Zharil Darriz

By meqayla

503K 16.2K 707

Orang kata, kita kena ada confident yang tinggi. Disebabkan confident yang tinggi itu, Aish telah dimarahi se... More

Perkenalan
C1
C2
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C30
Opinion & cooperation
Special Chapter 1
Special Chapter 2
Last Special Chapter

C3

14.5K 457 9
By meqayla


"Aish tekad, Aish tak nak-."

"Baiklah kalau itu keputusan Aish. Umi takkan paksa Aish." Potong Puan Ain.

"Apa umi ni. Aish tak habis cakap lagi lah. Aish dah tekad yang Aish tak nak paksa diri Aish jadi, Aish akan terima dengan hati yang terbuka." Sambung Aish.

Puan Ain yang mendengar sedikit terkejut dengan keputusan anak perempuannya.

"Aish dah fikir baik-baik?" Puan Ain ingin kepastian.

"Ye umi. Aish dah fikir lagipun pilihan umi dan ayah adalah pilihan yang terbaik untuk Aish." Aish merehatkan badannya di atas katil.

"Alhamdulillah. Nanti umi bagitau ayah keputusan Aish supaya kawan ayah tahu." Puan Ain terlalu teruja akan mendapat menantu. Dia terus mematikan panggilan tersebut. Aish yang belum habis bercakap, mendengar bunyi 'tut'.

"Ya Allah umi ni. Boleh pulak matikan macam tu je. Ya Allah, kau permudahkan lah urusan ku ini aaminn." Dia terus mematikan lampu bilik dan menghidupkan lampu tidur sebelum terlena.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kampung

"Apa? Aish setuju? Kamu jangan main-main Ain." Tanya Encik Hamzah.

"Ye abang. Ain dah tanya Aish dah dan dia cakap ni keputusan muktamad dia." Jawab Puan Ain.

"Baguslah kalau macam tu. Tertunai juga hasrat saya dan Ahmad." Teruja Encik Hamzah. "Nanti saya khabarkan dekat Ahmad mesti dia gembira." Katanya lagi.

"Bila dorang bertunang bang? Ahmad ada bagitau abang ke?" Soal Puan Ain.

"Dia cakap kalau Aish setuju, dorang akan bertunang dalam masa terdekat lepastu kahwin selepas sebulan tunang."

"Elok juga tu. Benda baik perlu dicepat-cepatkan." Balasnya

~~~~~~~~~~

"Hello. Assalamualaikum ma." "Ril free je kenapa?" "Ok nanti Ril balik. Assalamualaikum ma." Dia membuka group chat yang tidak berhenti berbunyi sejak dia masuk ke pejabatnya dan membaca satu-persatu.

-Ikhwan-
"Guys, don't forget our reunion yang tak berapa reunion sabtu ni k. Aku busy pula ahad"

-Fariz-
"Don't worry, bro."

-Lukman-
"Tapi Zharil tu tak nak. Korang pujuklah dia."

-Ikhwan-
"Aduh. Zharil where r you? Munculkan diri kau @ZhaRiz."

-Lukman-
"@ZhaRiz."

-Fariz-
"@ZhaRiz."

-Ikhwan-
"Oi Ril. U better join us. Istg, if u don't join us I'll tell Marissa that u mis her."

-Fariz-
"Habis lah kau Ril."

"Berani kau ugut aku Wan?" Kata Zharil apabila terbaca pesanan ugutan dari Ikhwan.

-Zharil-
"U threatened me?"

-Ikhwan-
"Yes. Ngl, she still wanna know where r u."

-Zharil-
"Fine. I'll join u guys."

-Lukman-
"Great."

-Fariz-
"Ok c u guys. I have 2 go."

~~~~~~~~~~~

Aish yang sedang bergelak ketawa dengan Zahra dan budak kelasnya terhenti apabila namanya dipanggil, "Aish Qayla!" Panggil seorang pelajar dari depan pintu kelas.

Aish mengangkat tangannya, "Saya. Kenapa eh?"

"Dr Zharil nak jumpa awak kat bilik pejabat dia." Jelas pelajar itu.

