SIAPA MUHAMMAD AL-FATHI

By Leena_syiha

274K 42.7K 13.7K

"membongkar rahsia yang terselindung" Bermula dari kematian Tuan Mustakim, segalanya berubah untuk Irdina. Sy... More

Prolog
1 | Hero?
2 | Hipokrit?
3 | Raih kepercayaan?
4 | Berdamai?
5 | Jenayah?
6 | Dirompak?
7 | Kebenaran?
8 | Kemunculan
9 | Terikat
10 | Bertemu
11 | Welcome to Al-Fathi
12 | Hari pertama
13 | Pengkhianat
14 | Pelan
15 | Rumusan
16 | Majlis Korporat
17 | Keras kepala
18 | Palsu
19 | Rasa yang membakar
20 | Episod baru
21 | Merayau
22 | Sedia
23 | Manipulasi
24 | Kebenaran
25 | Jijik
26 | Risau
28 | Pertemuan
29 | Beban
30 | Tugas besar
31 | Mual
32 | Mesej comel
33 | Kotak Pandora
34 | Waktu Makan
35 | Marah?
36 | Pagi
37 | AGM
38 | Arnab yang sebenar
39 | Mood yang baik
40 | Cerita Nurrah
41 | Trauma

27 | Demam

7.1K 1K 310
By Leena_syiha


Hai, dah lama tak bersua...

Happy reading!

.
.
.

Pulang dari kediaman Tuan Fathi semalam, Irdina mula rasa tidak sedap badan. Hidung rasa pedih. Tekak rasa perit. Petanda awal demam. Malam, badannya mula lenguh-lenguh dan tak bermaya. Dahi dan leher sudah panas.

Selepas begitu lama tak demam, akhirnya hari ini dia terkena pula demam. Dia terlantar atas katil berselimut. Kipas tidak dibuka. Kesejukan. Penyaman udara memang sejak pulang tadi dia tak buka.

Kesan menangis di tepi pantai agaknya. Tiba-tiba pula dia demam hari ini. Siapa suruh dia menangis bersungguh-sungguh. Selalunya bila menangis begitu, natijahnya dia demam malam itu.

Lagipula, mungkin otak dan badannya terkejut dengan berita Tuan Mustakim. Sebab itu terus demam.

Jam sebelas malam barulah Irdina dapat bangun untuk makan. Sebelum ini dia gagahkan diri untuk solat saja. Selepas itu sambung berbaring. Kali ini baru ada selera makan. Terpaksa layan diri saja. Tiada siapa nak ambilkan makanan untuknya. Sejak ibu meninggal, semuanya dia lakukan sendiri. Hidup berdikari sudah 10 tahun.

Irdina hanya makan roti dengan air coklat panas. Selalunya tekak orang demam teringin coklat panas. Itu saja boleh hilangkan pahit mulut. Dengan berbungkus selimut di tepi katil, dia makan roti dan sesekali meneguk coklat panas.

Irdina mula terfikir jika dia demam lagi esok. Dia segan untuk minta cuti dengan Tuan Fathi. Sudahlah pagi tadi dia menangis di depan Tuan Fathi. Dia jadi buntu nak berhadapan majikannya itu bagaimana esok. Nak saja dia berdoa dia masih demam esok agar dia ada alasan untuk tak pergi kerja. Tapi akhirnya, Tuan Fathi dan Puan Leila tetap akan berkata dia cuma beralasan demam, sebenarnya dia masih terkesan dengan kebenaran tentang Tuan Mustakim.

Irdina hela nafas. Panas. Dia membungkus diri dalam selimut. Menghangatkan badannya sendiri. Mata terpejam. Sebut tentang Tuan Mustakim buat perit tekaknya bertambah-tambah. Kalaulah dia boleh lupakan sakitnya kebenaran itu.

.
.
.

Keesokan pagi, Irdina rasa sedikit sihat. Sedikit saja. Dahinya masih panas. Tekak masih perit. Dan bertambah teruk bila dia terbatuk-batuk dan selsema. Memang pakej.

Yang baiknya, Irdina rasa larat sikit untuk bangun berjalan. Jadi dia gagahkan juga bersiap ke pejabat. Dia tak mahu jadi lemah, hanya kerana terkejut dengan cerita semalam... Hari ini tak datang kerja pula. Dia tak mahu begitu.

