Mrs. Hayden Iskandar [ON-GOIN...

By lylylyyyyyyyyy

1.5K 206 14

Tengku Hayden Iskandar Bin Tengku Yusuff. Tak pernah pula terlintas dalam kepalanya soal wanita mahupun soal... More

Chapter 2 - ๐Ÿ’Œ
Chapter 3 - ๐Ÿ’Œ
Chapter 4 - ๐Ÿ’Œ
Chapter 5 - ๐Ÿ’Œ
Chapter 6 - ๐Ÿ’Œ
Chapter 7 - ๐Ÿ’Œ
Chapter 8 - ๐Ÿ’Œ
Chapter 9 - ๐Ÿ’Œ
Chapter 10 - ๐Ÿ’Œ

Chapter 1 - ๐Ÿ’Œ

351 30 1
By lylylyyyyyyyyy

••

Pintu bilik air dibuka dari dalam. Seorang wanita yang sedang mengelap rambutnya keluar dari bilik air sambil mulutnya bergerak menyanyikan lagu kegemarannya.

"Nah to the ah to the, no, no, no." Lagu No by Meghan Trainor dinyanyikan sambil tangannya mencapai sikat diatas meja solek.

"Aurellia Clarissa! Dah siap ke belum ni?!" Hampir tercampak sikat di tangan apabila pintu bilik tidurnya diketuk kuat.

"Abang!Terkejut lah Aurel!Bagilah salam dulu lain kali."Marah Aurellia.Nasib baik dia takde sakit jantung, kalau tak dah lama 'jalan'.

"Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakahtuh adikku." Aurellia mencebikkan bibirnya apabila mendengar sindiran abangnya disebalik pintu.

"Hish, abang ni nak apa? Kacaulah Aurel tengah siap. Nanti kang lambat, marah pula." Bebel Aurel yang sedang membetulkan awning tudung bawalnya. Masa nilah nak cari pasal.

"Hoi, kau memang dah lambat tau sekarang ni! Aku cakap pukul berapa? 10.30 pagi kan? Sekarang dah pukul 11.00 pagi Aurel oi! Kau nak aku berjanggut ke tunggu kau ni?" Daniel melangkah masuk ke dalam bilik adiknya. Saja nak kacau adiknya bersiap.

"Orang tahulah. Tengah siap lah ni. Abang buat apa pula kat sini? Keluar lah. Serabut lah ada abang kat sini." Kata Aurellia lagi. Dahlah sakit kepalanya melayan awning tudung yang asyik jatuh je ni.

"Aku tak kacau kau pun Aurel. Siap jelah, bukannya aku nak tarik tudung kau pun." Sejahat - jahat Daniel terhadap adiknya pun, takdelah sampai dia nak tarik tudung Aurellia. Dia pun tahu betapa susahnya nak buat awning cantik macam tu.

"Apa apa jelah. Bang, Mama dengan Papa ikut ke balik kampung ni?" Akhirnya siap juga dia membetulkan awning tudungnya. Tinggal untuk dikemaskan sahaja lilitan tudungnya ini.

"Manalah aku tahu. Aku ni bukannya PA Mama dengan Papa pun. Kalau diorang ada kat kampung pun, diorang balik jelah terus, takdenya nak singgah sini dulu." Kata Daniel. Aurellia tersenyum hambar. Lama sudah dia tidak berjumpa dengan Mama dan Papanya.

"Abangggg, tolonglah bawakan beg Aurel ni. Aurel nak pakai kasut ni." Kata Aurellia apabila Daniel selamba keluar dari biliknya.

"Kau fikir aku kuli kau ke? Takde takde. Bawa sendiri. Dahlah lambat, banyak songeh pula tu. Aku tunggu kat bawah, kau tak turun lagi 5 minit, kau balik kampung naik grab." Daniel terus berlalu meninggalkan Aurellia yang pasti sedang panas hati dengan arahannya.

"Aduh, ada abang tapi macam takde abang." Bebel Aurellia sendirian sambil kakinya terkial - kial melangkah menuju ke lift rumah untuk turun ke tingkat bawah. Nafas lega dilepaskan apabila dia berjaya membawa beg bagasinya ke dalam lift.

"Abang!!" Aurellia terus berlari anak apabila melihat Daniel yang sedang masuk ke dalam kereta. Kadang - kadang perangai Daniel ni pun tak boleh agak.