"Sekarang ke?" Tanyanya lagi. Pelajar itu mengangguk dan berlalu pergi.

"Kenapa Dr Zharil panggil kau?" Soal satu pelajar perempuan kelasnya.

"Manalah aku tau." Balas Aish dan terus berdiri.

Apabila dia sampai dihadapan bilik pejabat Zharil dia hanya memandang lama nama yang tergantung di pintu itu 'Dr. Zharil Darriz'.

Tok! Tok! Tok!

"Come in." Jawab orang di dalam. Aish membuka pintu perlahan-lahan dan melihat muka Zharil yang sedikit tertekan. Agaknya?

"Dr panggil saya?" Aish hanya berdiri dihadapan Zharil.

Zharil memandang Aish, "ouh, so nama kau Aish Qayla?" Zharil duduk bersandar pada kerusi empuknya.

"Yes." Jawab Aish ringkas.

"Let me be professional. Ni file kamu ke?" Zharil mengangkat file ditangannya.

"Yes Dr."

"Cuba kamu tengok apa yang ada dalam file ni." Zharil meletakkan file itu di atas meja dan menolak ke arah Aish.

Aish mengambil file yang diberi, dia membelek setiap muka surat file tersebut dengan mukanya yang masih bingung sehinggalah dia terperasan sesuatu yang tak sepatutnya.

"I think now you know why you're here." Duga Zharil setelah melihat wajah terkejut Aish. "Tell me, is that me? Why you do that?" Zharil memandang Aish dengan pandangan yang tajam.

Aish yang baru teringat waktu kelas pertama Zharil masuk dia telah melukis wajah Zharil dengan kata-kata 'orang tua' 'mulut puaka' 'bajet hensem' dan 'lelaki perasaan' sebelum Zharil menyoalnya waktu habis kelas.

"Maaf Dr. Tapi ni bukan saya yang buat ni." Tipu Aish.

"Then who?" Zharil sudah kelihatan bengang.

"Saya tak tahu Dr."

"Don't lie Aish. I saw the day that you wrote it." Katanya tegas.

'Tamat lah riwayat kau Aish.' Desis hati Aish. "Saya betul-betul minta maaf Dr. Saya lukis ni waktu saya marah so saya nak buang rasa marah tu, saya luahkan kat lukisan. Dr nak hukum saya apa-apa pun saya sanggup." Jelas Aish.

