BUKAN PENGEMIS CINTA (SU)

By kimiafina

44.9K 2.7K 408

Qays Nufail. Nama diberi oleh ibu ayahnya yang tercinta. Walaupun hidup sebagai anak yatim, Qays tetap tabah... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Not an update

Bab 25

1.3K 78 21
By kimiafina

QAYS tergamam mendengarkan itu. Namun, tidak terlalu terkejut sebab dari awal pun dia dah rasa yang Amalin seperti berminat dengannya. Qays senyum nipis. Tidak mahu gadis itu terasa dengan apa yang akan diberitahu nanti.

"Saya harap awak tak terasa hati eh, kalau saya jawab ni? "

"Tak, saya akan cuba terima. Saya tak kisah yang penting saya dah luahkan apa yang saya rasa, "sedaya upaya Amalin akan terima keputusan Qays. Dia percaya jodoh itu di tangan tuhan. Tak kira cepat atau lambat.

"Saya tak marah awak suka saya tapi... Saya dah berpunya, "ujar Qays berterus terang. Dia tak mahu memberi harapan kepada gadis itu. Gadis itu layak mencari lelaki yang lagi bagus dari dirinya.

Walaupun sakit, Amalin terima sebab itu yang dipesan awal-awal lagi pada dirinya.

"Saya anggap awak tak lebih daripada seorang adik, "

"Saya faham. Beruntung perempuan tu dapat awak,"Amalin tersenyum hambar. Sungguhpun dia redha dengan keputusan Qays, Amalin masih memerlukan masa move on.

"Tapi...saya kenal ke perempuan tu?"Teringin juga Amalin nak tahu siapa gerangan yang bertakhta di hati lelaki pujaan hatinya itu.

Qays garu belakang lehernya yang tidak gatal.

"Errr...Sorry for now,I keep it as a secret. But one day,you will know who she is,"Qays bukan apa,dia takut hal ini akan mengangguk privasi Aira selepas ini. Sudahlah,dia dah habis sekolah. Tinggal Aira saja di sini.

"It's okay...ada masa,kita jumpa lagi. Maaf dah ambil masa awak," Amalin menunduk sedikit sebelum berjalan keluar. Entah-entah abangnya,Zakwan sudah lama tunggu.

Qays menghela nafas lega. Syukur sebab Amalin faham.

"Dia suka kau?"tak sengaja Uwais dengar juga perbualan Qays sebab Uwais berada tidak jauh dari situ.

"Kalau dia suka pun,aku tak boleh nak halang perasaan dia cuma hati aku ni dah ada nama Aira je,"

"Perghh!! Aku tabik la dekat kau. Even Aira tu macam you know...bukan aku nak mengata bini kau tapi kau setia,bro,"bahu Qays ditepuk. Qays jeling Uwais sekilas. Nasib nak kutuk pun berlapik. Doa je lah Aira berubah lepas ni dari segi pakaian. Percayalah,kalau Aira berubah macam tu,dialah manusia paling bahagia sekali.

"Dahlah,aku nak balik dulu alang-alang aku cuti hari ni an. Esok aku sampai awal punya dekat bengkel,"terus helmet diambil dan dipakainya. Tak sabar nak balik. Dia dah bebas tunggu masa untuk dapat keputusan dan juga sambung belajar sahaja. Kalau boleh tak nak jauh dari Aira.

"Ye lah,jumpa esok,"

SAMPAI sahaja Aira di rumah,terus dihumban badan ke atas katil. Dia akui dia rasa sakit hati sangat tengok Qays dengan Amalin tadi. Tanpa sedar sekali air matanya merembes keluar membasahi pipi. Baru sahaja dia nak rasa selesa dengan Qays,Qays dah buat dia rasa nak overthinking balik. Qays buat dia rasa susah nak percaya lelaki itu.

Kepala disembam ke atas bantal. Melepaskan rasa geram yang melanda hatinya ketika ini. Tak tahulah kenapa dia rasa sakit hati sangat.

