SIAPA MUHAMMAD AL-FATHI

Por Leena_syiha

276K 42.8K 13.8K

"membongkar rahsia yang terselindung" Bermula dari kematian Tuan Mustakim, segalanya berubah untuk Irdina. Sy... Más

Prolog
1 | Hero?
2 | Hipokrit?
3 | Raih kepercayaan?
4 | Berdamai?
5 | Jenayah?
6 | Dirompak?
7 | Kebenaran?
8 | Kemunculan
9 | Terikat
10 | Bertemu
11 | Welcome to Al-Fathi
12 | Hari pertama
13 | Pengkhianat
14 | Pelan
15 | Rumusan
16 | Majlis Korporat
17 | Keras kepala
18 | Palsu
19 | Rasa yang membakar
20 | Episod baru
22 | Sedia
23 | Manipulasi
24 | Kebenaran
25 | Jijik
26 | Risau
27 | Demam
28 | Pertemuan
29 | Beban
30 | Tugas besar
31 | Mual
32 | Mesej comel
33 | Kotak Pandora
34 | Waktu Makan
35 | Marah?
36 | Pagi
37 | AGM
38 | Arnab yang sebenar
39 | Mood yang baik
40 | Cerita Nurrah
41 | Trauma

21 | Merayau

5.7K 1K 294
Por Leena_syiha

Seawal pagi, Irdina sudah sampai di kediaman Al-Fathi. Seperti biasa, memulakan kerjanya di bilik. Menyusun dokumen di rak sambil mengira-ngira berapa lagi dokumen yang dia perlu periksa dan rumuskan sebelum diserahkan pada Tuan Fathi.

Beberapa dokumen yang kurang tebal diletak atas meja, hari ini dia akan periksa dokumen ini memandangkan tarikhnya semakin dekat.

Hujung bulan ini pula akan ada Annual General Meeting di Rangkasa. Walaupun Tuan Fathi tak terlibat hadir, Irdina perlu hadir bersama Hadi sebagai wakil Tuan Fathi. Jadi Irdina perlu siapkan kertas kerja juga. Lagipun semestinya mereka memerlukan kertas kerja untuk pembaharuan Rangkasa. Rangkasa akan menjadi Awam Berhad tak lama lagi. Tuan Fathi sibuk membuat persiapan, maka Irdina pasti terkena tempiasnya.

Tempoh hari Umar datang bermesyuarat dengan Tuan Fathi. Irdina tidak hadir dalam mesyuarat tersebut. Ia seperti mesyuarat sulit berkenaan Rangkasa. Entah kenapa, Irdina dapat lihat, bila perkara itu melibatkan Rangkasa, Tuan Fathi pasti tidak memanggilnya masuk ke mesyuarat. Seperti ada sesuatu yang rahsia yang tak dapat diberitahu padanya. Tuan Fathi cuma memberi tugasan padanya selepas selesai mesyuarat.

Irdina mengaku, dia rasa sedikit terkilan bila perkara itu terjadi. Kenapa dia tak boleh terlibat mengetahui tentang Rangkasa? Bukankah Tuan Fathi ambil dia bekerja kerana dia tahu banyak perkara tentang Rangkasa? Jadi, apa dia buat di sini jika Tuan Fathi tak mengajak dia pun pada mesyuarat Rangkasa?

Irdina melepas nafas. Niat asal mahu menyusun dokumen, tapi sekarang dia lebih kepada mengelamun.

Satu hal lagi, dalam banyak-banyak dokumen di rak biliknya ini, tiada satu pun berkait maklumat lama Rangkasa. Yang ada cuma maklumat baru selepas Rangkasa berada di bawah Al-Fathi... Berkenaan pembaharuan sistem dan juga pengubahan Rangkasa kepada syarikat Berhad. Jika Irdina mahu cari maklumat sewaktu Rangkasa berada di bawah Tuan Mustakim, pasti tiada. Seperti Tuan Fathi sengaja tidak mahu berkongsi dengannya.