Setelah memasukkan beg bagasi serta beg - begnya yang lain ke dalam bonet kereta, Aurellia terus memasuki kereta. Dia menjeling Daniel di sebelah yang hanya membuat muka selamba seperti tidak membuat apa - apa kesalahan.

.

"Kau nak singgah RnR tak?" Tanya Daniel tiba - tiba. Aurellia yang sedang tidur itu bangun mengejut apabila suara Daniel memecah kesunyian.

"RnR ? Taknak lah bang. Terus jelah balik kampung,nanti lambat sampai." Kata Aurellia sambil mengeliat. Sedapnya tidur, kacau je Daniel ni. Terkejut dibuatnya.

"Buat apa aku tanya kau. Aku yang drive, aku tak perlukan jawapan kau pun. Saja je tanya sebenarnya." Kata Daniel lalu stereng kereta dibelokkan ke simpang menuju ke RnR.

"Kau nak tunggu dalam kereta ke apa? Aku ni nak pergi tandas, lepastu nak lepak makan makan dulu. Aku tak kisah kau nak mati mereput ke dalam ni. Aku tanya sebab kesian je." Tanya Daniel sambil melepaskan tali pinggang keledar.

"Abang ni jangan jadi annoying boleh tak? Patutlah single." Marah Aurellia. Dahlah dia sakit kepala, nak layan pula ayat sarkastik Daniel ni lagi.

"Eh kau. Dalam hal ni takde kena mengena kenapa aku single eh. Ah, suka hati kaulah mati kat sini. Kisah apa aku." Daniel terus keluar dari kereta. Aurellia kelam kabut mencapai beg tangannya sebelum ikut Daniel keluar dari kereta.

.
Aurellia melangkah ke hulu hilir mencari Daniel. Sebaik sahaja dia keluar dari tandas tadi, dia terus sahaja menelefon Daniel bertanyakan keberadaan 'abang kesayangannya' itu.

Dan... sekarang ni dia sedang mencari di mana Daniel Leon Tan Sri Casper Loey.

Sekali lagi, nombor Daniel ditekan. Panggilan tidak terjawab.

"Mana pula abang pergi ni? Aku ni dahlah sakit kepala. Boleh pula dia main sorok sorok dengan aku." Bebel Aurellia sendirian sambil matanya masih melekat di screen telefon. Chat Daniel pula ditekan.

Masih, tiada balasan message dari Daniel.

"Abang ni kena culik ke? Takkanlah kena culik kot. Sedabak besar macam tu, macam mana nak culik." Aurellia bermonolog sendiri. Tanpa sedar, kakinya berjalan tanpa tujuan.

'Bush'

"Oh My God" Aurellia menyapu mukanya yang telah ditumpahi cecair. Perlahan - lahan matanya dibuka. Matanya dijamah dengan seorang lelaki berdiri di hadapannya sambil memegang satu cup air yang sudah kosong manakala di sekeliling mereka ramai yang sedang memerhati.

Matanya masih tidak lepas memandang cup air yang sudah kosong itu. Bukannya taknak mengalihkan pandangan. Tetapi dia malu! Malu menjadi tontonan umum. Dahlah habis basah mukanya terkena air. Nasib baik air sejuk, kalau air panas tadi. Naya je dia.

"Cik, I'm so sorry" Aurellia perlahan lahan mengalihkan pandangannya kepada lelaki di hadapannya. Rasa malu dibuang tepi. Sekarang ni, dia rasa nak lempang je muka lelaki di hadapannya ini. Walaupun mulutnya sudah mengucapkan 'i'm sorry' tetapi mukanya seperti tidak memaksudkan perkataan yang diucapkannya tadi.

"Itu je? Eh, encik. Awak dah malukan saya tahu tak? Habis basah muka saya. Tudung saya ni. Lagi satu, muka awak tu boleh ikhlas sikit tak? Ini awak buat je muka beku awak tu. Awak fikir awak handsome ke buat muka macam tu? Hati saya ni yang panas tahu tak?" Sembur Aurellia. Dia gantikan perasaan malu dia tadi dengan perasaan marah. Memang padanlah lelaki tu kena dengan dia.

"Cik, tadikan saya dah minta maaf. Berkaitan dengan muka saya ni, saya pun tak boleh nak buat apa. Apa - apa pun, saya pergi dulu." Kata lelaki itu dengan suara mendatar sebelum pergi meninggalkan Aurellia sendirian.

