[OG]Drowning Love | Mafia • D...

By fierose_

3.8K 394 19

[SLOW UPDATE] Cinta. Cinta itu datang tanpa di sangka. Cinta itu juga duduk di hati dan menghadirkan sesuatu... More

Prolog 👠
BAB 1|CINDERELLA
BAB 2|EYES TO HEART
BAB 3|HEARTBEAT
BAB 4|DARK WORLD
BAB 5|PLAY GAME
BAB 6|SOMEBODY TO LOVE
BAB 7|DIRGAHAYU
BAB 8|ROSE
BAB 9|SILENCE
BAB 10|PRETTY LIES
BAB 12|WIND OF LOVE
BAB 13|BROKEN HEART
BAB 14|PROMISE
BAB 15|SECRET
BAB 16|SAVE HER
BAB 17|MIDNIGHT
important

BAB 11|NIKAH

147 19 0
By fierose_

Your voice runs through my whole body”

🔱🔱🔱

Pada petang itu, Mikael membawa Arya ke butik pengantin untuk mencari baju nikah mereka. Arya hanya banyak diam di sebelah Mikael sementara lelaki itu sedang berbicara dengan pekerja butik itu.

Leo, Adrian dan Hayden tidak mengikuti mereka kerana Mikael hanya mahu pergi dengan Arya sahaja. Jadi Mikael lah yang memandu keretanya itu.

Setelah selesai perbualan mereka, Mikael memandang Arya yang duduk di sebelahnya.

"Tak nak pilih baju? " soal Mikael setelah pekerja butik itu pergi menguruskan sesuatu.

Arya memandang wajah Mikael yang ada di sebelahnya. Tidak terlalu rapat dan tidak pula terlalu jauh duduknya.

Arya sebenarnya tidak mahu dekat dengan lelaki itu, tapi setelah di paksa oleh lelaki itu terpaksa dia ikut.

Arya mengeluh perlahan. Dia bangun dari duduk dan terus pergi ke bahagian baju pengantin. Arya memandang baju bewarna putih itu. Sungguh dia tidak berkenan di hati dan seperti dia tidak rela ingin kahwin dengan lelaki itu.

Tapi dia terpaksa.

Arya berjalan perlahan sambil mata mencari baju yang simple untuk akad nikah esok. Yah, mereka berdua bersetuju untuk nikah esok hari dan hal yang lain Mikael yang uruskan.

Langkah Arya terhenti pada baju nikah yang dia pandang itu. Dia menyentuh perlahan pada kain itu. Lembut dan cantik di matannya. Simple dan ringkas sahaja corak manik di atas permukaan kain itu.

"Nak yang itu? " soal Mikael yang sudah berada di belakang Arya. Mana tidaknya, lagi tadi dia mengikuti Arya dari belakang secara senyap.

Arya tersentak kecil. Dia menoleh ke belakang memandang Mikael. Arya angguk perlahan kemudian menjauh sedikit dirinya dari Mikael.

Mikael mengecilkan kedua matanya memandang Arya yang seperti tidak mahu melayannya sahaja. Sedangkan, permintaan untuk bernikah dengannya adalah dari perempuan itu.

"Kenapa jadi bisu pula sekarang ni? Kau sakit gigi ke? " soal Mikael kemudian tangannya ingin menyentuh wajah Arya. Dengan pantas Arya menepis tangan itu.

"Jangan sentuh aku, kau dah lupa ke syarat aku cakap dekat kereta tadi? " marah Arya dengan nada sedikit perlahan agar tidak di dengari oleh orang lain.

"Syarat apa? " soal Mikael buat tak tahu. Arya memandang tajam ke arah Mikael.

"Biar aku ingatkan lagi sekali. Satu, kau tak boleh sentuh aku tanpa izin aku. Kedua, ceraikan aku dalam masa satu atau dua bulan nanti" jelas Arya. Itulah caranya untuk mengetahui bahawa dia tidak mengandung anak lelaki itu. Semoga itu tidak terjadi lah!

Mikael mengetap rahangnya kemudian dia menghembus nafas berat.

