Takdir You're My Healer [C]

By EiSeoya

31.4K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 4

865 53 10
By EiSeoya

"APA motif kau nak jumpa dengan ayah aku?" Kepala Aryan miring ke kanan memandang Nawwar.

"Nak merisik kau la. Asal? Tak nak?"

"Hei, hei, hei. Laki aku! Jangan nak jadi gay sini," tegur Hadeena dengan nada yang tak puas hati.

"Huh, don't worry. I'm straight. And I know he's your man. Your... Material... Husband. Isn't he?"

Tersengih Hadeena memandang sekilas tunang di hadapannya. Tersipu malu walaupun sudah lama bersama. Siap panggil dengan panggilan manja untuk Aryan. Nawwar menggeleng perlahan melihat gelagat dua pasangan ini.

"So clingy. Don't do that in front of me. Just... Ew." Aksi geli-geleman ditunjukkan Nawwar membuatkan Zhan tergelak.

"Kalau jealous, cakap. Nak girlfriend, pergi cari satu," usik Zhan meletuskan tawa kecil.

"Tak ada masa aku," tekan Nawwar.

"Perempuan luar sana ramai lagi. Banyak pilihan. Apa kata kau rembat kawan aku?" Amboi, Hadeena jual kawan macam jual ikan dekat pasar.

"Kawan? Nama dia?" soal Nawwar. Berpura-pura ingin tahu.

"Emara Iris."

Dia angguk perlahan. Cantik nama. Mesti orang dia cantik juga.

"Apa elemen dia? Sama macam kau ke? Frost?"

"Bukan, dia-"

"Oi tengok depan. Ada juga yang bercium dengan dinding." Suara Zhan dari arah belakang menghentikan perbualan Nawwar dengan Hadeena. Daun pintu kelihatan sedikit terbuka. Ini kalau bukan teguran Zhan tadi memang hilang dah batang hidung.

"Kau lah masuk. Kau kan nak jumpa ayah aku." Nawwar ditolak kasar Aryan ke depan pintu masuk. Dijeling tajam sebelum mara ke daun pintu.

Baru saja ingin menjenguk ke dalam, ada tiga kepala manusia turut menjenguk keluar melihat mereka berempat terpacak elok depan pintu. Masing-masing dah buka pencak silat. Ada yang tiba-tiba jadi vocalist menjerit depan bilik profesor.

"Ya Allah, sesungguhnya jantung patik hampir sahaja gugur dari pangkalnya. Kalian yang berdiri di sini sudah buat patik kaget. Keluar bahasa klasik Aryan yang entah betul atau tidak.

Bukan Aryan saja terkejut, yang lain pun roh hampir terkeluar. Lagi-lagi Tuan Asnawi yang pakai serba putih. Dah macam benda putih bergerak dalam cerita horror.

"Err... A-ayah... Assalamualaikum," salam Aryan dibalas Profesor Afzhan.

"Ni, anak Tuan Asnawi nak jumpa ha,"

"Ha? Nawwar? Kenapa ni?" Tuan Asnawi menghampirinya.

Kepala Nawwar ditoleh saat nama diseru. Tuan Asnawi sedang menagih jawapan daripada anak bujangnya.

"Err... my instinct." Ringkas dan padat. Dia diajak mara ke depan meja profesor.

Nawwar menceritakan firasatnya yang tidak menentu. Merasakan seperti ada kejadian tidak diingini akan terjadi dalam masa terdekat. Melibatkan orang luar yang bakal ceroboh masuk ke akademi Quricity. Lagipun Tuan Zachary dan ayahnya juga ahli Thunder. Pasti berkongsi naluri yang sama.

"Hm... Anak kau pun rasa benda sama. Jadi, prof... Macam mana?" Pandangan Tuan Zachary beralih ke Profesor Afzhan.

Beliau meraup wajah banyak kali. Empat sekawan tadi hairan. Riak wajah yang merisaukan itu menimbulkan tanda tanya dalam diri mereka.

"Ayah? Kenapa ni?" Aryan maju selangkah ke Profesor Afzhan.

"Kita kena pindahkan semua ahli ke akademi baru dalam masa terdekat." Ayat seringkas ini sudah membuatkan mereka semua tergamam, kecuali Nawwar. Dia tahu pencerobohan kuasa luar membawa impak besar kepada akademi Quricity.

"Kenapa??" Membulat mata Hadeena mendengar keputusan dari mulut Profesor Afzhan.

