Takdir You're My Healer [C]

By EiSeoya

31.2K 1.6K 146

Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghan... More

Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 (prekuel?)
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54 (ending)
Epilog
Note: Takdir II update
Author's Note

Bab 1

4.6K 95 22
By EiSeoya

Edited 4/3/24: nama ML pada asalnya hanyalah Nawwar Inas. Tapi disebabkan ramai ingat dia perempuan, jadi author tambah Al-Qayyim di belakang. Nanti kalau next chapter nama dia tak ada Al-Qayyim dkt blkg, maksudnya saya belum edit.






NAWWAR Inas Al-Qayyim. Nama pemberian arwah ibunya yang membawa makna baik. Tetapi, atur hidupnya tidak seindah namanya.

Nawwar sering menyalahkan dirinya sebagai pembawa malang kepada semua orang. Apa gunanya lahir di dunia yang sudah cukup kejam baginya? Penyebab kacau-bilau satu akademi lapan tahun yang lalu, dihina pula sebagai ahli akademi yang membebankan. Berkali-kali ditenangkan oleh Tuan Asnawi yang merupakan ayah sendiri, namun sedikit pun tidak menusuk ke jiwanya.

Tragedi gelap di Afwah telah mengubah kehidupannya bahkan juga personaliti diri. Pengalaman perit memberi kesan pada diri dia, termasuk dalamannya. Apa itu? Sumpahan. Ya, dia disumpah sewaktu cuba menyelamatkan arwah ibu dan adik perempuannya. Mengapa bukan aku yang terkorban? Mengapa harus dia orang yang diambil nyawa? Rintih Nawwar dalam hati.

Dia sudah penat. Merasakan diri ini sudah rosak asbab sumpahan atau cursed yang menguasai tubuhnya. Dikatakan tiada penawar, Nawwar redha dengan apa sahaja yang bakal terjadi pada dirinya.

Pap!

Satu tamparan di bahu membuatkan Nawwar sedikit terlompat. Selalu sangat anak profesor seorang ini tampar orang sesuka hati.

"Nawwar kau okey ke?" Wajah Aryan penuh tanda tanya.

Nawwar sekadar mengangguk.

"Apa jawapan kau?"

"Ha?" Mata Nawwar membulat. Jawapan apa?

Aryan menggerakkan mata ke atas bawah melihatnya sebelum memberikan jelingan tajam. Mana lah kawan nak dengar kalau dari tadi asyik membuang pandangan ke luar balkoni memikirkan masalah hidup.

"Kalau kau diberikan peluang, apa hajat yang kau nak sangat dapat dalam hidup kau?"

"Aku?"

Aryan angguk.

"Hajat apa?"

"Lah? Kau betul-betul tak dengar ke apa aku bebel tadi?"

Nawwar menggeleng perlahan. Aryan sekadar istighfar di tepi dengan tangan naik mendarat di kepala. Bazir air liur aje membebel untuk diri sendiri. Ingatkan orang sebelah dengar.

"Okey, aku bagitahu ringkas lah. Pasang telinga, jangan nak mengelamun aje kerja. Macam ni, semua orang ada hajat. Dan setiap hajat yang diinginkan pasti akan tertunai satu hari nanti kalau kita sendiri dah usaha, doa dan tawakal. Jadi, apa yang aku nak tanya sini adalah apa hajat kau? What do you want from Allah?" ujar Aryan dengan panjang lebar.

"Ouh... err... F-Freedom. I will say freedom," jawab Nawwar bersahaja.

"Laju betul fikir. Freedom, huh? Kenapa?"

Nawwar menghembus nafas berat sebelum posisi tubuhnya berpusing menghadap Aryan.

"I've lost myself, Aryan. The tragedy... The trauma... Haunts me all the time. The pain left me with those deep scars. I wish I could fix everything in the past. But it was too late. Now, I have to fix myself... C-can I?"

Aryan diam membisu. Mengimbas semula tragedi yang dimaksudkan Nawwar. Dia sendiri tidak mampu tolong sahabatnya yang sudah tenggelam dalam kegelapan sejak umur empat belas tahun. Aryan hanyalah insan biasa yang tiada kelebihan di sebalik kekurangan.

"Okey... Jadi, macam mana kau nak... You know... How to free yourself?" Aryan melabuhkan punggung pada kerusi rotan yang terletak di sudut balkoni.

"Entah. Tak tahu,"

"Do you really clueless or you're just too scared to face the failure like you're used to do?"

Bagai boleh baca isi hati Nawwar. Benar. Dia takut akan kegagalan. Dia takut mengulangi kesilapan sama seperti dahulu. Dengan ayahnya merupakan orang ternama selepas Tuan Zachary dan Profesor Afzhan, sudah pasti dia tidak mahu maruah keluarganya tercalar. Walaupun hanya dia dan ayahnya saja yang tinggal.

