MY 'RUDE' WIFE

By ByCikNorCinta

2.4M 28.3K 1.7K

SUDAH DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication ❤ Memang payah andai cinta dirasakan,namun dirahsiakan. Melur m... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Pesanan Author CikNorCinta
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43

Bab 20

69.3K 831 24
By ByCikNorCinta

Kereta yang dipandu Firdaus keluar dari bangunan setinggi 12 tingkat itu dan menuju ke pinggiran bandaraya Kuala Lumpur. Destinasi mereka adalah ke rumah keluarga Firdaus bagi menghantar barangan yang dikirim oleh mereka semua. Keadaan menyepi di antara mereka berdua. Kekok tapi Melur membiarkan. Kereta terus dipandu bersama kesunyian. Melur bosan. Dia tidak suka suasana seperti itu. Tidak lama Melur mula bersuara.

“Abang,kita singgah kat pasar raya depan tu dulu ya? Melur nak beli buah sikit. Takkan nak pergi tangan kosong je rumah abi kan?” Firdaus menoleh seketika.

“Tangan kosong apa? Tu kat belakang tu tak nampak? Penuh satu beg besar tu.” jawab Firdaus sedikit kuat. Melur mendengus perlahan.

“Itu memang yang dah dikirim. Tapi yang ni adat bertandang rumah orang. Kenalah bawa buah tangan. Tak kan cikgu sekolah tak ajar dulu kot?” balas Melur bersahaja.

“Amboi,selambanya sound suami macam tu? Nasib baik volume tu rendah. Kalau tak...”

“Abang nak buat apa? Pukul kat sini ya?” soal Melur sambil menepuk-nepuk perlahan bibirnya sendiri. Firdaus berkerut.

“Yang kat belakang tu memanglah yang dikirim tapi ongkosnya semuanya dari poket saya ni hah. Dan ianya sah-sah free of charge. Tengoklah nanti kalau tak percaya.” jawab Firdaus menukar topik. Malas melayan Melur yang mula menakal itu.

“Ishk,abang ni itupun nak berkira. Kedekut.”

“Ni bukan kedekut tapi bila dah habis beribu untuk semua tu,berasap jugalah dompet saya ni hah. Barang entah apa-apa pulak tu. Membazir.” balas Firdaus semula. Melur ketawa kelucuan. Teringat koleksi cenderahati,barangan tembikar, barang kemas,songket asli Bali dan kebaya tradisional yang mereka beli di Bali dulu. Ya,mungkin betul kata Firdaus.

Tiba di pasar raya yang dimaksudkan,Melur menoleh memandang Firdaus yang membatu di kerusinya. Enjin kereta juga tidak dimatikan.

“Jomlah turun sekali.”

“Tak naklah. Setakat nak beli buah,pergi sorang pun boleh kan?” kata Firdaus malas. Melur senyum dan turun dari kereta. Firdaus hanya memerhati. Gaya Melur berjalan sangat menawan. Dengan pakaian yang sederhana saja,itu sudah cukup untuk memukau pandangan.

Tiba-tiba seorang lelaki terlanggar isterinya. Membulat mata Firdaus. Rasa malas tadi terbang serta merta. Firdaus mula menghangat melihat isterinya disapa lelaki lain. Mahu tidak mahu,dia juga turut turun dari keretanya dan membontoti langkah Melur. Memantau Melur dari jauh. Jika ada lelaki lain yang menegurnya, tahulah dia apa yang harus dilakukannya.
Melur terus menuju ke rak yang berisi buah-buahan. Dipilih satu persatu dengan teliti. Kamudian dia ke rak yang tersusun dengan buah-buahan kering dan coklat. Diambilnya sepaket dua. Pasti itu untuk Damia. Akhir sekali Melur menuju ke rak yang menempatkan tuala wanita dan dia mengambil pek besar berkembar. Dia langsung ke kaunter bayaran.
Namun Melur perasan ada seorang lelaki di belakangnya tertawa kecil sambil berbisik kepada wanita di sisinya. Melur menoleh namun mata lelaki itu tertumpu kepada tuala wanita miliknya yang berada di atas kaunter bersama senyuman yang menjengkelkan.

