NIKAH MUDA 🦋 [Completed]

Por plusterhati

197K 11K 351

Usia 18 tahun ? Tetapi sudah mendirikan rumah tangga. Airabella dan Danial Lee yang sudah 3 tahun menjalani h... Más

NM🦋- Baru putus dah ada gf baru ?
NM🦋- Aira sakit !
NM🦋- Kawan makan kawan ?
NM🦋- Doktor Hazim jatuh cinta
NM🦋- Laila perampas ?
NM🦋- Laila sakit mental ?
NM🦋- Masak untuk calon mertua
NM🦋- Aira koma ?
NM🦋- Aira hilang ingatan ?
NM🦋- Sakit pun still nak demand
Laila kantoi ! 🦋
Air mata 🦋
Akhirnya Aira discharge ! 🦋
Calon isteri 🦋
Amarah Danial !🦋
Senyumanmu terlalu comel 🦋
Dating di Mall 🦋
Dating di Sephora 🦋
Aira dilamar ? 🦋
Lamaran Danial ditolak ? 🦋
Danny nekad ! 🦋
B dah decide, b taknak ! 🦋
Aira kena friendzone ? 🦋
Langgar lari ? 🦋
Kenapa dengan Datin Maria ? 🦋
Penderitaan Aira 🦋
Sah ! 🦋
Aira Tension ! 🦋
Kakcik mula disalahkan ! 🦋
Pindah hostel 🦋
Suami prihatin 🦋
Yeay ! Roommate baru 🦋
Danial Lee suami idaman ❤️🦋
Aira dapat kawan baru 🖤 🦋
Peminat di Wattpad 🦋
Bukan long distance relationship ! 🦋
Danial sakit ! 🦋
Aira tinggalkan Danial ? 🦋
Aira masuk hospital lagi 🥺🦋
Terlalu sweet ? 🦋
Single auto menangis ? 🤪🦋
Siapa Johan ? 🦋
Perang meletus ? 🦋
Aira ugut nak cerai ? 🦋
Birthday bertukar tragedi ! 🦋
Dikhianati sahabat ! 🥺🦋
Aira kena culik ? 🥺🦋
Armor knight Aira ❤️
Aira pregnant ? 🦋
Pengorbanan Danial 🖤🦋
Family kecil kita 💔🥺🦋
Tali gantung milik Laila ? 🥺
Berdikari tanpa Danial ❤️🙃
Surat dari suami tercinta 🤍🦋
Happy birthday suamiku 🤍🖤❤️🦋
Tewas dengan permainan aku sendiri 💔🦋
Happy graduation day sweetie 🖤🦋
B, you look so beautiful with hijab🖤🦋
Bab 61 - Gaduh tengok bola 🤪🦋
Epilog 1 - Cari kerja ❤️🦋
Epilog 2 - Aasudah perang ke ? 🦋
Epilog 3 - Perit 🙃💔🦋
Epilog 4 - Aira pregnant 🤍🦋
Epilog 5 : Bersatu kembali 🤍🦋
Epilog 6 : Sayang suami 🤍🦋
Epilog 7 : Morning sickness 🤣🤍🦋
Epilog 8 : Surprise dari suami 🤍🦋
Epilog 9 : Honeymoon ke LA🤍
Epilog 10 : Sakit bersalin ! 🤍🦋
Ending 🦋🤍

Epilog 11 : Yang terindah

4K 139 9
Por plusterhati

Lily dan Sheila sudah pun menemani Aira di dalam wad.

Mereka berdua juga tidak putus - putus memberikan kata - kata semangat kepada Aira yang sedari tadi tampak lemah semangat.

Aira sedari tadi juga meluahkan rasa takutnya tentang kesakitan "melahirkan" kepada kedua - dua wanita tersebut.

Tetapi kedua - dua wanita itu tetap menenangkan Aira supaya kuat semangat.

Eh tapi kalau fikir balik melihatkan Aira saat itu yang masih mampu lagi untuk meluahkan isi hatinya, dia cukup kuat juga eh.

Bukan apa, kebiasannya kalau ibu mengandung yang lain yang sudah berada di tahap yang sama dengan Aira sudah pasti mereka tidak ada kemampuan untuk bercakap lagi.