Irdina makan ubat demam dulu paginya. Badannya masih panas-panas. Harapnya dia dapat bertahan. Dia memandu ke kediaman Al-Fathi dengan perlahan-lahan. Penyaman udara dipasang dengan suhu 27° darjah Celsius. Tidak mahu sejuk sangat.

Jam 8 barulah dia sampai di kediaman Al-Fathi. Kali pertama dia lewat begini. Badannya mula rasa lenguh-lenguh. Dia rehatkan dahi di stereng. Nafas pun rasa semput. Dia terbatuk-batuk. Diambil kain kecil. Dibersihkan hidung yang berair.

Lama juga dia berada dalam kereta. Tenangkan diri dahulu. Enjin dah dimatikan. Cuma dia saja masih tak tenang-tenang. Selepas sepuluh minit, dia pun keluar. Memegang tepi pintu untuk berdiri. Nampaknya dia demam kembali. Dia fikir dia dah semakin sihat. Badannya mula panas berkeringat. Berpeluh dia pagi-pagi ini padahal cuaca di sini cukup sejuk.

Dia berjalan perlahan-lahan ke pintu. Masuk ke pejabat. Kepala tertunduk saja. Dia tak mampu angkat kepala. Pening. Bagaimana dia nak bekerja jika begini keadaannya? Dia risau kalau dia demam di rumah orang.

Tapi disebabkan dia dah sampai sini, terpaksa dia kuatkan diri untuk buat kerja juga. Dia masuk ke pejabat. Terus labuhkan duduk di kerusi. Pantas dia rehatkan kepala atas lengan. Badannya panas betul. Dia sendiri dapat rasakannya.

Dia hembus nafas. Hangat. Kain lap diambil, mengelap hidung dan mata. Matanya pun dah berair. Dia terbatuk-batuk kecil.

Mungkin dia boleh rehat sekejap sebelum Tuan Fathi panggil dia.

.
.
.

Bunyi ketukan meja buat Irdina terjaga. Dia masih dalam posisi sama, melentokkan kepala atas lengan. Badannya rasa sakit-sakit. Mungkin dek tersalah duduk. Dia hembus nafas. Mengelap hidung yang terasa berair.

Dia tegakkan badan. Berkeringat badannya. Dia baru perasan dia tak buka kipas pun tadi. Masuk bilik terus duduk dan lentok kepala.

"Lena tidur?"

Tersentak Irdina tiba-tiba mendengar suara. Dia angkat wajah. Terus dia dapat lihat Tuan Fathi berdiri di depan mejanya.

Irdina terkejut. Terus berdiri merapikan diri. Tingkahnya yang mendadak itu menyeksa dirinya juga. Satu badannya rasa sakit. Kepala pun pening. Tapi dia tahan dirinya. Mengepal tangan kuat-kuat.

"Maaf, tuan." Hampir tak terkeluar suaranya.

"Saya panggil kamu dari jam 8.30 tadi, kamu tak muncul. Sekarang dah jam 9.30. Lama kamu lena. Semalam tak tidur ke?"

Irdina beristighfar perlahan. Ya Allah, sejam dia tidur di sini?

"Maaf, tuan. Saya tak sedar saya terlena." Irdina mengaku kesalahannya. Tertunduk. Dia lap hidungnya. Berair lagi.

"Kamu tak sihat?" Fathi bertanya bila kerap dia lihat Irdina mengelap hidung.

Irdina terangkat wajah. Fathi baru sedar wajah Irdina berkeringat dan merah.

"Kamu nampak tak sihat." Lanjut Fathi. Menatap wajah Irdina.

Irdina tertunduk. Berfikir sama ada dia perlu mengaku atau tidak. Dia sendiri rasa tidak sihat teramat. Dia tak mampu sebenarnya untuk kuatkan diri. Tapi dia tak mahu manjakan diri. Mungkin kalau dia buat kerja, dia jadi lebih sihat.

"Saya selsema batuk. Tapi insyaAllah saya larat saja nak buat kerja, tuan." Irdina menjawab akhirnya.

Fathi terdiam.

"Kamu dah sarapan?" Soal Fathi kemudiannya.

Irdina diam sekejap. Sebelum menggeleng perlahan.

"Pergi sarapan dulu. Ibu cari kamu tadi." Fathi kemudian beredar keluar.

Irdina tak sempat membalas apa-apa. Dia terpaksa juga akur. Memang perutnya lapar, tapi dia tak larat nak berjalan. Dia gagahkan diri keluar. Rasanya dia perlu ke bilik air dulu. Basuh muka bersihkan diri.

