DEAREST MAILBOXES : CHAP.20
DEAREST MAILBOXES : CHAP.21
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 22
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 23
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 24
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 25
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 26
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 27
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 28
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 29
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 30
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 31
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 32
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 33
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 34
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 35
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 36
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 37
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 38
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 39
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 40
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 41
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 42
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 43
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 44
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 45
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 46
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 47
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 48
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 49
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 50
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 51
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 52
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 53
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 54
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 56
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 57
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 58
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 59
DEAREST MAILBOXES : CHAP. 60
DEAREST MAILBOXES : ClOSING

DEAREST MAILBOXES : CHAP. 55

2.9K 250 8
By HazulnutLatte

Aleena POV :-

"Doktor... macam mana anak saya? Jantina dia...?", tak sabar sabar Riyad bertanya pada doktor ketika langsir katil itu baru diselak.

Ya Allah, tak menyempat tau.. Aku tersenyum bahagia, seronok lihat muka teruja dan tidak sabarnya itu. Kadang, aku sampai lupa aku mengandung anak orang lain.. semangat yang dia beri benar-benar terkesan pada aku.

"Alhamdulillah anak lelaki. Ada pistol tadi, dia memang nak tunjuk jantina dia", kata doktor itu sambil mengukir senyum.

Dia menghampiri aku yang masih di atas katil itu dengan senyuman lebar lalu memegang perutku lembut.

"Awwww sayang!! Betullah! Dia geng biy! Assalamualaikum anak lelaki walid"Dia mencium lama. Terharu aku melihatnya.

Dush!

Terbeliak mata aku. Ya Allah dia tendang. Kuatnya!

"Eh! Anak walid dengar ye? Jangan la tendang ummi kuat-kuat sayang.. sian ummi sakit..",Riyad bercakap dengan perutku seolah-olah budak tu faham. Haha.

Dia memandang aku. Air mata aku mengalir terharu melihat tindak tanduknya yang melayan budak ni umpama anaknya sendiri. Dia mencium dahi aku penuh syahdu tatkala menepis air mata aku.

"Terima kasih sayang, sebab kandungkan anak kita", aku mengangguk perlahan.

Terharu. Terharu sangat. Ni bukan anak dia tapi hati suci dia tu...haih. Biy, awak ni malaikat ke manusia? Cara dia bercakap seolah-olah anak ini anak kami. Biy, bertapa mulia hati awak.

"Hey awak dalam perut ni..", aku mencucuk sedikit perutku itu.

"Saya.. err.. um..ummi mintak maaf sebab pernah cuba bunuh awak.. pernah sia-siakan awak.. saya..err..ummi cuba sayangkan awak okay? Maafkan sa..err..ummi", lembut aku bersuara.

Tahu tak bertapa aku teruja di balik langsir tadi? Masa doktor scan jantina dia. Lengkap anggota tubuhnya, kaki kecil, tangan comel, hidung mancung, dagu runcing, badan montel.. haih ada ahli syurga dalam perut ni.

"Hud Ibrahim mesti akan maafkan sayang punya, dia kan sayang sangat dengan ummi dia", aku memandang Riyad yang sedang mengulas perutku itu.

"Kenapa?", Riyad menyoal selamba.

"Hud Ibrahim?", aku menampilkan wajah berkerut.

Bila masa dia cari nama pulak ni? Aku pun tak terfikir nama budak ni eh..err.. baby ni lagi.

"Hud Ibrahim. Kita namakan dia Hud Ibrahim, boleh?", aku hanya mengangguk.

Sedap nama tu. Setujukan sahajalah, nak bantah pun kau bukan ada nama lain kan Aleena? Haih..seteruja itukah biy nak sambut bayi ni? Nama pun dia yang cari... bagus betul awak biy, sampai terkadang saya keliru, awak ni betul ke manusia? Sebab peribadi awak macam malaikat. Taat dan redha je..

"Assalamualaikum Hud Ibrahim, anak walid yang hensem", Riyad memegang perutku lagi.