Hal ini kerana di fasa itu mereka sudah pun menanggung kesakitan.

Tetapi jangan fikir bukan - bukan eh ? Aira pun saat itu sudah tampak pucat dan lemah.

Tetapi dia tetap paksa diri untuk tampak lebih kuat.

"Aira rest lah dulu eh ? Akak dengan aunty nak pergi surau jap. Dah masuk waktu subuh ni." ujar Sheila yang mewakili Lily juga.

Mereka berdua juga bingkas bangun dari kerusi yang diduduki oleh mereka itu.

Aira hanya mengangguk sahaja.

Dia sudah tidak larat saat itu untuk kerap memberi respon.

Rasa sakitnya masih menikam dirinya.

Dia hanya memerhati sahaja kelibat kakak dan ibu mertua tirinya beredar dari situ.

Setengah jam kemudian, Aira terus senyum manis saat kelibat suaminya muncul di dalam wadnya.

Di tangan Danial sudah ada sebungkus nasi kerabu kegemaran isterinya dan sebotol air mineral.

Danial bingkas melabuhkan punggung ke atas kerusi yang berdekatan dengan katil isterinya itu.

"Mummy, meh makan sikit. Mummy belum jamah apa - apa makanan lagi ni." ujar Danial yang mula membuka bungkusan nasi kerabu tersebut.

Danial terus tampak risau sejurus Aira mula mengelengkan kepalanya tanda dia enggan makan.

"Tak boleh macam tu mummy. Makan sikit pun jadi lah. Janji ada tenaga nanti. Kalau tak makan nanti masuk angin. Sikit je okay ? Dua sudu pun jadi. Janji makan." pujuk Danial lagi lembut sambil sua sudu ke arah mulut isterinya.

"Taknak daddy. Nanti kalau makan mesti nak kena pergi toilet. Mummy tak larat. Sakit tahu tak." respon Aira yang mula bersuara.

Tangan isterinya terus dipegangnya lama.

"Yes daddy faham mummy. Tapi sikit je okay. Makan sikit je mummy. Mummy kena ada tenaga tahu. Kalau esok tetiba betul - betul bersalin macam mana ? Sebab tu lah daddy suruh mummy makan sikit. Buat isi perut." pujuk Danial lagi lembut.

Aira masih mengelengkan sahaja saat itu.

"Mummy, jangan risau okay ? Daddy kan ada ? Mummy nak pergi toilet pun pasti daddy akan temankan. Dah jangan risau. Makan sikit." pujuk Danial lagi yang masih tidak putus asa.

Danial terus senyum saat Aira mula akur ketika itu.

Usai Aira menbaca bismillah, Danial terus menyuap nasi kerabu tersebut ke dalam mulut isterinya.

Tak sampai tiga suap, Aira sudah enggan untuk makan lagi.

Dia tidak larat saat itu. Rasa sakitnya semakin menerkam dirinya.

Danial terus menuangkan air mineral tersebut ke dalam gelas yang sudah tersedia ada di atas meja. Pasti gelas itu milik kakak isterinya, Sheila yang khas untuk kegunaan Aira.

Dia juga turut meletakkan straw ke dalam gelas tersebut.

Lantas dia terus membantu isterinya untuk meminum air putih tersebut.

Sementara itu, Danial lah yang menghabiskan nasi kerabu milik isterinya itu yang hanya terusik sedikit oleh isterinya itu.

Lagipun dia tidak mahu melakukan pembaziran.

Jika dibuang akan membazir sahaja.

Satu lagi ada ramai lagi orang yang berlapar dan bekerja keras demi mencari sesuap nasi bagi mengisi perut, jadi Danial tetap bersyukur akan rezeki dan nikmat yang diberikan kepada keluarga kecilnya itu.

Aira hanya memerhati sahaja suaminya makan.

"Sedap ke daddy ?" sakat Aira pendek.

Danial terus senyum sinis.

"Tanya lagi, mummy kan dah makan tadi." respon Danial selamba.

"Hehe. Lebih sedap dari Macdonald eh ?"

"Haa' a. Btw mummy, daddy makan dekat luar je la eh ? Takut mummy terliur je." ucap Danial yang mula bertimbang rasa itu.