.
.
.

Irdina menghampiri meja. Ada makanan tertutup di situ. Bila dia angkat penutup mangkuk, menu sarapan hari ini ialah mee rebus. Nampak menyelerakan. Puan Leila tak pernah gagal memasak makanan enak.

Irdina tarik kerusi. Dia labuhkan duduk. Mangkuk yang tersedia diambil. Dia mula menyenduk perlahan-lahan. Sesekali terbatuk. Dia menutup mulut dengan sapu tangan. Sekali gus mengelap hidung juga.

Dia menghirup sup perlahan-lahan. Lega sedikit badannya. Nafas dihembus hangat. Dia pun mula makan dengan lafaz hamdalah tidak putus. Sedapnya auntie masak.

"Irdina..." Tiba-tiba muncul Puan Leila dari pintu dapur. Wajah wanita itu terkejut melihatnya.

"Auntie..." Irdina menyapa dengan senyum kecil.

"Risau auntie Irdina tak turun sarapan tadi. Auntie minta Fathi panggilkan, dia kata Irdina berehat." Puan Leila menghampiri meja makan. Ceria wajah Puan Leila lihat Irdina makan.

Irdina pula terdiam dengar cerita itu. Maksudnya, awal pagi tadi Tuan Fathi sudah masuk ke biliknya untuk panggil sarapan. Tapi Tuan Fathi tak kejutkan dia pula. Tadi barulah Tuan Fathi kejutkan. Risau dia pitam agaknya.

"Sedap tak?" Puan Leila labuhkan duduk setentang Irdina. Senyum pada Irdina.

Irdina mengangguk. Juga senyum. "Alhamdulillah sedap sangat, auntie." Pujinya ikhlas.

Puan Leila senyum lebar. Dia rasa lega Irdina okay saja hari ini. Sejujurnya dia risau kalau Irdina masih terkesan dengan cerita semalam. Alhamdulillah hari ini Irdina nampak ceria.

Atau mungkin berpura-pura ceria?

Wajah Puan Leila mengendur.

"Irdina okay?" Puan Leila bertanya risau.

Irdina angkat wajah. Menatap Puan Leila.

"Kenapa, auntie? Nampak tak okay ke?" Irdina tertawa di hujung soalan. Membuang rasa janggal. Dia mula risau kalau Puan Leila nampak dia tak sihat. Jenuh dia nak yakinkan yang dia sihat nanti.

Puan Leila senyum nipis. "Tak ada apa. Saja tanya. Irdina nampak ceria."

"Alhamdulillah." Irdina tersenyum. "Sebab mee rebus auntie kut." Dia tertawa kemudiannya.

Puan Leila turut tertawa. Tapi tawanya mengendur bila Irdina terbatuk-batuk.

"Irdina? Okay tak?" Risau pula Puan Leila bila lihat Irdina terbatuk keras. Irdina menutup mulutnya rapat-rapat dengan sapu tangan.

Puan Leila bangun, hendak menggosok belakang Irdina. Sebaik dia menyentuh badan Irdina, dia terus dapat rasakan betapa panasnya badan Irdina. Terkejut dia dibuatnya.

"Ya Allah, sayang. Panasnya badan!" Puan Leila mengucap panjang.

Irdina sudah reda dari batuknya. Dia masih cuba bertenang. Puan Leila pula terus melekapkan tangan ke dahi Irdina. Semakin wanita itu mengucap panjang. Panas!

"Irdina demam ni! Kenapa datang kerja juga?" Tinggi suara Puan Leila kerana risau. Wajahnya pun berkerut-kerut.

Irdina menelan liur bila dengar ton suara Puan Leila. Kali pertama dengar Puan Leila marah begitu.

"Panasnya badan Irdina. Irdina demam, sayang. Takkan tak sedar?" Puan Leila bukan setakat rasa dahi Irdina, seluruh wajah Irdina dipegangnya. Malah leher juga dirasanya. Satu badan Irdina panas! Macam mana Irdina boleh berpura-pura sihat dan ceria?!

"Irdina okay, auntie. Irdina tak apa-apa." Irdina tiba-tiba buntu nak yakinkan Puan Leila macam mana.