Irdina sedar, dia sebenarnya belum bersedia untuk mengetahui jenayah apa yang dibuat Tuan Mustakim. Dia takut yang dia pedih tidak dapat menerima. Tapi, dalam masa yang sama dia juga tertanya-tanya sebesar mana jenayah itu sehingga Tuan Fathi masih tidak berkongsi apa-apa dengannya. Salahnya juga tidak bertanya. Maka memanglah Tuan Fathi tak bercakap apa-apa. Mungkin kalau dia bertanya, Tuan Fathi akan jawab.

Irdina baru teringat untuk menjenguk Tuan Fathi. Mahu melihat sama ada Tuan Fathi sudah masuk pejabat atau belum. Irdina keluar dari pejabatnya, mengintai bawah pintu. Nampaknya masih gelap. Tuan Fathi lewat hari ini.

Irdina hendak masuk ke biliknya semula tapi tiba-tiba dia terfikir sesuatu. Dia kembali memandang pintu bilik Tuan Fathi. Selepas berfikir dalam-dalam, Irdina menghampiri pintu itu. Disentuh gagang tombol pintu. Sempat dia menoleh, memeriksa jika auntie atau Tuan Fathi muncul.

Selepas memastikan auntie dan Tuan Fathi tiada, dia pun menolak gagang ke bawah. Pintu ditolak. Bilik Tuan Fathi kosong dan gelap. Haruman cologne Tuan Fathi semerbak tertinggal dalam bilik.

Irdina keluarkan telefon. Sempat periksa luar dahulu. Pintu kemudian ditutup. Dia pun buka torchlight telefonnya. Dia menghampiri rak dokumen di belakang meja Tuan Fathi. Dia tak pernah melepasi meja Tuan Fathi. Ini kali pertama. Dia selalu nampak Tuan Fathi ambil maklumat sulit syarikat-syarikat yang bernaung di bawah Al-Fathi dari rak ini. Seperti tiga dokumen yang Tuan Fathi pernah berikan padanya sebelum dia ikut Tuan Fathi ke pub mewah tempoh hari.

Irdina menarik penuh berhati-hati satu demi satu dokumen. Dia dapat lihat ianya dokumen-dokumen berkenaan syarikat-syarikat gergasi yang masih bernaung di bawah Al-Fathi. Banyak nama familiar terlihat di mata Irdina setiap kali membelek setiap fail, tapi tiada satu pun bernama Rangkasa.

Sehinggalah Irdina menarik satu dokumen, nama Rangkasa terpampang. Irdina jeda sejenak. Dia kemudian meletakkan dokumen itu di atas meja. Dibuka dokumen itu. Dibelek satu demi satu. Dibaca di bawah lampu suluh.

Irdina mengetap bibir kecewa bila dokumen Rangkasa ini semuanya berkaitan maklumat Rangkasa di bawah Al-Fathi. Dibelek sampai muka surat akhir pun, dia tetap tidak menjumpai apa-apa berkaitan Tuan Mustakim.

Irdina masukkan balik fail itu ke tempatnya. Dia melihat semua dokumen lain yang tersusun rapi. Ada banyak. Irdina rasa dia takkan dapat memeriksa satu demi satu.

Irdina tahu dia boleh saja bertanya pada Tuan Fathi. Tapi Irdina takut dia tak boleh mempercayai Tuan Fathi selepas Tuan Fathi memburukkan Tuan Mustakim.

Irdina menutup lampu telefon. Dia keluar dari bilik Tuan Fathi selepas memeriksa bilik itu buat kali terakhir. Tak mahu meninggalkan kesan seperti dia menceroboh.

Di luar pintu bilik, Irdina termangu sejenak. Dia mula terfikir jika wujud di rumah ini bilik simpanan fail. Selalunya di mana-mana pejabat, pasti ada bilik simpanan fail. Tak mungkin Al-Fathi tiada bilik simpanan fail.

Irdina melihat jam tangan. Sudah pukul lapan. Selalunya waktu ini auntie akan memanggil makan. Masih sempat kalau dia mahu bersiar-siar sekitar rumah untuk cari bilik simpanan. Irdina yakin bilik itu ada di sekitar pejabat juga.