"Tak payah. Makan je kat sini. Tengok daddy makan pun dah buat mummy rasa kenyang." sakat Aira yang mula mengelus pipi putih suaminya itu.

Muka Danial terus menjadi kemerah - merahan kerana dia malu saat itu.

Ada - ada isterinya itu. Manja sakan.

Dia layankan sahaja karenah isterinya yang tercinta itu.

Usai itu, dia hanya menemani sahaja isterinya yang sudah mula baring semula di atas katil.

Danial juga hanya membiarkan sahaja tangannya digenggam kasar oleh isterinya itu.

Walaupun kuat sekali genggaman tangan isterinya terhadap tangannya tetapi dia tetap merelakannya sahaja.

Tipulah kalau dia kata dia tidak berasa pedih saat itu. Tangannya memang sudah berasa pedih dek dari genggaman tangan isterinya itu. Tetapi dia sanggup dan rela menanggung rasa pedih di tangannya itu.

Ini kerana dia tahu saat itu isterinya sedang diterkam rasa kesakitan yang tidak dapat dia gambarkan. Pergelangan lengan Danial sudah berubah menjadi kemerah - merahan dek dicengkam oleh isterinya itu.

Satu jam kemudian, Danial saat itu sedari tadi asyik menemani isteri yang sedang bertarung nyawa di dalam bilik bersalin itu. Seperti yang dijanjikannya, Danial setia menemani Aira yang tampaknya sudah menangis saat itu dek kerana rasa sakitnya.

Rasa sakit melahirkan itu amat perit. Perit sekali tidak dapat digambarkan dengan kata - kata.

Dia hanya membiarkan sahaja tangannya dicengkam kuat oleh isterinya itu.

Doktor dan jururawat yang bertugas ketika itu tampaknya tidak henti - henti memberikan kata - kata semangat kepada Aira.

Tangan kanan Danial laju mengelap peluh di dahi isterinya itu. Isterinya itu tampak pucat dan penat sekali bertarung nyawa demi melahirkan bayi kembar mereka berdua.

"Okay push lagi. Push lagi puan. Sikit je lagi." ucap Doktor dan jururawat yang bertugas itu serentak sejurus mereka mula melihat timbulnya kepala kecil seorang bayi.

"Puan boleh buat. InshaAllah. Puan kuat." nasihat doktor dan jururawat itu lagi.

Cengkaman kuku Aira di lengan Danial semakin dikuatkan.

"Sa.....sakit daaa. Daddy.." jerit Aira sedari tadi.

Air mata mula mengalir membasahi pipinya.

"Mummy jangan lemah semangat. Mummy kuat. Dah nampak dah kepala anak kita. Sikit je lagi mummy." ucap Danial lembut sambil tangan kanannya tidak henti - henti mengelap peluh yang mengalir di dahi isterinya itu.

Jujur saat itu Danial tidak sampai hati untuk melihat isterinya menangis kerana menanggung kesakitan saat itu.

Dia juga turut sedih melihat keadaan isterinya itu.

"Ahhhhhhhhhhhhhh! Ahhhhhhhh!" jerit Aira lantang berserta tangisan.

Jeritan Aira saat itu akhirnya juga disertai dengan bunyi tangisan suara bayi.

Doktor dan jururawat yang bertugas ketika itu terus senyum kerana lega.

Jururawat yang bertugas itu terus mendukung bayi perempuan yang baru sahaja selamat dilahirkan oleh Aira saat itu.

"Alhamdulillah, seorang dah selamat dilahirkan. Puan kena kuatkan semangat. Seorang lagi bayi puan. Push lagi." nasihat Doktor yang bertugas itu serius.

Danial saat itu masih lagi tidak boleh berasa lega selagi dia belum melihat bayi mereka berdua selamat dilahirkan oleh isterinya itu.

Dia saat itu asyik mengusap dahi isterinya itu.

Matanya juga mula berair saat itu sejurus melihat keadaan isterinya yang tampak sudah lemah dan tidak berdaya.

Aira saat itu sepertinya sudah tampak putus asa.

Lantas kedua - dua tangan Danial erat menggenggam tangan kanan isterinya itu.

