C | Cuddle

By oddishh

2.3M 180K 25.6K

💍 the everyday life of aku dan suami aku yang introvert. note: cerita ini sequel 'flirt', tapi boleh baca se... More

1 - prolog
2 - lelaki introvert x perempuan gatal
3 - kucing
4 - tali leher
5 - home
6 - outstation
7 - baby
8 - grocery talk
9 - hehe
10 - game
11 - password
12 - majalah sekolah
13 - demam (amirah)
14 - delete
15 - game over
16 - cemburu
17 - positions
18 - moody
19 - suspicion
20 - username
21 - raya edition
22 - kawan sekerja
23 - curang part i
24 - curang part ii
25 - babysit
26 - rahsia
27 - kepala dan ekor
28 - chemistry
29 - stargazing
30 - suami isteri
31 - jauh
32 - mimpi
33 - cosplay
34 - ps5
35 - birthday
36 - scrabble
37 - hujan
38 - teman
39 - anak
40 - kebahagiaan
41 - berita gembira
42 - panas
43 - hobi orang lelaki
44 - conflict part i
45 - conflict part ii
46 - overprotective
47 - merah
48 - ishraq part i
49 - ishraq part ii
50 - kolej
51 - jantina
52 - fitting room
53 - google form
54 - joging
55 - rinie
56 - ramadhan edition
57 - cuddle
58 - nama
59 - anugerah terindah
60 - fitri zennirah
61 - avocado & strawberry
62 - irsyad & girlfriend
63 - midnight
64 - drive-thru
65 - among us
66 - universe
67 - bisu
68 - demam (fahri)
69 - bercuti
70 - asmara
71 - kampus
72 - baby sayang
73 - pillow talk
74 - panggilan
75 - rambut part i
76 - rambut part ii
78 - reunion
79 - lost contact
80 - surat cinta
81 - kejutan
82 - terpisah
83 - rindu
84 - love language
85 - pahit manis
86 - healing
87 - rezeki
88 - exchange diary
89 - time skip
90 - epilog
thanks
drafts
pov

77 - new year edition

15.4K 1.7K 256
By oddishh

Amirah, Fahri dan Zennirah meluangkan hujung minggu tahun baru di rumah mak ayah Amirah.

Rumah mak ayah Amirah full house. Ibu ayah, Adib, Aniq, Alifah dan family dia semua ada.

Setiap kali Fahri berjumpa dengan birasnya, abang Azri, Fahri sokmo rasa insecure.

Suami kakak ipar dia tu peramah orangnya, dan ibu memang berkenan sangat dengan dia. Nak dibandingkan dengan Fahri, ibu lagi banyak bercakap dengan abang Azri. Tambahan pulak abang Azri tu pandai berjenaka.

Pertandingan antara menantu jadi lebih sengit apabila abang Azri dan kak Lipa tengah tunggu masa je untuk anak kedua mereka keluar. Manakala Fahri dan Amirah masih mahu berjinak dalam dunia keibubapaan.

Apalah. Selalunya perempuan yang gigih nak tarik perhatian mak mentua, tapi Fahri ni terbalik pulak. Tulah, siapa suruh pendiam sangat.

"Kenapa tak tidur lagi?" Fahri dikejutkan dengan satu suara yang amat dikenali ketika dia sedang minum air di dapur pada pukul 12 tengah malam.

"Entahlah." Fahri menjawab kemudian mengisi cawan kosongnya dengan air, lalu menghulurkan kepada isteri.

Amirah mengambil cawan itu lalu meneguk air sejuk di dalamnya. Mungkin pernah bagitau sebelum ni, tapi setiap kali Amirah dan Fahri tidur di rumah ibu ayah, mereka perlu tidur asing; perempuan dalam bilik, lelaki di ruang tamu. Pertemuan mereka berdua malam itu hanya kebetulan sebab kedua-dua dahaga.

"Awak?" Fahri bertanya Amirah.

"Takleh tidur." Amirah menjawab, "Jom lepak."

Fahri mengerutkan kening mendengar ajakan Amirah.

"Katne?"

"Padang je. Jom jom."

"Zennirah?"

"Dia tidur. Takpe, kak Lipa boleh back up. Hehehe." Amirah mula tersenyum nakal.