Irdina turun ke bawah. Dia menjenguk pintu-pintu yang ada di aras bawah. Ada banyak juga pintu berhadapan musolla. Salah satunya pintu bilik rehat, ada katil, almari dan bilik air di dalamnya. Irdina pernah menggunakan bilik itu untuk menukar pakaian tempoh hari.

Irdina berjalan-jalan sehingga ke pantri. Di pantri, dia baru perasan di hujung pantri ada sebuah ruang terbuka yang membawa ke ruangan lain. Irdina menoleh ke belakang seketika, memeriksa jika auntie ada.

Dia kemudian melangkah mendekati ruang terbuka itu. Dia terus dapat melihat satu koridor memanjang ke sisi. Mungkin terus ke dapur di bahagian sana.

Koridor dengan bumbung kaca ini sangat panjang. Seperti menjadi laluan utama untuk kediaman ini. Bumbungnya unik, berbentuk trapezium. Bahagian atas menampakkan langit. Menjadikan koridor ini cerah dalam cahaya pagi. Manakala kiri kanan hanya gelap. Sangat tinggi bumbungnya, mungkin melebihi aras kedua. Mungkin bahagian kiri kanan bumbung itu ialah dinding aras ketiga.

Irdina tak pernah tahu kewujudan koridor ini. Mungkin koridor ini juga bersambung terus dengan pintu utama rumah.

Irdina berjalan perlahan-lahan. Koridor ini hanya berpandukan cahaya dari bumbung atas. Jadi agak suram memandangkan waktu masih pagi. Bila Irdina mengintai ruangan kiri, nampaknya ianya ialah ruangan menuju pejabat. Irdina melangkah lagi sehingga mendekati ruangan terbuka sebelah kiri lagi. Rupa-rupanya ada lorong menuju lift.

Irdina meneruskan langkah. Dia mula faham kegunaan koridor memanjang ini. Ia menyambung semua kawasan. Ada ruangan terbuka yang membawa ke perpustakaan, juga ke ruang tamu, ke dapur. Ada juga lift di dua tempat.

Sampai di satu kawasan berdekatan perpustakaan, Irdina perasan ada ruangan terbuka di sebelah kanan. Irdina menghampirinya.

Irdina tertelan liur bila melihat rupa-rupanya ini koridor memanjang lain yang bersambung dari ruangan ini.

Subhanallah apa pula ni?

Irdina memasuki koridor kedua. Kali ini bumbungnya sedikit rendah berbanding koridor tadi. Dindingnya kiri kanan kosong berwarna hitam. Dibina dengan konkrit mahal. Dinding ditebuk memanjang menempatkan lampu di situ. Menjadikan cahaya koridor ini berpandukan cahaya lampu itu sahaja.

Irdina berjalan sehingga sampai pada sebuah dinding kaca di sebelah kanan. Dinding kaca itu tinggi sehingga ke bumbung.

Irdina mendekati dinding kaca itu. Terus dia dapat lihat di balik dinding kaca itu sebuah kolam besar dengan air berwarna biru jernih. Berorak tenang di bawah bumbung tinggi. Ruangan kolam itu tertutup penuh. Tiada langsung cahaya dari luar dapat masuk. Ia seperti satu kawasan renang yang selalu dilihat di sekolah renang. Agak suram tapi nampak tenang.

Tiba-tiba Irdina ternampak sesusuk tubuh di kerusi hadapan kolam renang. Berada agak sisi dari pandangan Irdina. Irdina mendekati cermin sedikit. Mahu melihat jika benar apa dia lihat.

Irdina mengangkat kening bila mendapati orang itu ialah Tuan Fathi yang kemas berjubah mandi berwarna kelabu, elok pula dengan seluar. Bersilang kaki sambil merenung kolam renang. Nampak berfikir jauh.

Rupa-rupanya di sini Tuan Fathi. Macam baru selesai berenang. Rambut Tuan Fathi masih lembap. Kawasan pancuran air di sudut sana pun masih terlihat basah seperti ada orang baru menggunakannya selepas berenang.