'No,kau tak cintakan dia pun. Biarlah dengan siapa dia nak berkawan pun. Kau tak de hak nak halang dia!'

'Tu suami kau Aira. Dia punya layan kau elok kau nak biar je ke dia melepas dekat tangan orang lain?Ada otak tu fikirlah sikit,'

"Arghhh!!! Kau memang Qays. Kau memang buat aku tak keruan macam ni,"Aira melepaskan perasaannya dengan sepuas hati. Benci dengan perasaan sendiri yang egonya tinggi melangit. Bantal di tangan dibaling ke hadapan sehingga terkena kepala Qays yang baru sahaja menapak ke dalam bilik. Terkejut Qays dibuatnya.

Mata Aira yang memerah dipandang. Eh,dah kenapa dengan Aira? Sakit ke? Laju sahaja kakinya dibawa melangkah ke arah isterinya itu. Dahi Aira laju disentuh.

"Awak kenapa? Mata merah tapi tak demam pun," tangan Kembali dijatuhkan ke sisi. Punggung dilabuhkan ke atas katil.

"Kau kenapa nak sibuk aku?"

"Eh, kenapa marah-marah ni? Saya ada buat salah ke dengan awak?"terkejut juga Qays tiba-tiba Aira jadi macam ni. Mata Aira mencerlung tajam memandang Qays. Haih, sakit betul hati dia tengok muka Qays sekarang ni.

Aira gelak sinis.

"Kau jangan nak berlakon baiklah depan aku... "

"Bajet setia, alim, soft spoken... Rupa-rupanya ada skandal belakang aku, "tuduh Aira.

"Skandal mana pula ni? "

"Kau dengan Amalin kan? "

"Ya Allah Aira... Saya dengan Amalin tu tak de apa-apa pun lah. Dia dah macam adik saya dah. Sikit pun saya tak de perasaan dekat dia, "jelas Qays. Jangan cakap yang Aura cemburu?

"Tadi aku dengar Amalin cakap dia suka kau, "

Patutlah... Rupa-rupanya Aira dah salah faham ni. Alahai comel je. Isteri siapalah ni. Qays terus sengih. Ni kes cemburulah ni.

"Aku serius ni Qays. Tak de masa aku nak tengok kau senyum-senyum macam ni, "

"Saya pun tengah serius ni. Awak salah faham je tu, "

"Habis tadi tu apa? "

"Yes, saya mengaku dia suka saya tapi... Saya tolak, "terus terang Qays. Dia tak nak Aira makan hati. Nampak sangat Aira dah mula cemburu dengan dirinya. Ini yang dia mahu. Kalau dah cemburu tu mesti dah sayang kan?

"Kenapa kau tolak pulak? Bukan ke Amalin tu cantik. Lepas tu menepati la citarasa kau tu, "

"Cause I have you. That's why saya tolak, "lembut sahaja Qays tuturkan. Tergamam Aira. Sebab Qays ada dia? Dia jadi penghalang ke antara Qays dengan Amalin?

"Jadi... Aku ni penghalang? "Betul-betul overthinking Aira ni. Eh, dah kenapa pula dia nak cemburu bagai?

"No, i don't love her. Saya... Cintakan awak, Aira, "tersentak Aira. Dia tak terkejut sangat sebab selama Qays jaga dan layan dia, Aira dapat rasa Qays cintakan dia. Tapi... Aira dilema. Aira takut.

"Awak tak nampak lagi ke yang saya betul-betul cintakan awak? "Kalau masa yang Aira perlukan, Qays sanggup tunggu. Tapi, Qays juga punya hati dan perasaan. Dia takut semakin lama dia tunggu, dia akan semakin tawar hati dengan layanan Aira kepadanya.

"Do i have to force myself to you? "Soalan Aira sedikit sebanyak buat Qays terasa. Dia nampak macam memaksa Aira untuk cintakan dia ke?

Qays senyum hambar. "Nah, no need to force yourself. Saya bagi awak masa. Ambillah sebanyak mana pun masa yang awak nak. But if one day, awak memang betul-betul tak boleh nak cintakan saya or ada lelaki yang lebih baik dari saya untuk awak. Dengan rela hati saya, I'll let you go, "

Dup!

