MY 'RUDE' WIFE

By ByCikNorCinta

2.4M 28.3K 1.7K

SUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur m... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Pesanan Author CikNorCinta
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43

Bab 27

64.4K 667 43
By ByCikNorCinta

Firdaus sedang bersiap-siap untuk ke pejabat. Hari ini dia akan kembali bekerja setelah dua minggu bercuti. Firdaus bersemangat kerana hari ini juga dia akan bertemu Dee semula. Melur yang juga sudah bersiap cantik,datang menghampiri untuk memakaikannya tali leher.

“Ishkk,tak payahlah. Saya boleh pakai sendiri.”

“Apa? Sekali lagi?” soal Melur kembali. Firdaus berdecit.

“Abang boleh pakai sendiri. Suami Cik Puan Melur ni nak pergi kerja,bukan nak pergi sekolah. Budak sekolah je yang nak disiapkan.” balas Firdaus bernada seperti menyindir.

“Ada beza ke abang dengan budak sekolah?”

“Apa maksud Melur ni?” Melur tidak menjawab soalan Firdaus dan terus memakaikan tali leher Firdaus.

‘Wanginya.’ Desis hati Firdaus.

“Kalau busuk-busuk nanti suami lari.” Jawapan Melur mengejutkan Firdaus. Melur berlalu.

“Jangan lupa zip seluar tu Encik Suami kepada Cik Puan Melur.” Sekali lagi Firdaus terkejut dan pantas tunduk melihat zip seluarnya yang masih terbuka. Melur senyum.

“Bukan budak sekolah konon.” leret Melur dan turun ke tingkat bawah. Firdaus mendengus sendiri. Sedikit malu dengan apa yang baru terjadi.

“Ishk,kau ni. Kenapa kau tak katup lagi hah? Saja nak malukan aku ke apa?” soalnya kepada zip seluarnya yang masih belum tertutup itu.

“Kau siap kau. Kau buat sekali lagi,taulah nasib kau nanti. Aku bakar kau hidup-hidup tau tak? Dalam keadaan kau ternganga macam ni. Reti?” marahnya lagi sambil menarik kepala gelangsar zipnya ke atas. Tiba-tiba Firdaus terkejut sendiri.

‘Eh,kalau aku bakar kau,maknanya aku bakar dengan 'adik' aku sekali la ya?’ kata Firdaus dalam hati. Dia berdecit deras.

“Hisy,kaulah ni punya fasal. Tak fasal-fasal dia gelakkan aku.” bebelnya lagi.

“Sukalah budak tu dapat kenakan aku pagi-pagi ni. Tu mahunya mengilai tahap langsuir kat bawah tu.” omelnya lagi tidak puas hati. Mukanya masam mencuka. Dia bersiap sepenuhnya dan turun ke tingkat bawah. Melur telah menunggunya di meja makan dengan senyumannya. Langkah Firdaus mati di anak tangga terakhir.

‘Tu senyum sindir aku la tu. Seronoklah tu dah malukan aku tadi.’ omel Firdaus sendiri.

“Selamat pagi sayang. Mari sarapan.” sapa Melur mesra.

“Tak payah. Saya..uff! Abang sarapan kat ofis je.” jawab Firdaus bernada marah sombong.

“Tak payah. Abang sarapan kat rumah je.” ajuk Melur seiras nada Firdaus.

“Time kerja,abang tak pernah sarapan kat rumah tau.” Firdaus masih membantah. Sebetulnya dia merancang utuk bersarapan dengan Dee nanti.

“Tu sebelum kahwin.”

“Tak naklah.” bantah Firdaus lagi. Melur mendengus.

“Ni kenapa degil ni? Kan Melur dah cakap sarapan kat rumah? Ada dalam deal kot. Akta nombor 4 tu. Mai dok sini.” balas Melur semula.Firdaus diam masih berdiri di hujung tangga.

“Orang cakap dia macam budak sekolah,tak percaya. Tengok tu,degilnya sebiji macam budak sekolah. Abang,dengar tak Melur cakap ni?” Melur mula membebel. Firdaus berdecit.