"Pergi balik kelas kamu." Arah Zharil.

~~~~~~~~~~

Masuk sahaja Aish ke dalam kelas Zahra bertanya, "So, apa hal Dr Zharil panggil kau?" Aish hanya memandang Zahra kosong.

"Aku tak perasan yang aku lukis muka dia kat file yang dia suruh kita hantar tu. Dan aku ada tulis perkataan yang tidak sepatutnya kat situ." Jelasnya.

"Are you serious?" Duga Zhara.

"Do you think i'm kidding right now?" Zahra hanya mampu menepuk bahu Aish perlahan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Waktu lunch

Tok! Tok! Tok!

"Masuk." Arahnya sebaik sahaja mendengar bunyi ketukan pintu pejabatnya.

"Ril, dah waktu lunch ni. Kau tak nak join kitorang ka?" Tanya Sir Firdaus.

Zharil melihat jam pada tangan kirinya. "Tak pa lah. Korang pergi je lah dulu." Balasnya.

"Ok. Jangan kerja keras sangat." Kata Sir Firdaus sebelum menutup semula pintu bilik pejabat Zharil.

"Aish jom makan. Aku lapar dah ni."

"Kau pergilah dulu Ra. Aku nak siapkan dulu kerja DR Zharil ni nak hantar esok."

"Ok lah. Kau nak pesan apa-apa tak?"

"Tak apa lah. Nanti kalau aku lapar, aku beli sendiri. Dah pergi cepat." Arah Aish.

Dalam pada masa menyiapkan tugas Dr Zharil, perutnya sudah mengaum minta diisi. Aish memandang sekeliling kelas dengan tangan diletakkan atas perut.

"Nasib tak ada orang. Perut ni pun nak bunyi kuat-kuat kenapa." Aish berkata sendiri.

Dia keluar dari kelas untuk mencari makanan bagi mengisi perutnya. Dia pergi ke kedai runcit untuk membeli roti dan air milo. Tanpa memandang kiri dan kanan, dia terus melintas jalan raya besar itu.

Dapat dia rasakan ada tangan yang menggengam kuat lengannya dan menariknya kuat ke belakang. Dia terkejut dengan tindakan tersebut setelah terdorong ke belakang dan beberapa saat kemudian ada kereta putih yang memandu laju di tempat dia berdiri tadi.

"Kau ni buta ke apa?! Kalau kena langgar tadi sapa nak bertanggungjawab?! Dah lah aku yang nampak kau. Aku tak nak jadi saksi kau eh." Zharil sudah bengang.

"Sorry Dr. Saya tahu ni silap saya. Saya betul-betul minta maaf dan berterima kasih dengan Dr."

Aish memohon maaf kepada Zharil. Zharil berlalu meninggalkan Aish namun belakang kemejanya ditarik sedikit. "Apalagi yang kau nak?!"

Dia memusingkan badannya dan melihat Aish yang dalam keadaan ketakutan. Dia memandang Aish pelik dan memandang ke arah yang Aish pandang.

"Dr boleh tak tolong saya halau haiwan buas tu?" Pinta Aish.

"Seriously Aish? Haiwan buas?" Zharil hanya memandang kucing yang diberi nama 'haiwan buas'.

"Kau halau lah sendiri." Zharil sudah mula membuka langkah.

"Doktor! Tolong lah!" Jerit Aish.

Zharil melihat sahaja kucing itu bergerak ke arah Aish dan semakin dekat. Aish memeluk lengan Zharil dengan kuat, "Tolonglah Dr. Kalau saya pengsan macam mana?" Mata Aish pejamkan.

"Meow~" Semakin kuat pelukan Aish.

"Lepaslah! Macam mana aku nak halau kalau kau peluk aku." Aish baru terperasan yang dia memeluk lengan Zharil terus dia lepaskan pea.

"Meow, meow." Zharil memanggil kucing itu. "Hm dah lari dah tu."

"Thank you Dr." Aish sudah malu bila teringatkan dia memeluk lengan Zharil.

'Ouh, takut kucing. Senang lah kerja aku kalau dia buat hal ngan aku.' Desis hati Zharil ."Kau nak pergi mana ni?"

"Saya nak pergi kedai runcit depan tu."

"Jom lah. Aku pun nak pergi sana." Aish hanya mengikuti Zharil dari belakang.

"Berapa bang?" Soal Aish.

"Semuanya RM4.50." Jawab si penjual.

"Ok jap eh." Aish berjalan ke tempat terletaknya ice cream. Zharil hanya menerhatikan Aish yang seperti budak-budak ribena. Aish mengambil pelbagai jenis ice cream dan roti. Manakala Zharil hanya mengambil air mineral dan sebungkus roti sahaja.

Aish berjalan ke arah kaunter semula. "Bang, kira." Kata Aish.

"Semuanya RM17.30." Aish memasukkan tangannya ke dalam beg mencari dompetnya.

'Ouh no. Wallet aku tertinggal kat hostel. Macam mana ni? Takkan nak minta tolong wolf tu?' Zharil yang dari tadi hanya memerhatikan Aish perasan akan muka Aish yang seperti tak ada wallet.

Zharil bergerak ke depan kaunter dan meletakkan barangnya, "Kira sekali."

Arah Zharil. "Eh tak payah bang." Aish berkata kepada penjual itu.

"Kira je sekali." Kata Zharil kepada penjual itu.

Aish memandang Zharil dan berkata, "Tak payah Dr, saya boleh bayar barang saya sendiri."

"Kau fikir aku tak tahu ke yang wallet kau tinggal. Lagipun, aku bukan belanja kau nanti kau ganti lah baik duit aku. Dah lah lebih RM10. Kau ni betullah witch." Zharil menghulurkan sekeping RM20. Aish masih kaku tidak bergerak. "Kau nak jadi bodyguard ke? Cepatlah!" Zharil pergi meninggalkan Aish.

Mereka berjalan ke universiti semula. "Thank you again Dr. Kalau Dr tak ada, maybe saya dah kena langgar dah tadi." Zharil hanya memekakkan telinga dan melintas jalan. "Nanti saya bayar balik duit Dr tu. And thank you sebab tolong saya bayar tadi."

"Aku tak nak duit kau." Kata Zharil.

"Habis tu? Dr nak apa? Dr nak saya belanja makan ke. Boleh je kalau nak tapi, jangan yang mahal-mahal lah Dr, saya tak ada duit sekarang." Bebel Aish.

"Kau simpan je lah duit kau tu aku masih banyak lagi duit. Aku belum fikir lagi apa aku nak tapi kau berhutang dengan aku dua kali. Ingat tu." Balas Zharil.

"Yelah. Dr bagitau lah Dr nak apa supaya saya tak berhutang dengan Dr." Zharil pekakkan telinganya.

"Ish! Dr dengar tak saya cakap ni? Saya bencilah Dr ni." Kata Aish terus melangkah laju menuju ke kelas sebaik sahaja mereka memasuki kawasan universiti.

Zharil memandang sosok Aish yang semakin menjauh. "Aku tak suruh pun kau suka aku. Dasar witch." Kata Zharil sendiri.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Rumah Dato Daruz

"Assalamualaikum ma." Sapa Zharil sebaik sahaja masuk ke dalam rumah ayahnya.

"Waalaikumsalam, sampai pun Ril. Lama mama tunggu, kita makan dulu ye? Kamu tak kerja ke esok?" Kata Datin Zaidah.

"Ril baru je habis class tadi. Ok lah ngam juga tu Ril pun makan roti je tadi lunch. Papa mana ma?" Zharil mengekori Datin Zaidah ke meja makan.

"Papa macam biasa lah OT nak siapkan kerja dia. Kamu bila nak ganti papa? Mama tak larang kamu jadi lecturer tapi, syarikat papa sapa nak tanggung kalau bukan kamu?"

"Ril faham ma. Tak apa minggu depan Ril akan ganti papa. Mama jangan risau nanti Ril bagitau papa." Mereka menjamu selera berdua.

"Sedapnya ma. Boleh gemuk lah Ril kalau hari-hari makan masakan mama." Puji Zharil.

