Mrs. Aryan Herriez

By softieebabe

117K 6.6K 403

āŗ*ļ½„ā˜¾ His Series š–„” ą£Ŗ į„«į­” ARYAN HERRIEZ | CARA ESTELLA Cara Estella merupakan pelajar Criminal Justice di Uni... More

š“œš“»š“¼. š“š“»š”‚š“Ŗš“· š“—š“®š“»š“»š“²š“®š”ƒ
Part 1 : Bang!
Part 2 : First meet
Part 3 : Seduce
Part 4 : Cara is missing
Part 5 : Signor Aryan
Part 6 : Strange Feeling
Part 7 : Rindu
Part 9 : Rayyan
Part 10 : Rossa
Part 11 : Proposal
Part 12 : Imamku
Part 13 : Nasi Kandar
Part 14 : Honeymoon
Part 15 : Venice
Part 16 : The Empire
Part 17 : The City
Part 18 : The City of Love
Part 19 : Vendetta
Part 20 : Greece
Part 21 : Bang Bang!
Part 22 : Star
Part 23 : Something
Part 24 : The tragedy
Part 25 : Touch her and die
Part 26 : Odiare
Part 27 : My Roses
Part 28 : The plan
Part 29 : Attack
Part 30 : Youre Mine
Part 31 : Begin
Part 32 : The truth
Part 33 : The truth 2
Part 34 : Dead
Part 35 : The truth 3
Part 36 : Before You Go
Part 37 : She left
Part 38 : White roses
Part 39 : New York
Part 40 : Dream
Part 41 : The love
Part 42 : Her
Part 43 : Him
Part 44
Part 45
Part 46
Part 47
Part 48
Part 49
Part 50
Part 51
Part 52
Part 53
Part 54
Part 55
Part 56
Part 57
Part 58
Part 59
Part 60
Part 61
Part 62
Part 63
Part 64
Part 65 : Aryan X Cara
Part 66
Part 67
Part 68
Epilog
Author's note
New story

Part 8 : Kehilangan

2.2K 149 4
By softieebabe

SATU kejadian berlaku. Ia telahpun berlaku. Satu kejadian yang akan menghancurkan hati sang wanita.

Pada pagi itu, Aryan berada di pejabatnya untuk menyelesaikan kerjanya yang tertangguh. Beberapa minit kemudian, telefonnya berdering.

"Hello. Is this Mr. Aryan? Can I talk to him? I am Rossa. I found your number in my husband's phone."

"Yes. Saya Aryan. Why you call?" soal Aryan.

"Tsk..tsk..tsk..Saya ada berita buruk untuk disampaikan kepada Cara." Rossa tidak berhenti menangis.

"Okay okay relax. Teruskan."

"Encik Hakeem. A-Ayah Cara dah meninggal dunia pada pukul lapan pagi tadi."

"No no tell me this is a joke." Aryan cemas.

"I wish.."

Aryan terus menutup panggilan telefon. Dengan segera dia mengarahkan anak buahnya untuk menyediakan private jet kepunyaan syarikat keluarganya.

"Estella. I'm really sorry Estella." Rasa bersalah menghantui jiwa Aryan.

-

PENERBANGAN dari Milan, Italy ke Manchester, UK hanya mengambil masa lebih kurang satu jam setengah sahaja dengan menaiki private jet miliknya.

Sampai sahaja di pekarangan rumah, dia melihat Cara yang sedang berjalan-jalan di pesisir pantai rumahnya.

"Dolce cuore."

"Aryan? Bila awak sampai." Riak muka Cara dikawal agar tidak nampak terlalu teruja.

"Aku baru sampai."

Cara hanya menghadiahkan Aryan senyuman manis miliknya. Tak sangka secepat ini Aryan pulang. Malam semalam baru sahaja teringatkan dia. Setelah itu, dia menghadap pantai.

"I need to tell you something." Aryan memulakan bicara.

"Bagitahu apa?" Cara menyoal sebelum wajahnya didongak untuk memandang Aryan.

"Aku nak kau ikut aku balik Malaysia. Ikut apa yang aku arah. Sekarang naik atas dan siap." cukup tegas suara Aryan.

"What? Kenapa saya kena ikut awak? No saya takkan ikut." Cara membantah.

"Carl! Ray! Kau orang bawa Cara naik atas. Panggil Lissa untuk siapkan dia." arah Aryan.

"No Aryan saya takkan ikut awak!!!" Sekali lagi dia membantah.

"Cara Estella! When I said that so it's means that! Kau jangan cabar aku. Aku cakap ikut tu ikut jelah! Tak susah pun kan?!" Aryan meninggikan suaranya lalu dia meninggalkan Cara.

Cara sudah mengalirkan air mata akibat tersentak dengan jerkahan Aryan. Carl dan Ray sudah cemas dan memaksa Cara mengikut mereka. Lelaki ini sungguh kejam. Dia benci Aryan!

Cara terpaksa untuk mengikut Aryan kembali ke tanah airnya. Mereka menaiki private jet kepunyaan Aryan. Sungguh dia tak sangka bahawa Aryan mempunyai harta yang sebegini banyak.