Entah bagaimana Tuan Fathi menoleh ke sini. Terus ternampak Irdina yang elok berdiri di balik cermin. Irdina terkejut bila ditangkap begitu. Dia cuma bersiar-siar di rumah ini, tak sangka bertembung Tuan Fathi di kolam renang.

Tuan Fathi mengabaikan Irdina kemudiannya. Sambung merenung kolam.

Irdina lega bila Tuan Fathi tidak memarahi keberadaannya di sini. Irdina mahu beredar, tapi rasa seperti kurang beradab pula untuk pergi begitu saja. Sudahlah dia sesuka hati menceroboh rumah orang padahal dia cuma diberi izin berada di kawasan hadapan saja.

Irdina mengepal tangan berfikir apa tindakan terbaik. Tiba-tiba Tuan Fathi memandang ke sini sekali lagi. Irdina pantas menundukkan kepala, sebagai tanda meminta izin untuk beredar.

Tapi lain pula jadinya bila Tuan Fathi mengisyaratkan untuk Irdina masuk ke dalam. Irdina mula rasa tidak sedap hati. Irdina tak mahu masuk ke dalam. Sudahlah kolam renang itu agak suram.

Tuan Fathi menjongket kening bila Irdina belum masuk.

Irdina mengetap bibir. Dia pun perlahan mendekati pintu kaca. Dia menolak pintu itu. Dia berdiri di pintu itu saja. Jauh juga dengan Tuan Fathi. Tapi dia tak mahu masuk ke dalam terus.

"Kamu buat apa sampai ke sini?" Fathi menyoal. Suara Tuan Fathi bergema.

"Maaf, tuan. Saya cuma berjalan-jalan. Tak sangka sampai ke sini." Akui Irdina jujur.

"Saya tak tahu pula kamu ada masa bersiar-siar."

Irdina terdiam. Dia mahu juga jawab, Tuan Fathi ada masa untuk berenang... Kenapa dia tak boleh bersiar-siar? Tapi memandangkan dia sedar dia cuma pekerja, dia diamkan diri.

"Dokumen Rangkasa sudah siap?"

"Sudah, tapi ada beberapa tempat saya perlu periksa sekali lagi."

"Tapi kamu masih sempat merayau-rayau."

Hati Irdina agak pedih mendengarnya tapi dia terpaksa mengakuinya.

"Maaf, tuan. Salah saya." Irdina menundukkan kepala.

"Nanti siapkan semua dokumen Rangkasa. Serahkan pada saya hari ini." Di depan kolam renang pun, Tuan Fathi beri kerja pada Irdina.

"Baik, tuan." Irdina patuh.

"Ibu tiada di rumah pagi ini. Jam 11 baru balik."

Irdina tersentak mendengar kenyataan itu. Serta-merta dia merapatkan pintu sedikit. Maksudnya dia cuma berdua di rumah ini dengan Tuan Fathi? Astaghfirullah.

"Jadi jam 11 baru saya masuk pejabat. Kamu pergi buat kerja dalam bilik kamu. Saya duduk di aras tiga." Sambung Fathi kemudiannya. Dia ambil mug berisi kopi panas di meja sebelah, disisip sedikit.

"B-baik, tuan." Irdina jawab perlahan. Dia baru faham kenapa Tuan Fathi berenang pula pagi-pagi begini. Rupa-rupanya sebab Tuan Fathi tahu dia takkan suka berdua-duaan sahaja dengan Tuan Fathi dalam rumah ini. Jadi Tuan Fathi sibukkan diri dengan aktiviti sendiri. Tapi sekarang, dia pula yang pergi kepada Tuan Fathi.

"Kamu carilah apa-apa untuk sarapan di pantri. Ibu tak memasak hari ni." Lanjut Fathi.

"Baik, tuan. Saya minta diri dulu." Kalut Irdina meminta diri. Dia menutup pintu kaca langsung berlari anak menjauhi kawasan kolam renang. Cepat-cepat pergi dari situ.

.
.
.
.

