Mrs. Hayden Iskandar [ON-GOIN...

By lylylyyyyyyyyy

1.5K 206 14

Tengku Hayden Iskandar Bin Tengku Yusuff. Tak pernah pula terlintas dalam kepalanya soal wanita mahupun soal... More

Chapter 1 - 💌
Chapter 2 - 💌
Chapter 4 - 💌
Chapter 5 - 💌
Chapter 6 - 💌
Chapter 7 - 💌
Chapter 8 - 💌
Chapter 9 - 💌
Chapter 10 - 💌

Chapter 3 - 💌

123 23 0
By lylylyyyyyyyyy

••

"Ajaklah kawan - kawan kamu tu masuk Is. Buat apa duduk berdiri je kat luar tu. Tak elok duduk kat luar tu maghrib maghrib ni."Kata Nenda Hayden ataupun lebih dikenali sebagai Tengku Mariam Emanina.

"Ha masuklah. Buat macam rumah sendiri."Pelawa Hayden. Daniel jalan mendahului Aurellia sambil menarik beg bagasinya. Hayden melirik pada Aurellia yang di belakang Daniel. Senyuman sinis terukir.

'Comel'

Hayden hanya memandang Aurellia yang masih berusaha menarik beg bagasinya. Entah apa yang diletakkan di dalam beg bagasi perempuan ini sampaikan nak ditarik pun susah.

"Apa pandang - pandang ?"Tanya Aurellia meluat. Dahlah tinggal dia berdua je dengan lelaki malaun ni. Daniel dan Tengku Mariam sudah berlalu masuk ke dalam rumah.

"If you need help just tell me."Kata Hayden sinis.

"No , i don't need your help at all. I can handle all of this by myself. By the way , can you make a gap between us ? Saya tak selesa bila awak dekat sangat dengan saya." Gila nak rasa selesa. Lelaki ni dekat gila kot dengan dia. Kalau jalan setapak pun , dah boleh terlanggar badan lelaki tu dah.

"Rasa tak selesa ? Habistu time naik basikal tadi elok je pegang baju aku. Takde pun rasa tak selesa."Kata Hayden pelik. Perempuan ni tak nak ambil kesempatan kat dia ke ? Biasanya kalau perempuan lain , kalau boleh dah peluk peluk dia dah sebab jarak dekat sangat.

"Tengku Hayden Iskandar. I don't have any time untuk layan perangai sewel awak tu. Awak boleh jarakkan diri awak dengan saya tak ? Sebelum saya jerit."Ugut Aurellia. Sumpah dia rasa tak selesa langsung. Jantung dia dah berdegup bagai nak pecah je ni.

"Okay okay. No need to shout okay girl. I give you 30 seconds only untuk tarik luggage awak tu masuk dalam. Kalau tak aku kunci kau kat luar ni. Tidurlah kau dengan hantu pontianak tu. Kau pun apa kurangnya. Pendek macam Toyol." Aurellia membulatkan matanya apabila Hayden mula menyenaraikan segala jenis hantu yang menyeramkan itu.

"Yelah nak masuk lah ni. By the way , saya tak pendek tau. Tinggi saya 160cm ! Awak tu je yang tinggi macam galah !"Bebel Aurellia pula.

"Eh banyak bebel pula mak nenek ni. Kunci betul - betul baru tahu." Aurellia hanya menjeling Hayden sambil kakinya cepat - cepat melangkah masuk ke dalam rumah bersama beg bagasinya yang berat seperti anak gajah itu.

"Eh jangan lupa. Nanti turun dinner pukul 8.30 malam. Jangan tak turun pula. Nanti merengek lapar pula. Perempuan bukan boleh percaya mengada dia tu."Sempat Hayden memberikan pesanan dan juga sindiran kepada Aurellia yang sudah laju berjalan meninggalkan Hayden. Nasib baik dia dah tahu di mana biliknya berada. Kalau tak , lagi naya dia nak tanya malaun tu.

••

"Malam ni dinner apa Tengku ?"Tanya Aurellia sebaik sahaja kaki dijejakkan ke dapur. Kebetulan ternampak Tengku Mariam sedang memasak di dapur.

"Harini dinner ayam masak kicap dengan sayur campur je. Ada juga buat sambal belacan tadi. Lauk favourite Is. Alang - alang dia balik , itu yang dibuatkan lauk ni untuk dia. Lagi satu , kamu ni jangan panggil Tengku. Panggil je nenda."
Tengku Mariam tersenyum manis. Aurellia kagum. Low profile juga Tengku Mariam ni. Kalau orang kaya lain , semua nak dipanggil dengan nama kerabat diorang.