~~~~~~~~~~

Selesai makan, mereka menuju ke ruang tamu. "Mama dengan papa dah jumpa calon untuk kamu. Baik budaknya, sopan je. Zharil betulkan nak mama dan papa yang uruskan?" Tanya Datin Zaidah.

"Cepatnya jumpa. Ril kenal ke? Tak kisah lah ma. Mama and papa just proceed. Ril ikut je." Balas Zharil.

"Ril tak kenal dia. Kalau Ril dah cakap macam tu, Ril akan bertunang hujung minggu ya?"

"Kenapa nak cepat sangat? Persediaan macam mana?"

"Don't worry. Mama dah uruskan Zharil hanya perlu datang je waktu nikah nanti. Tapi, Ril kena janji dengan mama Ril akan sayang dia dan terima dia seadanya." Katanya penuh harapan.

"Ok ma. I will. Ril naik dulu lah. Dah melekit dah badan ni. Malam ni Ril tidur sini." Beritahu Zharil sebelum mendaki naik tangga rumah mewah itu.

Dia membersihkan dirinya dan terus melabuhkan diri ke atas katil untuk merehatkan dirinya. Tiba-tiba satu notifikasi masuk menandakan ada pesanan dari seseorang. Dia membiarkan sahaja telefonnya tanpa melihat si penghantar pesanan.

Kali kedua berbunyi lagi tapi masih dibiarkan. Dan untuk kesekian kalinya, dia terus mengambil telefon tersebut dan melihat nama si penghantar. Dia mengecilkan matanya apabila melihat nama yang tertera.

