FALEEQ QAYDER

By nr_frhnn

9.4K 340 22

Once you mine,forever mine More

Prolog
⛓️FQ1
⛓️FQ2
⛓️FQ3
⛓️FQ4
⛓️FQ5
⛓️FQ6
⛓️FQ7
⛓️FQ8
⛓️FQ9
⛓️FQ10
⛓️FQ11
⛓️FQ12
⛓️FQ13
⛓️FQ14
⛓️FQ16
⛓️FQ17
⛓️FQ18
⛓️FQ19
⛓️FQ20
⛓️FQ21
⛓️FQ22
⛓️FQ23
⛓️FQ24
⛓️FQ25
⛓️FQ26
⛓️FQ27
⛓️FQ28
⛓️FQ 29
⛓️FQ 30
⛓️FQ 31
⛓️FQ 32
⛓️FQ 33
⛓️FQ 34
⛓️FQ 35
⛓️FQ 36
⛓️FQ 37

⛓️FQ15

210 9 5
By nr_frhnn

"Mama! Nak mandi"puppy eyes Izz kelipkan pada Ayra.

Ayra mengusap sebelum mencubit geram pipi kanak-kanak lelaki itu.

"Jom"

Tangannya menarik tangan kecil Izz.

Selesai mandi,Ayra duduk di atas katil manakala Izz terkedek-kedek dengan tuala di badan.

"Cepatlah Izz,mama nak masak pula ni"

Lambat betul budak ni sorang. Buat gaya penguin lah,beruang la.

"Izz,lambat nanti mama suruh pakai baju sendiri nak?"

Izz tersengih,menunjuk barisan giginya yang putih itu.

"Taknak~"meleret-leret suaranya.

"Kalau taknak mari sini cepat. Nanti mama lambat masak Izz juga yang lapar"

Ayra membuka zip beg Izz. Ada sekeping fail yang diletak sekali di dalam beg itu.

Ayra tidak jadi ambil pusing fail itu apabila Izz meloncat ke atasnya.

"Izz nak yang mana? Katak biru ke katak merah?"

Entah baju jenis apa Nisrin belikan untuk Izz ni. Kot ya pun tak suka,beli la elok sikit.

Ni katak merah?

Dan satu lagi,kenapa tak habis-habis dengan katak? Nisrin ni tak tahu ke dia tak suka katak?

"Katak hijau ada tak mama?"

Ayra menyarung baju bercorak katak biru itu.

"Takde. Aunty Nisrin Izz tu memang pelik sikit"

"Bukan pelik banyak ke mama?"

"Banyak ke sikit ke,dia tetap pelik"

Beritahu dia,siapa je yang boleh crush dekat ramai-ramai manusia?

Nisrin sorang je boleh.

Tak ke pelik tu.

"Mama,jomlah"Izz menarik tangan Ayra yang baru hendak mencapai fail yang terletak elok di atas katil itu.

Ayra mengeluh sebelum bangun mengikut langkah Izz.

Takpe,hari masih panjang.

Terbeliak mata lelaki yang sedang duduk sambil bersilang kaki di atas meja itu. Terketar-ketar dia berdiri apabila lelaki itu mencekak lehernya.

"Bangun!"

"Tu..tuan! Tuan masih hidup?"terketar-ketar suaranya. Jika bukan kerana lelaki itu mencekak lehernya,tidak mustahil dia akan jatuh terjelepuk di atas lantai.

"Arman,apa yang.."terlepas kertas di tangan seorang lelaki yang baru masuk itu. Bertaburan kertas setebal kamus di tangannya apabila melihat temannya.

Atau lebih tepat,orang yang mencekak leher temannya itu.

"Tuan Qayder!"

Matanya jatuh memandang pistol yang tersisip di seluar lelaki itu.

"Tu..tuan! Maaf tuan maaf!"terus berlutut lelaki itu.

Faleeq Qayder melepaskan cengkaman tangannya pada leher Arman sebelum mencapai pistol.

Lelaki yang berlutut itu terus berdiri tegak. Kedua tangannya merapat ke dada.

"Tuan! Jangan tuan ja.."

Bang!

Perlahan-lahan dia jatuh melorot apabila peluru Qayder tadi menghentam kuat pintu di belakangnya.

Tembakan jarak dekat,begini rupa impaknya.

Boleh pekak telinganya.

"Bangun!"jerkah Qayder.

Tersungkur-sungkur Adam mendapatkan Arman. Dia maklum akan kawannya yang sedikit penakut itu.

Baik dia bantu sebelum dengan dia sekali kena tembak dengan Qayder.

"Tuan!"

Qayder duduk di kerusi yang diduduki oleh Arman tadi. Tangannya bergerak membuka butang kotnya.

Matanya tidak lepas memerhati bilik gelap itu. Suram tapi elegan.

Mata coklat tuanya kembali terpanah pada dua orang lelaki yang terketar di hadapannya itu.

"Korang tahu salah korang. Bagus"

"Ma.."

"Diam. Aku tak benarkan sesiapa bercakap"

Terdiam Arman dibuatnya. Qayder sudah tukar panggilan ganti nama dirinya.

Qayder mencapai pen hitam berkilat di dalam bekas pen di hadapannya. Dia membidik sebelum membaling pen itu.