🌊

Tak jauh dari rumah mak ayah Amirah, terdapat satu padang luas khas untuk aktiviti rekreasi.

"Wii!" Amirah menjerit perlahan sambil memijak rumput.

Fahri tersenyum melihat isterinya dengan riang berlari anak menuju ke tengah padang. Sesampainya di situ, Amirah membentangkan tikar piknik yang dia bawa.

"Cepatlah sini!" Amirah menggamit tangannya menyuruh Fahri percepatkan langkah. Fahri pun akur lalu menghubungkan tangannya dengan tangan Amirah apabila jarak antara mereka semakin dekat.

Tanpa berkata apa-apa, mereka mula menyelesakan diri baring di atas tikar lalu termenung kosong ke arah langit malam yang berwarna hitam itu. Bulan penuh dan langit ditaburi bintang membantu menghidupkan suasana malam.

Selepas menungan terhenti, Fahri menyoal Amirah yang sedang berbantalkan lengan atasnya, "Kenapa awak tak tidur lagi?" Pelik sebenarnya apabila Amirah masih terjaga pada waktu itu.

"Excited kot sebab nak tahun baru dah." Amirah merapatkan lagi jarak di antara mereka sehingga dia akhirnya merehatkan kepala di atas dada Fahri.

Fahri mengerutkan kening. Ada ke orang excited sebab nak masuk tahun baru? Buat apa nak excited? Dia rasa semua tahun sama je.

"Awak lak kenapa takleh tidur?"

"Hm, saya terfikir macam mana nak jadi menantu kesayangan ibu." Fahri berterus terang.

"Pft. Seriuslah?" Amirah tergelak dengan masalah suaminya itu.

Fahri meng-hm-kan saja. Orang tengah sedih, dia boleh gelak?

Tawa Amirah hilang apabila nampak suami dia macam tu, tapi senyuman masih tak lekang dari mulut, "Ehem." Dia melegakan tekak. "Awak insecure apa pulak kali ni dengan abang Azri?"

"Dia handsome, kan?"

"Handsome."

"Haih." Fahri mengeluh mendengar jawapan jujur isterinya.

"Hahaha! Awak kena tahu, handsome bukan bermaksud saya suka, Fahri."

"Awak nak cakap saya tak handsome ke?"

"Eh? Fahri paling handsome dalam dunialah!" Amirah mempertahankan.

Fahri tersenyum. Dia teringin nak tengok diri dia dalam perspektif Amirah. Apalah sebenarnya yang Amirah nampak pada diri dia? Seumur hidup dia, tak pernah sekali pun dia rasa diri dia kacak. Amirah seorang sajalah yang selalu puji dia dengan perkataan itu.

Kalau nak dibandingkan, adiknya Akmal berkali-kali ganda lebih tampan daripada dia. Bagaikan semua DNA handsome dalam genetik mama abah pergi kat Akmal sorang je, tak ada langsung pergi kat Fahri walaupun Fahri yang lahir dulu.

"Akmal handsome, kan?" Fahri tiba-tiba curious.

"Mmm, bolehlah. Tapi perangai dia, urgh, annoying gila. Macam budak-budak. Tapi senyuman dia tak charming macam awak, Fahri." Amirah terus-menerus memuji Fahri.

"Hm, berbalik pada abang Azri tadi, dia kelakar, kan?" Fahri tukar subjek.

"Kelakar."

"Haih." Sekali lagi dikeluh Fahri.

"Tapi Riri pun kelakar jugak. Macam sekarang, awak insecure pun mampu menghiburkan hati saya."

"Awak ni sadistic tahap apa, Mirah? Suka tengok saya sengsara?"

"Mana adalah! Kelakar tu pun bukan type saya."

"Dah tu type awak camne?"

"Type saya yang pendiam. Ada masalah komunikasi. Muka nampak cam tak ada life tapi bila dia senyun, senyuman dia paling cute dalam dunia. Minat anime. Suka main bola. Banyak berfikir. Tinggi. Surprisingly suka budak-budak." Amirah mula menyenaraikan satu per satu ciri-ciri perwatakan Fahri.

Fahri tergelak kecil, "Sudahlah. Bukannya hati awak yang saya nak menang. Saya nak menang hati ibu sebagai menantu dia."