"Daddy yakin mummy boleh buat. Selama ni pun macam - macam halangan mummy berjaya tempuh. Dari sebelum kita berkahwin sampailah kita kahwin mummy tetap cekal hadapi semua dhgaaan tersebut. Daddy bangga dengan mummy. Hasilnya kita bahagia sampai sekarang !"

"Ini disebabkan sikap mummy kuat. Jadi kali ini daddy yakin mummy kuat. Demi anak kita. Anak kita berdua. Yang akan kita tatang dengan penuh kasih sayang. Daddy percayakan mummy." ucap Danial yang mula memberikan kata - kata semangat kepada isterinya itu.

Saat itu juga Danial mula teringat akan detik - detik peristiwa susah senang yang telah melanda mereka berdua bermula dari zaman percintaan mereka hinggalah sampai ke tahap sekarang.

Sebak sekali dia saat itu apabila terkenangkan semula kenangan lama.

Dapat dia lihat saat air mata isterinya tidak henti - henti membasahi tangannya.

"Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!" jerit Aira lantang yang mula tidak cukup nafas saat itu.

Danial saat itu sudah menangis. Bukan menangis kerana sedih tetapi dia terharu melihat pergorbanan dan perjuangan isterinya demi melahirkan anak mereka berdua.

Satu lagi Danial menangis kerana terharu apabila akhirnya kedua - dua bayi kembar mereka selamat dilahirkan oleh isterinya yang tercinta itu.

Dahi isterinya terus dikucupnya lama.

Peluh di dahi isterinya juga terus dilap dengan jarinya.

Kedua pipi isterinya juga diciumnya lama.

Bangga sekali dia saat itu dengan isterinya.

"Thanks mummy sebab dah kuat untuk lahirkan anak kita berdua. Alhamdullilah kedua - dua bayi kita lahir dengan selamat."

"Tengok tu anak kita dua - dua mirip mummy. Yang paling menggembirakan daddy, seorang lelaki dan seorang lagi perempuan. Sama seperti yang kita inginkan". bisik Danial ke telinga isterinya lembut.

Hahaha. Memandai - mandai je Danial mengambil hati isterinya itu.

Padahal anak kembar mereka berdua mirip mereka berdua.

Bukan mirip Aira seorang. HAHAHA !!!

Lantas Danial terus mengumandangkan azan di telinga kanan kedua - dua bayi kembar mereka.

Danial terus tampak sebak saat itu. Dahi kedua anak kembarnya yang masih lembut itu terus dicium penuh lembut.

Dia juga turut menadah tangan tanda dia berdoa kepada tuhan yang Maha Esa bagi mengucapkan rasa syukurnya yang tidak dapat dia ucapkan.

Yang pasti dia terlalu bersyukur saat itu.

Akan dia dan Aira jaga dan didik dengan sebaik mungkin anak mereka berdua itu.

Aira terus menangis kegembiraan saat dia mula menatap wajah kedua - dua bayi kembarnya itu yang sudah berada di pangkuan jururawat yang bertugas ketika itu.

Segala penat lelahnya dan rasa sakitnya akhirnya terbalas jua.

Setelah hampir 12 jam melalui proses bersalin itu, akhirnya Aira mampu mengukir senyuman sejurus dia selamat melahirkan kedua - dua bayi kembarnya itu yang mana seorang lelaki dan seorang lagi perempuan.

Yang pasti wajah kedua - dua bayi kembar mereka, tampak mirip dengan dirinya dan suaminya itu.

Hidung bayi mereka berdua lebih mirip Aira dan Danial kerana kedua - duanya memiliki hidung yang kecil dan mancung.

Manakala dari segi mata, kelihatannya mata bayi perempuan lebih mirip Aira kerana kedua - duannya mempunyai mata yang sedikit bundar.

Sebaliknya, bagi mata bayi lelaki pula lebih mirip Danial Lee kerana mata mereka berdua sama - sama sepet.

Jadi dapat disimpulkan, hanya dari segi mata sahaja yang sedikit membezakan wajah pasangan kembar itu.

