FALEEQ QAYDER

By nr_frhnn

9.3K 340 22

Once you mine,forever mine More

Prolog
⛓️FQ1
⛓️FQ2
⛓️FQ3
⛓️FQ4
⛓️FQ5
⛓️FQ6
⛓️FQ7
⛓️FQ8
⛓️FQ9
⛓️FQ10
⛓️FQ11
⛓️FQ12
⛓️FQ13
⛓️FQ14
⛓️FQ15
⛓️FQ16
⛓️FQ18
⛓️FQ19
⛓️FQ20
⛓️FQ21
⛓️FQ22
⛓️FQ23
⛓️FQ24
⛓️FQ25
⛓️FQ26
⛓️FQ27
⛓️FQ28
⛓️FQ 29
⛓️FQ 30
⛓️FQ 31
⛓️FQ 32
⛓️FQ 33
⛓️FQ 34
⛓️FQ 35
⛓️FQ 36
⛓️FQ 37

⛓️FQ17

217 9 4
By nr_frhnn

Tertelan liur Ayra bila melihat Faleeq duduk di atas katilnya sambil membelai rambut Izz.

Kanak-kanak kecil itu masih lena tidur.

Faleeq mengalih pandangan. Mata mereka bertembung.

Tiada lagi pandangan membunuh,yang ada hanya pandangan biasa seorang Faleeq.

"Come here"

Taknak!

Ayra mengeraskan diri. Jujurnya dia masih belum boleh percaya semua ni jadi dalam hidupnya.

Sesiapa tolong sedarkan dia dari..

Pipinya terasa diusap perlahan. Ayra terdongak memandang Faleeq.

Almaklumlah tinggi melayut.

Takpela,doktor sorang ni dah tolong sedarkan.

"Jom"

Faleeq menarik Ayra ke balkoni bilik. Ayra hanya mengikut langkah Faleeq.

Selesai Faleeq menutup sliding door,dia memandang Ayra yang tegak berdiri memandangnya.

Terjongket keningnya. Isterinya itu masih takut dengannya.

Isteri,indah bunyinya.

"Kenapa pandang abang macamtu?"

Ayra rasa nak pitam mendengar soalan Faleeq. Bila masa dia seibu sebapa dengan si Faleeq ni.

Oh lupa,Faleeq ni suami dia.

"Sebab saya taktahu nak percaya ke tidak"

"Abang tak paksa pun sayang percaya"

Sayang!

Ayra memandang arah lain bila mata Faleeq bagai tidak mahu beralih darinya.

"Ask me"

"Why?"

Faleeq mengeluh.

"Sayang tak curious ke apa yang dah jadi? Macamana abang jadi suami sayang? Macamana kita kahwin?"

"Saya tak betul-betul ingat. Jadi saya taknak tahu"mudah Ayra menjawab.

"Okay,sekarang apa yang sayang tahu?"

"Awak suami saya dan Izz anak kita"

"Ask about Izz then"

"Taknak"

Faleeq mengurut pelipisnya. Ayra membuat muka tak bersalah.

Yela,dia taknak tahu pun. Nanti-nanti jela dia tanya.

Sebab dia taknak tahu.

Faham tak?

"Dan Adli.."

Faleeq mengangkat muka.

"Dengan along awak"

"Kenapa dengan dia?"

"Entah"Ayra termangu sendiri. Kenapa tiba-tiba boleh keluar pasal along si Faleeq ni?

"One more time and you are done. Kenapa dengan along? Dia datang jumpa sayang?"

"Tak,dia datang jumpa Izz dekat taman"

"Izz sorang-sorang?"

"Taklah,saya ada"

Faleeq menghembus nafas kasar. Sabar Faleeq sabar.

Kau kena banyak bersabar dengan insan bernama perempuan.

"I guess you are sleepy. Let's sleep"Faleeq bangun daru duduknya. Sabarnya kian menipis.

Ada yang kena sebat nanti.

"Tidur?"Ayra terkedek-kedek mengikut langkah lelaki itu. Buatnya lelaki itu kunci dia dekat balkoni,tak ke mati kesejukan dia nanti.

Ayra melihat Faleeq mengalih Izz ke hujung katil.

Dia hanya tercegat. Takkanlah dia nak kena tidur dengan laki tu.

Kejap,dia kena berhijrah ke bilik Nisrin. Lantaklah dia nak kata pukul 2 pagi datang bilik dia,yang penting dia selamat.

Ayra mengambil bantalnya semasa Faleeq di dalam bilik air.

Semasa kalut-kalut itu boleh pula bantalnya terjatuh atas muka Izz. Dah merengek budak kecil itu.

"Shuhh,sorry sayang"Ayra menepuk belakang Izz beberapa kali sebelum Izz kembali lena.

Apa lagi,cabut lah!

"Sayang ni daripada buat abang geram tahu tak?"suara Faleeq kedengaran rapat di telinganya sewaktu dia hendak membuka pintu.

Klik

Ayra terdiam bila tangan Faleeq naik mengunci tombol pintu.

Manakala dia sudah tersandar di pintu. Mencipta jarak dengan Faleeq.

Bila masa dia ni keluar bilik air?

"Nak pergi mana?"mata mengantuk Faleeq memandangnya.

"Aaa,nak pergi.."Ayra menutup mulut bila Faleeq makin merapatinya.

"Nak pergi bilik Nisrin?"

Ayra mengangguk laju.

"No way!"

Liurnya terasa kental melihat tangan Faleeq merangkul pinggangnya.

"Sleep here,with me"

Mahu atau tidak Ayra terpaksa mengangguk. Mahu melawan,rasa kantuknya minta perhatian.

