FALEEQ QAYDER

By nr_frhnn

9.4K 340 22

Once you mine,forever mine More

Prolog
⛓️FQ1
⛓️FQ2
⛓️FQ3
⛓️FQ4
⛓️FQ5
⛓️FQ6
⛓️FQ7
⛓️FQ8
⛓️FQ9
⛓️FQ10
⛓️FQ11
⛓️FQ12
⛓️FQ13
⛓️FQ14
⛓️FQ15
⛓️FQ16
⛓️FQ17
⛓️FQ18
⛓️FQ19
⛓️FQ20
⛓️FQ21
⛓️FQ23
⛓️FQ24
⛓️FQ25
⛓️FQ26
⛓️FQ27
⛓️FQ28
⛓️FQ 29
⛓️FQ 30
⛓️FQ 31
⛓️FQ 32
⛓️FQ 33
⛓️FQ 34
⛓️FQ 35
⛓️FQ 36
⛓️FQ 37

⛓️FQ22

173 8 2
By nr_frhnn

"Along,nenda ada?"soal Faleeq ketika dia dalam perjalan ke hospital.

Dah lama rasanya tak pergi hospital. Biarlah,hospital tu datuk dia punya.

"Takde,kenapa?"

"Okay,malam ni aku pergi rumah nenda tau"

"Kau nak buat apa?"

Faleeq menghela nafas panjang. Matanya mengerling ke sisi tingkap.

Cantiknya awan.

"Faleeq,aku tanya ni kan. Kau berangan?"

"Awan cantik lah Long. Subhanallah"

Fahmi bingung sebelum dia tersenyum kecil.

"Ni mesti ada apa-apa dengan Ayra kan?"

"Ha? Aaa aku dah nak sampai hospital dah ni. Bye"

Fahmi memandang skrin telefon yang sudah gelap itu.

Dia perlu bertindak pantas. Faleeq sudah tahu.



Fahmi berlari masuk ke dalam bilik nenda. Digeledah almari untuk mencari fail dokumen yang terkandung dokumen penting Faleeq.

"Matilah aku!"

Rasanya nenda letak sini haritu lepas dia bagi haritu.

"Eh alahai benda alah ni pun"

Dia memandang tilam nendanya.

Tilam itu diangkat sebelum sehelai fail putih terjatuh. Beberapa keping not 100 juga turut jatuh.

Persetankan duit tu dulu Fahmi. Dokumen tu yang penting.

Dia menggeledah fail itu. Sijil nikah,salinan sijil lahir Izz serta kad pengenalan Ayra turut berada di situ.

"Pheww! Nasib jumpa nyah"bebel Fahmi sendirian.

"Faleeq,aku harap sangat kau tak marah aku"bisik Fahmi sendirian.

Dia berlari pula ke biliknya. Bergegar lantai rumah besar itu. Kalau jatuh memang naya.

Telefonnya dicapai.

"Afrina!"

"Eii kau ni bising lah. Nak apa?"lantaklah bos ke kuli ke,semua dia taram sama rata.

"Afi,dah dapat ke pasal Puan Ayuni tu?"

"Dah.."suara Afrina meleret-leret sebelum diam seketika.

"Afrina!"

Tup! Talian terus diputuskan.

Fahmi senyum kecil.

Dia memeriksa tarikh lahir Izz.

"Eh,sama tarikh pula dengan birthday aku budak ni sorang"

Anak buahnya.

Eii geli.

Cepat-cepatlah semua ini habis. Dia sudah tak larat. Kalau lah boleh dia nak bongkarkan saja semuanya sekarang.

Tapi dia perlu bukti kukuh dan kawalan keselamatan untuk isteri Faleeq.

Pheww,susah jadi abang sulung ni.





Ayra menapak ke hospital. Sudah beberapa minggu berlalu. Beberapa kali appoinment nya juga hanya dibiar.

Selepas Adli mengambil Izz tadi,terus dia ke sini. Lagipun dia sudah berjanji dengan Faleeq.

Ingatannya juga kadang-kadang terganggu. Masih memerlukan rawatan susulan.

Jadi apa salahnya,sebab dia berkahwin pun dia tak ingat.

Sadis.

"Puan Ayra?"

Ayra berpaling memandang seorang doktor cantik yang menyapanya.

"Uih lawo rupanya isteri si Faleeq ni. Sombong betul taknak kenalkan"rungut doktor cantik itu.

Ayra tersenyum sebelum matanya turun mengerling tag nama doktor itu.

Bunga Aurora.

"Ha,main pandang-pandang nama kita pula"usik Bunga.

"Maaf,doktor ni siapa ya? Kawan Faleeq ke?"

"Takdelah kawan. Takde masa nak jadi kawan dia. Cuma kenalan doktor je"ucap Bunga lagi.

"Doktor dah kahwin?"

Belum sempat Bunga menjawab,telefonnya berdering.

Afnan sayang.

Ayra mengulum senyum. Bunga tersengih nakal.

"Assalamualaikum sayang!"

Ayra meliar mata. Mana lah sayang dia pula.

Ehek.

"Ya ya,Bunga tahu lah. Sayang ni,gigit kang. Dahla Bunga busy ni sayang,nanti Bunga balik sayang tengoklah muka Bunga puas-puas ya?"

Ayra sendu sendirian.

"Bye sayang assalamualaikum"

Bunga melirik memandang Ayra.

"Nakal!"

Ayra tergelak.

"Dah jom jumpa sayang awak pula"






Ayra gugup melihat Faleeq yang sedang tekun menulis itu. Dengan kaca mata yang Faleeq pakai lagi,buat Ayra terpaku.

Hensem..

Menggelabah Ayra bila Faleeq mengangkat muka. Berkerut mukanya memandang Bunga sebelum matanya beralih pada Ayra.

