Penawar Kasih Pawana | C

By hanihisbiscus

31.5K 2.4K 429

๐’๐ฒ๐š๐Ÿ ๐ˆ๐ง๐š๐ฌ | ๐€๐ง๐š๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐Ÿ๐ข๐ณ๐š ๐‡๐š๐ซ๐ซ๐ข๐ณ ๐”๐ฆ๐š๐ข๐ซ | ๐…๐ข๐ž๐ง๐š ๐€๐ซ๐ข๐ฌ๐ฒ๐š Manis bicara... More

PROLOG
Bab 1
Bab 2
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 62
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
Bab 70
Bab 71
Bab 72
Bab 73
Bab 74
Bab 75
Bab 76
Bab 77
Bab 78
Bab 79
Bab 80
EPILOG I
EPILOG II

Bab 3

599 60 32
By hanihisbiscus

KEBENARAN cuti sakit Anan diterima. Alia memaklumkan kepada Anan yang tersandar lesu di lantai bahagian kaunter. Mujurlah masih belum ada pelanggan di pagi hari ni. Kata-kata bos masih terngiang-ngiang dalam benaknya tatkala dia memberitahu keadaan Anan.

“Itu budak Anan, saya sudah cakap ambil satu syif supaya badan dia dapat rehat. Tapi budak tu banyak degil, saya pula tak sampai hati masa dia rela hati kata sama saya mahu overtime jadi setengah hari bekerja tiap kali tak cukup pekerja. Alia, beritahu sama Anan, saya beri dia cuti tiga hari. Biar itu badan pulih macam biasa. Nanti saya inform kat lain untuk cover Anan.”

Tidak memasal dia pula dinasihatkan. Maka, Alia dengan berbesar hati menyampaikan mesej murni bos  kepada Anan. Bahkan, lenggok bahasa  turut ditiru sama menghayati penyampaian tersebut. Biasalah bos cina jadi bahasa terlebih baku. Dramatik!

“Begitulah kisahnya, sekian. Jadi Fiza, kau cuti tau. Jangan paksa diri kau, kalau penat just inform kat kita orang. Kau tu manusia Anan, bukan robot manual yang dah ditetapkan,” kata Alia. Bahu kiri Anan ditampar mesra.

Alia membantu Anan untuk berdiri. Dia memaut Anan sehingga bahagian motorsikal Anan ditempatkan. Anan terhuyung-hayang hampir terjatuh sempat berpaut pada pemegang pacuan dua rodanya. Tangan diangkat gaya berikrar pada Alia sebagai tanda dia baik-baik sahaja.

Seraut wajah Anan diperhatikan dalam-dalam oleh Alia. Bibir tipis itu tetap utuh mengoyakkan senyuman menutupi kedukaan sebenar. Hal ini membuatkan jiwa Alia tersiat. “Boleh ke kau nak balik ni, Fiza? Anyway, get well soon dan jangan lupa roger akak bila dah sampai rumah,” pesan Alia.

Anan jatuhkan kepala. “Insya-Allah, Anan boleh. Sebenarnya, Anan rasa lagi comel kalau Kak Lia gelarkan diri sebagai akak,” tuturnya jujur.

Somehow, aku rasa nak main peranan sebagai seorang kakak kepada adiknya. Memang kita tiada pertalian darah tapi kita sesama muslim kan saling bersaudara. Lagipun, of course tu fakta yang akak memang comel,” jawab Alia tulus dan yakin. Anan meledakkan tawa kecil dengan kenyataan tersebut. Hatinya dijentik perasaan terharu.

Gugusan kunci di dalam poket seluar dikeluarkan. Dalam masa sama, telefon pintarnya berdering membuatkan Anan pantas mengambil gajet empat incinya. Anan menggesek ikon hijau pada skrin bagi menjawab panggilan.

Tidak semena-mena gegendang telinga dijamah maki-hamun dan tangisan nyaring anak buahnya tatkala talian berjaya disambung. Anan menjauhkan sedikit telefon sebelum ditekapkan kembali pada deria pendengarannya. “Budak lembab, belikan susu anak aku dan lampin dia. Apa benda barang dalam rumah ni semua dah habis? Bukan semalam kau dah keluar pasar ke asal barang anak aku tak dibelikan sekali, bodoh?”

“Maafkan Anan, kak. Anan terlupa. Nanti Anan singgah kedai runcit ya? Lagipun waktu macam ni kedai belum buka, tunggu tau. Sementara tu pujuklah anak buah Anan, risau kena sawan tak berhenti-henti menangis,” balas Anan.

Alia sedari tadi memerhatikan sekadar mengherotkan bibir. Ingat dia tak dengar kalau orang di sana bercakap terpekik terlolong macam nak terkeluar anak tekak aje gayanya? Haih, minta pertolongan tapi caranya kasar dan tidak beradab langsung.