"Okay nenda. Lauk ni pun lauk favourite Aurel juga ! Aurel kalau dah ada lauk ni , dah tak pandang lauk lain dah."Kata Aurellia sekadar berbasa - basi.

"Sibuk je."Aurellia mengalihkan pandangannya. Mukanya berubah. Mamat ni lagi ! Tapi , penampilan Hayden kalini nampak lain sedikit dari tadi. Tadi , lelaki ini memakai kemeja putih bersama seluar slack hitam. Sekarang ni , lelaki ini hanya memakai baju T-shirt biasa bersama kain pelikat. Rambutnya juga dibiarkan serabai. Baru habis Solat Isyak barangkali.

"Puas tenung ?"Aurellia tersentak. Dipandang Hayden yang sudah berdiri di hadapannya. Dipandang juga Tengku Mariam yang sedang menyenduk lauk ke dalam mangkuk. Sekali lagi Tengku Mariam tersenyum. Kalini , tersenyum geli hati ! Malunya ! Macam mana boleh kantoi usya mamat ni !?

"Mana ada saya tenung awak. Perasannya lah. Saya tengah check abang ada ke tak belakang awak. Dari tadi saya tak nampak dia."Aurellia memberikan alasan untuk menutup malunya.

"Abang kau tengah on call dengan someone . Nanti dia turun lah tu."Jawap Hayden. Tangannya cepat mencapai karipap di atas meja. Baki minum petang tadi.

"On call ? Dengan siapa ?" Tanya Aurellia pelik. Hal kerja ke ?

"Manalah aku tahu. Sibuk jelah kau ni makcik. Suka hati dialah nak call siapa pun. Dia bukannya budak kecil lagi nak kena minta permission kau before call orang." Perli Hayden. Aurellia merengus kasar. Sebal betul dengan mulut Hayden ni. Tak habis - habis nak perli orang.

"Bisinglah awak ni. Soletape kang mulut tu."Marah Aurellia.

"Kau nak soletape mulut aku ? Sampai ke ? Kau je dah tinggi macam Dora. Lagi satu , kau memang nak dekat dengan mulut aku eh ? Tak sabar sangat nak cium aku ke ?"Hayden tersengih gatal.

"Mana ada ! Nenda ! Tengok Hayden ni. Perangai gatal semacam je dah kenapa !"Adu Aurellia. Hayden menggaru kepalanya yang tidak gatal. Lupa pula Tengku Mariam juga berada di situ.

"Is. Kamu jangan nak mengacau Aurel ni. Gatal sangat dah kenapa ? Dah pergi panggil Daniel tu turun makan. Nanti sejuk pula makanan ni."Arah Tengku Mariam lembut tapi tegas. Hayden bangun dari duduknya. Aurellia sempat menjelirkan lidahnya tanda menang. Bestnya , Tengku Mariam menyebelahi dia !

••

"Nah abang."Aurellia menyerahkan pinggan berisi nasi putih kepada Daniel. Memang sudah jadi tabiatnya menghidangkan makanan untuk Daniel terlebih dahulu.

"Thank you."Ujar Daniel ringkas. Tangannya mula menyenduk lauk ayam masak kicap ke dalam pinggannya.

"Daniel je ? Untuk aku ?"Hayden mempersoalkan tindakan Aurellia. Mana aci , dia seorang je yang tak dapat nasi lagi.

"Ambil lah sendiri. Mangkuk nasi tu sebelah awak je."Kata Aurellia sebal. Mengada betul lelaki ini.

"Eh , Daniel boleh pula kau hidangkan. Untuk aku ?"Hayden merenung anak mata Aurellia sebelum Aurellia melarikan pandangannya. Tak selesa.

"Sejak bila pula kamu ni makan kena disendukkan ni Is ? Biasanya bukan kamu senduk sendiri ?"Tanya Tengku Mariam. Dari tadi dia perasan tingkah laku cucunya seorang ni. Berubah 360° betul perangai dia.

"Entah kau. Dulu time university dulu bukan kau selalu buat semua benda by your own ke ?"Tanya Daniel. Dia memandang Aurellia dan Hayden silih ganti. Ada apa - apa ke yang terjadi di antara diorang berdua ni ?

"Mana ada. Aku kan selalu minta tolong orang. Alah nenda. Nenda pun selalu sendukkan nasi untuk Is kan ?"Hayden memandang Tengku Mariam dengan muka kesian walaupun terasa gugup di hati. Tengku Mariam hanya menggelengkan kepalanya. Lantaklah apa nak dibuat cucunya ni pun.

"Hish yelah. Mengada betul." Aurellia bangun dari duduknya lalu mencapai pinggan di hadapan Hayden.