Makan tengahari itu barulah Irdina bertemu Puan Leila. Lega Irdina bila melihat wanita itu. Irdina mahu juga bertanya ke mana wanita itu pergi pagi tadi, tapi Irdina bimbang Puan Leila pula tak selesa disoal begitu.

Irdina bantu Puan Leila mengemas dapur selepas makan. Puan Leila memasak juga tengahari walaupun baru balik jam 11 tadi. Mungkin sebaik pulang, terus memasak.

"Susah-susah je Irdina tolong auntie."

Irdina tersenyum. "Tak apa, auntie. Kesian auntie, banyak kerja auntie buat."

"Ish... Auntie dah biasa, Irdina. Dari dulu kami memang tak ambil orang gaji sebab Fathi tak suka. Dia cuma hire beberapa staf yang dia betul-betul percaya untuk datang kemas rumah setiap hari Ahad."

Irdina mengangguk kecil.

"Auntie tak penat memasak sorang-sorang?" Soal Irdina.

"Bila kita seronok dan suka, mana kita rasa penat. Betul? Macam Irdina, Irdina tak penat ke buat kerja Fathi tu?" Auntie tertawa kecil bertanya.

Irdina tersenyum bila auntie ketawa. "Penat tu penat, auntie. Tapi bila gaji besar, nak tolak kerja pun serba salah." Irdina membuat pengakuan langsung dia juga tertawa.

"Jangan biarkan Fathi beri kerja banyak sangat dengan Irdina. Sesekali beritahu je dia yang Irdina tak mampu buat." Sempat pula auntie menghasut waktu mereka basuh pinggan ini.

"Alhamdulillah setakat ini kerja Tuan Fathi beri semuanya Irdina mampu je buat, auntie. Irdina kesian juga bila tengok Tuan Fathi pun banyak kerja. Sebab tu Irdina terima je kerja yang Tuan Fathi beri."

"Baguslah macam tu. Auntie risau kalau dia buli Irdina lebih-lebih. Maklumlah kali pertama dapat assistant."

Irdina terkejut sedikit mendengar kenyataan itu.

"Sebelum ini Tuan Fathi tak pernah ada assistant?"

Auntie Leila menutup pili air. Tersenyum menatap Irdina. "Tak pernah, Irdina. Auntie banyak kali dah beritahu dia supaya ambil assistant sebab kerjanya terlalu banyak. Sepatutnya dia ada dua assistant. Tapi dia susah percayakan orang. Jadi dia tak mahu assistant. Dia cuma banyak berharap pada lawyer dia, iaitu Hadi. Hadi dah merangkap PA Fathi."

Irdina juga menutup pili air. Diam saja mendengar cerita auntie.

"Tapi Alhamdulillah sekali tu dia cakap dekat auntie dia dah jumpa assistant yang sesuai. Yang dia rasa dia boleh percaya. Irdina lah orangnya." Lebar senyuman auntie.

Irdina makin terdiam.

"Auntie lega dia dah boleh serahkan sedikit kerjanya pada orang lain. Dan auntie lebih lega bila tahu assistant nya itu perempuan. Sebab sejujurnya auntie kurang selesa kalau betul assistant Fathi lelaki. Yalah, dia kena duduk dalam rumah ini. Lunch dengan auntie selalu. Kan tak selesa macam tu."

"Lagipun pekerja Fathi ramainya lelaki, seorang dua je perempuan. Bila berkumpul, memang majoritinya lelaki." sambung Auntie Leila.

"Ramai ke pekerja Tuan Fathi, auntie?" Irdina jadi tertanya. Sepanjang dia bekerja dengan Tuan Fathi, dia baru berjumpa tak sampai 10 orang.

"Ramai tak ramai, ada lah dalam 20 lebih. Tapi ada sesetengah mereka saling tak kenal. Fathi saja yang kenal."

Irdina mengerti. Mengangguk kecil.

"Eh, dah lewat. Irdina cepat naik. Siapkan kerja." Auntie Leila tiba-tiba berbunyi.

"Oh. Irdina naik dulu, auntie."