Anan mematikan talian. Nafasnya berjeda. Rambut disebak ke belakang dan retina mata menala pada langit pagi. Bunyian burung saling berkicauan menyapa telinga dan kenderaan mulai sesak membelah jalan raya kelihatan.

“Kau okay?”

Bibir menguntumkan senyuman kelat. “Anan okay, akak pun baliklah juga. Dah tamat syif kan, rasanya Encik Qai dah sampai untuk gantikan tempat akak.”

Akur. Alia menjengil mata sebelum beredar pergi kepada Anan sebagai tanda amaran agar mengikuti nasihatnya.

“Ya kak, Anan akan terus balik.”

Lega. Biarpun hujung minggu ini Anan sepatutnya menghadiri kelas fardu ain di masjid berdekatan tetapi kesihatannya tidak menngizinkan.
Bekerja itu bukan sekadar menghambakan diri pada pekerjaan dunia. Anan juga mahu mengerjakan kewajipannya sebagai seorang muslim. Menuntut ilmu waima apa cara sekalipun. Dia lebih sanggup berehat di masjid berbanding rumah sendiri. Hakikatnya kerana dia tahu jikalau berada di sana hanya kesakitan yang bakal diterimanya.


LANGKAH kaki longlai memasuki rumah. Anan membawa barang yang dipinta oleh kakaknya dengan senyuman gerit lantas diletakkan di atas meja makan. Dia turut mengambil segelas air dan sepapan ubat panadol dari kabinet dapur sebelum memasuki kamarnya. Ruang tamu yang bersepah sekadar dibiarkan buat sementara waktu.

Anan merebahkan tubuh pada tilam. Pomade di birai katil dialihkan lantas dimasukkan ke dalam beg sandang. Nasib Anan baik kerana tiada sesiapa masuk ke dalam bilik tidurnya. Matanya kuyu mencapai telefon pintar bagi menghantar mesej bahawa dirinya tidak dapat menghadiri kelas.

Papan ubat dibuka dan diambil satu pil lalu dimasukkan ke dalam mulutnya. Kemudian, Anan menyuakan bibirnya pada bibir gelas dan meneguk perlahan walaupun kerongkongnya terasa perit. Kepalanya berpusing dengan rengkung dada memberat seperti dihempap batu tan.

Anan merebahkan batang tubuh pada tilam pipihnya dan mulai memejam kelopak mata. Hampir lima belas minit berlalu, dia masih tidak mampu melelapkan mata biarpun kepenatan sudah mencapai tahap maksima. Bagaimana jikalau dia mati tatkala diri dinodai dosa? Cukup pula amalannya sedangkan kewajipan menutup aurat pun tidak lepas.

Jerih. Allah, dia letih untuk berbalah dengan diri sendiri. Berkecamuk fikirannya. Selimut ditarik lagi menutupi seluruh tubuhnya. Sejuk.

Saat lena baru menjemput dirinya, daun pintu ditolak kasar oleh seseorang dari luar. Keluhan berat dilepaskan. Apa lagi orang tua ni nak?

“Eh Anan, kau membuta waktu macam ni? Pergi kerjalah budak tak guna. Apa kau fikir ni rumah kau?” Puan Ina berkata melepaskan peluru pandu berapi.

“Memang bukan rumah Anan tapi Anan yang bayar duit sewa setiap bulan,” balas Anan di luar kesedarannya. Tika ini ada sesuatu mengawal dirinya sehingga setiap diksi pedas Puan Ina dijawab selamba.

“Anan, kau jangan nak bersenang lenang dalam bilik macam puteri raja, kau bangun sekarang. Rumah ni dah serupa tempat pelupusan sampah. Baik kau kemas sebab mata aku sakit tengok,” arah Puan Ina dengan suara lantangnya. Pintu dihentam berkali-kali pada dinding. Aduh, ingat tu kabel ke tahan kukuh kalau dihentak bagai nak rak. Lagi satu, bila masa dia jadi puteri kalau dirinya dilayan tidak ubah seperti bibik tanpa gaji di rumah ini? Malah segala keperluan dia juga sediakan.

“Tch.” Anan mendecit halus. Masalahnya dia dua puluh kali ganda semak tengok keadaan rumah yang hampir setiap hari tunggang-langgang macam perompak pecah masuk.

Sungguhlah, penghuni rumah ini tiada hati perut kepadanya walaupun sebesar zarah. Anan sedar Puan Ina membesarkan dia selama bernafas di muka bumi penuh kejam sejak kejadian dia hilang tempat bergantung meskipun sekadar cacian dan makian menjadi makanan sehariannya. Anan lali. Mungkin hatinya kebal tanpa perasaan. Seringkali direndah-rendahkan tetapi Anan cuba kentalkan sekeping hatinya yang parah dan rapuh.

“Kau menjawab ke Anan? Siapa ajar kau untuk pandai melawan cakap aku?!”

