Action : Wais Ayden

By dsyaf_

17.7K 1.6K 112

Series 2 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. . 5 tah... More

AKAN DATANG
1 | Persoalan
2 | Lahir
4 | Perjumpaan
5 | Kantoi
6 | Terakhir
7 | Perpisahan
8 | Memalukan
9 | Zagha
10 | Strategi
11 | Kemunculan
12 | Tiba
13 | Mereka

3 | Rasa

1.4K 149 6
By dsyaf_

6 BULAN berlalu dengan pantas. Sekarang anak dah dua guys! Dah seri dengan Farhad! Ayden tersenyum memandang Ayra yang sedang merangkak di atas karpet ruangtamu.

Marwah mula fokus memandang laptop. Selepas sahaja lahirkan Ayra, dia sendiri lantik Marwah bekerja dengannya. Marwah yang membuat semua keselamatan syarikatnya dari digodam dan sebagainya.

"Fokusnya dia..." Usik Ayden sambil tersenyum.

"Jangan kacau Wais. Harini sahaja dah berapa banyak virus nak serang data syarikat. Geram betul!"

Tangan Marwah yang menari di keyboard laptop menarik perhatian Ayden. Cincin silver perkahwinan mereka tersarung di jari manis Marwah. Macam tak percaya yang Marwah benar-benar miliknya sekarang.

"Alah biarlah virus tu, pandailah Thayyib urus." Tangan menyelit dibelakang badan Marwah lalu menarik pinggang Marwah dan merapat dengan tubuhnya.

"Wais!" Terkejut Marwah. Terus spec mata dibuka dan laptop ditutup lalu diletakkan di atas meja. Jatuh nanti sia-sia sahaja.

"Uish garunk! Aum!"

"Eeee!"

Ayden melepaskan tawa kuat. Seronok usik Marwah. Dulu tak boleh sebab mengandungkan Ayra. Emosi lain macam.

"Ayra tengok ada singa marah! Tapi singa ni seksi. Sebut rawr!"

"Awr!" Jerit Ayra mengikuti Ayden.

"Lagi Ayra, rawr!"

"Awr!"

"Bagusnya anak abi ni!" Terus Ayden mengangkat tubuh kecil Ayra dan dibawa ke dalam dukungan. Dicuit cuit perut buncit Ayra sehingga anak bongsunya mengekek kuat.

Marwah hanya diam. Tidak puas hati betul.

"Tengok tu umi sedih, cium umi cepat." Tubuh Ayra dibawa dekat ke arah wajah Marwah.

"Cup umi, yeay!" Jerit Ayden. Ayra pun bukan main mengekek jerit ikut abinya.

Melihat Marwah masih diam, Ayden tersenyum. Ayra diletak ke atas karpet kembali. Terus laju anaknya merangkak.

Tubuh dijatuhkan semula ke atas sofa. Betul-betul bersebelahan Marwah lalu bahu Marwah ditarik merapatinya.

"Sorry, awak tak suka saya usik ya?" Rambut Marwah yang terikat diusap.

"Tak lah,"

"Yela tu..." Ejek Ayden sambil mencebik.

"Wais!" Dada suaminya ditepuk perlahan.

"Marah pun seksi."

Baru sahaja Marwah mahu menepuk dadanya sekali lagi, pantas Ayden halang.

"Okay tak tak... Tak usik dah."

Tangan Marwah ditarik lalu digenggam. Cincin perkahwinan mereka dimain-main. Hati Ayden tidak tenang. Sangat-sangat tidak tenang. Sudah sebulan dia terganggu.

"Wais, kenapa?" Tangan naik memegang pipi suaminya.

Melihat wajah keruh Wais membuatkan Marwah serba salah. Dia terlebih emosi ke sehingga Wais rasa bersalah dengannya?

"Tak ada apa isteri," Ayden cuba mengukir senyuman.

"Wais... Tak ada apa yang perlu awak sorok. Saya isteri awak. Ceritalah,"

Ayden lepaskan keluhan. Kaki diangkat bersila lalu tubuh dipusing menghadap Marwah.

"Anak buah Jeneral Hasan dah mula berkeliaran. Mereka nakkan awak semula untuk berkhidmat dengan mereka."

"Jeneral Hasan? Saya tak faham. Cuba awak cerita dari mula Wais?" Berkerut dahi Marwah.

"Jeneral Hasan, dia baru je naik pangkat ganti tempat arwah abah. Awak tahu kan kes Yaman kena kepung tu?"

"Haah tahu tapi tak adalah details sangat."

"Ada beberapa rakyat kita yang ditawan di sana jadi Jeneral Hasan buat keputusan untuk selamatkan mereka sebab si ahli keluarga mula persoalkan kenapa tak ambil apa-apa tindakan."

Ayden tarik nafas lagi sebelum sambung.

"Mereka tak boleh jalankan misi untuk bawa balik rakyat kita kalau mereka tak jumpa awak."

Marwah terdiam. Tak sangka dia menghilang lama pun masih terlibat sama.

"Tapi kenapa tiba-tiba?"

"Mereka dah cari awak dari Ayra belum lahir sebabtu saya tak bagi awak keluar sangat."

"Awak tak bagitahu saya pun?" Soal Marwah berjauh hati. Terkilan pun ada sebab Wais rahsiakan perkara ini darinya.