“Apa senyum-senyum? Tak pernah tengok pad ya? Tak pernah period?” tegur Melur selamba kepada pasangan suami isteri itu tetapi pandangan matanya tertumpu kepada si suami. Mereka terdiam. Lelaki yang menjaga kaunter menahan senyum. Beberapa orang gadis yang beratur di belakang pasangan itu juga menutup mulut menahan tawa.

“Tahu tak,pad ni kalau cicah kopi O panas,sedap ni. Kalau sapu jem atau peanut butter pun sedap. Try la.” sambung Melur lagi. Tona suaranya jelas dan terang dengan wajah yang serius. Pasangan itu terus diam. Malu. Firdaus yang berada tidak jauh dari situ,ternganga melihat keselambaan Melur itu.

“Yang ni saya nak buat toast pad. Letak chicken ham,cheese and salad. Kapit jadi sandwich. Dan yang ni pulak saya nak celup dalam batter dan goreng. Jadi tempura pad. Tahu? Kalau nak try,datang rumah.” sambung Melur lagi sambil memandang tepat ke wajah lelaki itu. Isterinya berpaling ke arah lain. Gadis-gadis di belakang mereka sudah melepas tawa. Selepas membayar semuanya,Melur mengadap ke arah pasangan itu.

“Kalau rajin lagi,buat puding. Tapi roti tu ganti dengan pad ni. Perghh,sedddap sangat tau. Kalau tak tahu resepi,google. Jangan lupa try ya? Good luck.” Melur menyudahkannya lalu terus berlalu keluar. Lelaki juruwang itu sudah melepas tawa kecil.

“Abanglah ni. Menyibuk hal dia buat apa? Kan dah kena?” kata si isteri kepada suami. Si suami hanya diam tanpa suara. Firdaus terus keluar menuju ke kereta mendapatkan Melur.

“Seronok sound dia orang tu tadi?” soal Firdaus menyindir namun dia sendiri berasa lucu.

“Abang tengok ya?” soal Melur kembali. Firdaus hanya mengangguk.

“Dah sengal. Soundlah terus. Macam tak pernah tengok perempuan beli pad pulak. Habis bini dia tu tak pernah period ke?” marah Melur sedikit kuat.

“Ada hati nak malukan Melur dengan ketawa sinis dia tu. Kan dah kena?” sambung Melur lagi. Firdaus diam tetapi menahan senyumnya. Memang kejadian itu cukup lucu baginya.

“Awak period ke?” soal Firdaus perlahan.

“Ni sorang lagi minta kena sound ni. ‘Awak’ mana pulak ni?” soal Melur sedikit marah.

“Okey okey,Melur period ke?” soal Firdaus membetulkan panggilannya semula.

“Belum lagi.” jawab Melur perlahan.

“Dahtu,kenapa beli?” soal Firdaus semula.

“Sebagai preparation. Simpanan. Stok.” Firdaus diam mendengar jawapan Melur.

“Kenapa abang tanya? Abang period ke? Nak pinjam pad Melur ya?” soal Melur selamba. Firdaus diam. Takut untuk bersuara. Takut terkena seperti lelaki itu tadi.

“Ke abang nak ‘test power’?” Soalan Melur buat Firdaus pantas menoleh ke arahnya. Berkerut wajah Firdaus melihat keselambaan Melur itu. Namun dia tidak menjawab soalan itu lalu meneruskan perjalanan mereka. Tiba di sebuah stesen minyak, Firdaus memberhentikan kereta di tempat letak kereta.

“Buat apa kat sini? Nak isi minyak ke?” soal Melur kehairanan.

“Taklah,nak makan sate. Nak?” jawab Firdaus menyindir. Melur senyum.

“Boleh jugak. Bagi kambing 5,perut 5,ayam 5. Extra sambal ya?” Melur membalasnya dengan selamba. Firdaus menjeling sahaja dan terus berlalu. Tidak lama Firdaus datang semula bersama dua cawan air panas di tangannya dan dihulurkan kepada Melur.

“Terima kasih. Air apa ni?” soal Melur.

“Hot coffee.” Melur terdiam mendengar jawapan Firdaus. Mahu tidak mahu dia meneguk jua air panas itu. Namun hanya seteguk dua yang diminumnya.