"Berdasarkan apa yang saya dengar daripada tiga orang ahli Thunder tadi, berkemungkinan besar akademi kita akan diserang oleh kehadiran ahli-ahli Qursetav Empire dari dimensi lain. Mereka mahukan Nawwar,"

"What empire? And why me??" soal Nawwar. Bingung.

"Nanti Tuan Zachary bagitahu," jawab Tuan Asnawi, bersahaja.

"Sikit-sikit Tuan Zachary. Kenapa ayah tak beritahu terus pada Nawwar?" Tuan Asnawi sedikit terkedu dengan respon anaknya. Nada suaranya sedikit menjerit.

"Asyik Tuan Zachary je explain dekat Nawwar. Ayah selalu selalu sangat mengelak ceritakan hal sebenar dekat Nawwar? Why? Am I no longer worth for you?" Tuan Asnawi masih berdiam diri.

"Bukannya susah pun. Nawwar darah daging ayah. Takkan dengan anak sendiri pun simpan rahsia? Sebab ibu dah tak ada ke sampai ayah mengelak dari Nawwar? Just tell me directly. Or... Did you keep a secret from me?"

Nafas terasa sesak. Amarah apinya menggelegak panas.

"Atau sebab Nawwar dah calarkan maruah keluarga kita dulu ke? Because I'm the Cursed Child that everyone fears about it. Isn't it!?" gertak Nawwar.

"Ibu lagi baik daripada ayah. Tapi kenapa Allah ambil ibu dari Nawwar? Kalau Nawwar tak lahir dekat dunia ni, mesti ayah bahagia. Tak perlu sorok semua benda dari Nawwar. Kan?" Rasa sebak di dada kian terasa.

"Nawwar, ayah-"

"Kenapa ayah tak minta ibu gugurkan je Nawwar dulu!? Nawwar penat dengan dunia ayah, Nawwar penat!" Tak mengendahkan banyak mata memasang ke arahnya, dia berlari keluar dari pejabat.

Membiarkan tubuh itu berlalu pergi. Tuan Asnawi menghela nafas berat.

"Emosi dia tak stabil, Nawi." Profesor Afzhan menepuk bahu Tuan Asnawi.

"Uh, ayah... Aryan dengan yang lain nak pergi cari-"

"Tak perlu. Ayah dah suruh Tuan Asnawi cari dia. Kamu dengan yang lain pergi rehat dekat kafetaria,"

"Eh kami dah. Nawwar je belum lagi,"

"Ha? Nawwar belum makan lagi?" Tuan Asnawi tergamam. Anaknya masih belum sarapan rupanya. Itu kut sebabnya dia sedikit emosi hari ini.

"Iya. Puas kami pujuk tapi dia tak nak," jawab Aryan.

"Kau belikanlah dia sarapan ringkas dekat kafetaria. Pujuk dia. Mesti rindu dekat ibu." Tuan Zachary pula mencelah.

"Hm... iyalah. Ha kamu semua pergi lah buat apa yang patut. Saya nak cari Nawwar." Rasa bersalah terbit dalam diri Tuan Asnawi. Dia berlalu pergi keluar dari pejabat. Sekarang dia harus mencari kemana perginya anak 'tunggal' itu.



MAKMAL Thunder diisi dengan tangisan sayu. Fail peribadi milik Nawwar dipeluk erat dalam dakapan. Air matanya mengalir deras. Ada beberapa gambar keluarga terselit di beberapa helaian dokumen. Termasuk gambar abangnya sendiri.

"Balik lah Naqib. Adik dah tak ada sesiapa. Ibu dah tak ada. Ayah macam tak sayang adik," rintih dia.

Bukan gambar keluarga saja, dia tersedar satu kertas berwarna coklat keemasan terselit disebalik helaian kertas. Hati menghasut untuk menarik keluar maklumat tersebut. Hampir gugur jantung. Kertas yang dipegang sekarang adalah laporan yang telah dibuat oleh Tuan Zachary. Isi kandungannya jelas menerangkan sisi gelapnya sebagai Cursed Child.



Nawwar Inas, the son of Master Asnawi of Thunder was declared as a Cursed Child regarding to the tragic moment in Afwah. Azazel, one of the Qursetav Empire cursed him as a revenge toward his father. This cursed affected his internal body along with his mental. The cure was nowhere to be found, but surely there is a way to lift the cursed.

This child is a thirst blood when it comes to his form as a Cursed Child. He managed to kill 10 person just in a blink of an eye. Unfortunately, this form will lead him into unconscious due to the usage of his energy.

Once his cursed was half unleashed, the cycle of death will begin. His lifespan will be shorten. His hair will slowly turn into snowy white as a sign of his lifespan is decreasing. Only an unknown cure will free himself from this cursed.