Irdina meminta diri. Dia naik ke pejabat. Sepanjang bergerak ke pejabat, dia jadi terfikir bagaimana Tuan Fathi boleh uruskan semuanya sendiri tanpa bantuan assistant. Pasti sangat sibuk.

Irdina masuk ke dalam bilik. Baru saja menutup pintu, interkom berbunyi tanda ada panggilan dari Tuan Fathi. Tuan Fathi memanggilnya ke bilik. Laju Tuan Fathi memanggilnya sebaik dengar bunyi pintu.

Irdina ambil kelengkapan, terus dia bergerak ke bilik Tuan Fathi. Dia mengetuk pintu dan masuk. Pintu dibiarkan terbuka.

"Tuan," sapa Irdina. Tuan Fathi terlihat sedang membelek dokumen yang sudah disiapkan Irdina.

"Siapkan dokumen Rangkasa secepatnya. Esok jam sembilan, Umar akan bawa lembaga pengarah ke sini untuk miting." Fathi angkat wajah sekejap pada Irdina sebelum menyambung bacaannya.

Irdina agak terkejut dengan mesyuarat mengejut itu. Tapi dia tetap mengangguk. "Baik, tuan." Sahutnya.

"Kamu dah hampir siap, bukan?"

"Ya, tuan. Sikit saja lagi."

"Kemas bilik mesyuarat juga. Mesyuarat akan dibuat di sana esok. Bukan di lobi."

Irdina terdiam sejenak.

"Kita ada bilik mesyuarat ke, tuan?" soal Irdina jujur.

Fathi terus berhenti membaca dokumen hadapan. Wajah diangkat pada Irdina dengan sedikit tidak percaya.

"Kamu tak pernah tahu?"

Irdina menggeleng jujur. Manalah dia pernah tahu. Selalunya mesyuarat dibuat di lobi.

Fathi sepertinya cuba mencari jika ini salahnya atau ini salah Irdina. Lama juga dia termenung.

"Bilik mesyuarat di hujung koridor atas. Bersebelahan ruangan lift. Ada pintu hitam, itu bilik mesyuarat." Jelas Fathi kemudiannya.

Irdina diam.

"Jangan kata kamu pun tak tahu di mana lift." Fathi dapat teka dari wajah Irdina yang membisu.

Irdina menggeleng tanda tidak tahu.

"Geleng itu maksudnya tahu atau tak tahu?" Soal Fathi ingin kepastian.

"Saya tak tahu, tuan." Irdina jawab jujur lagi.

Fathi melepas nafas.

"Kamu merayau-rayau sampai ke kolam renang, kenapa kamu tak merayau-rayau di office ini dan lihat apa yang ada?" Soal Fathi. Kedengaran penat pun ada.

"Saya risau kalau saya menceroboh."

"Itu bukan menceroboh, Irdina. Itu kerja kamu untuk mengenali setiap sudut pejabat ini."

Irdina terdiam. Dia tak tahu dia diberi kebenaran begitu.

"Lift ada di belakang bilik kamu. Kamu terus saja sampai ke hujung, di situ ada pintu bilik mesyuarat." Fathi jelaskan. Menghela nafas.

Irdina mengangguk. Diam saja.

"Tuan,"

Fathi kembali menatap Irdina.

"Office ini ada bilik simpanan fail?" soal Irdina berhati-hati.

Fathi terdiam lama. Seperti tidak percaya mendapat soalan itu.

"Kamu tak tahu juga?" Soal Fathi betul-betul tidak percaya.

Irdina menggeleng. "Tuan tak pernah beritahu saya."

Fathi termenung lama mendapat jawapan itu. Sekali lagi dia mencari jika ini salahnya atau salah Irdina. Dia tak pernah ada pekerja yang duduk dalam pejabat Al-Fathi. Memang sepatutnya dia tak biasa untuk perkenalkan tempat pada Irdina.

"Ya, ada. Berhadapan musolla. Ada pintu automatik di situ." Fathi beritahu dengan hela nafas.

"Saya boleh masuk ke sana ke, tuan?"

