Action : Wais Ayden

By dsyaf_

17.7K 1.5K 112

Series 2 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. . 5 tah... More

AKAN DATANG
2 | Lahir
3 | Rasa
4 | Perjumpaan
5 | Kantoi
6 | Terakhir
7 | Perpisahan
8 | Memalukan
9 | Zagha
10 | Strategi
11 | Kemunculan
12 | Tiba
13 | Mereka

1 | Persoalan

2.2K 165 8
By dsyaf_


ARYAN yang berlari ke hulur dan ke hilir dipandang. Suaminya pula setia mengejar di belakang. Marwah tersenyum sebelum menggeleng kepala. Ada sahajalah ribut yang Wais dan Aryan lakukan.

"Itu abi punya lah!" Jerit Ayden tidak puas hati apabila barangnya diusik oleh Aryan.

"Umi cakap, sharing is caring abi!" Balas Aryan tidak mahu kalah.

"Tapi itu abi punya. Bagi balik Aryan, kalau tidak abi campak tidur luar." Ugut Ayden seraya membesarkan mata.

Sayangnya, macam mana degilnya Ayden begitu jugalah degilnya Aryan. Orang kata bapak borek anak rintik. Emaknya mungkin jentik-jentik. Hmm...

"Bagi balik baju abi, Wais Aryan." Wajah Ayden bertukar serius begitu juga nada suaranya.

"Aryan cuma nak pinjam sekejap abi." Aryan menunduk lalu mencebik bibir kecilnya.

Keluhan Ayden lepaskan, kalau itu baju pagoda atau baju t-shirt biasa tak apa juga. Mata memandang Marwah yang berada di atas sofa. Tolonglah suamimu ini isteri, suamimu dah mati akal dah ni. Aryan pun makin lama makin nakal. Ada aja karenah, langsung tak reti duduk diam.

Faham akan isyarat mata dari Wais terus Marwah menggelengkan kepala. Pandai pandailah urus sendiri. Ada pula minta tolong dia.

Ayden mencebik sedih lalu tapak tangan disatukan menunjukkan dirinya benar-benar merayu memerlukan pertolongan dari Marwah.

"Aryan, bagi balik baju kat abi sayang."  

"Tapi Aryan nak pinjam sekejap aje umi," kening Aryan bertaut tanda tidak puas hati.

"Okey Aryan pakai dalam 5 minit kemudian bagi kat abi okey?" Pujuk Marwah.

"Okey umi." Terus baju itu dipakai oleh Aryan. 

Marwah mengangkat kening lalu tersenyum sinis tanda berjaya memujuk Aryan. Sangat mudah. Ayden pula menjeling Marwah tidak puas hati tapi dalam masa yang sama mulutnya mengucap thanks tanpa bunyi.

Baju Ayden yang tersarung di tubuh Aryan labuh bukan main sehinggakan mampu cecah bawah lutut. Lengan pula labuh sampai ke lantai. Sekali pandang tak ubah macam toyol berbaju pontianak. Anaknya itu tersenyum sambil membelek baju di badan kemudian berlari ke luar rumah dengan riang.

Kini hanya tinggal Marwah dan Ayden. Ayden mengambil langkah untuk labuhkan punggung di sebelah Marwah. Marwah memandang Ayden, begitu juga Ayden yang memandang Marwah. Tak lama selepas itu keduanya melepaskan tawa.

"Awak tengok tak Aryan tadi dah macam toyol hahaha!" Gelak Ayden tak tertahan

"Yang awak tunjuk dia baju kalis api tu kenapa?" Soal Marwah dengan sisa tawa.

Beberapa minit kemudian tawa keduanya berhenti. Ayden memilih untuk baring di riba Marwah lalu perut bulat Marwah dicium dan diusap. Anak abi!

"Baju tu satu-satunya baju yang selamatkan saya dari terkena api 5 tahun yang lalu. Andaikata baju tu tak ada, sekarang ni entah alam mana saya duduk."

"Tapi jangan risau, tetap Siti Marwah bidadari saya," sambung Ayden lagi membuatkan pipi Marwah berona merah.

5 Tahun yang lalu

Seluruh tubuhnya terasa berat dan sakit. Mata cuba dipaksa buka juga apabila bunyi air sangat jelas pada pendengarannya. Siapa sangka dia terdampar di atas pasir. Separuh badan masih tenggelam di dalam air. Nafas ditarik sedalam-dalamya. Alhamdulillah dia masih hidup.

Tubuh dibalik terlentang. Mata automatik pejam tatkala cahaya mentari menerobos kornea matanya. Dadanya turun naik cuba mengatur nafas. Tangan naik memegang wajah.

"Sss..." Pedih. Pasti sedikit melecur akibat ledakan itu. 

Terkenangkan apa yang dia sudah buat, bibir mengukir senyuman. Ayden hebat. Bisiknya hatinya sendiri. Tangan naik memegang dada, baju masih melekap di tubuhnya. Siapa sangka dia menempah khas baju kalis api ini. Wais Ayden tidak akan mengambil jalan tanpa berfikir dengan panjang.

Dia mula berdiri walaupun tubuh dirasakan sengal-sengal. 

"Terima kasih Allah, terima kasih." Kerana masih memberinya peluang.

