Action : Wais Ayden

Por dsyaf_

16.2K 1.5K 109

Series 2 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. . 5 tah... Más

AKAN DATANG
1 | Persoalan
2 | Lahir
3 | Rasa
5 | Kantoi
6 | Terakhir
7 | Perpisahan
8 | Memalukan
9 | Zagha
10 | Strategi
11 | Kemunculan
12 | Tiba
13 | Mereka

4 | Perjumpaan

1.2K 133 9
Por dsyaf_

MALAYSIA

Farhad dan Zara melangkah masuk bilik meeting. Di situ terdapat beberapa ahli pasukan Elit dan juga pasukan Police Detective.

"Pagi semua." Ucap Farhad.

"Pagi Leftenan Farhad, pagi Leftenan Zara." Sambut semua.

"Beritahu berapa banyak maklumat yang kita dah dapat setakat ni."

Kapten Hanif mengangguk faham. Tangan mula membuka tab dan berjalan ke arah hadapan. Segala maklumat sudah disusun rapi sejak semalam. Kini dia perlu bentangkan di hadapan slide.

"Kami dapati rakyat yang tersekat di sana seramai 20 orang. Keadaan mereka, kami tak pasti. 15 orang perempuan dan 5 orang lelaki."

"Mangsa lelaki terdiri dari pekerja syarikat yang mereka kepung. Mangsa bernama Zikri, Aidan, Ibrahim, Sulaiman dan Rauf. Semua pekerja yang baru sahaja dipindahkan ke syarikat sana. Sebelum ini mereka bekerja di syarikat Zass, Kuala Lumpur."

Semua tekun mendengar. Salman sahaja yang membuat muka bosan. Dia yang edit maklumat tersebut, dah baca ulang-ulang. Ini nak dengar lagi, memang cair taik telinga.

"Mangsa perempuan semua 15 orang. Kalau nak sebut nama banyak sangat Tuan tapi ada beberapa orang nama yang kami tak dapat cari."

"Semua wajah mangsa dah dikenal pasti?" Soal Zara sambil memandang slide tersebut.

"Dah Puan. Ini wajah-wajah mangsa. Dan ini tiga orang wanita yang namanya kami tak jumpa." Kapten Hanif menunjukkan satu persatu wajah mangsa.

"Tak jumpa?" Tanya seorang anggota Elit.

Semua memandang ke arah Qarin. Qarin merupakan pengganti Marwah. Buat masa ni Qarin memegang jawatan sebagai Hacker dan penggodam utama PD.

"Saya dah cari nama dia dalam dalam sistem kad pengenalan, tapi macam ada yang tak kena."

"Apa yang tak kena?"

"Dalam sistem menunjukkan ketiga-tiga wajah tersebut dah tak ada, maksud saya sudah meninggal."

"Saya syak mereka gunakan wajah palsu untuk menyamar." Sambung Qarin lagi.

Semua terdiam.

"Kenapa mereka nak hantar penyamar pula? Target mereka di Yaman, bukan rakyat kita di Malaysia." Soalan Farhad membuatkan semua terkedu.

Ada betulnya. Jadi kenapa penyamaran dilakukan dalam kalangan rakyat mereka pula.

"Salman, Hilman dan Qarin pergi ke rumah mangsa dan cari tahu. Pastikan mereka betul-betul sudah meninggal atau tidak." Arah Kapten Hanif tegas.

"Roger Kapten!"

"Dan benda ni tak perlu heboh sampai Sarjan Hasan tahu." Zara memandang semua tajam.

"Kenapa pula Leftenan?" Seorang lagi anggota Elit bertanya dengan nada tidak puas hati.

"Brother, pernah dengar ayat ni tak? Kalau tak pasti jangan kongsi." Suara Darin menyampuk.

Darin adik kepada Qarin. Mereka berdua sama sama penggodam di dalam PD.

Anggota Elit itu memandang Darin tidak puas hati. Darin pula terus menjelir lidah dan menaikkan hidungnya ke atas seperti khinzir.

"Sudah, semua bersurai."

Farhad dan Zara terus kendurkan wajah serius.

"Zeera! Omai omai kakak rindu!" Jerit Zara dan berlari ke arah Zeera.

Anggota Elit mula beredar. Hanya tinggal kaum-kaum tak semenggah sahaja dalam tu.

"Eee Zara! Malulah!" Ditolak-tolak wajah Zara yang menempel di pipinya.

"Kau nak malu apa? Dulu taik kau, kakak yang basuh tau!"

Tergelak mereka di situ kecuali Kapten Hanif dan Qarin. Dua ekor tu dingin macam kutub utara. Nasib berguna.

"Nif, Fara mengandung lagi kan?" Sapa Farhad.

"Oh, haah mengandung. Baru dua bulan,"

"Tahniah bro." Farhad menepuk bahu Kapten Hanif perlahan. Bangga sungguh!