"Aku ingat dan kau jangan lupa syarat aku nak nikah dengan kau juga" balas Mikael kemudian tersenyum senget.

"Syarat— syarat kau? " soal Arya yang sedikit terkejut itu.

"Iya. Kau ingat kau aja ada syaratnya?" balas Mikael lalu memeluk tubuhnya sambil memandang Arya atas bawah.

"A-apa syarat kau? " soal Arya sedikit tergagap. Jangan bukan-bukan sudahlah.

"Lepas nikah aku bagitahu" balas Mikael laju kemudian mengambil baju nikah yang berkenan pada Arya tadi. Pekerja butik itu di cari oleh Mikael.

"J-jap! Baik kau cakap sekarang juga! " panggil Arya sedikit kuat setelah melihat Mikael sudah meninggalkannya.

Arya cepat-cepat menutup mulutnya menggunakan tangannya. Tidak kuatkan dia cakap tadi? Arya mengetuk banyak kali pada dahinya. Tubuh Mikael di carinya.

Skip—

Bam!

Pintu di tutup kuat oleh Arya. Beg kertas di tangannya di gengam kuat. Sedang manahan marah.

"Oi oi jahanam pintu kereta aku!" balas Mikael setelah cermin tingkap diturunkan.

"Susah sangat ke nak bagitahu syarat tu? " ujar Arya sambil memandang Mikael yang masih duduk di tempat pemanduannya itu.

"Tunggu esok. Apa-apa nanti aku suruh Leo bagitahu dekat Adrian atau Hayden. Kau pergi masuk rehat sana. Kau belum sihat sepenuhnya. Aku balik dulu" ujar Mikael lalu pantas sahaja kereta itu meluncur pergi.

Arya hampir sahaja ingin baling beg kertas yang berisi baju nikahnya ke arah kereta lelaki itu. Tapi di tahannya juga marahnya. Kalau rosak baju tu apa pun tak boleh buat nanti.

"Baru balik ke bos? " laung Adrian yang berada di muka pintu itu. Pelik pula melihat bosnya itu berdiri terjegat di depan pagar rumahnya.

Arya memusingkan tubuhnya lalu memandang Adrian. Arya menghembus nafas lelah. Cepat-cepat dia melangkah masuk sambil memegang kepalanya yang terasa mula berdenyut. Tambah lagi cuaca yang panas itu.

"Bos okey tak ni? " soal Adrian sedikit risau melihat wajah Arya yang sudah berkerut itu.

"Aku okey—" balas Arya lalu terus masuk ke dalam biliknya. Dia nak baring dan tidur! Penat sudah berperang mulut di dalam kereta tadi.

Dirinya bertukar agresif selepas Mikael mengatakan yang dia ada syaratnya juga. Arya hanya nak tahu apa syaratnya sebelum terlambat dia buat keputusan untuk menikah dengan lelaki itu.

Masih ada masa lagi untuk ubah fikiran.

Namun, lelaki itu hanya buat tak tahu sahaja. Dah macam dirinya pula kena kahwin paksa, padahal dirinya yang minta.

Manakala, Mikael yang berada di dalam kereta sedang perjalanan pulang hanya mampu ketawa dalam hati sahaja.

Ingatkan dia nak layan lemah lembut sahaja pada perempuan itu kerana Arya masih tidak sihat. Namun, melihat kelakuan Arya, membuat dirinya ingin mencari pasal dengan perempuan itu.

Stereng kereta di gengam kuat seketika. Dia fokus dalam pemanduannya.

Tidak lama kemudian, bibirnya mengukir senyuman lebar.

"Aku takkan ceraikan kau—" gumam Mikael Dylan perlahan.

🔱🔱🔱

Pada esok harinya, ada lah hari sejarah buat mereka berdua. Mereka berdua sudah sah bergelar suami isteri. Mikael dan Arya baru sahaja keluar dari pejabat agama setelah selesai akad nikah tadi.