"Okay apa macam ni?! Nak tunggu pitam dulu baru rasa tak okay? Ibu tahulah Irdina dah biasa hidup sendiri, tapi jangan sampai paksa diri macam ni! Kalau tak larat, jangan paksa diri datang kerja. Kalau Irdina pitam macam mana? Kalau apa-apa jadi dekat Irdina, Irdina suka?" Panjang bebelan Puan Leila kali ini. Sampai tersasul menggelarkan dirinya ibu.

Irdina terkebil-kebil. Dah lama betul dia tak dileteri macam ni. Kali terakhir, ummi yang meleterinya kerana dia pergi kerja dan sekolah juga padahal demam. Kali ini Puan Leila pula ambil alih kerja itu.

"Auntie..." Irdina tergamam sampai tidak tahu hendak balas apa.

"Suka kan seksa diri macam ni? Kalau sedih dengan apa jadi semalam, jangan sampai demam! Dan kalau demam, bagitahulah ibu! Atau pun bagitahu Fathi! Kami boleh bawa Irdina ke klinik. Ini tak, sembunyi seorang diri. Kenapa? Dah biasa sangat berdikari? Sampai tak perlukan pertolongan orang lain?"

Irdina semakin terkelu bila lihat mata Puan Leila berair. Dia kalut pegang tangan Puan Leila. Terus berdiri.

"Auntie..." Irdina betul-betul buntu nak buat apa.

"Auntie dah anggap Irdina macam anak sendiri tahu. Auntie sayang Irdina macam anak auntie sendiri. Tapi Irdina macam tak anggap auntie begitu pun. Bila Irdina sedih, Irdina lebih pilih untuk sendirian. Irdina tak kongsi betul-betul pun dengan auntie apa Irdina rasa. Dan bila Irdina demam, tak ada pun bagitau auntie. Simpan je seorang diri. Tak baik buat macam tu. Irdina suka kalau auntie demam lepas tu auntie senyap je tak bagitau sesiapa? Suka?"

"Auntie, Irdina tak bermaksud pun macam tu. Irdina cuma tak nak susahkan sesiapa."

"Auntie lebih suka Irdina susahkan auntie. Auntie tak kesah. Apa lebih yang susahkan auntie bila Irdina tak kongsi pun kesusahan Irdina. Lain kali kalau tak sihat, beritahu auntie. Beritahu Fathi. Minta cuti. Berehat dekat rumah. Susah ke nak buat macam tu? Kenapa kena datang kerja juga?" Tangan Irdina digenggam.

Irdina mengetap bibir. "Irdina cuma takut kalau Irdina makin terikut-ikutkan perasaan bila bersendirian dekat rumah. Jadi Irdina datang sini."

Terdiam Puan Leila dibuatnya.

"Irdina minta maaf tak beritahu auntie tentang Irdina demam. Irdina cuma tak biasa berkongsi benda itu dengan orang. Irdina kekok lagi. Irdina minta maaf." Irdina mengusap tangan Puan Leila.

Puan Leila sebak pula mendengarnya.

"Lepas ni belajarlah untuk kongsi dengan orang. Kongsi dengan auntie. Apa-apa je rasa sakit, bagitahu auntie. Auntie sudi dengar. Auntie besar hati nak tolong. Irdina tak sendirian sekarang, Irdina ada auntie."

Irdina terdiam mendengarnya. Dia senyum sebak. Tidak tahu hendak jawab apa.

"Terima kasih, auntie." Irdina ucap ikhlas.

"Jadi sekarang apa Irdina nak? Irdina demam ni. Nak auntie masakkan bubur?"

Irdina tertawa. Menggeleng. "Irdina cuma nak rehat. Tapi Irdina segan nak minta cuti dengan Tuan Fathi."

"Okay. Lepas makan ni, pergi berehat. Tak apa, ibu bagi tau dia. Dia faham punya." Lagi sekali Puan Leila dah tersasul gelarkan dirinya ibu.

Irdina senyum pendek saja dengarkan itu. Dah lama dia tak punya ibu. Wujudnya Puan Leila seperti dia dapat rasa kembali kewujudan ibu. Dia pun sebenarnya kadang hampir tersasul panggil Puan Leila ibu sebab Tuan Fathi selalu bahasakan ibu dengannya. Syukur dia belum pernah tersasul. Jika tidak, boleh menimbulkan salah faham.

"Okay, auntie. Terima kasih."

.
.
.