"Tunggu! Awak still ada audacity tanpa buat apa - apa kecuali minta maaf?" Aurellia mempersoalkan lagi tindakan lelaki itu. Lantak dialah.

"Cik, saya ni tengah nak cepat. Takpelah, saya bagi sapu tangan saya. Cik simpan je. Tak payah pulangkan. Saya memang betul - betul nak cepat. Saya pergi dulu." Kata lelaki itu seraya mengeluarkan sehelai kain sapu tangan dan diserahkan kepada Aurellia sebelum melangkah pergi.

Aurellia membelek sapu tangan tersebut sebelum dilap mukanya dengan sapu tangan itu. Wangi! Bau minyak wangi lelaki tadi ke? Bau maskulin. Mata Aurellia tertancap kepada satu nama yang dijahit ditepi sapu tangan itu.

'THI'

"THI? THI ni apa? Macam nama channel astro je." Kata Aurellia. Tiba - tiba telefon di tangannya berdering kuat. Tertera nama 'Daniel sewel👯‍♀️' . Segera ditekan butang hijau untuk diangkat.

"Abang! Abang kat mana ni? Penat tahu tak Aurel tunggu abang. Abang saja je kan nak kenakan Aurel?" Aurellia tidak memberi peluang langsung kepada Daniel untuk memulakan percakapan.

"Eleh, kalau aku nak kenakan kau, aku tinggalkan kau je kat RnR ni. Alah, tadi aku terlupa pasal kau sekejap. Aku terjumpa kawan aku. Halah, kau bukannya budak kecil pun. Kau datang depan kedai yang jual nasi goreng ni. Dah bye." Belum sempat Aurellia cakap apa - apa, Daniel terus meletakkan panggilan. Dengan perasaan sebal, Aurellia melangkah ke kedai nasi goreng yang dimaksudkan Daniel.

.
"Weh, banyak kot orang jual nasi goreng. Abang ni saja je nak kenakan aku. Hish, dahlah ramai gila orang. Kalau aku cari ni, sampai raya haji pun tak jumpa." Bebel Aurellia sambil kakinya terus melangkah melepasi meja ke meja.

Kakinya berhenti melangkah apabila dia mendengar satu meja yang dipenuhi sekumpulan wanita menunjukkan ke satu arah. Perlahan lahan, telinganya didekatkan ke arah meja tersebut. Dia pun nak dengar gosip juga!

"Weh, lelaki tu pandang aku ke weh. Handsomenya dia! Husband material sangat. Ini kalau jadi suami aku ni, 7 hari 7 malam aku buat kenduri kesyukuran." Kata salah seorang wanita di meja tersebut. Aurellia mengangkat mukanya memandang ke arah yang ditunjukkan wanita - wanita itu. Hampir tersembur tawanya melihat gerangan yang ditunjuk oleh wanita - wanita itu.

Segera langkahnya didekatkan dengan gerangan tersebut.

"Abang!" Daniel yang sedang bermain handphonenya mengangkat kepalanya memandang Aurellia di hadapannya.

"Sampai pun. Aku baru fikir nak tinggalkan kau tadi. Eh ini asal tudung kau basah ni? Kau kencing lalu mulut ke apa?" Tanya Daniel apabila melihat tudung yang dipakai Aurellia basah.

"Alah, panjang ceritanya. By the way, aku rasa aku dah nak dapat kakak ipar lah nanti!" Kata Aurellia teruja. Biar kali ni, dia pula yang kenakan Daniel.

"Kakak ipar? Kau ada abang lain ke selain aku?" Tanya Daniel pelik. Setahu dia, diorang ada 2 beradik je.

"Hish mana ada. Eleh, kau tak perasan ke ada satu group perempuan tu tengok tengok kat kau dari tadi? Tu ha." Kata Aurellia sambil menunjuk ke arah sekumpulan wanita yang sedang tergelak gelak malu apabila Daniel memandang mereka.

"Kau gi tandas tadi, ada jatuh kat mana mana ke? Macam ada suis terputus je dekat otak kau ni. Kau nak ke diorang tu jadi kakak ipar kau?" Daniel provok Aurellia.

"Eh, boleh je. Asalkan kau kahwin bang. Takut kau bujang sampai ke tua bang. Umur 28 tahun macam kau ni, patut dah ada cucu dah." Usik Aurellia lagi.