“Hisy,yelah,yelah! Makan pun nak paksa orang.” jawab Firdaus lalu mengambil tempatnya.

“Good boy. Macam nilah anak mama.” kata Melur dengan senyumannya. Tanpa banyak bicara,Firdaus terus menjamah nasi goreng udang di pinggannya. Makan dan terus makan.

“Sedap tak?” Firdaus diam tidak menjawab.

“Boboy,mama tanya ni sedap ke tak?” Firdaus tetap diam.

“Syedaplah mama. Mama masyak apapun syedap. Esyok mama masyak lagi ya?” ajuk Melur dengan pelat dan suara seperti kanak-kanak,merujuk kepada Firdaus. Firdaus menjeling.

“Boboy syayang mama syangat-syangat.” sambung Melur lagi lebih bersemangat.

“Kalau sayang,boboy kena dengar cakap mama tau?”

“Yesh!” ajuk Melur lagi sambil mengangkat ibu jarinya. Firdaus menjeling tajam dan terus makan. Dalam tidak mahu,habis juga sepinggan nasi goreng itu dimakannya.

“Selamat kembali bekerja abang. No Monday Blues.” ucap Melur lembut.

“Mm’.” jawab Firdaus ringkas. Melur menyalami Firdaus.

“Abang,apa tu?” Firdaus segera menoleh ke belakang. Apabila Firdaus berpusing kembali, Melur mengucup pipinya.

“Jaga diri,Assalamualaikum.” ucap Melur lalu terus menutup pintu. Firdaus terkedu di situ buat seketika dan berjalan menuju ke kereta dalam keadaan terpinga-pinga tidak sangka.

‘Selamba betul budak tu. Cium aku macam aku ni suami dia pula.’ Firdaus terkejut sendiri.

‘Eh,memang aku suami dia pun. Tapi...Ahh!’

Firdaus membatalkan temujanjinya dengan Dee kerana dia sudahpun kekenyangan bersarapan di rumah. Mujur Dee juga tidak kesah memandangkan dia sudah ada temujanji dengan seseorang. Firdaus masuk ke pejabat dengan semangat baru untuk bekerja. Juga dengan deretan kerja yang bertimbun. Dia tidak pernah cuti selama sepanjang masa ini. Biasanya paling lama dia bercuti,hanya 3 ke 4 hari sahaja. Jadi,inilah habuannya. Bakal menempuhi kesibukan berganda.

“Morning Encik Firdaus. Selamat pengantin baru sekali lagi dari kami semua.” sapa setiausahanya Zety,sambil menghulurkan sejambak bunga dan coklat kepadanya.

“Ni untuk Cik Puan Tengku. Sampaikan pada dia ya?”

“Berapa kali nak bagi hadiah ni? Perli ke apa?” soal Firdaus marah. Ya,semasa hari persandingannya,semua pekerjanya yang hadir ke majlis itu telah memberikan hadiah dan kali ini mereka memberi hadiah lagi.

“Perli apanya? Ni ikhlas dari kami semua untuk isteri Boss kami yang cantik,baik dan humble tu. Kami suka!” Zety menjawab dengan sedikit teruja di hujungnya.

“Mana awak tahu? Awak tak kenal dia pun.” Zety mendengus sambil tersenyum.

“Barang yang lepas jangan dikenang Boss. Hargai yang baru sebelum yang baru pun menjadi kenangan juga.” nasihat Zety dalam senyumannya.

“Maksud awak?” Zety senyum lebih lebar.

“Have a good day Boss.” Dan Zety terus keluar. Firdaus sedikit terpinga.

“Budak tu pakai tangkal ke apa? Sampai semua staff suka kat dia? Pelik betul. Ke sebab dia anak raja? Kalau dia anak raja sekalipun,apa kaitannya? Atau...sebab mereka tak sukakan Dee sebenarnya?” Firdaus mengagak sendiri.

“Ahh! Lantaklah. Kerja. Fokus Firdaus. Fokus.”