Lebih kurang dua hari dia berkampung di pulau itu. Mandi di situ, makan di situ juga tidur di situ. Mujur sahaja dia ada ilmu untuk survive di dalam kawasan hutan ini.

Rakit dibina sekukuhnya kerana itu sahaja kenderaan yang mampu dia buat di dalam hutan ini. Tak sia-sia mereka adakan pertandingan bina rakit. Dengan menggunakan cara Marwah, dia dapat yakinkan diri bahawa rakit yang dibina kukuh sekukuhnya.

Lebih kurang sehari perjalanan mencari tanah semula berjaya dengan adanya rantai yang sempat dia ambil dari leher Marwah. Dalam rantai itu mempunyai alat pengesan jadi secara tidak langsung alat ini masih berhubung dengan peranti yang mengawasinya.

Mujur tidak rosak jam tangan digital kalis airnya. Menggunakan jam canggih tersebut dia mampu mengesan semula peranti alat pengesan. Sungguhpun jika jam tangannya rosak, tidak menjadi masalah kerana dia sudah kaji tentang laut ini sebelum bertindak menyerang OH.

Tidak sempat berehat, dia terus ke rumahnya yang berada di bandar untuk membersihkan diri dan sebagainya. Ayden bereskan segala yang sudah di plan dari awal. Passport miliknya dan Marwah dibuat baru oleh orang dalam. Segalanya dilakukan sendiri, termasuklah menempah tiket penerbangan.

Ayden sangat yakin bahawa Marwah berada di hospital tempat Fara bekerja. Rantai milik Marwah digenggam seeratnya. Impian berdua dengan Marwah bakal wujud... Esok.

"ABI!" Jeritan Aryan mematikan lamunannya tentang kenangan 5 tahun yang lalu.

"Abi!" Laung si kecil itu lagi.

"Ya ya kenapa?"

"Teeepi! Aryan nak baring kat sini!" Jari telunjuk kontot itu menunjuk tempat yang dibaring olehnya yaitu di atas riba Marwah.

"Eh apa pula? Ini isteri abi, abi punya pasallah nak baring sini." Tidak mahu kalah.

Aryan sudah mula mencebik. Mata pula mula bersinar dan berair tanda air mata sedang bertakung. Terus gelabah Ayden bangun dari baringannya. Aryan menangis tak ada uminya tak apa, tapi kalau ada uminya silap haribulan si abi jadi mangsa amukan.

"Tahu pun nak mengalah, ingatkan nak saya bising dulu," Aryan sudah mengambil tempat baring di peha. Tangan automatik naik mengusap rambut lebat Aryan. Tak sampai berapa minit, si kecil itu sudah lelap sambil memakai bajunya.

Ayden tidak memperdulikan omongan Marwah kerana saat ini yang dia pedulikan ialah dia nak baring lagi tapi kenapa Aryan kena rampas tempatnya?

Faham akan renungan sayu Wais terus sofa kosong sebelah kanan ditepuk perlahan. Ruang tak sebesar Aryan baring tapi muatlah tu.

"Sini baring,"

Bersinar mata Ayden lalu terus membaringkan kepada di atas peha Marwah. Kaki agak terjuntai menyentuh lantai. Terasa pipi dan jambangnya diusap Marwah.

"Jambang awak dah tebal ni. Nak shave tak?" Geram nak tarik tarik jambang Ayden.

"Hmm..." Balas Ayden sambil mengangguk.

Marwah tersenyum. Wajah Ayden dipandang. Mata Ayden bulat dan nampak garang, lekuk di pipi Ayden jelas terlihat. Hidung pula tak usah cakap, memang mancung. Bibir Ayden merah delima biarpun dahulu dia seorang perokok. Insecure pula tengok muka encik suami bersih.

"Ha! Kantoi!" Sergah Ayden.

Pantas Marwah memusing kepala memandang Aryan yang sudah lena.

"Tengok jelah, saya suami awak. Nak pegang, sentuh atau nak... Goda pun boleh!"

Pap!

Dada Ayden dipukul sambil membesarkan mata. Tak senonoh betul. Hampir sejam berkedudukan begitu sambil melayan televisyen, kakinya mula kebas.

"Wais, tolong angkat Aryan pergi bilik. Kaki saya kebas,"

"Minta lembut-lembut dan baik-baik dulu."

"Sayang, tolong angkat Aryan sebab kaki saya dah kebas." Lembut tutur Marwah sambil mengerdipkan mata.

Terus Ayden berdiri dan mengangkat tubuh Aryan untuk dibawa ke bilik.

"Lepas saya letak Aryan, kita masuk bilik."

"Main kad uno." Sambung Ayden sebelum bergerak ke arah lif.

***

TBC | 25 JAN

Continue Reading

You'll Also Like

1.8K 282 6
William Romeo Huang x Mawar Qaseeda Keluarga Huang adalah keluarga yang memonopoli perdagangan barang-barang emas dan berlian yang berharga di Malays...
42.3K 3.1K 25
( DESCRIPTION akan diupdate selepas diedit :) ) [Versi Remake/Edit]
1.7M 84.5K 47
BOOK 1 MRS. RAYYAN [NEW VERSION] Full of dark side. "Dia, first love aku. Dia, seorang gadis yang berjaya membuatkan hati aku yang tak pernah tertari...