- reported by Master Zachary Anak Alexander.



"Unknown cure to free myself?" Adakah ini sebuah mimpi? Tak salah tengok kan? Berkedip-kedip mata Nawwar sebelum dia baca lagi sekali dari atas sampai habis. Rupanya ada penawar untuk ubati dirinya telah disumpah.

Cuma, apa 'unknown cure' yang dimaksudkan? Dimana tempat ia berada?

Pantas kepalanya berpaling di pintu masuk makmal. Seperti ada yang perhatikannya dari jauh. Dia jenguk keluar. Tiada kelibat yang lalu. Hanya dia seorang.

"That's... weird."

Perut kecut ketakutan. Cepat-cepat dia kemaskan semua barangannya ke tempat asal. Kotak disorok di sudut bilik di tempat asal. Dia berlari keluar dari makmal. Derapan tapak kasutnya bergema satu koridor. Fikiran kosong. Cuba memproses semula apa yang dibacanya dalam makmal.

"Ada orang intai aku ke?" Bisiknya perlahan. Ada juga naik bulu roma sedikit. Aneh. Tiada sesiapa di luar.

Telinga menangkap satu bunyi dari belakang. Macam dikejar. Nawwar melangkah laju. Jantung berdetak bagai nak gila. Pecut habis sampailah ada satu seruan yang membuatkan langkahnya terhenti.

"Nawwar! Ni ayah!"

Tuan Asnawi menghampirinya dengan sesuatu dalam genggaman. Plastik yang ada nasi lemak dibungkus elok. Disuakan kepada Nawwar.

"Tadi Aryan kata Nawwar belum sarapan, tu sebab ayah belikan ni."

Tanpa bersuara Nawwar terus mengambilnya.

"Nawwar... marah ayah lagi ke?"

Laju Nawwar geleng.

"Merajuk?"

Respon tetap sama. Selangkah menghampiri anaknya, Nawwar undur dua langkah ke belakang. Kepala tunduk merenung ke lantai. Sikap anaknya membuatkan Tuan Asnawi terkedu. Dia tahu dia sudah melukakan hatinya.

"Ayah minta maaf, Nawwar." Baru saja ingin mendarat lengannya pada Nawwar sudah ditepis kasar.

"Ayah tahu Nawwar marah ayah. Salah ayah juga. Ni... ayah ada niat baik nak tunjuk dekat Nawwar."

Nawwar ketap bibir. Dia membelakangi ayah. Hampir saja menitiskan air matanya. Rasa berdosa membenci ayah sendiri. Dia sedar akan sifatnya itu, tapi nak buat macam mana. Sejak ibu pergi, ayah berubah. Nawwar pun apa kurangnya.

"Nawwar rindu ibu kan? Rindu adik dan Naqib?"

Laju kepalanya diangkat. Kepala ditoleh.

"Kalau rindu, jom ikut ayah. Nak tunjuk sesuatu."

Jelas terpancar riak keterujaan pada anak lelakinya. Tuan Asnawi mengucapkan syukur kepada Allah. Sekurangnya dia dapat pandang sekilas sinaran yang terpancar pada wajah anaknya yang sudah 'mati rasa'.

Tuan Asnawi turut merasakan kehadiran isterinya di sini. Persis sungguh dengan ibunya.














Edited: 7.4.24

Continue Reading

You'll Also Like

636K 5.7K 8
๐๐„๐– ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐Ž๐! [SLOW UPDATE] #1 ๐“—๐“ฒ๐“ผ ๐“ข๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ฎ๐“ผ ๐™ƒ๐™–๐™›๐™ž๐™ฎ ๐™‡๐™ช๐™ฉ๐™›๐™–๐™ฃ | ๐˜ผ๐™ช๐™ก๐™ž๐™ฎ๐™– ๐™‡๐™ช๐™›๐™ฎ๐™–๐™– Empat tahun Hafiy Lutfan memendam ras...
962 107 19
Muhammad Luth Adam Fatwaz Seorang lelaki , CEO GALERI SENI D'LAF. Dia mempunyai banyak keistimewaan tetapi dia juga tenggelam dalam kisah silam. Ki...
862 93 4
Tiga tahun persahabatan yang terjalin antara mereka melalui alam maya akhirnya membuatkan si gadis menaruh perasaan istimewa terhadap si jejaka dalam...
47.9K 2.4K 20
Wajahnya tidak kelihatan.Tertutup mukanya dan hanya terlihat matanya yang menawan.Tapi itu tidak menghalangi perasaan Luth kepadanya. Luth menyukai A...