[C]DEAR,MR CRUSH

By nrhaylaaa

186K 13.3K 1.9K

Karya ketiga Adam Suhail *Ditulis pada tahun 2020* Tersuka tanpa sengaja?clishe! Tapi itu lah kisah hidup Ima... More

INTRODUCING
(1) Qaidhar×Iman
(2) Qaidhar×Iman
(3) Qaidhar×Iman
(4) Qaidhar×Iman
(5) Qaidhar×Iman
(6) Qaidhar×Iman
(7) Qaidhar×Iman
(8) Qaidhar×Iman
(9) Qaidhar×Iman
(10) Qaidhar×Iman
(11) Qaidhar×Iman
(12) Qaidhar×Iman
(13) Qaidhar×Iman
(15) Qaidhar×Iman
(16) Qaidhar×Iman
(17) Qaidhar×Iman
(18) Qaidhar×Iman
(19) Qaidhar×Iman /END
NEW STORY!

(14) Qaidhar×Iman

6.2K 627 67
By nrhaylaaa

"i'm sorry:) please, jangan buat aku macam ni,Iman"

Dia mengeluh lemah. Kad ditangannya dimasukkan ke dalam sling bag lalu bunga yang berada di atas meja juga dia menyumbat masuk ke dalam begnya

Baru saja hendak menapak pergi daripada situ,tiba tiba susuk tubuh seseorang menghalang. Dia mula berdecit geram. Kepala mendongak melihat empunya badan

"Kenapa?" Riaksi matanya bertukar renungan malas seolah menunjukkan tidak suka dengam kehadiran lelaki itu

"Aku rasa bersalah dengan apa yang aku buat. Please Iman,maafkan aku"

"Eii pergi sana lah. Saya taknak jumpa awak!" Marah Iman. Dia cuba kekiri namun susuk tubuh itu menghalangnya

"Aku cuma nak kau maafkan aku je. Kalau tak---"

"Kalau tak apa?awak nak cekik saya?ke nak bunuh terus?kan awak benci sangat dengan saya..." perli Iman

"Boleh juga,ehh tak maksud aku berdosalah. Kalau tak berdosa dah lama aku buat" Selorohnya

"OK" 

"Eh Iman,aku gurau je..." dia menarik beg Iman apabila gadis itu mula berjalan pergi. Terundur gadis itu ke belakang

"Apa lagi awak ni?saya tak kacau awak dah..apa lagi yang tak puas hati?ke awak nak saya pindah uni ni terus?" soalnya. Garang!

Qaidhar terdiam sebelum dia mulakan percakapannya

"Aku cuma nak minta maaf. Please,Iman. Aku tak tenang selagi kau tak maafkan aku"

Iman diam mencerna ayat lelaki itu. Dia merenung sekilas wajah Qaidhar. Riak wajah lelaki itu jelas menunjukkan kekesalan  

"Okey fine. Saya maafkan awak. Tapi awak kena janji dengan saya yang awak takkan cakap macam tu lagi dan layan saya dengan baik. Promise?"

Qaidhar mengeluh perlahan

"Ye lah. Aku janji aku takkan tinggikan suara lagi dan tuduh kau macam macam---"

"One more!"

"Apadia lagi?betul lah aku sebut tu"

"Awak takkan layan saya kasar lagi"

"Okey fine!"

Iman tersenyum kecil. Tanpa menunggu,dia berjalan meninggalkan Qaidhar. Sebelum itu sempat dia melambai pada Qadihar

Eleh












































Suasana hospital pada pagi itu kelihatan sesak sekali. Dengan orang yang datang tak henti henti untuk check up kesihatan mereka. Tetapi perkara itu semua langsung tidak menganggu lamunan panjang Iman Inara

Pap!

"Jauh termenung!" Sergah Qayeed

"Ish abang ni!suka betul menyergah. Tak pepasal Iman pula yang masuk bilik doktor kang"

Qayeed tersengih tak bersalah

"Doktor cakap apa?"

"Keracunan makanan" ujar Qayeed

Iman mencebik. Dah agak!