"Thank you."Ujar Hayden gembira. Puas hati dia apabila Aurellia menyendukkan nasi buatnya. Akhirnya mereka semua memulakan sesi makan malam dengan tenang.

"Nama penuh Aurel ni apa sebenarnya ? Nenda dari tadi panggil Aurel je. Tak tahu pun nama sebenar."Tanya Tengku Mariam memecah keheningan meja makan.

"Aurellia Clarissa Binti Casper Loey , nenda. Nenda panggil je Aurel."Jawap Aurellia lembut. Dia sudah mula berasa serasi dengan Tengku Mariam.

"Aurellia Clarissa. Sedap betul nama budak - budak sekarang ni. Umur berapa ni ? Nampak macam baru habis SPM je."Seloroh Tengku Mariam. Daniel membuat muka. Eleh , dia tahu adiknya itu sudah kembang semangkuk sebab ada orang puji dia nampak muda.

"23 Tahun nenda. Baru je habis degree." Jawap Aurellia ringkas. Buat apa dia nak jawap panjang - panjang kan ?

"Dah 23 ? Beza 5 tahun lah ya dengan Is dengan Daniel ni. Comel je orangnya nenda tengok."Tengku Mariam tersenyum lagi. Murah senyum betul Tengku Mariam ni.

"Nenda jangan nak puji sangat budak ni. Nanti berlagak pula dia ni."Kata Daniel. Aurellia memandang abangnya. Dengki betul.

"Takpelah , bukan selalu pun nenda puji orang. Parents ada lagi ke ?"Aurellia dan Daniel tersentak. Aurellia memberikan isyarat kepada Daniel supaya Daniel yang menjawap persoalan itu.

"Ada lagi nenda. Cuma diorang busy sekarang ni. Ini pun diorang outstation. Sebab tu Daniel yang selalu jaga Aurel kat rumah. Kalau tak , Daniel dah pindah keluar dah. Tapi sebab mengenangkan nanti Aurel ni duduk sorang - sorang , Daniel pun stay jelah situ."Ujar Daniel panjang lebar. Hayden memandang Aurellia yang sudah menundukkan kepalanya. Sedih barangkali.

"Oh yeke. Nasiblah ada Daniel. Patutlah nampak Aurel rapat betul dengan Daniel ni ya. Selalu duduk berdua je ya. Takpelah , biarlah nenda yang ceriakan Aurel ni selalu."Tengku Mariam menepuk perlahan bahu Aurellia. Dia tahu yang Aurellia pasti sedih membesar tanpa ibu bapa disisi selalu.

"Dahlah , maaflah nenda ganggu pula kamu berdua makan. Cepat makan ni ha , tak habis pula nanti."Aurellia dan Daniel hanya tersenyum sebelum masing - masing sambung menyuapkan makanan ke dalan mulut.

Seusai sahaja makan , Aurellia meminta diri masuk ke dalam bilik. Ada juga niatnya untuk membantu Tengku Mariam mencuci pinggan mangkuk tapi ditegahnya. Tengku Mariam tahu yang Aurellia penat dan masih sedih apabila dibicarakan tentang ibu ayahnya. Hayden hanya menghantar pemergian Aurellia ke tingkat atas melalui ekor matanya sahaja. Dia takdelah jahat sangat nak kacau orang waktu orangnya tiada mood.

••

"Coffee , bro ?"Hayden menghulurkan satu cawan kopi kepada Daniel yang sedang berdiri di balkoni rumah.

"Thanks."Ucap Daniel lalu diambil cawan kopi dari tangan Hayden.

"Jangan pendam masalah kau bro. Nanti kau sakit sorang."Kata Hayden sambil matanya turut dilontarkan memandang ke luar balkoni.

"Aku bukan nak pendam. Tapi aku takde sesiapa aku nak luahkan masalah aku. Aku taknak bebankan Aurel. Cukuplah dia ada masalah dia sendiri. Dia pun tak cukup kasih sayang parents sendiri. Aku bersyukur bro aku sempat spend time dengan parents aku. Aurel je yang tak sempat. Lepas je dia lahir , terus parents aku busy gila. Aku jelah yang jaga dia."Daniel menghembuskan nafas berat.

"Parents kita sama bro. Dua - dua busy. But , we're not in the same situation. Alhamdulillah , parents aku start busy waktu aku dengan adik aku dah boleh bawa diri masing - masing. So , we're not bebankan each other. Cuma adik aku dekat overseas lah sekarang. Aku respect kau bro. Kau selalu matang sebelum umur. I could never."Daniel tersenyum hambar.