"Aku boleh je ajak salah seorang jadi kakak ipar kau. Jadi kakak ipar jelah. Bukan isteri aku." Kata Daniel selamba sambil matanya masih memandang sekumpulan wanita itu. Saja bermain mata.

"Seorang je bang? Lelaki boleh kahwin 4 lah bang. Itu kan ada 4 orang. Kau ambil jelah semua." Kata Aurellia lagi. Bukannya 4 orang perempuan tu takde rupa pun. Ada je rupa, cuma menggatal je sikit.

"Aku bukan jenis lelaki kahwin ramai Aurel. Aku jenis lelaki setia. Sebab tu aku tak kahwin lagi. Aku cari yang betul betul sesuai jadi peneman hidup aku. Aku nak first marriage aku tu adalah last marriage aku. Malas aku nak kahwin cerai semua. Aku ni busy orangnya, takde masa aku nak habiskan layan turun naik mahkamah." Kata Daniel lagi. Jawapan Daniel itu membuatkan Aurellia memandang Daniel sambil tersenyum. Pandai juga abang dia ni bermain kata!

"Kalau kau tak cerai pun, kau memang naik turun mahkamah pun. Kau tu lawyer !" Daniel mengetuk kepala Aurellia. Dia tengah jiwang jiwang, boleh pula Si Aurellia ni buat lawak.

"Dahlah jom. Aku ni malas nak layan lawak kau tu. Dahlah hambar. Takde perasa langsung." Kutuk Daniel lalu bangun dari tempat duduknya dan menuju ke tempat parking. Aurellia hanya mengikuti langkah Daniel sambil masih memikirkan kata - kata Daniel tadi.

.
"Oi, kau curi mana sapu tangan ni? Sapu tangan mahal ni Aurel. Ada ke orang jual sapu tangan mahal macam ni dekat RnR tadi?" Tegur Daniel apabila ternampak sapu tangan yang dipegang Aurellia.

"Inilah sebab kenapa tudung aku basah tadi. Ada orang tumpahkan air kat aku tadi. Dia bagi sapu tangan dia ni dekat aku. Tengok ni bang, dekat sapu tangan ni ada nama THI. Tapi THI ni apa ?" Tanya Aurellia. Daniel memandang sekilas ke arah jahitan yang dimaksudkan Aurellia sebelum dia kembali fokus memandang jalan raya.

"Nama orang?" Duga Daniel.

"Nama orang? Tak terfikir pula.  Aku fikir nama channel astro." Kata Aurellia tersengih sambil tangannya melipat sapu tangan itu dan disimpan ke dalam beg tangannya.

"Aurel. Tahu tak yang kau tu hambar? Baik kau tidur jelah. Dengar suara kau tu, buatkan aku rasa nak buang kau ke luar. Tidur jelah ek." Arah Daniel sambil tangannya menutup mata Aurellia secara paksa.

"Abang! Apa ni! Hish, orang memang nak tidurlah. Siapa nak borak dengan dia. Perasan je lebih." Kata Aurellia lalu dipusingkan badannya ke kiri supaya tidak memandang Daniel. Perlahan - lahan matanya tertutup dan dengkuran halus kedengaran.

°

Today's lesson :

- L'amore uccide il cuore

>Love kills the heart<

Author's words :-

Hi ! Thank you sebab sudi baca Bab 1 🥺. Cerita ni takdelah gempak mana kalau nak di bandingkan dengan author lain. Kalau saya salah , tolong tegur ya ! Thank you again guys !

05012022


-AS-

Continue Reading

You'll Also Like

390K 13.8K 80
1๐“ผ๐“ฝ ๐“ผ๐“ฝ๐“ธ๐“ป๐”‚ ๐“ซ๐”‚ ๐“ฏ๐“ต๐“ธ๐“ต๐“ฎ๐“ผ๐”‚๐“ช ๐€๐‹๐„๐„๐’๐€ ๐™๐”๐‹๐€๐ˆ๐Š๐‡๐€ Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
1M 53.5K 73
TAD series 1 [Completed] ๐Ÿ“ŒAmaran story ini cringe ya, memandang this is my very first story Ayeena Danisha. Seorang gadis berumur 19 tahun. Seorang...
566K 19.4K 69
( In editing process...) ๐€๐‘ - ๐‘๐€๐˜๐˜๐€๐ - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her...
3.4M 301K 96
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...