Dush!!

"Dia suka nama dia la biy..", air mata aku berjurai tatkala Hud menendang. Riyad mengangguk dan mencium umbun-umbun aku.

'Ya Allah, kau jentikkan pula rasa sayang dalam hati aku tatkala aku sudah mula terima anak ini sekarang.. maafkan aku ya Allah sebab pernah melakukan hal-hal yang kau murkai, ampuni aku.', desis hatiku sayu.


xxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Riyad hanya redha mengikuti aku dengan satu troli yang sudah penuh. Baru nak ambil lagi coklat tiba-tiba Riyad bersuara..

"Sayangku... banyak nya awak amik sayang, awak bukan makan pun coklat", aku menjeling dia tajam. Dia mengangkat kedua tangannya. Haaa! Surrender pun!

"Okay yang, kejap lagi biy beli satu kedai terus", aku tergelak mendengar gurauannya itu.

"Okay dah! Nak bagi dekat Lee nanti, dia kan nak kawin? Dia kan hantu coklat...", aku meletakkan Peppero di dalam troli.

"Jum yang kita bayar.. ni kalau dibiar habis tangan comel awak cekau benda lain", Riyad mencapai lengan aku.

Tangan aku dimasukkan ke dalam poketnya. Hahah risau aku amik bukan-bukan la tu.

Aku tunggu di luar kedai, wush! Lama betul!

Hampir lima belas minit akhirnya Riyad keluar dari kedai itu. Eh? Dua je? Bukan patut aku amik banyak ke?

"Biy... kenapa ni je?", soal aku ingin tahu.

"Jangan tamak sayang.. Rasulullah SAW bersabda, "Setiap manusia pasti akan menjadi tua. Namun jiwanya tetap muda mengenai dua perkara, yaitu tamak akan harta benda dan selalu ingin panjang umur." (HR Muslim)", Allahu! Dia bagi hadith secara live pulak.

"Errrrr",aku menggaru kepala tidak faham. Riyad ketawa.

"Maksud dia, keinginan manusia akan harta benda tidak ada habisnya karena tamak atau serakah. Seorang manusia yang tamak akan berhenti menginginkan harta benda setelah mati dan dikubur hingga tanah memenuhi mulutnya. Jadi, kalau kita dapat kawal nafsu kita dari sikap tamak, elakkan sebelum kita mati sebagai orang yang tamak.. faham ke wahai gadis idamanku?", aku mengangguk faham.

Ouhhh.. deep aku! Tak jadi nak merajuk hehe. Kene tazkirah percuma dah, baik aku ikutkan aja. Lagipun memang aku rambang mata tadi. Padahal bukan aku nak makan pun! Nak bagi orang je! Hahah.

"Ada nak apa-apa lagi? Before flight kita kejap lagi", kata Riyad sambil melihat jam. Masih ada masa, hehehe.

Sedih rasa.. tahu-tahu dah hari terakhir! Taknak balik boleh? Takpelah nanti baby dah keluar datang lagi boleh lawat pulau. Haritu nak naik bot aku mual pulak, last last tak naik. Hahah.

"Jum pergi kedai tu? Emmm ada kedai baby", aku menunjuk ke arah kedai yang dari tadi aku perhati masa tunggu Riyad.

"Eh? Tak perasan ada kedai baby dekat sini yang... jum la!", aku memegang tangan Riyad dan kami bersama menuju ke kedai itu.

"Hud.. ummi nak belikan barang Hud..uyoooo", kata ceria Riyad sebelum memasuki kedai.

Aku hanya biarkan sahaja dan masuk ke kedai. Bakul di ambil dan apa lagi? Cuci mata la! Wuuuu~


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Riyad Yusuf POV :-

Risau aku tengok Aleena punya mata yang rambang lain macam. Hud tu lelaki tahu? Dengan baju blouse pun dia belek.. risau walid anak lelaki walid pakai baju haram hahah.

"Sayang... anak kita lelaki ..lupa ke wahai gadis impianku?", aku mengigatkan Aleena yang masih rambang itu. Lupa ke apa..

