Uta No Prince-sama 1000%; The...

By AfroNerd

1.4K 27 0

Cerita ini 'FULL VERSION' daripada fan fiction; Inilah Irama Kami [http://www.wattpad.com/story/976671-inilah... More

Permukaan...
Karakter-karakter
Melodi 00
Melodi 01
Melodi 02
Melodi 03
Melodi 04
Melodi 05
Melodi 06
Melodi 6.5
Melodi 07
Melodi 09
Melodi 10
Melodi 11
Melodi 12
Melodi 13

Melodi 08

26 1 0
By AfroNerd

"Carried on this melody created by two,
it seems like the future is overlapping with today.
Firmly without changing, like this phrase,
I don't want let this go."

Dia memaling apabila melodi yang agak rancak menyapa dirinya. Pandangannya menatap ke arah televisyen yang terpampang pada dinding kafeteria. Ianya lagu hasil Haruka dan Otoya... untuk seketika dia leka mendengar lagu yang rancak itu.

Entah mengapa, lagu tersebut menarik perhatiannya. Pertama kali didengarinya selepas giliran Masato menyanyi semasa kali pertama ujian rakaman. Nama Otoya ialah selepas nama Masato; berdasarkan susunan abjad rumi dan huruf pertama nama keluarga mereka. Setelah sekian lama dia dalam industri muzik... ini kali pertama dia tertawan dengan lagu yang dihasilkan amatur. Dia dapat rasakan kehangatan dalam lagu tersebut.

...hey!  These feelings...are overflowing.
I'll make tomorrow with you!

Aiko kembali ke biliknya, banyak benda bermain dalam fikirannya. Dia melangkah ke arah meja belajarnya dan menghempukkan punggungnya. Dia membisu. Membiarkan dirinya ditelan dalam kegelapan yang kian menelan cahaya. Ianya hampir malam. Aiko menatap bingkai gambar pada mejanya. Tangannya di hulur, mencapai bingkai gambar tersebut. Ianya gambar dia, Kaho dan datuk mereka...sayu menyelubungi dirinya.

"...Datuk..."

" ...saya dan Kchan nekad untuk graduate bersama..."

" ...saya dah berjanji..."

"...lagu saya hanya untuknya..."

...tapi...

Semakin lama dia dalam akedemi Saotome, semakin pelbagai suara yang didengarinya. Hatinya mula keliru. Kini, dia bukan sahaja ingin mendengar suara Kaho...tetapi...semua orang...

Aiko mencapai sebuah fail yang diselit satu tempat yang paling sulit. Dia membuka isi fail tu. Tertera helaian kertas not yang penuh dengan catitan...dan pada garisan paling atas tertera nama-nama alat muzik seperti piano, violin, dan banyak lagi.

Dia senyum nipis, selama ini, dia hasilkan lagu-lagu tersebut dalam diam...tanpa pengetahuan Kaho.

" ...setiap suara mereka ada cerita, setiap lagu mereka ada hati..."

...tapi...

"Saya setuju untuk jadi penyanyi awak sebab saya percaya awak akan mencungkil keluar kebolehan saya melalui lagu awak..."

Kata-kata Tokiya tempoh hari benar-benar menusuk hatinya. Meskipun dia tak pernah menyatakannya, dan dia telah berbaik dengan Tokiya...namun, jujurnya, kata-kata itu masih menghantuinya.

" ...lagu saya tidak sesuai untuk orang lain..."

Jika benar, dia terpaksa menerima kenyataan untuk hasilkan lagu hanya untuk Kaho.

...HANYA UNTUK KAHO

Lagi sekali kenyataan itu membuatkan dia menggigil...

" Maaf...Kchan..."

" Andai saya pernah membelakangi awak..." keluhnya...perlahan.

*****

Bayu yang bertiup lembut itu menampar pipinya. Telinganya menangkap muzik yang dihasilkan secara asli oleh ombak laut. Sinaran sang suria pula membakar kulit anggota tubuhnya yang tidak ditutupi kain...bau yang dihela...sungguh masin...ianya bau air laut. Aiko menghela nafas lega. Akhirnya...mereka tiba...di lokasi Kem Musim Panas Akedemi Saotome!!