Puan Leila ambil masa cukup lama berada di bilik ini. Dia tolong basahkan dahi Irdina dengan kain basah. Irdina berbaring dalam keadaan tak bertudung. Puan Leila menyuruhnya tanggalkan tudung. Nak basahkan kepala yang panas.

Irdina tertawa perlahan dilayan begini. Dah macam anak kecil.

"Auntie, Irdina okay aje. Irdina buat sendiri." Irdina hendak ambil kain basah itu.

"Tak apa, auntie tolong buat. Cuma tinggal nak letak kain atas dahi macam ni. Lepas tu auntie nak pergi bagitahu Fathi yang Irdina cuti hari ini." Puan Leila letakkan kain basah itu di atas dahi Irdina.

Irdina senyum lesu. Tidak balas apa-apa. Dia risau sebenarnya. Sekarang dah pukul 10, dia belum masuk kerja lepas sarapan. Puan Leila pula belum beritahu tentang keadaannya. Dia tak mahu pula Tuan Fathi tercari-cari dia.

"Okay, dah. Auntie keluar dulu ya. Irdina rehatlah." Puan Leila bangun dari kerusi.

"Barang-barang Irdina nanti ibu ambil. Ada dekat pejabat Irdina kan?"

Irdina angguk saja. Senyum pendek.

Puan Leila keluar kemudiannya. Irdina hanya diam menghantar wanita itu pergi. Dia menarik nafas dan melepasnya. Mata dipejam. Sekejap saja dia sudah lena. Terlalu penat.

.
.
.

Irdina terdengar azan zohor. Dia terjaga serta-merta. Tekaknya loya sedikit. Dia dapat rasa kain basah masih ada di dahinya. Malah terasa segar lagi. Bermaksud Puan Leila baru basahkan kain tadi.

Irdina bangkit perlahan-lahan. Tenangkan diri sekejap. Dia rasa dahi sendiri. Tak panas sangat dah. Cuma badannya rasa lenguh dan berkeringat lagi.

Irdina ke bilik air. Basuh muka. Dia tiba-tiba teringin untuk mandi. Memandangkan badannya panas betul, elok juga mandi. Tapi dia bukannya ada baju lain. Dia basuh kepala saja. Kesejukan pula dia dibuatnya bila air menitik ke leher.

Dia solat zohor dengan telekung yang tersedia. Tekaknya rasa perit amat selepas solat. Inginkan air kosong. Dia bangun dari duduk, hendak ambil air kosong di luar. Dengan telekung begitu dia keluar dari bilik. Hanya ditanggalkan kainnya sahaja. Dia berjalan perlahan-lahan ke ruangan dapur.

Ruangan bawah ini kosong dari sesiapa. Puan Leila mungkin solat zohor di atas. Tuan Fathi dia tak pasti ke mana. Irdina jadi terfikir apa reaksi Tuan Fathi bila tahu dia cuti hari ini. Harapnya Tuan Fathi faham. Puan Leila pun tak cerita apa jawapan Tuan Fathi selepas diberitahu tentang cutinya.

Irdina menadah air kosong. Sunyi saja dapur. Dia termenung melihat air yang meluncur masuk ke gelasnya.

Tiba-tiba dia rasa ada seseorang berjalan di belakangnya. Rapat pula. Seperti sengaja dirapatkan. Irdina dapat rasa bahu asing itu berselisih belakang badannya. Haruman familiar terus semerbak. Irdina mendadak berhenti menadah air. Terkejut.

"Makanan tengahari apa, ibu?"

Suara Tuan Fathi kedengaran dari peti. Mungkin ambil epal. Irdina pula terus kejung di tempatnya. Masih terkejut. Sedang demam, boleh bertambah demam dibuatnya. Rapat betul Tuan Fathi tadi.

"Ibu?"

Irdina masih tak berpaling. Cuba berfikir apa dia perlu buat.

Dia dengar Tuan Fathi menghampirinya. Pelik agaknya kenapa ibunya masih diam membisu.

Irdina pantas menjauhkan dirinya ke tepi. Mengelak dari disentuh Tuan Fathi. Dia dapat agak Tuan Fathi nak sentuh belakangnya. Akibatnya, gelas di tempat mesin air hampir terjatuh. Tindakan refleks Fathi, dia terus sambut gelas itu. Irdina juga sambut. Dia pegang bahagian atas, Tuan Fathi pegang di bawah.

"Ibu okay?" Risau nada Fathi. Terkejut dia bila tiba-tiba ibu berpusing begitu. Nasib baik gelas tak jatuh.