Sakit. Ya, sakit Aira rasa. Dah kenapa dengan aku ni? Aku ego ke? Aira hanya memandang Qays dari hujung matanya sahaja. Qays ambil tuala dan beredar ke bilik air untuk mandi.

Masuk sahaja ke dalam bilik air, cermin di hadapan Qays pandang. Kedua tangannya di tahan pada pinggir sinki.

"Aku cintakan kau Aira tapi... Aku takut suatu hari aku akhirnya memilih untuk menyerah, "














"KAU marah aku ke? "Tanya Aira apabila sejak dari hari Qays meluahkan perasaan kepadanya hari itu, Qays lebih banyak diam daripada bercakap. Tiba-tiba Aira rasa macam kosong.

"Tak de lah, mana ada saya marah, "

"Kau jangan nak tipu aku Qays. Kau terasa ke dengan apa yang aku cakap?"

"Tak...buat apa saya nak terasa. You told me the fact right? "

Aira gigit bibir bawahnya. Kalau dia cakap, agak-agak dia akan malu dengan Qays tak? Ego dia yang tinggi melangit tu dah runtuh ke? Ish, boleh ke kalau dia cuba dan bagi Qays peluang?

"Kalau...aku cuba buka hati aku untuk kau, boleh ke? "Terus bibirnya dikemam rapat. Jari-jemarinya bermain antara satu sama lain di atas ribanya ketika itu. Rasa berpeluh pula secara tiba-tiba.

"Errr... Okeylah, aku dah lambat ni. Bye! "Terus laju-laju Aira keluar dari kereta. Qays yang menghantarnya ke sekolah ketika ini.

Terlongo Qays. Aira nak cuba buka hati dia untuk aku? Aira... Serius ke? Tanpa sedar, bibir Qays melebar senyum.

"Ya Allah... Terima kasih ya Allah, "belakang badan Aira yang laju berjalan ke dalam kawasan sekolah dipandang sebelum Qays nampak kelibat Emelda yang berjalan mendekati Aira. Qays angkat bahu sebelum kembali memandu kereta untuk pulang. Selepas ini nak pergi bengkel pula. Tapi balik rumah dulu ambil motor.

"Qays hantar kau? "Tanya Emelda yang baru sahaja berjalan di sebelahnya itu.

"Aha. Dia hantar aku. Kenapa? "

"Tak de apa. Saja tanya. Aku pelik sejak bila kau berbaik dengan dia. Itu je, "

"Well... People change, "bidas Aira. Berkerut dahi Emelda. What? Aira memang betul-betul dah baik ke dengan Qays. Tapi, dia tak kisahlah bab tu, yang penting.. Rayqal masih dan tetap inginkan Aira. Itu yang buat Emelda betul-betul cemburu sekarang ni. Dah keluar sekolah pun masih juga inginkan Aira. Ye, Rayqal juga sudah habis STPM serentak dengan Qays.

"Suka hati kaulah. Yang aku nak tau, kau tak de hati pun dekat Rayqal kan? "

"Playboy berjaya tu? Memang taklah aku nak suka dia. Ambillah dekat kau. Kau kejarlah jantan tu, "tak hairan langsung dia dekat si Rayqal tu. Rimas adalah. Dah habis sekolah pun nak mesej-mesej dia lagi. Sudah diblock lelaki itu. Geram!

Emelda senyum. Nasib. Kalau suatu hari dia nampak Aira dengan Rayqal siap Aira. Dia betul-betul sukakan Rayqal. Dah macam orang bodoh pula dia sebab kejar Rayqal yang langsung tak pandang dia.

"Fine, "


19/2/2022

TBC

Continue Reading

You'll Also Like

779K 31.8K 90
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
57.6K 7.2K 14
"Airis dah terlanjur dan sekarang Airis mengandung." Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. Belum sempat Airis memberitahu p...
16.8K 2.2K 12
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
25.9K 3.1K 23
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...