Namun itu tidak dapat membuat dia kagum. Kerna lelaki di hadapannya ini tiada perasaan.

Beberapa jam telah berlalu namun tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Aryan. Sorry pun tidak. Malaslah dia layan! Carl dan Ray juga lebih selesa mendiamkan diri.

Setelah seharian suntuk berada di atas awan. Akhirnya mereka sudah sampai Malaysia. Hampir dua tahun Cara tidak menjejakkan kaki di Malaysia dek kerana dia menyambung pelajarannya di UK.

"Kita nak pergi mana?" soal Cara kepada Carl. Tidak sanggup lagi dia nak bercakap dengan Aryan.

"I'm sorry signora. Saya tak boleh bagitahu. Nanti awak akan tahu." jawab Carl.

Kereta Range Rover hitam datang menjemput mereka. Akhirnya mereka tiba di destinasi. Tapi..rumah Cara? Tipulah kalau dia kata dia tak happy tapi..

It's feel like something has happened!

"Aryan. Kenapa balik rumah saya? Ada apa-apa yang terjadi ke?"

"Nanti kau akan tahu. Aku..aku minta maaf." Tiba-tiba saja Aryan mengujarkan kata maaf.

'Minta maaf?' Untuk apa? Mungkin sebab Aryan dah tengking dia tadi.

Belum sempat keluar kereta, Cara melihat kelibat ibunya yang berlari anak untuk memasuki kereta.

"Ibuu..Cara rindu ibu.." Cara memeluk ibunya yang sudah lama tidak ketemui.

Kereta tersebut bergerak. Anehnya..kenapa ibu menangis?

"Ibu kenapa menangis? Cara kan dah balik. Cara depan ibu ni. Ibu jangan rindu Cara dah." Cara menghadiahkan senyuman.

Namun mereka semua yang berada dalam kereta memandang Cara sedih. Dah kenapa? Masing-masing tak ada mood ke?

-

BEBERAPA minit kemudian, kereta diberhentikan tepat pada luar kawasan perkuburan. Strange! Something was happened!

"Cara anak ibu.." ibunya baru bersuara.

Tidak!! Dia dapat merasakan sesuatu telah terjadi.

"Ibu. Ayah mana? Ayah kerja kan ibu. Harini kan hari rabu sebabtu ayah tak ada dekat rumah. Kenapa kita pergi kubur ni?" perasaan Cara tidak enak buat masa ini.

"Cara, listen to me carefully okay. Ibu tahu anak ibu kuat ni ujian buat kita sayang. Ayah..ayah Cara..tsk..tsk..tsk.." Rossa tidak dapat meneruskan percakapan.

"...Ayah Cara dah pergi meninggalkan kita semua sayang. Dia kena serangan jantung malam semalam..."

Cara rebah tanpa sempat disambut ibunya. Kehilangan yang amat memeritkan. Tidak pernah dia sangka dia akan kehilangan ayah secepat ini. Sekarang belum masanya lagi.

Dia tak kuat. Dia tak mampu untuk menghadapi semua ini. Ayah adalah segalanya buatnya. Dia ingin membanggakan ayah sebelum ayah meninggalkan dunia fana ini. Namun, tiada kesempatan. Siapa je taknak banggakan insan yang bernama ayah?

"Ibu tipu!!! Cara tahu ayah dekat pejabat. Sekarang baru pukul tiga petang. Ayah belum balik." Cara bangun dan terus menuju ke kereta.

"Sayang..tolong terima kenyataan. Ayah Cara dalam kubur. Dia dah pergi Cara.." Rossa menarik tubuh anaknya dan memeluknya.

Aryan, Carl dan Ray hanya mampu berdiri di situ tanpa berkata apa-apa. Sejujurnya hati Aryan sakit melihat orang yang dia sayang menangis.

'Aku harap kau kuat.' gumam hati Aryan.

Cara terus berlari menuju ke kubur ayahnya.

"A-Ayah..ayah kejam. Minggu lepas ayah baru je suruh Cara jaga diri..Ayah kata nak amik Cara dekat UK..Tapi kenapa Cara pulak yang kena datang dekat ayah..Itu pun bila ayah dah tak ada kat sini..A-Ayah tahu tak..Cara tak kuat macam ayah. Sanggup a-ayah tinggalkan Cara?" luah Cara bersama tangisan yang semakin menjadi-jadi.

Rossa menenangkan Cara dengan menggosok belakang badannya.

"A-Ayah ingat tak, ayah selalu marah kalau Cara malas belajar. Sekarang ni siapa yang nak marah Cara? Cara taknak ibu..Nak ayah..A-Ayah taknak ke pergi graduation day Cara nanti? Ayah dah janji nak datang. Cara..Cara tak dapat cium peluk ayah buat kali yang terakhir.." tangisannya teresak-esak. Pipinya diseka tatkala air mata mengalir di pipi mulusnya.