"Sayang? Kenapa tak call abang dulu? Datang dengan siapa ni?"soal Faleeq.

Bunga mengangkat kening. Habislah.

"Baiklah Doktor Faleeq. Saya pergi dulu!"Bunga lari tanpa sempat Ayra memegang tangannya.

Sabar awak Doktor Bunga.

"Syafia? Nak tercegat je dekat situ?"Faleeq menanggal kaca matanya.

Alamak,lagi hensem.

Ayra berdehem. Dia berjalan merapati meja Faleeq.

"Saya akan buat ujian simple je dekat awak harini. Are you okay?"soal Faleeq serius.

Ayra meneguk liur. Suara serius Faleeq buat dia seram.

"Syafia?"

"Hah? Okay"

Faleeq sembunyi senyum melihat muka gelabah Ayra. Hailah sayang.

Faleeq menarik kerusi yang terletak di sebelah mejanya.

"Sini"

Ayra mengatur langkah ke arah Faleeq.

Stethoscope dia lekapkan di bahagian dada Ayra.

Ayra hanya diam tak berkutik.

"Slowly Syafia. Lajunya jantung. Takut ke?"Faleeq ketawa kecil.

Ayra memasam muka.

"Malaslah dengan abang ni"Ayra menjeling Faleeq.

Dia mengambil kaca mata Faleeq di atas meja. Faleeq hanya memandang.

Kerusi itu dia tarik mendekati Faleeq.

Dengan selambanya dia mencengkam lembut rahang Faleeq mendekatinya. Kaca mata itu dia letak di batang hidung Faleeq.

Dia tersenyum melihat Faleeq. Hensem.

Tak boleh move on dengan laki sendiri.

"Wait,you are smiling. Kenapa?"

"Abang nampak handsome"jujur Ayra. Biarlah,bukan laki orang lain pun.

Faleeq senyum. Dia berdiri tegak di hadapan Ayra.

Terdongak Ayra dibuatnya. Lakinya itu taktahu ke dia tu tinggi melampai?

"Jom,teman abang lunch"

Mata Ayra mengerling jam di dinding. Tapi belum pukul 12..

"Dah tak payah tengok jam. Jom"tangan Faleeq menarik lembut Ayra supaya berdiri.

"Abang nak pergi mana?"tak terkejar Ayra dengan langkah suaminya itu.

"Dating"jawab Faleeq sepatah.

Ayra hanya mengikut. Biarlah,laki tu nak bawa dia hujung dunia sekalipun dia tak kisah.

Melihat Ayra yang sudah berjalan ke hadapan itu,Faleeq mengerling kelibat lelaki yang berlalu pergi di sebalik tiang itu.

'Along,dia dah mula buat kerja'bisik hati kecil Faleeq.

Ayra dipandang. Wanita itu keutamaannya sekarang.

Apa pun yang jadi,biarlah dia yang terluka.

"Sayang,abang nak pergi ambil barang kejap"sekejap saja Faleeq menghilang. Dia muncul semula sambil tersengih.

Ayra melihat tangan Faleeq. Dua-dua kosong. Mana barang yang dia ambil?

Ayra menanti kata-kata dari Faleeq. Namun dia lihat Faleeq hanya membatu.

"Abang,termenung pula dia"Ayra menepuk lembut pipi Faleeq. Nak lintas jalan pun termenung.

Siapa je yang terfikir nak buat mall depan hospital?

Tapi senang juga,buatnya tengah shopping baju baby tiber nak terberanak.

Nenoneno dah sampai hospital.

Yela Ayra,teruskan fikir perkara merepek tu.

Ayra tersedar bila hidungnya dicuit.

"Tadi kata kat orang termenung. Dia tu?"

Ayra tidak membalas. Dia mengerling Faleeq yang berbaju lengan panjang warna biru serta seluar slack hitam itu.

Jarang sekali mahu lihat Faleeq berbaju lengan pendek. Nak kata lengan bulu lebat,tiada pula.

"Sayang,tengok depan. Tengok abang kang ada yang kena langgar ni kang"bisik Faleeq sebelum menggenggam erat tangan Ayra.

Lampu isyarat mula bertukar hijau untuk penjalan kaki.

Ayra terasa dirinya ditolak Faleeq. Dia hanya mampu jeling saja Faleeq ketika itu.

Dengan tak semena-mena sebuah kereta meluncur laju.

Mata Faleeq menjeling tajam sebelum Ayra dia tarik kuat.

Ayra sudah tergamam sepenuhnya. Kakinya tidak mampu bergerak.

"Damn it!"

Kereta itu berhenti mengejut sebelum mengaum kuat. Seakan mencabar Faleeq.

Faleeq sudah menggengam erat pistol yang berada di pinggangnya. Di kala itu dia hanya fikirkan Ayra yang mungkin akan tahu perkara sebenar. Amarahnya sedaya ditahan.

Lelaki itu menekan minyak sebelum membuat u-turn. Mengaum kuat kereta itu sebelum hilang terus jejaknya.

Ayra menggigil sendirian. Tidak dapat dia bayangkan apa yang akan jadi bila kereta itu..

Dia tersentak bila ada satu tangan erat menjalar di belakang tubuhnya.

Ayra memejam mata. Sungguh dia takut.

"Maafkan abang sayang"bisik Faleeq.






Long time no see meh.

Continue Reading

You'll Also Like

634K 24.3K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
365K 2.2K 7
Enjoy the storyy Tengku Edyran Eskandar - Sarkastik , Bengis tiada siapa boleh lawan arahannya , dia dibesarkan dengan penuh cabaran , apabila dia su...
562K 19.3K 69
( In editing process...) 𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
50.3K 5.8K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...