Leo, Adrian dan Hayden sudah tunggu dan sedang berbual di tempat letak kereta mereka. Sebaik sahaja bos mereka sudah bergelar suami dan isteri, mereka bertiga sudah rapat seperti kawan lama sudah. Banyak juga di gosipnya. Kalah perempuan.

Sementara Mikael dan Arya sedang menuju ke arah kereta mereka, Arya sempat menghentikan langkahnya dan menahan Mikael untuk berjalan.

Kedua kening Mikael mula terangkat.

"Mana syarat kau tu? Aku nak tahu" ujar Arya sambil bercekak pinggang memandang wajah Mikael di hadapannya. Nasib baiklah dia tidak terlalu pendek. Tingginya dalam 160 cm dan Mikael pula 180 cm. Okeylah tu kan?

"Shhh don't call me like that. I'm your husband right? " ujar Mikael tenang.

"Jadi nak aku panggil apa? Abang? Ke sayang? " balas Arya dengan nada tidak puas hati.

"Boleh juga" balas Mikael. Arya memasamkan muka memandang Mikael. Geram betul lah.

"Dah jadi isteri aku kan? Jadi panggilan biar lembut sikit" ujar Mikael.

"Okey fine!  Apa syarat awak?  Kata nak bagitahu lepas nikah kan? Ni kita dah nikah pun" soal Arya laju.

"Syarat aku simple" ujar Mikael sambil menarik nafas panjang kemudian di hembus perlahan.

"Apa? " soal Arya lagi.

"Ikut arahan aku sahaja" balas Mikael.

"Ikut arahan awak? " soal Arya. Mikael angguk sekali.

"Aku suami kau sekarang ni, jadi kau kena ikut arahan aku. Mudah bukan?" balas Mikael kemudian mula melangkah pergi.

Arya membulat mata.

"No no ni tak adil! " Arya berdiri laju di hadapan suaminya itu dan tangan di depakan.

"Tak adil, syarat saya nanti tak berkesan dekat awak nanti" jelas Arya laju.

"Kau letak dua syarat dekat aku, aku letak satu syarat dekat kau. Ke nak aku tambah syarat lagi satu biar seri gitu? " soal Mikael lalu berlaih ke tepi dan berjalan ke arah keretanya yang sudah tidak jauh.

"Huh? T-tunggu saya tak habis cakap lagi! " Arya mengejar Mikael yang sudah berjalan pergi itu.

Mikael menghembus nafas berat. Kalau lawan mulut dengan perempuan memang susah lelaki nak menang.

Arya yang baru sahaja ingin menghalang lelaki itu dari terus melangkah, kakinya seakan tidak dapat imbang badan dengan betul dan membuatkan dirinya ingin jatuh di situ.

Buk!

Arya memejam kedua matanya erat setelah hentakkan itu berlaku. Namun, kedua tapak tagannya mendarat atas permukaan yang lembut sahaja dan tidak keras.

Perlahan-lahan dia membuka matanya dan dia hampir tercengang.

Arya cepat-cepat menolak pada dada tegap lelaki itu. Namun, Mikael menariknya kembali dan memeluk Arya di dalam dakapannya. Nasib baik dia memusing tubuhnya ke belakang dan sempat menyambut isterinya itu. Kalau tidak memang cium jalan tar lah jawabnya.

"Apa awak buat ni? Lepas lah! " marah Arya sambil cuba melepaskan dirinya pada pelukan tak rela dari lelaki itu.

"Kalau sayang nak minta peluk, cakap awal-awal. Abang boleh bagi" bisik Mikael dengan nakal.

Arya yang mendengarkan suara garau dekat dengan cuping telinganya mula terasa seram sejuk. Terus di tolak kuat tubuh lelaki itu.

"Awak lupa ke syarat saya? Jangan sentuh saya!" marah Arya yang sudah hilang sabar itu.

"Kau yang sentuh aku dulu, aku sentuh lah kau balik" balas Mikael beriak selamba.

"Bos nak bermanja jangan dekat sini. Panas tau. Baik buat dekat rumah ye" sindir Hayden. Leo dan Adrian cuba mengawal riak wajah agar tidak ketawa. Bukan apa, lagi tadi melihat mereka bermanja di situ. Terasa single yang amat dasyat rasanya.