Allahuakbar. Berat ujian yang diturunkan Allah SWT buat Cara. Dia tidak dapat menghadiahkan ciuman terakhir buat ayahnya sendiri.

-

SEPI. Mereka semua lebih senang melayani perasaan masing-masing selepas membaca Surah Yaasin buat arwah Nuk Hakeem.

"Ayah..Cara pergi dulu. Ayah adalah ayah yang terhebat buat Cara. Cara tahu ayah dah bahagia dekat sana dengan adik..Tunggu Cara tau ayah..Terima kasih atas segala pengorbanan ayah menjaga Cara selama ini." Dia berlalu pergi dengan kesal.

Setibanya di rumah..

MEREKA semua diarahkan Rossa untuk tinggal dirumahnya. Cara terus mendapatkan adik bongsunya setelah dia sampai di rumah. Adik bongsunya bernama Aydan Hazeeq dan umurnya baru sahaja mencecah 7 tahun. Budak sebegitu masih tidak faham erti kehilangan.

"Kakak!! Aydan rindu kakak. Kakak pergi mana? Aydan bosan tau bila kakak tak ada. Tak ada dah singa yang nak makan Aydan. Hmm." luah Aydan sambil memeluk kaki kakaknya.

"Alololo sayang kakak ni. Kakak kan dah balik. Jangan rindu lagi tauuu.." balas Cara dengan memeluk tubuh adiknya.

"Kenapa mata kakak merah? Kakak nak jadi hantu eaaa."

"Ish Aydan ni. Kalau kakak jadi hantu betul-betul baru Aydan tahu. Dahla kakak nak pergi mandi. Byebyeeee." Cara terus beredar meninggalkan adik bongsunya.

-

TAPI itu bukan tujuannya. Cara terus mengambil langkah keluar rumah untuk menuju ke hutan di belakang rumahnya. Hutan itu tampak tenang tidak seperti jiwanya sekarang. Ketenangan itu percuma.

"Harini. 12 January 2019. Ayah dah tinggalkan Cara buat selama-lamanya.."

"Andai Allah beriku peluang satu hari untuk bersama ayah. Takkan ku siakan peluang itu."

Aryan berada di belakangnya. Dia mendengar setiap patah perkataan yang diujarkan oleh Cara.

"Estella. Aku tahu kau kuat. Aku harap kau redha dengan apa yang telah terjadi. Aku benci tengok kau sakit." luah Aryan.

Cara yang sedikit tesentak itu terus menghadiahkan senyuman kecil buat Aryan.

"Terima kasih awak. Saya sepatutnya bersyukur. Kalau awak tak ada, saya memang takkan dapat balik Malaysia jumpa ayah. Walaupun tak sempat nak jumpa ayah buat kali terakhir.." Cara mengesat air matanya yang hampir mengalir.

"Jangan menangis. Aku tak suka tengok kau menangis. Stop it, Estella." tegur Aryan.

"Kenapa awak panggil saya Estella?"

"Estella. Aku suka panggil kau Estella. It suits your personality, Mia Bella." pandangannya terus dihala ke hutan.

"Tak pernah lagi orang panggil saya Estella. You're the first person."

"Well, I guess I am special." Senyum senget dipamerkan.

Cara hanya mampu senyum kecil. Itu sahaja buat masa sekarang. Jiwanya kosong. Kehilangan ayah kesayangannya adalah perkara yang paling mengejutkan.

Sangkaannya ayah akan berada di sampingnya sehingga dia dilepaskan pada bakal suaminya nanti. Namun, yang terjadi adalah sebaliknya.

Sikap ayahnya sungguh disiplin. Dari kecil dia dididik seperti seorang askar. Hati kena kental jangan lemah walaupun kita sang wanita! Itulah kata-kata ayah yang paling diingati sehingga sekarang.

Sesungguhnya, ayah adalah tentera yang bertakhta dihatinya.

Ayah merupakan pahlawan tatkala dia bertungkus-lumus mencari rezeki buat keluarganya namun senyuman di bibir tidak pernah sekali pun pudar.

Ayah merupakan seseorang yang paling susah untuk menunjukkan kasih sayang buat anaknya. Namun percayalah kasih sayang seorang bapa itu tulus.

Hargai ayah selagi masih ada tau <3

Continue Reading

You'll Also Like

445K 16.5K 48
[Angel's Series Book 1] - Tajuk sebelum ni - I'm Belong To The Mafia. ___ Dia pembunuh. Dia licik. Dia ada segalanya. Tapi.. Aku akan menjatuhkannya...
937K 30.3K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
359K 18.9K 54
KING FATTAH - Jejaka tinggi lampai yang mempunyai rupa paras yang dingin serta tampan namun disebalik wajahnya yang ketat dia mempunyai dua sisi dima...
401K 14.1K 80
1š“¼š“½ š“¼š“½š“øš“»š”‚ š“«š”‚ š“Æš“µš“øš“µš“®š“¼š”‚š“Ŗ š€š‹š„š„š’š€ š™š”š‹š€šˆšŠš‡š€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...