"Tapi kan biy... baju ni comel la... mana la tahu nanti kita dapat anak perempuan pulak?",Aleena buat muka comel sambil menunjukkan baju dress putih yang kembang itu.

"Anak dalam perut ni tak keluar lagi yang.. kesian Hud hahah",Aleena buat senyuman keranya.

"Tapi i like.. dah nampak masa depan Hud akan ada adik lagi sembilan.. aum!", gurauan aku mendapat cubitan manja dari gadis impianku itu.

"Hish! Biy jangan nak gelenyah!", dia meletakkan baju dress itu lalu berlalu pergi.

"Eh!! Taknak ke baju ni yang? Untuk adik-adik Hud! Kita amik lagi sembilan!", gurau aku. Aleena mendengus manja.

"Biyyyy!! Dah la! Merajuk kang!", aku tergelak besar apabila melihat jelingan manja Aleena.

Setelah lama Aleena memilih pakaian Hud, akhirnya hanya sehelai sahaja menjadi pilihan hatinya. Sabar je la biy..takpelah Hud yang penting ummi dah ada perkembangan. Dia dah mula terima Hud! Yeayy!

"Ni je yang?", aku bertanya dengan muka toya.

Hahaha hampir empat puluh minit dia duk pilih, last last sehelai.. sabar je la dengan mak buyung kesayangan beta ni.

"Haah! Yang lain kita borong dekat johor! Hehe", aku mengangguk rela.

'Alhamdulillah...saya tahu sayang dah mula sayang baby ni!', kata aku dalam hati.

Selesai membayar aku memegang tangan Aleena erat lalu masuk ke dalam perut kapal terbang. Dengan lafaz bismillah, kami terbang pulang ke mahligai kami.

Kini, fikiran aku melayang memikirkan nasib anak kami. Risau jika ada ahli keluarga yang tak boleh terima kehadiran Hud Ibrahim.

'Ya Allah, bukalah hati seluruh orang di sekeliling Hud Ibrahim untuk menerima kehadirannya... jadikanlah dia seorang lelaki yang menyebarkan kebaikan kepada seluruh umat islam'

Aleena yang sedang tidur di bahuku itu aku pandang penuh kasih. Dia, wanita terkuat aku jumpa sepanjang hidupku selepas ibu. Aku bangga.


xxxxxxxxxxxxxxxxx


Kak Ton POV :-

Aku membaca mesej dari Riyad, Terkejut aku melihat bahawa mereka sudah sampai di Johor.

"Alamak!! Nasi tak masak lagi ni!", berlari aku pergi masak nasi.

Lupa pulak! Biasalah.. dah berumur! Aku masak nasi cukup-cukup untuk sepuluh orang makan.

"Haih.. dah la kene masak banyak.. boleh pula aku lupa!", keluh aku perlahan.

"Kak..errr Kak apa ye? Kak Pon?", tergelak aku mendengarnya. Pon apa? Pontianak?

"Kak Ton..", wanita itu tergelak halus, aku juga sama.

"Maaf Kak Ton, Nita lupa pula hehe tadi masa sampai tak berapa dengar", jawabnya sambil tersenyum sipu.

Pertama kali aku jumpa keluarga Aleena. Baik belaka orangnya! Seronok kita tengok keluarga bahagia macam ni..

"Kak Ton.. Riyad dengan Aleena tak tahu kan? Saya datang ni nak buat surprise untuk diorang hehe", aku mengangguk lagi.

"Tak.. mereka tak tahu pun, Kak Ton rahsiakan",

Aku mula-mula tak mahu bagi masuk, iyelah sebab Riyad dan Aleena kan tak ada.. tapi bila mereka kata mereka ibu bapa pasangan sejoli tu.. takkan aku nak biar di luar kan?

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Aneesa POV :-

Aku keluar dari bilik air. Aik? Tak sampai lagi? Rasanya lama dah aku melabur.