-Marissa-
"Hi bie. How r u?"
"You, minggu depan I balik tau. Jangan lupa jemput I. I miss you."
"Mana bie ni? Sampai hati you tak tengok chat I."

"Worthless. Dah ludah nak jilat balik." Kata Zharil dan terus block nombor Marissa.

Dengan perasaan yang marah, dia memejamkan mata.

~~~~~~~~~

Zharil membetulkan posisi tubuhnya di atas katil. Dia bangun dan berjalan ke arah bilik pakaiannya. Tuala diambil dan dia menghilangkan diri ke dalam bilik mandi. Dia mengenakan baju kemeja putih dan melipatkan lengan baju sehingga ke siku serta memakai seluar slack hitam dan tie hitam.

Dia mendaki turun tangga rumah dan terus menuju ke dapur. Terlihat Dato Daruz dan Datin Zaidah sedang duduk menjamu selera. "Morning pa ma." Zharil melabuhkan punggung di hadapan Datin Zaidah.

"Morning." Jawab Datin dan Dato serentak.

"Mama cakap, Zharil dah ready nak ganti tempat papa. Betul ke?" Soal Dato Daruz.

"Ha'ah, Ril dah ready nak ganti papa."

"Kalau macam tu, bolehkan Ril ganti papa pergi dinner lusa malam?" Dato Daruz memandang Zharil dengan penuh harapan.

"Ok boleh pa. Tapi, biar Ril yang decide nak dinner kat mana." Pinta Zharil dan Dato Daruz hanya mengangguk. Setelah itu, dia pergi ke arah keretanya. Enjin dihidupkan sebelum dia menghilang dari kawasan rumah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Universiti

Hari ini merupakan hari yang Aish tak suka sebab ada kelas Dr Zharil. Aish dengan malas melangkah ke kelas Dr Zharil. Masuk sahaja ke dalam kelas, dia terus melabuhkan punggungnya di sebelah Zahra. Tiba-tiba telefon Aish berdering.

Aish memandang nama yang tertera, "Wuu.. kirim salam abang kau."

"Eleh, kau tu. Jangan harap aku nak terima kau jadi kakak ipar aku."Balas Aish.

Panggilan diangkat, "Hello assalamualaikum." Sapa Aish.

"Waalaikumsalam. Asal lambat angkat?" Tanya Rashdan.

"Takde ni si Zahra ni mengada."

"Ouh.. erm jumaat malam abang ada dinner ngan client abang, so abang nak ajak Aish sekali. Manalah tau Aish jumpa jodoh Aish kat sana yelah, membujang sebab tak laku."

"Eh! Aish ni ramai peminat k. Aish je yang tolak dorang."

"Sampai bila Aish nak ingatkan si Aiman tu? Tak semua lelaki sama lah Aish." Tanya Rashdan risau.

"Abang Adan tak faham apa yang adik rasa. Ok lah, abang ambil je adik kat hostel bye assalamualaikum." Tanpa menunggu salamnya dijawab, dia mematikan panggilan sebaik sahaja Dr Zharil masuk.

~~~~~~~~~~

"Heih.. sampai bila Aish tak nak buka hati tu balik?" Kata Rashdan sendiri dengan perasaan yang bercampur. Ketukan di pintu pejabat Rashdan membuatkan lamunan Rashdan terhenti.

"Masuk." Arah Rashdan.

"Maaf ganggu Encik Rashdan. Ni file yang Encik Rashdan minta." Kata assistant Rashdan.

"Okay tq. You may go now." Kata Rashdan. Sedang Rashdan membelek file yang baru diberi, telefonnya berdering.

Tertera nama Suraya assistant Dato Daruz. Tanpa menunggu lama, dia terus mengangkat panggilan tersebut. "Asslamualaikum Encik Rashdan, saya nak memaklumkan yang Dato Daruz tidak dapat menghadiri dinner jumaat malam. Tapi anak Dato Daruz, Encik Zharil akan menggantikan tempat Dato Daruz dan tempat dinner kat Hotel Khayangan." Ujar Suraya.