Aryan mendekati Nawwar yang sudah termenung jauh. Wajahnya hilang seri. Matanya hilang sinar. Jiwanya juga kian menghilang. Menghela nafas panjang, lengan Aryan mendarat ke leher dia.

"Nawwar, walau apa pun terjadi, kau kena kuatkan semangat untuk teruskan hidup. Jangan biarkan kekurangan yang ada pada diri kau sekarang menjadi penyebab untuk kau berputus asa separuh jalan,"

"Kekurangan? Aku sedar diri. Aku tak macam kau. Kau ada rupa. Sebab tu ramai minat kau, termasuk si Hadeena. Kalau bukan disebabkan parut ni, aku takkan dihina kau faham tak?"

"But not gonna lie, it looks good on you. The pattern is-"

"Then why did I cover this scar at the first place? I'm insecure about it! You'll never understand me as a Cursed Child!"

Nawwar menolak bahu Aryan. Kasar. Dia melangkah lemah ke birai katil lalu duduk. Meramas rambut ikal mayangnya. Dia mengeluh berat. Sungguh dia benci dengan parut yang terukir di dahi meskipun orang terdekat sering kagum dengan corak seakan-akan akar pokok yang menjalar. Ramai mana pun orang puji tentang 'kekurangan' yang dia miliki, parut tersebut tetap berlindung di sebalik rambutnya.

Aryan turut duduk di birai katil. Duduk berhadapan dengannya memandangkan katil mereka hanya bersebelahan. Aryan cuba memujuk sahabatnya. Dia tahu bukan mudah untuk kuat berdepan pelbagai dugaan yang berlaku dalam hidup lagi-lagi masih dalam fasa remaja lagi. Sekarang mereka sudah masuk 20-an. Tambah pula Nawwar sudah kehilangan hampir semua ahli keluarganya. Tuan Asnawi merupakan sandaran terakhir baginya.

"Jangan lupa berdoa pada Allah, mohon petunjuk daripada-Nya. Insya Allah Dia akan bagi apa yang kau hajatkan. Usaha dan tawakal,"

Nawwar tersenyum tipis sebelum dia mematikan senyumannya. Dia nampak usaha Aryan cuba membimbingnya. Tanpa Aryan, silap-silap dah masuk wad psikatri sebab gila. Gila sebab trauma dulu. Gila sebab dengar bisikan syaitan yang menghasutnya.

"Aku mandi dulu. Nanti kita solat dan terus pergi kafetaria untuk makan malam. Kau lapangkan lah fikiran dulu. Jangan biar otak serabut,"

Bahu Nawwar ditepuk perlahan berkali-kali sebelum Aryan mencapai tuala yang disangkut pada ampaian. Dia sudah berlalu pergi menapak masuk dalam bilik air. Tinggal Nawwar sendiri yang bersandar di kepala katil. Penat. Lelah.

Mata terpejam rapat. Mengimbas kembali masa lalunya sewaktu berada di Afwah. Pulau yang sudah gelap selama lapan tahun kerana 'dosanya' sendiri. Peristiwa dimana nyawa yang hampir melayang oleh entiti yang tidak dikenali.

Roh-roh penduduk asal Afwah masih lagi berkeliaran. Dalam keadaan tidak tenang atas asbab dendam terhadap pelaku yang telah mencemarkan maruah penduduk Afwah iaitu Nawwar sendiri. Dia kesal. Pasti ada cara untuk dia tebus semula dosa masa lalunya di pulau terpencil tersebut. Cuma... bagaimana?

"Apa tujuan dia sumpah aku? Kenapa dia tinggalkan parut bercorak ni dekat aku? Kenapa ambil nyawa ibu dan adik?" Soal Nawwar tidak henti.

Sumpahan ini bukan saja memberi kesan pada mentalnya. Malah, juga pada tubuhnya. Sejak akhir-akhir ni dia sering jatuh sakit sampaikan tak hadir ke latihan setiap pagi. Ada yang menuduh dia ponteng oleh ahli lain kecuali semua ahli Thunder. Mereka lebih memahami keadaan Nawwar bila sakit. Kalau Allah dah takdirkan sakit, bagaimana cara lagi untuk mengelak?

Nasib Tuan Zachary ambil berat seperti ayahnya. Dia bersyukur adanya master Thunder yang bersimpati ke atas dirinya. Maklumlah, sudah dijaga sejak kecil lagi. Dah dianggap macam anak sendiri walaupun berbeza agama. Dijaga bagai menatang minyak yang penuh.