Fathi memandang ibu. Tapi berubah terus mukanya bila dapati itu bukan ibu tapi Irdina.

Irdina terus menjauh. Dibiarkan saja gelas dipegang Tuan Fathi. Dia menelan liur. Badannya rasa panas tidak tahu kerana demam atau apa. Mungkin kerana demam.

"Oh. Maaf. Saya ingatkan ibu tadi." Fathi luruskan gelas. Diletak atas kabinet.

Irdina cuba bernafas dengan tenang. Sudahlah dia dalam fasa tenangkan diri dari lelaki. Terjadi pula perkara begini.

"Kamu pakai telekung ibu." Lanjut Fathi. Menjelaskan kenapa dia boleh tertukar pula.

"Puan Leila pinjamkan." Irdina pula jelaskan kenapa dia pakai telekung Puan Leila. Dia tunduk saja. Tiba-tiba dia rasa segan untuk angkat wajah. Satu kerana kejadian tadi, satu lagi kerana Tuan Fathi nampak lain berpakaian islamik. Seperti baru pulang dari masjid. Irdina tidak pernah tahu Tuan Fathi pergi masjid juga. Nasib baik Tuan Fathi tak berkopiah. Jika tidak, mungkin Irdina terus beredar tanpa minum air.

Fathi mengangguk mendengar jawapan itu. Dia tahu. Dahi digaru.

"Kamu nak air, minumlah." Dia tolak gelas biar dekat dengan Irdina. Dia pula bergerak ke peti. Hendak ambil epal. Tadi tak jadi dia ambil epal kerana pelik ibu tercegat di mesin air.

Irdina ambil gelas air itu selepas Tuan Fathi pergi ke peti. Dia genggam tangan yang menggeletar sedikit. Dilabuhkan duduk di kerusi paling jauh dari peti.

"Ibu beritahu kamu demam."

Irdina berhenti meneguk air bila ditegur begitu. Boleh pula Tuan Fathi ajak dia berbual.

"Ya, tuan. Tapi dah kebah sikit." Irdina jawab jujur tanpa memandang Tuan Fathi.

"Sepatutnya hari ini saya nak bawa kamu ke Putrajaya. Ada seseorang saya mahu kamu berjumpa." Fathi ambil jus dari peti. Gelas diambil. Epal digigit dulu kerana tangan penuh.

Irdina menatap belakang Tuan Fathi.

Fathi tuang jus ke dalam gelas. Epal dikunyah.

"Tapi memandangkan kamu tidak sihat, saya tunda ke hari esok. Harapnya esok kamu sudah sihat." Sambung Fathi selepas habis mengunyah epal.

Irdina serba salah pula dengar. "Siapa, tuan?"

"Ada lah." Fathi mahu berahsia nampaknya.

Irdina terdiam.

"Jangan risau. Ibu ikut sekali. Kamu sendiri kenal siapa dia."

Irdina jadi terfikir siapa agaknya mereka itu. Tertarik dia untuk tahu. Rugi dia demam hari ini. Kalau tidak, pasti dia dapat berjumpa terus.

"Cepat sembuh. Banyak kerja kamu perlu buat. Saya pun belum beritahu tugasan baru kamu sempena pembukaan saham Rangkasa." Fathi berpesan. Dihabiskan jus dalam gelas. Dia basuh gelas di singki.

Irdina memerhati saja tingkah Tuan Fathi. Mengangguk kecil. Dia pun berharap dia sembuh cepat.

Tuan Fathi sudah beredar dengan epalnya. Irdina menghabiskan air sedikit sedikit. Dia menyentuh pipi dan dahi. Kembali panas. Jantungnya pula berdegup agak kencang, mungkin sebab dia tidak sihat. Semoga dia cepat sembuh.

.
.
.

Continue Reading

You'll Also Like

13.1K 883 56
Cover by @NDfleur Mungkin dalam cerita ni banyak typo nanti sy edit untuk betulkan semula awak semua bacalah dulu yang typo ini 😭 BOOK 1 "My story...
34.1K 3.1K 63
𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu. Hidup membesar bersama i...
Suamiku Mr.Bad Boy By qiss

Mystery / Thriller

714K 30.6K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...
Tuan Aniq By qtprinc3ss

Mystery / Thriller

28.3K 1.5K 24
𝓽𝓱𝓲𝓻𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