“Habiskan. Nanti tumpah,habis satu kereta ni bau kopi nanti.”  arah Firdaus tegas.Sekali lagi Melur diam dan memaksa dirinya menghabiskan minuman itu. Kemudian dia mengemam sebiji gula-gula pudina dan tidak lagi bercakap.

Mereka tiba di banglo besar keluarga Firdaus setengah jam kemudian. Kehadiran mereka disambut riang oleh Rania dan Damia. Firdaus mengeluarkan beg besar yang baru dibeli di Bali semata-mata untuk mengisi barangan pesanan dari keluarganya. Tidak lama Haji Nasarudin dan Hajah Rohana keluar menyambut mereka berdua.

“Dah balik pengantin baru kita rupanya? Amacam honeymoon? Best?” soal Hajah Rohana bersama sedikit senyuman. Melur terus memaut lengan Firdaus.

“Mestilah best. Namapun honeymoon. Kan abang?” soal Melur mesra. Firdaus hanya mengangguk-angguk sambil tersenyum paksa.

“Anyway Bali kirim salam. Ni semua Bali yang kirim. Enjoy it.” kata Firdaus seakan menyindir orang-orang yang mengirim barangan yang begitu banyak darinya. Rania menjeling dalam senyuman kerana dialah yang paling banyak mengirim barang.

“Macam marah je? Fir kan seronok kalau bab-bab shopping ni?” soal Hajah Rohana pula.

“Tak marahlah. Yang marah budak ni hah. Kan sayang?” Melur terkejut mendengar jawapan Firdaus. Dia tersenyum kambing. Semua mata tertumpu padanya.

“Sebab dia tak suka shopping.” sambung Firdaus lagi.

“What? Kak Melur tak suka shopping? Apalah gunanya menjadi seorang wanita kalau tak suka shopping. Apatah lagi dapat laki kaya. Rugi...rugi...” sambut Rania bersungguh.

“Tengok Nia ni. Nia tak dapat shopping sendiri,orang lain yang shoppingkan untuk Nia. Kan best gitu? Shopping ni best tau. Terapi minda.” sambung Rania lagi. Melur diam sahaja.

“Ha’aa,terapi minda plus terapi dompet. Jadi terapi pokai.” jawab Firdaus bagi pihak Melur. Melur menoleh memandang suaminya bersama mata yang membulat. Tidak sangka Firdaus sudah pandai membalas kata-kata ahli keluarganya. Rania hanya menjeling tajam tetapi bibirnya tersenyum kerana barang-barang yang dipesan, semuanya terhidang depan mata. Keadaan menyepi semula. Walaupun setiap orang kelihatan gembira menerima cenderahati masing-masing,namun tiada sesiapa yang menyuarakannya.

“Err,Melur laparlah. Apa kata malam ni Melur yang masak makan malam?” tiba-tiba Melur bersuara memecah kesunyian. Semua mata melihatnya. Dia jadi serba salah.

“Err...Melur pergi masak sekarang.” kata Melur perlahan dan ragu,lalu terus bangun menuju ke dapur. Anehnya tiada sesiapa yang datang menolongnya. Firdaus juga tidak menjenguk. Melur merasa aneh dengan sikap setiap ahli keluarga Firdaus. Namun,dia harus membiasakan diri kerana inilah keluarga barunya.

Ketika makan malam,sekali lagi keadaan menyepi seperti tadi. Tiada sesiapa yang berbicara membuka cerita. Semuanya ralit dengan makanan masing-masing. Tiada juga yang berkata apa-apa atau memuji masakannya. Firdaus di sisinya juga membisu namun kelihatan begitu berselera menjamah daging salai masak lemak cili api itu. Abinya pula mengirup sup singgang daging di mangkuknya. Rania juga berselera meratah kepak ayam madu. Begitu juga dengan Damia. Firman Iskandar suami isteri juga membisu seribu bahasa. Ralit meratah kerabu santan babat dan ayam goreng pedas di pinggan mereka. Sepi,namun Melur tidak berani memecahkan kesunyian itu. Dia menyuap nasi ke mulutnya namun terasa tawar. Ianya terasa memualkan. Tiba-tiba satu terjahan merempuh perutnya dan menghasilkan bunyi yang cukup untuk membuat semua orang memandangnya. Melur menutup mulutnya. Namun sekali lagi rasa loya itu datang dan Melur tunduk menahan rasa.