“Orang malas nak bertekak macam kurang siuman. Tunggu Anan sihat baru kita gaduh ya, bu?” jawab Anan antara dengar tak dengar. Dia betul-betul tak larat jadi tolonglah faham situasinya kendatipun peratusan untuk diberi peluang tersebut amatlah tipis. Air liurnya terbazir bagai mencurah air ke daun keladi sahaja.

“Aku kata bangun lah kotor, budak tak kenang budi.” Puan Ina meluru ke arah Anan yang terlantar lemah di katil usangnya. Meluap-luap sepasang mata tua itu lantas menarik selimut nipis yang membaluti sekujur tubuh Anan. Dia menolak tubuh Anan sehingga tergolek dari katil. Bunyi hentakan tulang-temulang seperti mahu patah apabila tubuhnya bertemu lantai simen.

Gedebuk!

Sejurus itu, serumpun rambut Anan pula menjadi mangsa. Dijambak kuat membuatkan urat kepalanya terasa terik.

Puan Ina masih tidak berpuas hati. Dia telah dirasuki amarah syaitan lalu kaki Anan dipijak geram. Jeritan nyaring Anan meletus dari celahan bibirnya.

“Kau jangan nak biadap Anan. Aku yang bela kau dari budak hingusan sampai besar panjang tapi kau menjawab. Kau fikir aku hamak sangat ke? Ini yang kau perlu tanggung, balas budi aku,” ujar Puan Ina.

Air mata mengalir lesu dari ekor mata yang terkatup layu. Anan tiada niat mahu melawan. Lelah. Dia cuma menagih secubit masa agar tubuhnya diberi rehat yang secukupnya.

“Kau dari dulu lagi menyusahkan hidup orang tau, Anan.” Puan Ina melepaskan tangan dari rambut Anan lalu menunjal dahi licin tersebut berulang kali. Tersentak-sentak Anan menerima kesakitan tersebut.

“Stres aku. Boleh naik kadar darah tinggi dalam badan aku tengok kau ni,” kata Puan Ina. Dengusan kasar dilepaskan kasar serupa lembu mengamuk. Puas melepaskan rasa amarah berbuku di dada, Puan Ina meninggalkan Anan dalam keadaan sebegitu.

“Anan akan sentiasa maafkan ibu,” tuturnya lirih bersama senyuman nanar. Sakit luaran tidak sesakit dalaman. Anan tidak mampu menyakiti dirinya sendiri maka perlakuan Puan Ina ini mengurangkan serba-sedikit keperitan yang dialami. Bukan psiko cuma dia lagi sanggup disakiti fizikal daripada bait bicara seseorang. Kerana lidah yang menuturkan kata-kata itu lebih tajam daripada mata pedang.

A tongue has no bones but it is strong enough to break a heart. Be careful with your words.

Seperti ditikam berkali-kali tapi tidak mati. Lukanya tanpa darah namun kesan parut berbekas di hati. Bagaimana cara merawat pilu bertakhta di sini?

Wahai nurani.

Bagaimana keadaan kamu bersemadi dalam perih tidak berpenghujung?

Benarkah ada bianglala menanti selepas rintikan mutiara dari mega?

Sungguh, sarat sudah air yang dikandung menunggu detik menumpahkan isinya.

Aku awan, Anan.

Bilakah pula masa aku bakal menjadi angin?

Membawa segalanya bercempera pergi bagai desiran bayu?

Sepertimana kadangkala ganas memukul diri dan juga damai menyapa setiap inci epidermis ini.

Aku masih di sini, Nurfiza.

Kedua-duanya ialah dia, Anan Nurfiza.

Continue Reading

You'll Also Like

483K 24.3K 59
๐—ฅ๐—ผ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฒ๐˜€ โ€ขยฐ. *เฟ ยซ2๐ง๐ ๐๐Ž๐Ž๐Šยป ยฉ2021โ€ข แถœแต’แตแต–หกแต‰แต—แต‰แตˆ หš เผ˜โ™ก ยทหš๐€๐ƒ๐˜ ๐€๐’๐‡๐‘๐€๐… ๐— ๐€๐‘๐ˆ๐€๐๐€ ๐€๐“๐ˆ๐‹๐ˆ๐€หš เผ˜โ™ก ยทหš Adi Ashraf dan...
257K 10.8K 65
[The E's Family vol.2] Bodoh? Memang itu yang Clarissa gelar dirinya sehingga hari ini. Lima tahun lalu.. "Ok! Saya bayar.." -Clarissa Haura- Tatka...
313K 14.2K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
870K 45.4K 48
GTR ? Ferrari ? Lamborghini ? Audi ? BMW ? McLaren? Porsche ? Hah, semua tentang kereta, boleh beri kepada Daniela Arielya. Daniela Arielya. Gadis y...