Tap!

Arman memejam mata apabila tajam pen itu terkena cuping telinga kirinya.

Hanya sipi-sipi. Namun pedihnya tetap terasa satu badan.

"Lucky you i need your eyes. If not you will be a blind man for the whole of your life"

Menggeletar Arman mendengarnya. Dia mengerling Adam yang sudah meramas kedua tangannya.

Aura Faleeq Qayder memang berjaya buat mereka seperti mahu terkencing.

Qayder hanya memandang mereka lama sebelum perlahan-lahan dia mengendur.

"Kenapa?"

Arman dan Adam angkat kepala. Meskipun soalan itu kurang jelas,tapi mereka faham.

Apakan daya,nasi sudah jadi bubur.

"Kenapa khianat aku?"

"Maaf Tuan"hanya penyesalan yang tiada kesudahannya.

"Ka..kami kirim salam takziah pada Puan Ayra"

Qayder merenung tajam Arman di hadapannya.

Manakala Adam sudah menyiku Arman. Bila waktu ketikanya dia kirim salam sekali?

Qayder bangun menghentak meja. Meja kayu itu bernasib baik dibuat dari kayu berkualiti tinggi.

Kalau tidak nasib dia berakhir macam meja dalam cerita Marvel Eternal tu.

Kesian.

"Siapa kata isteri aku meninggal?"


Ayra mengusap lembut rerambut Izz yang lembut elok itu.

Mana tak lembutnya,habis perapi rambutnya kena rembat dengan budak bertuah tu. Dah tak sempat dia nak lari ambil shampoo carry junior budak tu,dia sudah buat pacak rambut dengan perapinya.

Adoi la. Jahanam perapi rambut aku.

"Mama,sinilah tidur sekali"

Sikit lagi Ayra!

Boleh pula dia terbangun waktu Ayra mahu turun dari katil. Sedari tadi dia hanya pandang fail yang dia letak di atas meja solek itu.

Fail yang dia jumpa di dalam beg Izz.

"Ya,ya. Mama tidur"Ayra berbaring di sebelah Izz.

Ei,budak ni belum pernah kena lepuk dengan dia. Nasib baik petah bercakap.

Ayra mencium pipi gebu Izz. Entah kenapa rasa sayu bertandang ke hatinya.

"Mama akan jaga Izz,walau apa pun jadi. Izz tetap anak mama"

Ya,dia sombong. Walau bukan dia yang lahirkan Izz,dia tetap mahu Izz selama-lamanya berada di sisinya.

Dia takkan serahkan Izz kepada ibu kandung Izz yang terangan tidak bertanggungjawab itu.

Setelah yakin Izz sudah tertidur,perlahan-lahan Ayra bangun.

Kakinya dituju pantas ke meja solek.

Sliding door dia buka lalu di melabuhkan duduk di kerusi di balkoni luar.

Berdebar kencang dadanya saat dia membuka tali fail itu. Perasaanya bercampur baur.

"Eh? Surat beranak Izz? Kenapa Doktor Faleeq letak dalam ni?"macam peluru berpandu soalan keluar dari bibir Ayra. Bertanya kepada gelap malam mungkin.

"Eh?"

Terpampang di surat beranak itu nama penuh Izz.

Itu dia tidak kisah lagi,tapi sebaik saja matanya beralih kepada nama si ibu,tangannya menggeletar hebat.

Ayra Syafia binti Syazwan.

Namanya!

Ya Allah,kebenaran apakah ini?

Ayra cuba bertenang. Sudah sah ini surat beranak Izz,mesti ayahnya ialah Doktor Faleeq.

Maksudnya,dia dan Doktor Faleeq dah bernikah?

Apa yang dah..

Ayra memegang kepalanya yang berdenyut hebat. Kepalanya mula ternampak-nampak silau cahaya lampu trak.

Lelaki yang tersenyum memandangnya di bayangan itu,Doktor Faleeq kah?

Ya Allah!

Selama ini Faleeq berada dengannya. Dia juga rasa selamat dengan Faleeq.

Ternyata Faleeq itu suaminya?

Dan Izz,kanak-kanak lelaki itu anaknya?

Air mata Ayra mula jatuh.

Kepalanya memberat. Rasa berat sekali.

Dia bangun lalu bersandar di dinding balkoni.

"Kalau apa-apa jadi.."

Air mata Ayra mengalir.

"..jangan pernah sekali lupakan abang. Kalau tak abang denda"







Banyak betul kesalahan di previous chap. Maafkan saya kerana itu semua khilaf. Saya pun tak perasan.
Sorry for all the mistake!






Continue Reading

You'll Also Like

5.5M 301K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
383K 13.7K 80
1𝓼𝓽 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓯𝓵𝓸𝓵𝓮𝓼𝔂𝓪 𝐀𝐋𝐄𝐄𝐒𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 Mempunyai masa silam yang teruk. Dia seumpama iblis bertopengkan malaikat. Namu...
928K 30.1K 62
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
55K 5.5K 28
Qaleef Akhtar x Aireen Qaisara To be honest, cikbunga tak fikir lagi sinopsis dia. Tunggu separuh cerita baru cikbunga up sinopsis dia okay! Sekarang...