[OG]Drowning Love | Mafia • D...

By fierose_

3.8K 394 19

[SLOW UPDATE] Cinta. Cinta itu datang tanpa di sangka. Cinta itu juga duduk di hati dan menghadirkan sesuatu... More

Prolog 👠
BAB 1|CINDERELLA
BAB 2|EYES TO HEART
BAB 3|HEARTBEAT
BAB 4|DARK WORLD
BAB 5|PLAY GAME
BAB 6|SOMEBODY TO LOVE
BAB 7|DIRGAHAYU
BAB 8|ROSE
BAB 9|SILENCE
BAB 10|PRETTY LIES
BAB 11|NIKAH
BAB 12|WIND OF LOVE
BAB 13|BROKEN HEART
BAB 14|PROMISE
BAB 15|SECRET
BAB 16|SAVE HER
important

BAB 17|MIDNIGHT

183 13 0
By fierose_

“The moon is beautiful, isn't it sweetheart? ”

🔱🔱🔱

Arya terjaga dari tidurnya. Dahi Arya mula berkerut saat melihat sekeliling. Kemudian kedua anak matanya dapat meneka di mana dirinya sekarang ini.

Bilik ini.

Bilik yang membuatkan dirinya mengimbau kejadian lalu.

Arya bangun dari baring dan duduk di atas katil milik Mikael.

Yah, lelaki itu membawanya ke mansion ketika dia tertidur di dalam kereta.

Arya memandang kaki kanannya yang sudah di balut dengan perban elastis.

Arya mengeluh perlahan.

"Hilman—" bibir Arya menyebut nama lelaki itu. Fikirannya masih sedikit terganggu dengan kata-kata dari Mr. Zhao.

Apa yang perlu dia lalukan sekarang ini?

Dia perlu dapatkan jawapan yang kukuh untuk memuaskan hatinya dan untuk Hilman. Dia perlu balas dendam untuk Hilman, cinta lamanya yang sudah pun berakhir.

Suuurr–

Hembusan angin yang masuk ke dalam melalui ruang balkoni terus menyapa rambutnya.

Arya menyelak rambutnya ke belakang telinga lalu menoleh ke arah pintu yang terbuka itu. Langsir putih itu sudah berkibar perlahan.

Mata Arya mula mengecil memandang susuk tubuh seseorang di luar balkoni itu.

Dan jelaslah Mikael sedang berdiri di luar sambil merokok. Arya dapat lihat asap rokok saat Mikael menghembus perlahan.

Arya menoleh ke arah lain semula. Dia perlu tidur semula kerana tidak mahu berjumpa lelaki itu sekarang ini. Jam di dinding di pandang. Sudah pukul satu pagi.

"Dia masih tak tidur? " ujar Arya perlahan.

Arya tidak mahu berfikir banyak dan terus baring semula. Selimut di tarik menutup tubuhnya. Mata di pejam.

Tidak lama kemudian Arya membuka kelopak matanya. Hembusan nafas di keluarkan saat mendengar Mikael batuk kecil di luar balkoni itu.

Arya bangkit dari baring lalu turun dari katil. Dia berdiri perlahan dan cuba berjalan perlahan untuk pergi ke arah balkoni itu. Kakinya hanya terseliuh biasa dan tidak lah teruk sangat, jadi jangan risau.

Arya berjalan dengan terenjut-enjut.

Kini Arya sudah berada di sebelah Mikael, tidak terlalu jauh dan tidaklah terlalu rapat. Mikael yang sedang batuk kecil itu tidak sedar akan kehadiran Arya.

"Dah tahu rokok tu boleh membunuh, kenapa hisap juga? " soal Arya yang masih memandang ke hadapan.

Mikael yang mendengar suara Arya terus menoleh ke tepi. Dia tersentak kecil.

"Kenapa bangun? Pergi sambung tidur. Kaki kau pun belum sembuh" Arah Mikael dengan suara garaunya.

Puntung rokok itu segera di lenyekkan di dalam bekas ashtray lalu di letakkan di atas meja kecil di tepi balkoni itu.

Mikael meletakkan kedua tangannya di atas pagar besi balkoni itu. Merenung ke arah langit yang dihiasi dengan bintang.

Arya diam di sebelah Mikael. Tidak tahu ingin berkata apa.

Suasana sunyi seketika. Bunyi cengkerik menemani mereka.

Arya melihat orang-orang Mikael yang masih menjaga sekeliling kawasan mansion ini. Masih tidak tidur untuk menjaga keselamatan di mansion ini.