"Waalaikumsalam. Ok tak apa. Thank you for the information. If anything happend, just let me know." Kata Rashdan.

Rashdan mematikan panggilan tersebut. Tiba-tiba idea bernas muncul dalam kepala Rashdan 💡. "Good idea." Dia terus menelefon seseorang, "Hello bro! Lama tak lepak. Jom lunch ni lepak aku belanja." "Ok tempat biasa eh." Kata Rashdan lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~

Lunch

"Weh bro lama tak jumpa." Sapa Rashdan.

"Kau lah yang busy sangat susah nak bawa jumpa." Kata Adib.

"Biasalah, busy ngan kerja ramai client aku sekarang ni. Lagi-lagi sekarang aku ada client dari syarikat besar so kena lah lebih focus." Balasnya. Mereka memesan makan dan minum sebelum memulakan lagi perbicaraan.

"Aish apa khabar sekarang? Boleh aku hantar rombongan tak?" Gurau Adib.

"Dia baik je. Kau tak payah nak hantar rombongan sangat lah...dia dah ada calon dah."

"Seriously? Sapa weh? Halah melepaslah aku."

"Kalau kau nak tahu sapa, kau kena lah datang majlis kahwin dia nanti. Sekarang ni aku nak kau tolong aku untuk Aish."

Mereka berbincang dan membuat rancangan untuk Aish. "Ok no hal bro. Apa-apa roger je." Adib bersalaman dengan Rashdan.

"Tq bro. Gerak lu."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mall

"Huh! Tamat pun kelas orang tua tu. Nasib lah tadi mood dia baik kalau tak, mesti dia aim aku huhuhu."

Tamat sahaja kelas, Aish terus keluar dengan Zahra ke shopping center untuk mencari hadiah. Maklumlah esok adalah birthday mak Zahra so dorang kena cari hadiah harini jugak.

Aish dan Zahra berkawan baik sejak sekolah menengah tingkatan 1 lagi sebab tu dia rapat dan biasa dengan keluarga Zahra.

"Weh Ra. Mak kau minat apa eh?" Tanya Aish.

"Mak aku suka bunga tak kiralah bunga hidup atau plastik sekalipun."

"Ok cun. Senang kerja aku nak cari."

Setelah selesai mencari hadiah, mereka pergi ke restoran untuk mengisi perut yang kosong.

Dalam masa mereka sedang makan, Zahra mendapat panggilan daripada ayahnya "Assalamualaikum ayah. Kenapa ni?" Tanya Zahra dengan muka berkerut. "Baiklah Zahra balik sekarang." Panggilan dimatikan. Aish hanya menjadi penonton setia.

"Kau ok tak ni?" Tanya Aish.

"Aku ok je tapi mak aku yang tak ok. Dia masuk hospital jatuh dalam tandas. Kau takpa kan aku tinggal sorang?"

"Ya Allah... aku ok je. Kau tak nak aku teman ke?"

"Tak pe lah aku ok je thanks tau."

"Ok lah no problem. Kirim salam mak ayah kau Ra."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Bosannya. Apa aku nak buat eh?"

Selepas sahaja dia ditinggalkan oleh Zahra senorang diri, dia terus berjalan-jalan di dalam Mall sendiri. "Baik aku masuk watson barang aku pun tinggal sikit je lagi. Wow! Ada promosi."

Baru sahaja dia mahu keluar dari watson dia terlanggar seseorang, "Eh, sorry encik saya tak sengaja." Aish memohon maaf.

"Its okay. Awak tak apa-apa kan?" Tanya lelaki itu penuh risau.