Di rumah,selepas bersarapan pagi,Melur memulakan rutin hariannya seperti biasa. Bermula dari bilik tidur,bilik mandi,bilik-bilik lain sehinggalah ke ruang tamu dan berakhir di dapur. Semuanya dikemaskan dan dibersihkan. Dia memastikan rumah amanah suaminya ini sentiasa di dalam keadaan bersih,segar dan wangi. Akhirnya dia berhenti berehat.

“Auhh,penatnya Qis. Bukan senang nak jadi isteri orang ni rupanya. Semua nak kena buat. Memang kena seru kat anak-anak dara di luar sana,kalau malas dan tak ready nak buat semua ni,jangan kahwin. Gaduh nanti dengan suami. Buat tambah dosa je.” bebelnya lalu menepuk pipi sendiri dalam usaha mengusir kepenatan.

“Bila dah jadi isteri orang,status dan gelaran bukan lagi sandaran. Isteri buat cara isteri. Kena hormat dan patuh dengan suami. Kena jaga rumah dan rumah tangga sepenuh hati. Dan yang paling penting,jaga suami sehabis baik. Makan pakai dia,kesihatan dia,harta dia, maruah dia dan hati dia,semua kat bahu ni.” Melur bercakap seorang diri.

“For now,you are doing a great job Melur.” katanya sambil menepuk bahunya sendiri tanda syabas.


Petangnya,seperti yang dijanjikan,Firdaus pulang awal sebelum Maghrib. Kelihatannya dia tergesa-gesa menuju ke muka pintu utama pejabat.

“Fir,awal balik? Tak date dengan Dee dulu ke?” sapa Raikarl di muka pintu.

“Sorry Karl. Aku dah deal dengan Melur nak kena ada rumah sebelum Maghrib.” jawab Firdaus bersama sedikit keseriusan di wajahnya. Raikarl tersenyum.

“Bagus tu dude. Itu satu deal yang bernas.” sambut Raikarl dengan senyuman nakalnya.

“Dan aku tak boleh keluar semula bila dah balik rumah,kecuali ada event yang nak kena running.” sambung Firdaus lagi serius.

“Itu lagi bagus. Memang sepatutnya suami ada untuk isteri terutamanya waktu malam. Yelah, dah sehari tak jumpa,malam la waktu date terbaik.” Firdaus menarik muka bosan apabila mendengar jawapan Raikarl. Dia mendengus kecil.

“Kau,kalau dari Melur semuanya baik. Yang seksanya aku. Dah macam banduan pantauan polis dah. I’m not free anymore.” balas Firdaus lebih serius di hujungnya. Raikarl menghampiri Firdaus bersama senyumannya.

“Samalah juga kalau kau kahwin dengan Dee. Suami tetap suami.” Jawapan Raikarl sekali lagi membuatkan Firdaus mendengus keras.

“Okeylah,aku chow dulu.” balas Firdaus sambil melagakan penumbuknya dengan penumbuk Raikarl. Di hujungnya dia menumbuk perlahan pipi Raikarl. Raikarl hanya ketawa kecil.

“Bijak betul Taz tu. Smooth tactical” kata Raikarl perlahan lebih kepada diri sendiri.

Baru sahaja Firdaus mahu menekan loceng,pintu sudah dibuka. Berdiri Melur di situ menyambutnya dengan senyuman. Melur melirik jam di tangannya.

“Tepat pada masanya abang. Syabas.” puji Melur bersama senyuman lebar.

“Nanti kalau saya balik lambat,saya juga yang kena bebel. Awak ingat saya suka ke selalu kena bebel dengan awak? Meleleh tahi telinga saya ni tau tak? Cair.” sambut Firdaus dengan jelingannya. Melur menahan senyumnya.

“Saya dah ikut syarat ke 6. Jadi tolong diam.” Melur mengemam bibirnya tanda berdiam. Dia menyalami Firdaus dan membawanya duduk di bangku di tepi pintu masuk. Melur duduk membuka kasut dan stokin Firdaus.

“Awak tu...”

“Melur.” tegur Melur tanpa memandangnya.