Berada di resort persendirian, di pulau persendirian Saotome ini membuatkan Aiko tertanya...berapa banyak  sebenarnya hartanah milik pengetua mereka itu? Kemudian, perhatiannya beralih kepada para guru yang menjelaskan apa yang patut mereka lakukan dan tujuan mereka di pulau itu...ya! Cari pasangan untuk debut!

Tiba-tiba, satu dakapan kasar menerkam lehernya yang kecil. Aiko terkejut dan menjerit kecil sebelum menyedari yang mendakapnya itu ialah kakak kembarnya, Ozawa Kaho. Urghhh! Perempuan satu orang ni, kan! Dengus Aiko.

" DENGARRR SEMUAAA!!!" tiba-tiba Kaho melaung. Terkejut Aiko. Apasal pulak perempuan nie?!

" OZAWA AIKO AKAN JADI PASANGAN SAYA, OZAWA KAHO SECARA RASMINYAAA!!" Kaho membuat pengisytiharaan yang tak berapa nak rasmi memandangkan dia belum daftar. " JADIII!!!! Jangan sesekali kamu berani sentuh dia!!!" dia memberi amaran kepada pelajar-pelajar di sekitarnya, separa tegas. Aiko tak mampu nak buat apa-apa memandangkan Kaho dah katakan segalanya. Dia hanya mampu mengeluh.

" Wahh~ cepatnya awak 'claimed' dia, Kaho~" perli Otoya, yang kebetulan di sana. Kaho meninggikan hidungnya sambil menepuk dada.

"MESTILAH! Saya tak nak Achan dirembat oleh orang lain! Awak pun! Awak patut cepat! Kalau tak~~~ pasangan awak bakal dirembat orang lain!" tegas Kaho. Wajah Otoya tiba-tiba berubah kemerah-merahan. "S--saya tahula..." gugupnya. Kaho tersengih-sengih melihat reaksi Otoya. Kemudian, dia menepuk kuat belakang lelaki itu hingga dia hampir terjatuh.

" Jadi~semoga berjaya! Da-rah Mu-da!" Kaho mengenyitkan matanya sebelum pergi dengan bagasinya ke kotej dan hilang dari pandangan mereka berdua. Aiko hanya mampu mengeluh berat melihat perangai kakak kembarnya itu. Dia mencapai bagasinya.

"I--itu...Ai-chan..." Aiko memaling apabila namanya dipanggil oleh Otoya. "Umm...awak..betul ke ok dengan pengumuman Kaho tadi?" gugupnya. Aiko mengambil masa sebelum menjawab soalan Otoya.

"...memang itu tujuan saya datang ke akademi ni....graduate dan debut dengan Kaho!" jawab Aiko, tenang. Otoya mengangguk faham. Tiba-tiba, seseorang melanggar belakang Otoya, memgalihkan perhatiannya kepada individu tersebut.

"...lagipun...siapa nak jadi pasangan si bengis macam saya..." Otoya terdiam...dia memandang Aiko. "Awak ada cakap apa-apa?" tanya Otoya. Aiko memandang Otoya sambil mengukirkan senyuman. "Tak! Tak ada apa..." balas Aiko. Kemudian, gadis itu menarik bagasinya, menuju ke arah Kaho meninggalkannya sebentar tadi.

*****

Tidak lama sebaik sahaja Aiko tiba di kotej mereka, Kaho sudah menukar pakaiannya kepada gaun musim panas berwarna putih dan memakai topi mataharinya. Manakala, Aiko memilih memakai baju tanpa lengan dilapis dengan jaket berhud tanpa lengan dan seluar khaki pendek. Dia melangkah ke balkoni, tempat Kaho berdiri sambil menghirup bayu laut. Aiko berdiri di sisi Kaho.

"Ahhhh~~ nostalgia betul!! Permandangan laut~ kan, Achan?" Aiko melemparkan pandangannya ke arah laut yang membiru itu.