"Saya tak apa. Terima kasih."

~~~~~~~~~

Dalam pada Aish berjalan ke tempat letak kereta, dia merasakan ada seseorang mengekorinya. Dia memusingkan kepala namun tidak ada sesiapa, 'perasaan aku je kot.'

Beberapa minit kemudian satu nombor yang tidak dikenali menelefon Aish. Aish menyambut panggilan itu,
"Hello?"

"Hi sayang." Aish mengerutkan dahinya.

"Siapa ni?"

"Takkan you lupa suara I?" Jawabnya ringkas.

Aish terus mematikan panggilan tersebut, "Crazy man. Macam mana dia boleh dapat number phone aku ni? Ish!"

Sesampai saja dia di tempat parking, dia memasuki kereta dan menghidupkan enjin. Malangnya, kereta Aish tidak hidup. "Waktu-waktu macam ni lah dia nak rosak. Aduh apa masalah kau ni? Aku dahlah sorang je kat sini hish." Marah Aish.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Korang dah siap ke?" Tanya Fariz

"Dah. Kau dari mana Faz?" Tanya Ikhwan

"Aku pergi tandas tadi." jawab Fariz

"Kalau semua dah siap, jom lah balik." Kata Lukman

"Haah let's go." Sokong Zharil

Dalam masa mereka keluar barjalan ke tempat parking, Zharil ternampak sosok tubuh yang kecil molek sedang bercekak pinggang di sebelah keretanya. Zharil mendekati gadis itu, "Aish?" Sapa Zharil.

"Eh Dr."

"What are you doing near my car? Nak intip aku ke?" Tanya Zharil.

'Bapak perasan dia ni. Muka je hensem tapi perngai hampeh.' Desis hati Aish. "Mana ada Dr saya tak tahu pun ni kereta Dr. saya kat sini sebab-."

Belum sempat kata-katanya habis Fariz duluan memotong, "Eh awak yang kat watsons tadi kan?" Tanya Fariz.

"Eh Encik. Saya minta maaf sekali lagi." Kata Aish.

"Kau kenal dia ke?" Tanya Zharil.

"Eh tak lah. Tadi masa aku nak pergi jumpa korang dari tandas, dia terlanggar aku." Jelas Fariz.

"Oww." Kata Ikhwan dan Lukman serentak.

"Huh! Kalau boleh, semua pun dia nak langgar." Sinis Zharil sambil memandang Aish. Aish menjeling Zharil.

"Awak buat apa kat sini?" Tanya Fariz.

"Ni kereta saya tiba-tiba pula buat hal."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Keadaan sunyi di dalam kereta Dr Zharil tanpa suara radio semakin membuat Aish tidak selesa duduk berdua dengan Zharil. Ni semua sebab Fariz and the gang suruh Zharil hantar Aish balik.

Aish menoleh ke kanan. Dia melihat Zharil bersandar pada kerusi pemandu dengan tangan kanan memegang stereng.

'Hensem pula dia macam ni' Aish tersenyum.

"Are you done staring at me? Bayar lah ingat free ke? Aku tau aku hensem." Katanya tiba-tiba.

'Alahai, nampak sangat ke?' Gumam Aish sendiri. "Mana ada saya pandang Dr. Saya tengok pemandangan kat sebelah Dr lah. Dr ni perasan sangat, dah lah puji diri sendiri." Zharil hanya focus pada pemanduannya tanpa menghiraukan Aish.

Keadaan menjadi sunyi semula. "Dr dah fikir ke apa yang Dr nak untuk saya ganti balik duit Dr tu?" Aish memecahkan sunyi antara mereka.

"Not yet. Why?"

"Saya tak suka terhutang budi dan berhutang. Lagi-lagi dengan ORANG TUA." Sengaja dia tekan perkataan 'orang tua'. Zharil memberhentikan kereta ke bahu jalan dengan mengejut.

Aish terkejut dengan tindakan Zharil, "Apa Dr buat ni? Kalau accident tadi macam mana?" Marah Aish.

Zharil memandang Aish tajam, "What do mean orang tua? Kau nak cakap yang aku ni tua lah?" Soal Zharil bengang. "Remember Aish. I've help you 2 times." Ujarnya dengan menunjuk 2 jari ke arah Aish. Aish diam. "Kau nak aku tinggal kau kat sini ke?" Tanya Zharil.