"Sweetheart–" kedengaran suara lembut Mikael mula menyapa ke telinga Arya. Arya memandang ke arah Mikael yang sedang merenung ke arah langit itu.

"Sebab dia kau sanggup ambil risiko?" soal Mikael. Arya masih diam memandang wajah Mikael. Dia masih dapat lihat anak mata lelaki itu yang berwarna hazel. Ianya seakan bersinar saat cahaya bulan menerangi malam itu.

"Sweetheart, are you still here? " ujar Mikael lagi lalu menoleh ke tepi memandang wajah isterinya itu.

Arya tersentak saat kedua mata lelaki itu merenungnya. Arya memandang ke hadapan semula. Dia menelan air liur.

Mikael ketawa kecil melihat wajah cuak Arya.

"Kenapa awak tanya? " soal Arya.

"Sebab aku nak tahu " jawab Mikael.

"Awak tak perlu tahu" balas Arya.

"Aku perlu tahu, sweetheart" ujar Mikael yang sudah pun berdiri rapat di sebelah Arya.

Arya tersentak kecil dan cuba menjauhkan jaraknya.

Pinggangnya di peluk oleh Mikael dari tepi.

"Don't move. I just want to touch you even for a second" bisik Mikael perlahan.

Arya terkaku di situ. Hatinya yang keras seakan lembut ketika itu.

"Arya, aku cuma mahu kenal kau dengan lebih mendalam. Just tell me, I want to hear it" ujar Mikael.

Arya diam seketika. Dia mula berperang dengan dirinya untuk membuat keputusan. Ianya sangat sukar untuk menceritakan sesuatu kepada seseorang yang baru datang dalam hidupnya.

Tetapi Mikael sudah menjadi suaminya. Dia perlu tahu kan?

Tetapi macam mana kalau dia sudah di ceraikan? Ianya hanya sia-sia sahaja bukan?

Arya memejam matanya dengan erat kemudian di buka semula. Keluhan kecil di keluarkan.

"Mikael, awak memang nak tahu ke sejarah saya? Kisah silam saya dengan Hilman" soal Arya.

"Yah, bagitahu aku" balas Mikael lalu melepaskan pelukkan itu. Dia ingin fokus dengan isterinya itu.

Walaupun dulu dia ada mengupah seseorang untuk melihat pergerakan Arya saat dirinya berada di luar negara, apa yang berlaku mungkin tak sama apa yang dia dapat.

Jadi dia perlu tahu apa yang terjadi pada Arya dulu hingga membuat Arya berubah sekarang ini.

"Okey, saya ceritakan... " ujar Arya dan dia mula menceritakan kisah silamnya saat bersama Hilman.

Masa bergerak dengan pantas.

Kini Arya sudah berhenti bercerita. Wajah Mikael di pandang untuk melihat reaksi lelaki itu.

Mikael angguk mengerti. Cuba memahami cerita yang di sampaikan oleh Arya.

"Jadi, sekarang kau cuba balas dendam untuk Hilman? " soal Mikael.

"Ya" balas Arya sepatah.

"Jadi apa rancangan kau? " soal Mikael lagi.

"Saya akan jumpa Mr. Zhao sebab dia akan–" Arya menutup mulutnya dengan tapak tangannya. Dia terlepas cakap. Itu adalah rahsia antara dia dengan Mr. Zhao.

"Dia akan apa? Jangan buat kerja gila lagi sweetheart, kau buat aku risau" balas Mikael yang kini sudahpun memegang kedua bahu Arya untuk menghadapnya.

Arya terasa mahu jatuh saat kaki kanannya terasa sakit. Mikael yang sedar terus memeluk Arya ke dalam dakapannya. Kepala Arya sudah mendarat di dada Mikael. Kedua mata Arya membulat besar.

"Err Mikael? " panggil Arya apabila Mikael masih tidak melepaskan pelukan itu.

"Arya–" panggil Mikael.

"Apa? " jawab Arya.

"Aku tahu aku bukan cinta pertama kau dan aku tahu kau tak nak benda buruk berulang semula" bisik Mikael.

Arya diam sambil mendengar degupan jantung Mikael. Jelas dengar melalui telinganya yang masih melekat di dada Mikael.

"Jadi, bagi aku peluang untuk hidupkan semula rasa cinta dalam hidup kau. Aku janji, kalau aku gagal. Aku akan lepaskan kau dalam hidup aku" sambung Mikael dengan serius.

Arya tersentak dengan ayat Mikael. Kata-kata itu benar-benar menusuk ke jiwanya.

Lelaki itu masih ingin merebut cintanya yang sudah pun tenggelam di dalam kegelapan.