Dia hanya mengikut Faleeq ke katil.

Ugh,mission failed.

"Jangan mimpi sayang boleh lari lagi"

Serentak itu tubuhnya dipeluk erat. Dia juga rasa lembut tamparan nafas lelaki itu di lehernya.

Ayra tidak menolak. Hangat pelukan itu membuatkan dia terlena.










Tersembur air yang diminum Nisrin sewaktu melihat Faleeq turun dari tangga.

Ayra hanya pasrah. Sudah dia pesan sewaktu solat Subuh tadi turun selepas pukul 8. Ni apa kes?

"Morning"

"K..kau..kau ti..tidur dengan d..dia?"tergagap-gagap Nisrin menyoal.

Ayra menjeling Faleeq. Rasa nak hempuk dengan kuali nasi goreng ni dekat muka dia.

Eh lagi dikasi flying kiss.

Dia flying kick mamat tu nanti tahula nasib dia macamana.

"Pergi kerja cepatlah"

Nisrin bangun dari kerusinya.

"Nasib kau baik aku dah lambat. Aku tuntut balik kerja nanti"

Tidak lama kemudian terdengar pintu ditutup.

Ayra membasuh kuali setelah mengalih nasi goreng ke dalam mangkuk kaca.

"Merajuk ke?"

"Buat apa nak merajuk"Ayra menyental kuat kuali itu.

Bukan merajuk,geram. Geram tahu tak geram?

Makin lama makin kuat dia sental kuali itu.

"Im sorry okay? Please sayang"

Ayra buat tak dengar.

"Sayang.."

Dia menyangkut kuali bersih pada paku. Faleeq dipandang.

"Nak apa?"

"Nak mamam!"

Berkerut muka Ayra. Tergedik-gedik pula mamat ni.

Jatuh kerusi baru tahu.

Faleeq bangun mengambil pinggan dan sudu. Dia menarik Ayra duduk di kerusi.

Tangannya memegang senduk nasi dan menceduk nasi ke dalam pinggan.

Ayra hanya memerhati gelagat Faleeq.

"Nah"pinggan berisi nasi goreng itu dihulur Faleeq.

Baru Ayra perasan hanya sebiji pinggan yang Faleeq ambil.

"Suapkan"

"Ei mengada. Suaplah sendiri"

"Sayang,cepatlah"

Ayra menggeleng.

"Sayang,please.."

"Ei awak ni"Ayra mencapai sudu sebelum menceduk sedikit nasi.

Tersengih lebar lelaki di hadapannya itu.

"Tak payah nak sengih-sengih sangat"tegur Ayra.

Namun Faleeq tidak makan saman.

"Erm,sedapnya"

"Kenapa awak jauh sangat ni?"rungut Ayra. Sakit setiap kali sikunya berlaga dengan meja.

"Sayang yang jauh. Abang duduk elok je"

Ayra bangun mengalih tempat duduknya di sebelah Faleeq.

"Takyahlah duduk situ,sini"pinggangnya ditarik lalu dia terduduk di atas riba Faleeq.

Tak normal degupan jantungnya tiba-tiba.

"Cepatlah suap. Ke nak abang gigit sayang?"

Ayra terus menyudu nasi goreng itu ke dalam mulut Faleeq. Gatal!

Tersedak Faleeq dibuatnya.

"Amboi,main kasar nampak"

"Siapa suruh gatal miang sangat"Ayra membalas.

"Faleeq.."Ayra menolak-nolak muka Faleeq yang bersandar di lehernya itu.

"Papa?"

Faleeq mendengus. Kacau betul anak dia ni. Dia baru nak manja-manja dengan Ayra.

Ayra diribanya diangkat sebelum diletak di kerusi sebelah.

Izz menarik kerusi yang bertentangan dengan Faleeq. Mulutnya mencebik.

"Bila papa sampai?"

"Malam tadi. Kenapa?"

Macamlah dia tak nampak muka Izz yang masam itu.

"Oh"

Ayra sudah mati kutu bila dua beranak itu berlawan pandang.

"Mama,nak makan"

"Kejap"Ayra menceduk nasi goreng di dalam pinggan yang diguna Faleeq tadi.

"Eh,sayang tak habis lagi suap abang tadi"

"Mama,Izz lapar"

Ayra tahan sabar. Si Faleeq ni memang kena katuk dengan senduk ni kang.

Izz dan Faleeq dia pandang silih berganti sebelum bangun.

"Mama.."

"Sayang.."

Sebiji pinggan berisi nasi goreng dia hulur pada Izz.

Pinggan Faleeq tadi dia hulur kepada tuannya.

"Dah,makan sendiri"

Dia berlalu ke bilik dobi sambil tergelak kecil.

"Semua Izz punya pasal lah ni"

"Eh,Izz pula. Papa lah ni"

"Izz dah banyak kali kena suap dengan mama. Bagi lah papa pula"

"Sebab dah banyak kali tu yang terbiasa. Lagipun papa dah besar,makanlah sendiri"

"Papa taknak kawan Izz"

"Izz tak sedih pun"

Ayra yang terdengar menggeleng kepala.

Macam-macam. Benda tu pun boleh jadi gaduh.








Sorry for the late update. Saya tak berapa sihat semalam.



Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 53K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...
50.2K 5.8K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
45.6K 660 12
Mengisahkan hidup seorang isteri yang belum mempunyai cahayamata. Sering diabaikan suami disebabkan terlalu sibuk berkerja..demi mencari kemewahan hi...
53.9K 5.3K 28
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...