“Melur tu anak raja. Tempat Melur bukannya di kaki saya.”

“Abang.” Melur menegur lagi. Firdaus berdehem kecil sambil menggosok hidungnya.

“Okey,abang.” jawab Firdaus perlahan.

“Tempat abang pun bukannya di atas kepala Melur,dan Melur bukannya di bawah kaki abang. Tempat kita adalah di sisi masing-masing.” jawab Melur tenang.

“Bukan taraf Melur nak berada serendah tu.” Melur senyum dan memandangnya.

“Bagi seorang isteri,tak ada taraf yang lebih tinggi dari suaminya.” Firdaus terdiam. Melur bangun membawa beg sandang dan kot Firdaus dan mereka sama-sama naik ke bilik.

“Abang mandi dulu. Lepas tu kita solat Maghrib sama-sama.”

“Melur dah mandi?” Soalan Firdaus buat Melur senyum. Dia menggigit hujung bibirnya.

“Kenapa,abang nak Melur mandikan ke?” soal Melur sambil merapatkan badannya ke badan Firdaus. Hujung jarinya berlari-lari di dada Firdaus.

“Mana ada. Abang tanya jelah. Ingat abang ni baby ke nak kena mandikan?” bantah Firdaus cuba menafikan. Dihela nafasnya perlahan sahaja. Menahan godaan Melur.

“Abang dengan baby sama je di mata Melur,cuma abang lebih...” Melur berhenti di situ lalu mengelus ulas bibir Firdaus.

“Seksi.” sambung Melur semula lalu mengenyit matanya di hujungnya. Firdaus menelan liur.

“Dahlah,abang nak mandi.” kata Firdaus sudah goyah.

“Ke abang nak mandi dengan Melur?” soal Melur sambil membuka satu-persatu butang baju Firdaus. Firdaus menelan liur lagi. Menahan nafasnya. Melur menjongketkan kakinya lalu mendekatkan bibirnya ke bibir Firdaus. Firdaus terpaku. Hangat hembusan nafas Melur bagai bayu yang meniup lembut di bibirnya. Sesekali bibir Melur sedikit tersentuh bibir Firdaus. Mata mereka bertemu dan melekat di situ. Keadaan kesi antara mereka. Beberapa saat begitu, Melur senyum dan melepas tawa kecilnya. Firdaus terkejut kerana dia sendiri sudah hanyut.

“Okey lah sorry kacau abang. Abang pergilah mandi.” kata Melur sambil menepuk perlahan dada Firdaus sebelum berlalu. Firdaus berpaling dengan perasaan malu. Dia mencapai tuala dan terus masuk ke bilik mandi. Dia bersandar di pintu bilik mandi.

“Ommagaad. Nyaris-nyaris. Ni kalau Dee tahu,mahunya hilang bibir aku.” kata Firdaus perlahan sambil menarik dan menghembus nafasnya melalui rongga mulutnya. Dia berlalu ke hadapan cermin besar yang tertampal di dinding. Merenung wajahnya sendiri sambil membayangkan apa yang Melur lakukan sebentar tadi.

“Yang Melur ni pun satu,asyik tunjuk skill menggoda dia je. Lama-lama tumbang tahap lembu korban aku ni.” rungut Firdaus sambil melepas nafas melalui mulutnya.

“Firdaus,ingat Dee. Kau sayang Dee. Fokus pada Dee. Sahaja.” 😆

🌷byCNC🌷
21 Feb 2022

Jemput baca, follow dan like yer dear. Tqsm sudi support cnc. ☺🙏❤

Continue Reading

You'll Also Like

3.1M 276K 90
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
53.8K 3.2K 79
Siapa yang tak kenal dia. Kacak, pandai, kaya, semuanya ada pada dia. Cuma satu je ni. Kadang- kadang dia ni pun jahat juga. Tapi aku tetap gilakan d...
213 23 10
[ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 ] Harraz Michael - You're mine now Emelda Sofea - Jaga diri kau baik - baik kalau aku tak ada dekat dengan kau jangan p...
514K 17.7K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...