Apapun Aira dan Danial tidak lupa untuk mengucapkan rasa syukur kepada tuhan yang Maha Esa yang telah mempermudahkan urusan kelahiran bayi kembar mereka berdua.

Aira sepertinya menahan tawa saat itu walhal rasa sakitnya masih menerkam diri sejurus dia melihat suaminya mula kelam kabut mencari tandas.

Seperti yang dijangka, suaminya pasti akan muntah kalau melihat lumuran darah.

Tetapi ini okay lagi. Kalau dulu waktu mereka berdua masih menjalinkan hubungan percintaan, pernah sekali Danial pengsan dek melihat lumuran darah di di atas jalan raya.

Yang kebetulan pada saat itu ada seorang wanita separuh tua yang dilanggar lari oleh sebuah kereta.

Disebabkan itulah Danial pengsan saat itu. Dia memang tak boleh tengok darah. Hehe.

Keesokan harinya (di wad Aira)

Kelihatan di dalam wad Aira sudah dipenuhi dengan netizen - netizen Malaysia. Eh silap !!!

Ruangan wad Aira mula dipenuhi oleh keluarga Aira dan keluarga Danial.

Yang pasti Liyaa dan Johan juga ada di sana.

"Jadi dah tahu nak letak nama apa ?" soal Dato' Qayyum yang saat itu sedang mendukung cucu lelakinya.

Sementara, cucu perempuannya sedari tadi tampak nyenyak dilamun mimpi indah.

Aira sedari tadi hanya bersandar di birai katil.

Danial pula sedari tadi hanya menemani isterinya.

Danial dan Aira terus senyum.

"Dah ada daddy. Nama ni sebenarnya cadangan dari Danny. Bila Aira check erti nama tu, maksudnya pun elok. So kami berdua decide nak guna nama - nama tu pada anak kami." ujar Aira jujur sambil mengusap rambut suaminya berulang kali.

"Jadi nama apa yang korang nak letak ?" soal Dato' Qayyum dan Tan Sri Aiman serentak.

Danial dan Aira terus memandang antara satu sama lain.

Terukir senyuman di wajah mereka saat itu.

Danial terus menunjukkan skrin iphonenya ke arah kedua lelaki tua tersebut.

"Nur Mikayla Aisha binti Muhamad Danial Lee ?" soal Dato' Qayyum sejurus melihat tulisan yang tertera di skrin iphone Danial.

"Ahmad Muaz bin Muhamad Danial Lee ?" soal Tan Sri Aiman pula.

Danial dan Aira terus mengangguk laju.

"Yup sebab kitorang dah cari maksud kedua nama ni. Ertinya sangat baik. Maksud bagi nama bayi perempuan adalah Mikayla (pemberian Allah. Sementara Aisha pula mewakili maksud (sihat dan penuh tenaga)." terang Mikael ramah.

"Dan bagi nama bayi lelaki pula Ahmad Muaz yang bermaksud "Yang terpelihara". Jadi cucu - cucu korang dah ada nama." terang Aira pula sambil tunjuk ke arah bayi lelakinya yang tampak sudah mula terlena dalam dukungan ayahnya itu.

"Alhamdulillah, elok sekali maksudnya. Amboi Muaz dah lena tidur nampaknya." sakat Dato' Qayyum sambil mengusap perlahan kepala cucu lelakinya itu.

Mereka berempat terus ketawa bahagia.

Mereka yang lain juga sama. Bahagia sekali saat menatap wajah putih bersih kedua bayi kembar itu.

Seguir leyendo

También te gustarán

10.7K 469 11
Cahaya Ayrin Dalisha. Berpindah sekolah dari International School kepada sekolah biasa. Akhirnya dia membuka identiti sendiri, contact lense yang sel...
438K 14.8K 105
#2019 Coverby:@nurshaziera 🎀SIRI KEDUA ADIK BERADIK TIRI🎀 Kemasukkan dia ke sekolah mereka membuatkan mereka tidak tentu arah. Lagi-lagi apabila me...
141K 4.7K 31
Dhiyan - Vokalis kumpulan TRIO yang terkenal. Menyanyi adalah cita-citanya serta impian seseorang. Walaupun terkenal dan disukai ramai gadis tetapi s...
101K 4.3K 30
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...