Boleh ke lelaki itu kembalikan rasa bahagia itu semula?

Arya tersenyum kecil.

Dia hanya perlu berikan peluang sahaja bukan?

Dia ingin tahu sejauh mana lelaki di hadapannya ini berjuang untuk dapatkannya.

"Mikael, saya terima" balas Arya perlahan.

Mikael melepaskan pelukkan itu. Dia tidak tersalah dengar bukan?

"Kau terima? " soal Mikael serius. Arya ketawa kecil melihat wajah Mikael.

"Yah" balas Arya.

Mikael tersenyum lebar.

Peluang ini.

Peluang yang perlu dia gunakan sebaiknya.

"I love you sweetheart! " ujar Mikael dengan senang hati lalu mengangkat tubuh Arya ke atas. Mikael memeluk Arya dengan erat lalu memusingkannya.

"Mikael, turunkan saya! " Arya sudah terjerit kecil sambil memukul bahu suaminya itu banyak kali agar menghentikan perbuatan itu.

Dia malu sebab orang-orang bawahannya sedang melihat dari bawah!

"Okey okey sorry sweetheart" balas Mikael lalu menurunkan tubuh isterinya ke bawah semula dengan perlahan.

"Arya, aku cintakan kau dari dulu lagi" ujar Mikael.

"Dari dulu? " soal Arya.

"Yah dari dulu lagi" balas Mikael.

"Jangan cakap awak ni stalker saya" ujar Arya risau.

"Maybe? " jawab Mikael sambil mengangkat kedua bahunya ke atas.

Arya menelan air liur. Eh ghisau pulak dengan Mikael ni.

"Mana Adrian dengan Hayden? " soal Arya ingin menukar topik.

"Don't worry, aku suruh diaorang tidur sini. Aku masih belum selesai bincang dengan diaorang" balas Mikael.

"Bincang apa? "soal Arya ingin tahu.

"Nothing " balas Mikael lalu memeluk Arya dari belakang. Arya memegang pagar besi balkoni itu. Badannya terkaku lagi sekali saat Mikael memeluknya dari belakang.

Mikael meletakkan dagunya di sebelah bahu Arya.

"I'm trying to seduce you" bisik Mikael dengan suara serak basahnya.

"Mikael, saya rasa saya nak masuk tidur" balas Arya yang cuba untuk melepaskan pelukan itu.

"Okay okay, but please stay sekejap" pinta Mikael. Arya kini diam semula.

Mikael keluh perlahan. Mungkin dia akan cuba cara lain.

"Arya, kalau kau nak pergi mana-mana nanti berjaga-jaga dan bagitahu aku kalau ada benda mencurigakan " pesan Mikael.

"Kenapa? " soal Arya.

"Aku cuma risau musuh aku mula bertindak" jelas Mikael.

"Saya tahu jaga diri saya. Lagipun ada Adrian dan Hayden" balas Arya.

"Habis aku tak ada untuk jaga kau? " soal Mikael.

Arya diam mendengarkan itu. Tidak tahu membalas apa.

"Sweetheart, tengok dekat bulan tu" arah Mikael cuba menarik perhatiannya semula.

Arya memandang bulan penuh itu. Ianya cantik.

"The moon is beautiful, isn't it, sweetheart? " soal Mikael.

Arya tersenyum nipis.

"I know it" balas Arya.

Mikael mencium pada atas kepala Arya sekilas.

"I will love you forever, my sweetheart" bisik Mikael dengan lembut.

Dia tersenyum bahagia bersama perempuan yang di cintainya.

Mata hazel milik Mikael bersinar di bawah cahaya bulan itu.

Malam itu entah kenapa mereka berasa bahagia.

Andailah rasa kebahagiaan itu boleh berkekalan lama.

Andailah mereka berdua mampu mempertahankan hubungan mereka.

Andailah—

.
.
.

p/s: thanks vote <3

Continue Reading

You'll Also Like

29.1K 3.6K 28
U+Z ဒီနေ့မင်းလွင် + ဒီယောရာဇာဓိရာဇ်
34.3K 1.2K 82
Coming Into Your World I Fell In Love With You| "I'm...In love with someone who's in a TV show?! And he's not even in the show he's supposed to be a...
2.2M 69.4K 95
Previously called Older Brothers Part 1 Completed (Alternate version) part 2 Ongoing "T-trust me?" "Always." It was the promise that they were never...
399K 9.6K 36
The Giovanni's are the Italian Mafia. It is the most powerful mafia. For 8 generations the family have been trying to have a princess in the family b...