"Awak mengandung, saya tak nak stresskan awak."

"Bagitahu sekarang pun stress juga." Pantas Marwah menjawab.

Ayden terdiam, tak mampu nak balas apa-apa. Bukan takut bini tapi sayang bini.

"Saya minta maaf okey?"

"Janji jangan rahsiakan apa-apa lagi?" Jari telunjuk Marwah betul-betul berada di depan Ayden sebagai amaran.

"Insya-Allah isteri saya."

Terus hilang rasa panas hati dan rasa terkilan tadi. Marwah kembali sandar pada sofa. Jadi PD masih cari dia.

"Mereka cuma nakkan saya untuk misi ni aje kan?" Soal Marwah.

"Ya."

Marwah diam memikirkan banyak benda. Kalau dia pergi bagaimana Aryan dan Ayra? Apa dia pulang dengan nyawa atau tidak? Semua itu risiko. Ayra pula masih kecil, sulit untuk ditinggalkan.

"Walau apa pun yang awak fikir, saya takkan benarkan. Fikir keluarga kita Marwah." Tegas nada Ayden.

"Wais..."

"No! Dah, saya nak ambil Aryan dekat sekolah."

Marwah melepaskan keluhan, nampak benar Ayden takkan lepaskan dia. Jika diberi peluang untuk pulang ke PD, dia nak sangat tapi kini dia sudah berkeluarga. Semua perlu diambil pusing.

Terasa seluar ditarik dari bawah membuatkan lamunannya mati. Muncul Ayra dengan mata bulatnya memandang dan minta didukung.

Sanggup ke dia tinggalkan Ayra untuk jalankan misi tu? Aryan? Sekali lagi Marwah lepaskan keluhan.

"Umi sayang Ayra montel!" Tubuh Ayra digomol sepuasnya.

***

KEJADIAN tengahari tadi membuatkan Ayden dan Marwah tidak bercakap mana. Bila disoal sepatah, hanya sepatah yang dijawab.

"Aryan mana?" Soal Ayden.

"Tertidur dalam bilik." Jawab Marwah.

"Ayra?"

"Pun tidur."

"Kenapa semua nak tidur?"

"Manalah tahu?"

"Isteri kan umi dia orang?"

"Suami pun abi dia orang?"

Seorang bagi soalan, seorang jawab semula dengan soalan. Bagus.

Ayden diam tidak membalas. Mata menjeling Marwah beberapa kali sebelum dia keluar menapak ke luar rumah. Baik ambil angin malam-malam ni.

Selipar disarung. Malam macam ni tak pakai jubah putih yang dia selalu pakai sebab tadi maghrib kena mandikan Ayra. Jadi Ayden hanya pakai baju putih biasa dan kain pelikat. Sejuk malam ni sama macam hubungannya dan Marwah. Dingin!

Pap!

Satu tuala mendarat betul-betul di atas kepalanya. Ayden mendongak ke atas. Ada Marwah yang sedang pura-pura lap tingkap.

"Kalau nak bagi suami tu, bagi jelah depan-depan."

"Eh ada orang bercakap dengan isteri lah. Takutnya!" Sindir Marwah di atas.

Habis melekat panggilan suami isteri. Mereka kan pasangan pelik, kejap panggil itu kejap panggil ini. Tak ada panggilan tetap langsung.

"Ada isteri pun biar aje suaminya kat luar sendiri. Karang si suami kena culik dengan gigolo, tak tahulah macam mana tu..."

Marwah mencebik. Nak ada gigolo apanya kalau kawasan perumahan mereka ni terjaga rapi. Pengawal bukan main setiap penjuru rumah. Itu pun mujur luar pagar, tak nampak. Kalau tidak mahu tak selesa.

"Macamlah gigolo tu selera."

"Eh apa pula tak? Ni tengok ni!" Ayden selak baju. Tayang apa ada dekat badan.

"Siap ada 8 tau! Memang gigolo suka!" Usik Ayden tidak mahu kalah.

"Wais!" Jerit Marwah geram.

Ayden sembunyi senyuman.

"Awak masuk rumah sekarang!"

Terlepas tawa Ayden. Tak kisah konon tapi tengok dia sejuk bagi tuala. Baru selak baju sikit dah gelabah. Ayden mahu rasa ini kekal. Kekal hingga tua. Rasa bahagia yang mereka kecapi.

***

TBC | 6 FEB

Next bab dah mula cornflake! Bismillah dulu banyak-banyak supaya tak fening fening gajah🤲🏻

Continue Reading

You'll Also Like

1.7M 84.5K 47
BOOK 1 MRS. RAYYAN [NEW VERSION] Full of dark side. "Dia, first love aku. Dia, seorang gadis yang berjaya membuatkan hati aku yang tak pernah tertari...
848K 33.1K 54
Noor Dahlia seorang gadis polos, hanya bekerja sebagai seorang cashier di sebuah kedai serbaneka tetapi amat gembira dengan kehidupannya yang amat se...
1.4M 60.7K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩π₯𝐞𝐭𝐞𝐝 | π‡πŒ π’πžπ«π’πžπ¬ 𝐕𝐨π₯ 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...
42.8K 3.1K 25
( DESCRIPTION akan diupdate selepas diedit :) ) [Versi Remake/Edit]