"Kau pun tak nak tambah?"

"Aku hari- hari usaha, tap..." Terhenti kata-kata Farhad apabila terdengar ngauman rasaksa.

"Farhad Umar! Jangan nak cerita bukan-bukan!"

Farhad tersengih menampakkan gigi.

"Kak, nak ikut pergi rumah arwah tu boleh?" Pinta Darin.

"Tak payah, kau banyak lagi kerja kan?" Tolak Qarin sambil mata tertancap pada laptop. Banyak lagi kes nak urus.

"Akak selalu tak bagi Darin ikut akak..." Perlahan sahaja suara Darin.

Qarin melepaskan keluhan. Inilah yang dia tak suka bekerja dengan adik beradik.

"Darin, kita ni banyak lagi kes nak kena settle. Kita pun kena perform dalam setiap kes."

Qarin memandang sekeliling sebelum menyambung.

"Kau pun tahu Sarjan Hasan kata kalau kita tak perform macam Marwah tu, kita kena buang. Kau nak kena buang ke?" Perlahan tapi tegas suara Qarin.

Darin menggeleng kepala. Dia masih ingat perjumpaan mereka bersama Sarjan Hasan beberapa minggu lalu.

"Hebat sangat ke Marwah tu sampai Sarjan Hasan bangga betul dengan dia?"

"Aku tak tahu tapi aku nak perform lebih dari dia. Aku nak buktikan, aku lebih bagus dari Marwah tu." Entah kenapa nama Marwah seolah mencabar kehebatannya.

"Berbual apa tu Qarin, Darin?" Soal Salman di belakang mereka.

"Tak ada apa bang, kami bincang kes kes yang nak kena selesaikan je." Darin tersenyum.

"Bagusnya adik abang ni!" Kepala Darin digosok oleh Salman.

Qarin sedikit pun tidak bersuara. Lebih selesa diam.

"Eh okaylah, aku nak balik dulu. Apa-apa bagitahu tau!" Laung Farhad dan melambai semua orang macam nak putus tangan.

Zara hanya menggelengkan kepala.

"Ada beruk beria lambai kita lah!" Sakat Zeera.

"Hilman, kau jaga Zeera tu. Jangan sampai aku maki bertubi-tubi dia."

"Baik bang,"

"Dasar Zeerafah!" Kutuk Farhad sebelum keluar dari bilik meeting.

"Eee!" Jerit Zeera geram.

"Sudahlah tu. Jom balik, abang tak sabar nak bawa Hayan dengan Hayas keluar malam ni." Ajak Hilman sambil mengemas barang.

"Jom! Tak sabarnya nak jumpa twin!" Teruja Zeera dan terus keluar dari bilik meeting.

Hanya tinggal Kapten Hanif, Salman, Qarin dan Darin.

"Salman, aku balik dulu." Ujar Kapten Hanif.

"Okay." Acuh tak acuh sahaja balasan dari Salman. Hal lima tahun lepas pun tak settle lagi. Salman pun jadi tak beberapa ngam dengan Kapten Hanif sudah.

"Aku balik dulu Qarin, Darin."

"Baik Kapten."

Terus Kapten Hanif berlalu keluar. Tipulah tak rasa bersalah apabila dia tiba-tiba mengambil buah hati orang tapi Fara yang pilih dia. Bahu diangkat, lama-lama sejuk juga Salman nanti.

"Abang tak nak balik ke?" Soal Darin.

"Balik pun tak ada siapa,"

"Aik isteri abang?" Darin menjeling kakaknya.

"Yelah yelah orang balik, ish!" Rungut Qarin lalu mengemas barangnya.

"Sekarang baru boleh balik Darin sebab isteri abang pun nak balik."

Darin mencebik.

"Darin balik dulu. Nanti hujung minggu singgahlah rumah mama."

"Insya-Allah."

Melihat kepergian Darin terus Salman menempel di sebelah Qarin.

"Hai seksi hottie hottie girl."

"Euww..."

"Qarin ni serius sangatlah depan orang."

"Abang nak Qarin sengih macam orang gila?"

Salman muncung bibir. Qarin ialah isteri pilihan keluarganya. Mula-mula kahwin Qarin seorang yang lembut. Tup-tup dapat tahu isterinya yang bakal menggantikan tempat Marwah, habis sifat ayu Qarin.

Nasib kat rumah Qarin tetap ayu, hihi.

***

TBC | 7 FEB

Enjoy! 🤍

Seguir leyendo

También te gustarán

131K 4.5K 40
By: yanaablossom Take note! -Imaginasi semata-mata -asli dari otak saya -jangan lah tiru,karya saya mana lah hebat mana sampai orang nak tiru -baca j...
7K 112 11
cikgu nina baru pindah sekolah dalaman ni mula hidup cikgu nina berubah
1M 35.2K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...
1.2M 56.1K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...