Arya memandang tajam ke arah Hayden yang sudah tersengih memandangnya. Baru sahaja Arya ingin menyerang Hayden yang tidak jauh dengannya, kepalanya terasa mula pening.

"Argh—" Arya memegang kepalanya yang terasa mula pening itu. Entah kenapa dia asyik sakit kepala sahaja walaupun luka sebelum ni tidak lah terlalu parah.

"Arya, kau okey? " Mikael yang memandang isterinya mula risau.

"Saya okey, pening sikit je ni" balas Arya dan dia mula melangkah pergi menuju ke keretanya.

Arya dan Mikael membawa kereta berasingan semasa pergi ke pejabat agama. Jadi Arya perlu balik sekarang kerana tujuannya hanya ingin bernikah dengan Mikael sahaja.

"Arya kejap" panggil Mikael yang cuba membantu isterinya untuk berjalan.

"Tak apa saya okey, saya nak balik. Awak balik lah rumah awak sana" balas Arya.

"Arya Qalisha" panggil Mikael sambil memegang kedua bahu Arya dengan sedikit kuat agar memberhentikan langkah Arya.

"Apa awak nak ni Mikael? " soal Arya.

"Kau dah jadi isteri aku dan kau perlu tinggal dengan aku. Kalau jadi apa-apa dekat kau nanti aku yang susah" jelas Mikael yang sudah mula bersuara dengan serius itu.

Arya memandang wajah suaminya itu. Dia diam seketika.

"Tak perlu Mikael, Adrian dan Hayden boleh jaga saya kalau ada apa-apa nanti" balas Arya.

"Syarat aku kau tak ikut. Aku nak kau tinggal dengan aku. Simple" jelas Mikael.

"Saya tak nak—" jawab Arya dan terus menepis tangan lelaki itu.

"Sweetheart, jangan melawan cakap suami" ujar Mikael dan terus mengangkat Arya di dalam dakapannya. Arya terjerit kecil kerana dirinya sudah terapung di udara. Lelaki itu mendukungnya!

"Lepaskan saya! " arah Arya. Mikael laju sahaja membawa Arya masuk ke dalam keretanya.

"Shhh— isteri kena layan suami dengan baik tau" balas Mikael laju.

"Adrian! Hayden! Ikut aku balik kejap. Ada benda aku nak cakap nanti" Mikael sempat memberi pesanan pada Adrian dan Hayden sebelum pintu kereta di tutup olehnya.

Adrian dan Hayden angguk setuju dan terus masuk ke dalam keretanya. Leo pula sudah masuk ke dalam kereta Mikael di tempat pemanduannya.

Leo mula menghidupkan enjin kereta.

"Balik? " soal Leo kepada Mikael melalui cermin pandang belakang di atasnya. Mikael angguk sekali.

Manakala Arya di sebelah Mikael sudah memasamkan mukanya sambil menoleh ke arah tingkap. Kalau boleh dia nak terajang sahaja lelaki itu ke luar kereta. Tapi di sebabkan lelaki itu sudah bergelar suaminya, perbuatan itu tidak dia lakukan.

Mereka semua akhirnya bergerak pulang menuju ke mansion milik Mikael Dameer.

.
.
.

p/s:thanks vote!

Continue Reading

You'll Also Like

82.9K 18.2K 58
Arc(9)-Arc(14)+Real World+Extra အာဏာရှင်ကုန်းvsနတ်ဘုရားရှို့
50.1K 8.8K 122
ခေါင်းစဉ် 《替身》လူစားထိုး 作者:北棠墨 မူရင်းရေးသားသူ -ပေထန်မော့ ဘာသာပြန် May Tulips Love   အခုခေတ်နောက်ခံ 1 V 1 , HE Zawgyi နဲ့က နောက်တအုပ်ရေးထားပေးတ...
702K 33.1K 81
Champion City, one of the greatest hotspots for superheroes and supervillains ever since thirty years ago, when super-powered individuals started to...
18.2K 1.4K 32
people read the book trust me on this one