Aku menuju ke arah dapur, rasa lapar! Pintu peti ais dibuka, waaaaa! Surga dunia ya, penuh betul peti kau kak! Dekat universiti benda ni la yang aku harapkan hahah.

"Bonda, lambat lagi ke?",soal aku sambil minum air jus buah orange itu.

Bonda yang sedang membantu Kak Ton yang sedang memasak itu, aku perhati. Tak tahu pulak kakak ada maid. Tak bagitahu pun? Eh takpelah! Mudahkan kakak juga kan?

"Dah siap, Alhamdulillah",ucap Kak Ton syukur bahawa lauk ketiganya sudah siap.

Banyak betul masak! Ayam berempah ada, Sambal penyet ada, Sup kaki ayam pun ada! Tak sabar aku nak makan!

"Ya Allah sodap eh la", baru nak amik seketul ayam yang masih berasap itu, tetapi ditepis bonda. Ish! Seketul je..

"Tunggu la kakak dengan abang sampai! Haih tak sabar!", tegur bonda akan sikapku itu.

Aku hanya tersenyum sumbing. Hehehe, orang lapar la.

"Kak Ton hidangkan ye?", bonda mengangguk lalu meminta aku untuk turut membantu. Aku sebagai anak wajib ikut dan mendengar arahan ibu bapa.

"Kak Lee!! Tolong la!! Kata nak kawin tapi malas jejak dapur!",perli aku terhadap kakak kedua aku itu.

"Aku tengah edar kad kawin la! Hish! coming", jawabnya malas.

"Tolong apa?",Kak Lee bertanya ketika sudah sampai di dapur.

"Ambilkan pinggan dan cawan, mekasih!", Kak Lee hanya menurut sahaja.

"Wey, kejap lagi kita video call Aidan! Bagi mamat tu jeles! Hahaha! Nak?", Kak Lee memberi idea jahat tiba-tiba, aku mengangguk laju.

Hohohoho! Itulah! Kita suruh balik, tak nak balik! Cuti sem sekejap pun, balik la! Sibuk nak jalan-jalan dengan kawan dekat Canada.

'Ayah!! Nak pergi sana jugak!!', desis aku dalam hati tak sedar diri yang aku juga masih belajar. Haha.

Tapi tak apa la.. bagi la dia peluang ambil angin negara dia belajar kan? Best betul la study luar negara! Nanti aku nak jugak la!

But yeah, An kau kene habiskan degree ni! Aduh nak jadi doktor is not that easy bruh. But i will! I can!!

"Boleh!!! No problem!!" Jawab aku teruja, setuju nak riak dekat Aidan hahah.

"Assalamualaikum!!", aku kenal suara itu.

Pantas aku mendekati mereka. Bukan aku je, semua orang yang ada dekat dapur la, Kak Ton je tak..

Semua orang terpana. Terkejut. Rasa tak percaya. Be..betul ke ni!?

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 60.7K 80
Aku tak pernah menyangka bahawa aku akan dijodohkan dengan sepupu aku sendiri. "What are you doing?" Tanya Mia. "I just want to sleep with you." Hud...
20.4K 404 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
503K 20.3K 39
ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ssʀʜᴅᴇᴇ 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑸𝒂𝒚𝒔 𝑬𝒊𝒓𝒍 × 𝑵𝒖𝒓 𝑫𝒂𝒓𝒚𝒔𝒔𝒂 𝑫𝒊𝒏𝒅𝒂 "ryssa sukakan abang" - 𝐍𝐮𝐫 𝐃𝐚𝐫𝐲𝐬𝐬𝐚 𝐃...
352K 10.1K 24
"𝙅𝙖𝙣𝙟𝙞, 𝙞𝙠𝙖𝙩 𝙨𝙖𝙢𝙥𝙖𝙞 𝙎𝙮𝙪𝙧𝙜𝙖." - 𝒷𝓎 𝒜𝓈𝓊𝓃𝓃𝒶𝓇𝒶𝒶 Falliq Dhaffa | Arfabella Arfabella. Maaf. Andaian anda silap andai memi...