"What? Awak tak nak menangkan hati saya?"

"Bukan ke saya dah menang hati awak?" Fahri bertanya.

Amirah terkedu. Selepas memproses ayat itu, Amirah tersengih kemudian mencuit pipi Fahri, "Betullah tu. Ha, jadi awak ada plan ke camne nak menangkan hati ibu?"

Fahri menggeleng perlahan, "Takde..." Dia membisik.

Amirah ketawa riang, "Apalah awak ni, Riri. Awak dah kahwin dengan saya, dah ada anak sorang dah pun. Sejak saya bawak awak jumpa ibu ayah first time dulu pun, dorang dah lama terima awak."

"Ye ye je."

"Iyo. Ada something dalam cara awak bercakap yang buatkan dorang senang nak bagi restu kat awak."

"...Yedok?"

"Ye. Nama saya Aidan Fahri, senior Amirah waktu kat—" Amirah mula mengulangi ayat pengenalan Fahri satu ketika taaruf dulu.

"Dah dah." Fahri menghentikan isterinya. Mahu cringe sampai patah gigi kalau dengar semula.

"Bila dorang dengar awak ni engineer kat company tu, lagilah dorang nak awak masuk meminang." Amirah menambah.

"Hm." Fahri masih tak boleh nak berhenti berfikir pasal ni. Dorang nak ada anak kedua dah. Fahri terfikir tapi tak mampu dia lafazkan ayat itu. Sebab dia tahu, ayat tu boleh guriskan hati isteri dia. Nak dapat Zennirah dulu pun ambik masa 2 tahun dorang menunggu dengan perit. Dorang tak tahulah bila dorang boleh dapat anak kedua pula. Mungkin lagi 2 tahun juga?

"Awak masih terfikir pasal tu ke?" Amirah mengganggu lamunan Fahri.

"Hm..." Fahri mengusap kepala Amirah.

"Tengoklah bintang." Amirah cuba mengalihkan perhatian Fahri.

Dan kemudian dua manusia itu senyap pandang ke atas.

"Ingat tak first night kita Fahri? Hahahaha." Amirah mula ketawa apabila mengimbas kembali saat-saat Fahri meluahkan keinginan dia untuk menyentuh Amirah dan menandakan Amirah miliknya sorang.

"Mmm." Fahri turut terfikir pasal moment itu. Dia ingat lagi betapa menyesal dia tolak serangan Amirah waktu malam mereka bernikah, kemudian lama dia menunggu masa sesuai untuk bersanggama, sampai satu tahap dia give up lalu dia termenung melihat langit yang penuh bintang. Cepat-cepat dia ajak Amirah tengok jugak kemudian entah kenapa dari situ, mood antara mereka berubah sehingga tertulislah sejarah mereka pada hari itu.

"Awak ada new year resolution, Ri?" Amirah menukar topik.

"Nak jadi menantu favorite." Laju je Fahri jawab.

"Hahaha! Tak habis-habis lagi awak ni."

"Awak pulak?"

"Hm, nak body lawa. OK, sambung."

"Nak complete game collection dalam wishlist."

"Nak naik pangkat!"

"Nak bangun awal setiap hari."

"Nak have fun setiap hari."

"Nak jadi orang first tengok Zennirah berlari."

"Nak dengar Zennirah panggil mummy."

"Nak jadi Muslim yang soleh."

"dan solehah."

"Nak jadi suami yang bagus."

"Isteri mithali."

"Bapak bertanggungjawab."

"Ideal mom."

"Nak kurangkan overthinking."

"Nak travel!"

"Nak bina badan supaya Amirah tak usha badan laki lain waktu joging."

"Nak atasi obsesi Fahri dengan strawberi."

"Nak buat Amirah move on dari jadi K-Pop fan."

"Nak block website anime guna wifi rumah."

"Nak anak kedua." Akhirnya, Fahri terlepas cakap. Habislah, mesti ayat tu buat Amirah rasa pressured sekarang.

Hasilnya, Amirah terdiam selepas mendengar goal Fahri tu.

Selepas beberapa ketika, dia berkata, "Saya pun."

"Hm?" Fahri terkejut dengan apa yang dia dengar.

"Saya pun nak bagi adik kat Zennirah. Walaupun penat jadi mak, tapi best." Amirah menggosokkan ibu jarinya pada dada Fahri.