Aish tersengeh, "Tak Dr. Saya gurau je, saya tak maksudkan pun Dr orang tua." Kata Aish. Zharil terus menyambung pemanduannya.

"Terima kasih Dr sebab sudi hantar saya. Tapi kereta saya tu macam mana?" Aish memandang Zharil.

"Hm. Your car nanti aku suruh orang hantar. Dah lah keluar cepat aku nak balik ni." Balasnya.

"Yelah saya nak keluar lah ni." Zharil terus memandu laju sebaik sahaja Aish keluar keretanya.

"Sombong betul lah dia ni. Perasan je lebih." Aish masuk ke dalam hostelnya dan membersihkan diri sebelum melelapkan mata.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Universiti

"Hello Ra, mak kau macam mana. Dah ok ke?" Aish menelefon Zahra waktu tamat kelasnya.

"Hi Aish. Mak aku dah ok tapi, pinggang dia masih sakit sikit."

"Biasalah tu, orang tua memang senang sangat sakit. Kau urut je nanti tapi jangan kuat-kuat. Kang patah pinggang mak kau."

"AHAHAHAHA.. aku tau lah! Kau ni sengaja kan nak cari pasal ngan aku."

"Aku bosan lah takde kau tu yang aku call kau." Sayu suara Aish.

"Kau tak payah nak mengada. Aku busy ni pergilah kau tengok bola tu."

"Tak nak lah. Nanti si Afiq tu datang macam mana?"

"Kau terima je lah ikut dia pergi makan then kau bagitau yang kau tak suka dia. Simple."

"Ok lah bye Ra!" Jerit Aish dan mematikan panggilan tanpa menunggu Zahra membalas.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aish duduk di kerusi kosong untuk menonton perlawanan bola sepak. Dia lihat Afiq yang datang ke arahnya, "Hai Aish."

"Hai Fiq." Balasnya.

"Awak busy tak nanti? Kalau tak, saya nak ajak awak keluar makan." Soalnya.

"Tak busy. Ok juga sebab saya pun tak makan lagi." Jawab Aish.

"Ok kalau macam tu, lepas perlawanan ni awak tunggu saya kat depan dewan." Kata Afiq sebelum berlalu masuk ke gelanggang semula.

"Hai, lama tunggu?" Soal Afiq.

"Tak lah saya pun baru je sampai sini."

"Ok jom." Aish hanya mengikut Afiq ke arah kereta lelaki itu. Afiq membuka pintu penumpang, "Silakan masuk." Katanya.

Aish yang tidak selesa dengan layanan Afiq hanya mengikut sahaja.

"Awak ada craving nak makan apa-apa tak?" Soal Afiq sambil mata fokus ke pemanduannya.

"Tak ada. Awak bawa je mana-mana saya ok."

"Ok kalau macam tu kita makan kat sini." Afiq memberhentikan keretanya dia hadapan restoran mewah.

"Tapi tempat ni mahal lah. Tempat lain je lah kita makan." Cadang Aish.

"Tak pe saya belanja jom." Afiq melangkah keluar dan membuka pintu Aish.

Sedang mereka makan, Afiq memberhentikan suapannya. Dia memecahkan sunyi antara mereka.

"Aish sebenarnya saya sukakan awak. Saya tahu perkara ni terlalu tergesa-gesa tapi, saya takkan paksa awak untuk terima saya. Apa pun keputusan awak, saya hormat. Tapi saya mohon kita tetap jadi kawan." Aish memandang Afiq.

'Alamak.. macam mana ni? aku tak suka kecewakan orang.' Desis hati Aish.

"Baiklah kalau macam tu-."

Continue Reading

You'll Also Like

346K 15.1K 62
Selepas kematian kekasih hatinya, dia sudah tidak seperti dulu lagi. Dia adalah Hafiki Arash. Dulu Hafiki Arash adalah seorang lelaki yang baik dan p...
650K 24.9K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
172K 5.4K 58
Mengenali awak satu kesalahan, Mencintai awak satu kebodohan. - Afrina Aireen Mengenali awak satu mainan, Mencintai awak satu kesempurnaan. - Zafr...
40.8K 1.5K 54
Setelah dilukai cinta hatinya dia membawa diri ke kedah untuk menjauhkan diri dari bekas tunang yang telah curanginya Siapa sangka-sangka datang ke...