"Eh...ya..." ujarnya. Dia teringat, semasa dia tinggal di apartmen sebelum sambung belajar di Saotome, pemandangan dari balkoni apartmen mereka ialah....laut. Agak mahal sebenarnya menyewa apartmen dengan pemandangan yang indah sedemikian...namun, nasib baik apartmen tersebut milik bapa mereka. Namun, selepas mereka sambung belajar...rumah tersebut kini sunyi.

" Seronoknya dapat menikmati begini sepanjang tahun~" keluh Kaho. Aiko merundukkan kepalanya. "Rehat, rehat juga...tapi, kita kena kerja untuk graduasi..." tegas Aiko; dia melangkah masuk ke dalam kotej. Kaho menarik muka masam.

" Mou~ awak ni serius betullah, Achan!!" rungutnya. Tanpa mempedulikan bebelan Kaho, Aiko berjalan ke meja kopi bulat di dalam kotej mereka. Dia ternampak lampu berkelip pada telefon bimbitnya, ianya notifikasi mesej masuk. Tanpa berfikir panjang, dia membaca mesej yang diterimanya.

" Ah...ini..."

" Lagipun kan, Achan..." belum sempat Kaho menghabiskan kata-katanya. Dia terdengar bunyi hempasan pintu. Dia memandang ke dalam kotej dan dapati Aiko telah hilang. Dia mengetap giginya.

"ACHANNNN!!!!"

*****

Langkahnya menuju ke kawasan kolam mandi utama. Keadaan di situ agak sesak kerana ramai pelajar dengan pakaian bikini mereka mula membasahkan diri dari kulit mereka terus dibakar dek bahang UV matahari pada musim panas. Menyedari betapa bahangnya pada hari itu, ditambah pula dia lupa memakai sunblock, Aiko menaikkan hudnya, menutup wajahnya dari terus terdedah dengan matahari.

" Ozawa?"

Dia memaling apabila namanya diseru seseorang. Ianya Masato. Aiko menyelak sedikit hudnya dan melemparkan senyuman dan membalas teguran Masato.

" Awak nak ke mana?"

"...awak ada nampak tuan pengetua?" Tanya Aiko. Masato kehairanan, namun menjawab soalan Aiko memandangkan dia ada terserempak dengan beliau sebentar tadi.

" Kenapa awak cari tuan pengetua?" Aiko menafikan.

" Sebenarnya dia yang nak jumpa saya..." ujar Aiko. Masato separa terkejut.

" Kenapa dia cari awak?" Aiko hanya mampu tersenyum dan mengangkat bahu tanda tidak tahu. Kemudian dia meminta izin untuk pergi.

Pandangannya liar mencari tuan pengetua di kerusi rehat tepi kolam mandi hingga anak matanya tertumpu pada sekujur tubuh gempal dan berusia itu. Shining sedang bersenang-lenang sambil menjemur tubuhnya yang sudah 'tan' itu.

"Oho~ apa cik Ozawa buat di sini? Cari sayakah?" perhatian Aiko beralih ke sisinya. Jejaka tampan dengan rambut panjang hingga melepasi tengkuknya itu melemparkan senyumannya.

" Si...adik...Aiko, bukan?" sapa Ren. Aiko hanya memberikan pandangan kosong. Apabila Ren mengenyit matanya, baru Aiko sedar bahawa dia merenung wajah Ren sebentar tadi.

" Awak tertawan dengan saya ke?" seloroh Ren. Aiko mendengus; wajahnya berubah merah menyedari hal itu dia membuka langkah ke arah Shining, mengabaikan Ren. Sebelah Shining, kelihatan Ryuuya dan Ringo-sensei turut menikmati pancaran cahaya matahari. Apabila dia berhadapan dengan para profesional, secara tidak langsung, tindak-tanduknya dan perwatakannya berubah menjadi profesional.

" Selamat tengah hari, tuan", sapa Aiko, berdiri di sebelah Shining. Tuan Pengetua dengan kaca mata hitam yang sememangnya tak pernah lekang dari matanya itu memusingkan sedikit kepalanya, memandang Aiko.