"Aku takde pilihan. Kalau bukan aku yang jaga Aurel , dia dah takde hala tuju dah. Budak umur dia sekarang suka pergi club sana - sini. Alhamdulillah , aku sempat didik dia sebelum dia terjebak dengan kawan - kawan dia."Daniel tersenyum.

"Kau seorang abang yang bagus Daniel. Aku pun jealous tengok hubungan kau dengan adik kau. Aku dengan adik aku mana rapat sangat. Kitorang dah buat haluan masing - masing."Kata Hayden. Mereka berdua senyap melayani perasaan masing - masing.

"Dahlah bro. Aku nak masuk bilik dulu. Suka hati kaulah nak lepak lama mana kat sini. Cawan tu nanti hantar dapur je. Ciao !"Hayden terus berjalan meninggalkan Daniel.

Daniel terus - terusan melayan perasaannya. Memorinya terimbau kembali waktu dia berjumpa dengan Mak Longnya siang tadi.

*THROWBACK*

"Assalamualaikum !"Daniel memberi salam sambil tangannya ligat mengetuk pintu rumah Mak Longnya. Hatinya panas.

"Waalaikumsalam. Eh Abang Daniel buat apa kat sini ?"Tanya Saleha , anak sulung Mak Longnya merangkap sepupunya yang terpaling gedik.

"Aku nak jumpa Mak Long. Mana Mak Long ?"Tanya Daniel. Dia malas nak bercakap lama - lama dengan Saleha. Dahlah badan macam padi kena tiup angin. Terliuk - lentok.

"Oh nak jumpa mak. Ingat nak jumpa Saleha. Mak ada kat dapur. Nak Saleha panggilkan ke ?"Tanya Saleha sambil memintal - mintal rambutnya yang diikat tocang. Geram apabila Daniel tidak memandangnya. Penat dia menggoda abang sepupunya ini.

"Panggil cepat."Arah Daniel. Matanya masih memandang bawah. Jaga pandangan.

"MAK ! ABANG DANIEL DATANG NI ! NAK JUMPA MAK !"Terhinjut bahu Daniel mendengar suara lantang Saleha. Terkejut dia. Dahlah suara saja dikepitkan. Dah macam suara mak ayam panggil anak dia balik reban.

"Aku datang ni. Suara kau ni dah kenapa kepit semacam je ni ?"Mak Long atau lebih dikenali sebagai Makcik Senah datang dari dapur sambil membawa senduk.

"Ha , kau nak apa datang rumah aku ni ?"Tanya Makcik Senah. Hatinya berbunga - bunga. Nak bagi duit ke ? Bestnya !

"Takkanlah Mak Long tak boleh teka lagi kenapa saya datang sini ?"Daniel saja bermain tarik tali dengan Mak Longnya.

"Kau nak bagi aku duit ke ? Jap aku pergi ambil dompet aku. Eh takpelah , nanti aku pandailah selitkan dekat kain batik aku."Kata Makcik Senah gembira.

"Bagi duit ? Buat apalah saya nak bagi Mak Long duit kalau duit tu pun tak digunakan sebaiknya."Kata Daniel sinis. Riak wajah Makcik Senah berubah.

"Apa maksud kau ?"

"Duit yang selalunya saya ataupun Mama Papa saya bagi tu , bukan ke Mak Long selalu guna untuk Mak Long je ? Itu gelang kat tangan tu dah berat bertan - tan dah."Perli Daniel.

"Kau jangan nak tuduh aku sebarangan ya ! Kau ada bukti ke !? Cakap je lawyer tapi suka tuduh orang tanpa bukti."Kata Makcik Senah angkuh.

"Tanpa bukti ? Mak Long Cuba tengok rumah kampung tu ! Dah macan rumah terbiar yang tak terjaga langsung ! Bukan ke selama ni kitorang bagi duit kat Mak Long supaya upah orang untuk bersihkan rumah tu ? Kitorang percayakan Mak Long sebab Mak Long duduk area sini. Sebab tu kitorang percayakan Mak Long. Mak Long mungkir janji ?" Kata Daniel kesal.

"Hish , mana ada aku mungkir janji. Aku ni banyak hal nak kena buat. Manalah aku sempat nak cari orang."Makcik Senah cuba memberikan alasan.

"Tak sempat ? Dah lama dah kitorang bank in duit kat Mak Long. Apa yang tak sempatnya ? Dengan jumlah duit yang kitorang bagi selama ni , patutnya sebulan sekali akan ada orang datang bersihkan rumah tu sebab kitorang tak selalu pun balik kampung. Tapi ada ke Mak Long buat macam tu ?"Saleha terkebil - kebil mendengar pergaduhan antara Daniel dan Makcik Senah.