Sejak semalam,abangnya itu kerap muntah dan cirit birit. Bila dia cakap...

"Abang keracunan makanan ni"

"Tak lah. Abang jaga makan okey!"

Lalu adik beradik itu mula bertikam lidah

Si abang sedaya upaya menindakkan tetapi si adik pula ingin membenarkan kata katanya. Ah lantak korang lah

Qayeed tayang barisan giginya

"Nasib je tu" 

"Lantak abanglah. Dah jom balik. Ke abang nak bermalam dekat hospital ni?" sempat dia memerli Qayeed sambil bibirnya terlakar senyuman sinis

"Tch. Kurang ajar budak kecil ni" 

Kelekuk!

"Auch sakitlah!" marah Iman. Dia mengusap kepalanya dia sudh elamat disekeh oleh Qayeed

"Dah lah bye. Benci abang" Tanpa menunggu,dia terus berjalan ke arah pintu keluar. Menyakitkan hati

Qayeed yang berada di belakang tergelak kecil lalu mengikut langkah Iman

"Iman---" 

Mereka berdua mematikan langkah apabila terdengar seseorang menyeru nama Iman

"Awak buat apa dekat sini?sakit lagi ke?" seorang wanita melangkah ke arah Iman dengan riak wajah risau

Gadis itu mati kata. Mulutnya terkunci mahu menjawab persoalaan daripada doktor itu

"Sa-ya---"

"Doktor kenal adik saya ke?" Celah Qayeed. Empat pasang mata itu mengalih ke arahnya

"Kenal je dia pesak---"

"Saya datang ni sebab abang saya kena food poisoning" potong Iman

Doktor Syafia terdiam sebentar sebelum mengangguk mengiyakan

"Doktor tak busy ke?selalunya doktor lah yang paling sibuk kalah menteri" gurau gadis itu

Doktor Syafia mencarik senyum kecil. Barangkali tercuit dengan gurauan Iman

"Sekarang waktu lunch. Saya lapar. Itu yang keluar ni,nak cari makanan" 

"Oh,kalau takde apa apa saya balik dulu ye,doktor. Abang saya dah tak larat tu" ujar Iman cuba mengelak

Tak mustahil jika dia berborak terlalu lama dengan doktor itu semuanya akan terbongkar. Oh no,dia masih tiada kekuatan untuk beritahu abangnya. Biarlah dia sendiri yang memberitahu Qayeed apabila dia sudah bersedia. Lagipun ni antara hidup dan mati...

"Okey. Hati hati jalan" pesan Doktor Syafia

Setelah itu masing masing mula beredar pergi ke lokasi masing masing

.

.

.

Suasana di dalam kereta mula bertukar sepi. Bagi Iman dia hanya selesa dengan suasana itunamun tidak pula bagi Qayeed. Pelbagai soalan yang berlayar di kotak fikirannya. Mahu bertanya pada Iman dia takut gadis itu terasa dan memberontak pula. Memanglah Iman agak lemah lembut tapi mana la tahu kan tiba tiba dia menyoal soalan yang tah apa apa tiba tiba adiknya bertukar menjadi harimau

K. merepek!

"Macam mana adik boleh kenal doktor tadi?" Soal Qayeed memecah kesunyian

"Hah?"

"Abang tanya,macam mana adik boleh kenal dengan doktor tadi?and why she asked you about your health?did something happened before?!"

Mulutnya terkunci rapat. Suara pula bagaikan tersekat di kerongkong. Ah!

"Apa aku nak jawab ni?!" Bisik hatinya

"Iman" nada suara lelaki itu mula keras memanggil

"Er---dia doktor Iman. H-haritu Iman batuk. Itu yang dia tanya Iman sakit lagi ke tak" bohongnya

Ah Iman kau menipu!

Qayeed memincing matanya ke arah Iman. Was was untuk mempercayai jata kata adiknya

"Are you sure?tak tipu abang kan?!" 