"Ahh~ akhirnya you di sini, Miss Ozawa," Shining menegakkan badannya dan memusing ke sisi kerusi, menghadap Aiko. Suasana tiba-tiba berubah tegang. Baik Aiko mahupun Shining, kedua-dua membisu sambil memandang sesama sendiri. Setelah beberapa ketika membisu, akhirnya Shining memecah hening tersebut.

"So, how's your day?"

" Fine." Jawab Aiko, sepatah. Tanpa beri reaksi lebih lanjut. Shining hanya menyeringai.

" You no different dengan your mom, isn't?" Aiko membisu. " You dedicated, tapi mysterious..."

" I guess, you faham kenapa I called you here right?" Aiko menggeleng kepalanya. Shining menepuk tangannya sekali. Cikgu Ringo yang tadi sedang berbaring di atas kerusi malas itu, hilang dan kembali dengan sepucuk sampul bersaiz A4 di tangannya. Sampul itu diserahkan kepada Shining.

" Do you know, apa isinya ini?" Tanya Shining. Lagi sekali, Aiko menggeleng kepala, tetapi kali ini dengan reaksi wajah yang kebingungan. Shining menarik keluar isi sampul tersebut dan membuatkan Aiko tergamam.

"Ah!! Itu—" gugup Aiko. Dalam tangan Shining, terdapat beberapa helai kertas not muzik yang agak berkeredut. Tercatit not-not muzik pada atas kertas tersebut, Aiko kenal kertas-kertas itu sebab...dia yang menulis muzik tersebut.

Lagi sekali, Aiko tergamam. Jika tidak salah, dia dah bakar kertas-kertas tersebut seminggu sebelum ke pulau tersebut. Tapi...kenapa ianya masih belum dilupuskan?

" You serahkan paper-paper ni kepada tukang kebun di tempat bakar sampah, isnt?" Aiko tersentak.

" Anak tak perlukan kertas-kertas ni lagi?" Tanya tukang kebun tersebut.

" Tak, pak cik...saya tak perlukannya. Tolong bakarkan untuk saya..."

" ...tapi, kertas-kertas ini mengandungi 'hati' awak, bukan?" Aiko membisu, tangannya digenggam erat.

" ...ya...tapi..." Aiko memaling.

" ...'hati' itu telah mengkhianati saya..." jawabnya, sayu.

" Hei~ Ai-chan!!" Aiko memaling apabila namanya diseru. Kelihatan Natsuki dengan Syo duduk di kerusi pantai, di bawah payung besar.

" Ah, Kurusu...Nacchan..." sahut Aiko, terbantut langkahnya. Dia merapati mereka berdua.

" Awak tak mandi, Ai-chan?? Kenapa tak pakai baju renang~?" Tanya Natsuki seakan-akan merayu kepada Aiko dengan selambanya. Syo ternganga mendengar soalan  tak berselindung Natsuki. Aiko membeliakkan matanya sebaik mendengar pertanyaan Natsuki.

" Dungu! Natsuki, jangan tanya soalan macam tulah!!" Natsuki menarik muka masam.

" Tapi, sekarangkan musim panas, musim panas memang kena pakai baju renang~ awak tak mandi ke Aichannn~" tanya Natsuki, semula. Syo mengeluh. Aiko hanya mampu tersenyum. Syo menyedari tindakan tawar Aiko.

" ...awak Nampak macam tak ceria saja, Ai-chan?" Eh??

" Ya, semangatlah, kita baru mula percutian musim panas~" sambung Natsuki. Syo menghela nafas. "Yelah, lagipun, awak tak payah susah-susah cari pasangan masa cuti ni, Kaho dah isytihar awak pasangan dia, kan?" Aiko tersentak dengan kata-kata Syo.

" I takkan let you destroy this...until you learn to accept your 'heart' towards others..."

" This will be your 'challenge' in this vacation"

Aiko merundukkan kepalanya. Apa maksud Tuan Pengetua?

Continue Reading

You'll Also Like

65.2K 5.5K 41
407K 18.7K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...
23.9K 493 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
1.4M 104K 58
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...