“Sayang,kenapa ni? Are you okay?” soal Firdaus seperti risau. Melur menggeleng.

“Kenapa Melur? Loya? Nak muntah ke?” soal uminya risau. Melur mengangguk namun dia terus bingkas bangun menuju ke bilik air. Dia muntah. Kedengaran Firdaus memanggil namanya dan sekejapan dia sudahpun mengelus belakang Melur.

“Kenapa Melur muntah ni? Sakit ke?” soal Firdaus serius. Melur menggeleng dan berkumur. Mereka keluar dari bilik air dan menuju ke meja makan semula. Apabila terlihatkan lauk-pauk di atas meja,rasa loya itu datang lagi dan Melur terus menuju ke bilik air semula. Sekali lagi dia muntah. Firdaus kelihatan risau namun wajahnya terpamer keanehan. Melur berlalu ke ruang tamu. Firdaus memberinya susu panas. Tidak lama kemudian,semua warga rumah besar itu berkumpul di situ. Semua mata tertumpu kepadanya. Sepi seketika.

“Melur muntah-muntah ni...Melur mengandung ke?” Mencerlang mata Melur mendengar soalan ibu mertuanya. Firdaus juga begitu. Kemudian mereka saling berpandangan.

“Mengandung? Anak siapa?” Soalan ‘maut’ Firdaus buat Melur terkejut.

“Anak siapa apa? Anak Fir la. Takkan anak Abang Man ni pulak?” balas uminya sedikit marah. Firdaus baru tersedar akan kebodohan soalannya tadi.

“Err,maksud Fir,kami ni baru lagi kahwin. Baru je balik honeymoon. Agak-agaklah kalau Melur nak mengandung pun.” jawab Firdaus perlahan.

“Tu muntah-muntah tu?” soal Hajah Rohana masih tidak puas hati.

“Muntah je,mengandung? Macam tu? Habis kalau Fir yang muntah-muntah, kira Fir mengandung juga ke?” soal balas Firdaus mencetus tawa abang dan kakak iparnya. Namun mereka berhenti ketawa apabila umi dan abi mereka tidak ketawa.

“Umi nak Melur mengandung ke? Nanti kami proses ya? Kan abang?” Soalan Melur buat Firdaus terdiam. Begitu juga dengan semua orang. Sepi. Tapi kesepian itu dipecahkan oleh Rania yang melepas tawa besarnya. Lucu dengan jawapan selamba Melur. Firman dan Malia menutup mulut mereka menahan tawa. Firdaus hanya memerhati. Melur tersenyum sumbing melihat kejanggalan antara mereka semua. Persoalan itu dibiar begitu sahaja.

“Tadi kenapa muntah?” soal Firdaus dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

“Loya la. Apa lagi.” jawab Melur perlahan.

“Loya? Kenapa?”

“Melur tak boleh minum kopi. Angin. Gastric.” Jawapan Melur buat Firdaus terdiam. Firdaus merasa bersalah dari dalam. Kerana paksaannya,Melur yang menerima akibatnya.

“Sorry. Abang tak tahu.” Melur senyum tapi terus diam kerana rasa mual itu masih ada.

MRWbyCNC
25 Jan 2022

Enjoy reading ✌
Sudi2kan vote tanda support ya dearies semua. Tq 😘

Continue Reading

You'll Also Like

45.4K 2.7K 33
Qays Nufail. Nama diberi oleh ibu ayahnya yang tercinta. Walaupun hidup sebagai anak yatim, Qays tetap tabah hidup bersama ibunya, Puan Mariam. Anak...
34.1K 4K 15
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
703K 60K 127
Target dakwah bukan untuk menyentap, tetapi untuk menyentuh. بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 26/6/16
66.3K 6.3K 43
Pesanan: Cerita ini tidak memburukkan sesiapa. Manusia tak sempurna. Pastinya ada silap dan kecuaian yang kita buat tanpa sedar dan ini adalah realit...