Spekulasi orang terhadap dirinya sukar diubah. Sukar dibendung. Tak kiralah Tuan Zachary atau Tuan Asnawi yang cuba mempertahankan Nawwar. Tetap ada segelintir ahli akademi yang menunding jari kepadanya. Sejak kematian arwah ibunya, ramai orang memandang hina kepada dia.

Hati Nawwar benar-benar sudah terguris. Dia mahukan ibu di sisi. Tapi ibu tidak lagi pulang ke rumah. Sudah pun pulang ke Sang Pencipta. Dia rindu akan suara ibu. Dia rindu ingin bermanja dengan ibu. Hanya skarf berwarna ungu dengan beberapa jumbai emas kecil milik arwah ibu menjadi pengubat rindu baginya.

Nawwar hampir berputus asa. Dia buntu. Dia tidak tahu bagaimana ingin mengubah persepsi orang yang menganggap dia sebagai pembawa malang dan membebankan. Pernah juga dia mengadu hal ini kepada Tuan Zachary, namun jawapan tidak sepertimana yang diinginkan. Begitu juga dengan ayah.



"Nanti kamu akan tahu. Saya bagi kamu ruang dan masa untuk bersedia dulu," bisikan Tuan Zachary terngiang di kepala.

"I want you to be Young Master," hajat seorang ayah membuatkan Nawwar bantah sekeras-kerasnya.




Lain aduan, lain jawapan. Terpesong jauh. Nawwar cuma mahu menutup mulut orang sekeliling yang menghinanya. Bukan suruh jadi Young Master, bukan suruh bersabar. Dia dah penat bersabar.

Nawwar kecewa. Makin kuat bisikan syaitan yang menghasutnya untuk buat benda bukan-bukan. Dia menjatuhkan kaki ke lantai lalu melangkah ke laci meja miliknya. Ditarik keluar satu pisau mini yang halus. Bilahnya terletak di pergelangan tangan. Urat birunya menonjol. Mata terkatup rapat. Baru sahaja ingin menghiris luka yang kecil padanya, dada rasa sesak. Pisau tadi tercampak jauh dari pegangan. Nawwar bergelut sehinggalah suara yang didengarinya menyebabkan dia berhenti seketika.

"Ingat Allah, Nawwar! Mengucap! Jangan buat benda bodoh ni!"

"Lepaskan aku, Aryan! Lepaskan!!"

"Shh! Istighfar, Nawwar istighfar!! I'm here!!"

Tanpa sedar, birai mata Nawwar mula berkaca. Aryan mengusap dadanya lembut. Sahabatnya tersandar lemah dalam dakapan. Sepasang anak mata Nawwar melilau ke seluruh tubuhnya.

"Did you... Just came out from the bathroom and hugged me out of nowhere? With half naked?"

"I saw you took out the knife from the drawer. I know what are you going to do with it,"

"Tapi... Kalau iye pun, pakai lah baju dulu. Ada juga kain terlucut nanti. Tak tentu pasal kau belanja aku free show. Haih." Nawwar bangun dari baringan lalu bersandar pada dinding bersebelahan dengan laci meja.

"Sorry. Aku pentingkan nyawa kawan daripada diri sendiri,"

"Kalau masa terdesak sangat pun kau nak buat juga ke?"

"Eh boleh. Sharing is caring,"

Nawwar menggeleng. Masa orang serius, dia main-main. Ada aje ayat Aryan menyembur keluar untuk menjawab.

"Dah. Pergi pakai baju. Sakit mata aku tengok. Takkan nak pergi kafetaria dengan tuala gitu aje?"

"Apa salahnya."

Aryan tersengih tak berbaju. Badan masih basah. Pantas kaki mendekati almari baju yang terletak di sebelah katil masing-masing. Baju t-shirt hitam disarung ke tubuhnya.

Tak lama selepas itu kedua-duanya pergi ke kafetaria untuk santapan malam.




ㅤㅤ



ㅤㅤ



ㅤㅤ



ㅤㅤ
"The person who judges you the most harshly is often the one who is secretly jealous of your beauty, intelligence, or courage."
.
Edit: 24.3.24 (fix penulisan)

Continue Reading

You'll Also Like

87.7K 4.9K 57
'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang be...
858 93 4
Tiga tahun persahabatan yang terjalin antara mereka melalui alam maya akhirnya membuatkan si gadis menaruh perasaan istimewa terhadap si jejaka dalam...
962 107 19
Muhammad Luth Adam Fatwaz Seorang lelaki , CEO GALERI SENI D'LAF. Dia mempunyai banyak keistimewaan tetapi dia juga tenggelam dalam kisah silam. Ki...
33.2K 2.3K 17
2nd book ☘️☘️☘️ Ryaz Zulkarnain X Davira Medina Start: 13/01/2024 End: Read your own risk ⚠️ Typo bersepah ⚠️ Matured language ⚠️ 15+ ⚠️ Light confl...