Fathi termenung lagi mendapat soalan itu. Dia tak percaya Irdina boleh bertanya soalan itu.

"Ya, semestinya kamu boleh, Irdina." Pasrah saja nada Fathi. Salahnya juga tak beritahu apa-apa pada Irdina, sekarang dia pula yang penat memberitahu.

"Bilik itu ada password. Passwordnya empat digit belakang nombor telefon saya." Lanjut Fathi. Hela nafas buat kali ke berapa. Dokumen dibaca.

Irdina senyap membisu lagi. Hendak beritahu sesuatu tapi dia takut nanti Tuan Fathi akan memandangnya dengan tak percaya sekali lagi.

"Saya..." Irdina menelan liur. Dia perlu juga beritahu sebab dia nak sangat masuk bilik simpanan fail itu.

Fathi memandang Irdina. Berwajah bertanya.

"Saya tak tahu nombor telefon tuan." Akui Irdina. Menunduk.

Kali ini senyap Fathi lebih lama. Betul-betul terkedu jawabnya.

Sudah dua bulan Irdina bekerja dengannya, dan Irdina tiada nombor telefonnya?

Fathi menekup wajah. Mengambil masa agak lama berfikir. Dia tahu dia yang salah sebab dia tak pernah berkongsi nombor telefon pada Irdina secara berhadapan. Dia juga tak pernah menghubungi Irdina di luar pejabat memandangkan Irdina cuma bekerja dengannya di sini.

Fathi menurunkan tangan dari wajah. Menghela nafas.

"Nombor telefon saya ada di senarai nombor di bilik kamu. Di atas nama Hadi. Paling atas." Penat nada Fathi memberitahu. Dia tak pernah sangka selama ini Irdina tak pernah berminat untuk lihat nombor telefonnya di situ. Padahal berkali-kali Irdina guna nombor-nombor di senarai itu.

Irdina tersenyap. Dia mengetap bibir menunduk. Bodohnya dia baru tahu perkara itu. Selama ini dia ingatkan nama Hadi di atas sekali. Sebab di atas nama Hadi telefon pejabat menindih, buatkan dia tak nampak nama di atas nama Hadi. Rupa-rupanya di situ nombor telefon Tuan Fathi.

"Maaf, tuan. Saya tak perasan ada nombor tuan di situ." Irdina meminta maaf. Malunya dia.

"Tak apa. Salah saya juga tak pernah beritahu kamu. Nanti saya akan minta Hadi beritahu kamu semuanya." Fathi melepas nafas. Sedar, ini pun salahnya juga. Dia terlalu fokus memberi tugasan pada Irdina sehingga lupa perkara-perkara kecil begitu.

"Terima kasih, tuan."

"Kamu boleh pergi kemas bilik mesyuarat. Sambil kenal di mana tempatnya."

"Baik, tuan." Irdina mengangguk. Bila Tuan Fathi sudah diam sepenuhnya, dia pun keluar. Di luar pintu dia menghela nafas panjang kemudian memejam mata. Bibir diketap. Tak pernah dia rasa malu seperti ini Allahu akbar.

.
.
.

Seguir leyendo

También te gustarán

419K 17.5K 51
karya pertama yyourtulips__🦋 Antara suka dan cinta. Dia sendiri bingung.Adakah dia benar-benar mencintai gadis itu?Atau hanya sekadar perasaanya sah...
1.7K 141 11
A true crime writer. A crime journalist. And a serial killer on the loose. Who will win this game? Bekerja sebagai seorang wartawan jenayah membuatka...
1.1M 59.1K 57
#1st series of His Secret Status ; [ COMPLETE ] Pertemuaan antara Zaskia Melania dengan seorang jejaka di lorong madrid bagaikan dejá vu. Setiap kali...
Suamiku Mr.Bad Boy Por qiss

Misterio / Suspenso

720K 30.7K 54
Hanania gadis yang naif dan ceria terperangkap dengan seorang lelaki yang bad boy secara tidak sengaja di dalam lif. Pertemuannya membuat dia jatuh c...