"Hish , kau ni bisinglah. Aku tahulah kerja aku. Kau tu yang tak tahu datang dari mana tiba - tiba datang rumah aku marah - marah macam ini."Marah Makcik Senah balik. Dia kenalah pertahankan maruah dia.

"Dahlah Mak Long. Kalau tak mengenangkan Mak Long ni kakak Mama saya , dah lama saya heret Mak Long naik mahkamah atas sebab penyalahgunaan wang."Kenyataan Daniel ini menyentakkan Makcik Senah.

"Eh kau ni ! Suka hati kau je nak heret aku naik mahkamah ! Kau berambus dari rumah aku sekarang ! Aku pun tak hamaklah duit kau tu !"Tengking Makcik Senah walaupun dia rasa gerun dengan Daniel.

"Okay , saya pergi dulu. Tapi ingat Mak Long. Lepasni saya takkan bagi duit dah dekat Mak Long. Assalamualaikum." Daniel berjalan menuju ke keretanya meninggalkan Makcik Senah yang masih panas.

"DASAR ANAK BUAH TAK KENANG BUDI !"

Kereta yang dipandu Daniel terus meluncur laju meninggalkan rumah Makcik Senah.

*END THROWBACK*

Daniel meraup kasar mukanya. Mug kopi tadi dibawa ke dapur untuk dibasuh. Sakit kepalanya memikirkan masalah tadi.

••

Hayden berjalan menuju ke biliknya sambil tangannya ligat bermain handphone. Bukannya buat apa pun , dia sedang block nombor - nombor perempuan yang selalu mengacaunya di WhatsApp. Tiba - tiba Hayden menghentikan langkahnya. Bulu romanya menegak.

'Siapa pula menangis tengah - tengah malam ni ? Seram lah sia'. Gumam Hayden di dalam hati. Perlahan - lahan dirinya mencari punca tangisan itu.

Kakinya berhenti melangkah di hadapan satu pintu bilik. Dipulas tombol pintu bilik tersebut. Gelap. Tapi bunyi tangisan kuat didengari. Dia tahu itu bilik siapa.

"Before tidur jangan lupa kunci pintu." Pesan Hayden.

"Aaaaa ! Awak ! Jangan masuk ! Saya tak pakai tudung !"Jerit Aurellia. Ish , suka hati dia je masuk waktu orang tengah nangis - nangis ni.

"Gelaplah. Aku tak nampak apa - apa pun. Sebelum sambung nangis tu , kunci pintu ni. Nobody knows what will happen in the midnight." Pesan Hayden lagi.

"Saya tahulah. Cuma saya terlupa je tadi."Kata Aurellia. Terdengar suara serak perempuan itu.

"Lantak kaulah. Dah kunci pintu ni. Jangan tidur lambat sangat. Jangan bawa perasaan sangat. Tidur."Kata Hayden lagi lalu keluar dan menutup pintu bilik Aurellia.

Aurellia merengus kasar sebelum bangun dari katilnya dan mengunci pintu bilik. Dibuka juga lampu bilik. Betul juga apa yang dikatakan oleh Hayden tadi. Dia tak sepatutnya terlalu bawa perasaan.

Sebaik sahaja lampu dibuka , Aurellia mencapai scrunchie di tepi bantalnya lalu diikat rambutnya yang sedikit serabai. Dia melangkah ke dalam bilik air untuk mencuci muka. Nasib baik dia belum pakai skincare lagi. Kalau tak bazir je skincare dia terkena air mata tadi.

Sebaik sahaja siap memakai skincare , Aurellia sempat membaca novel sebelum tidur. Aurellia menutup kembali lampu biliknya dan mula merebahkan badannya di atas katil. Perlahan - lahan matanya ditutup. Mengantuk. Semoga , hari esok lebih baik dari hari ini.

°

Today's lesson :

- Non dire parole d'amore a qualcuno che ancora non mostra alcuno sforzo per prenderti

>Don't say any love words to someone who still doesn't show any efforts to get you<

Author's words :-

Aaaaa kita jumpa lagi! Again,I'm so sorry kalau you guys rasa cerita ni merepek,lambat ke bosan ke apa. I'm still learning and apa yang salah tolong tegur ya ! Thank you !!

170222

- AS -

Continue Reading

You'll Also Like

366K 2.4K 8
Enjoy the storyy Tengku Edyran Eskandar - Sarkastik , Bengis tiada siapa boleh lawan arahannya , dia dibesarkan dengan penuh cabaran , apabila dia su...
301K 14.1K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
1.8M 61.6K 47
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi a...
93.2K 4.7K 57
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...