Fahri memeluk Amirah erat, lalu mengucup kepalanya, lama.

Amirah memejam mata apabila dibuat begitu. Selepas itu, dia mengangkat pandangan untuk menemukan matanya dengan mata Fahri.

"Fahri, duduk diam sekejap!" Amirah menyuruh.

Fahri terkaku. Dia macam boleh agak apa yang Amirah nak bagi kat dia, tapi—

Pap!

Satu tamparan mendarat pada pipi dia. Mata Fahri dijegilkan, terkejut.

"Oh my, sorry!!! Ada nyamuk. See?" Amirah menunjukkan tapak tangannya pada Fahri, di tengah-tengah tapak itu terdapat seekor nyamuk penyet.

Fahri mengeluh lagi. Unexpected betul. Nyamuk pun satu, nak datang waktu-waktu romantik camtu.

"Dahlah, jom balik." Fahri hilang mood.

"Nyaaw, angkat saya~" Amirah mula mengada.

Tapi Fahri pun layankan aje. Dia menawarkan belakangnya kepada Amirah supaya dapat dia piggyback isterinya itu. Amirah pun memanjat belakangnya dengan riang.

Selepas lipat tikar, mereka mula berjalan pulang.

"Happy new year, Fahri." Amirah membisik pada telinga Fahri, dagunya direhatkan di atas bahu suami.

"Awalnya."

"Lagi awal lagi special. Hehehe. Lupa nak bagitahu, termasuk dalam new year resolution saya ialah untuk spend setiap hari dengan awak. Sampai ke hujung tahun. Sampai ke tahun-tahun selepasnya. Sampai ke syurga, gituh."

"Samalah."

"Apa yang sama? Cuba ulang." Amirah mula mengusik.

Fahri membalikkan mata, "Nak jadi suami awak sampai bila-bila." Dia menggumam.

"Ohhoho!" Amirah mencubit pipi Fahri.

"Takyahlah." Fahri menunjukkan rasa tak suka, hakikatnya dia hanya mahu menyorokkan malu.

"Omnomnom." Amirah mencubit lagi.

"Lagi sekali awak buat, saya jatuhkan awak."

"Onyonyo." Amirah tak makan saman. Dicubitnya pipi Fahri kali ketiga.

Selaras dengan kata-kata dia, Fahri melepaskan peha Amirah dari sokongan. Secara automatik tapak kaki Amirah kedua-duanya mendarat di atas tanah.

"Hei!" Amirah menegur.

Heh, orang dah warning.

"Jalan sendiri." Ujar Fahri.

"Jom lumba lari."

"Tak nak. Memekak je orang dah tidur."

"Heh. Kalau camtu kita jalan laju."

Belum sempat Fahri nak menolak, Amirah sudah mula berjalan laju meninggalkan dia. "Bye."

Fahri malas nak turut serta. Dia hanya tersengih dengan perangai isteri dia.

Walaupun kadang-kadang macam budak-budak, setiap satu perangai isteri dia tak pernah Fahri benci. Malah, lagi dia rasa nak berada di sisi Amirah selama-lamanya.

Dia melihat ke arah langit, sambil itu bertanya kepada dirinya satu soalan yang masih buat dia tertanya sampai sekarang. Walaupun berkali-kali Amirah jawab, jawapan itu masih tak mampu nak selesaikan soalan Fahri ni.

Layak ke aku jadi suami dia?

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 80.7K 164
The most unpredictable things in this crappy world is... Boleh kau teka? Yes. Love. Cinta boleh datang pada bila-bila masa. Pada apa-apa keadaan sek...
577K 46.9K 41
The more you hide your feelings for someone, the more you fall for them. Dupdap dupdap dudap! Jantung berdegup laju setiap kali majlis dinner satu ke...
5.9M 137K 27
(COMPLETED) AIDAN HARIZ "Janji adik akan tunggu abang?" NUR TASNIM "Adik janji" 🌼🌼🌼 Dua insan, Satu janji. Dan disini, kisah Tasnim bermula. "Bil...
2.4K 489 13
TULIPS ; a gentle confession of love Kisah manis ringkas tentang dua kawan sedari kecil 🌷 - 20/01/2024