"Betul lah. Buat apa Iman nak tipu pula?bukannya dapat faedah pun" ujar dia yakin

"Sorry,abang" gumamnya

"Good. Remember,Iman. Jangan pernah tipu abang. I'm not stupid like you think"

"Ye,Iman tahu"

Qayeed tersenyum penuh makna. Saja je menakutkan Iman. Halah halah

"Before sampai rumah,kita singgah makan dulu eh. Abang lapar" 

"Alaa tak boleh ke kalau terus balik?" 

"Abang nak juga makan dekat luar. Dah lama kita tak makan sekali" pujuk Qayeed

Iman mencebik. Lama lah sangat padahal minggu lepas baru je Qayeed ajak dia makan malam dekat luar

"Kalau---"

"Okey okey,abang belanja" 

"Yey. Itu yang Iman nak dengar"

Qayeed menggulingkan bebola matanya. Hampeh!




























Sebuh kereta mewah itu berhenti betul betul dihadapan rumah banglo itu. Kelihatan seorang gadis yang berdress labuh mengatur langkah ke arah kereta itu. Tubuh diboloskan di bahagian penumpang hadapan lalu kereta itu mula beredar pergi membelah jalan raya

"Erm you..."

"Hm" lelaki itu hanya membalas gumam perlahan

"Kita singgah makan dulu eh?I lapar lah. Mama belum masak lagi tadi" 

"And then nak suruh aku buat apa?dah tahu lapar masak lah sendiri. Kau bakal jadi isteri aku,Hani. Aku tak suka kalau kau tak pandai buat kerja rumah" dingin nadanya 

Perempuan itu terdiam. Sentap mungkin dengan kata kata Qaidhar

"Tak payah nak acah sedih sangat. Aku tak terperdaya pun dengan lakonan kau" 

Hani mendengus benci. Ada saja kata kata lelaki itu membuatkan dia sakit hati. Tak pernah sekali pun lelaki itu cakap elok elok dengannya

"Kita singgah makan dulu" Kereta itu terus membelok ke arah simpang yang tertulis medan selera

.

.

.

.

.

Matanya ralit menilik ruangan restoran itu. Tanpa sedar bibir tercebik tanda dia tidak selesa dengan tempat itu

"Masuk!" Keras suaranya

"Takde tempat lain ke?I tak selesa lah makan sini..." Rengek Hani gedik

"Kenapa pula?kau geli?"

Hani mengangguk laju

Ternaik hujung bibir Qaidhar. Tch!dia tak tahu ke aku lagi geli dengan dia?!

"Suka hati kau lah. Aku lapar. Kalau kau tak selesa pergi makan kedai lain" dengan selamba dia terus mengatur langkah ke arah pintu masuk

Baik simpan duit daripada pergi restoran mewah. Walaupun dia datang daripada keluarga berada,tak bermaksud dia hanya makan di restoran 5 star je. Kedai mamak pun dia bantai. Janji kenyang dan halal!

"Ish you!" Kaki dihentak geram lalu dengan terpaksa dia mengikut langkah Qaidhar

































Goodnite semua,sorry for late updated. Sorry again cause author tak sempat blas comment korang. Author blas yang mna author mampu,okey❤️

Continue Reading

You'll Also Like

1.4K 167 16
Daniel Fernando Seorang jejaka tampan bermata kelabu yang kaya raya mempunyai kacukan Italy dan Spain berumur 25 tahun.Memiliki Syarikat penerbangan...
669K 33K 70
Zafran Aidil seorang penulis yang tidak terlalu serious dan tidak suka dengan populariti. walaupun dia seorang penulis, tetapi tidak ramai yang menge...
18.2K 667 23
"kenapa awak kahwin dengan saya?" Mia Armanda "Sebab bapak kau" Tengku Aiman Adryan "Tapi-" "Tapi apa? Aku memang jahat tapi bab perempuan aku Masih...
450K 15.1K 73
𝕶𝖆𝖗𝖞𝖆 𝖕𝖊𝖗𝖙𝖆𝖒𝖆 RAYDEN ARRAYAN Seorang jejaka tampan yang cukup digeruni banyak pihak. Dingin bak ais beku. Pertemuannya dengan gadis cant...